TERIMA KASIH


counters

MTMR

Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Saturday, June 25, 2016

Pemecatan untuk TSMY dan DSM.Manakala Safie Afdal di gantung.

Punca sebenar adalah dari ISU 1MDB yang Nazak dengan hutang mencecah 50 billion.

Media luar negara dan dalam negara melapurkan 1MDB merupakan Syarikat yang bermasaalah.

Siasatan pihak berkuasa luar negara berkenaan 1MDB merentasi tiga benua. Melibatkan pengubalan wang haram. Di mana aliran kewangan mengikut Siasatan mereka yang di lapurkan sejumlah wang ada kemasukkan ke acc peribadi Perdana Menteri DS Najib Razak.

Pengakuan adik kepada Perdana Menteri DS Nazri Razak berkenaan ke masukkan sejumlah wang ke ACC peribadi DS Najib Razak membuktikan berlaku kejadian tersebut. Nazri juga mengakui membantu abangnya mengagihkan wang tersebut kepada ahli Politik dan wang tersebut telah habis di agihkan tiada tinggal sesen pun dalam acc malahan acc tersebut telah di tutup.

Kebimbangan dan teguran TSMY dan DSM berasas berkenaan 1MDB. Rakyat Malaysia juga  menyuarakan bertanya 1MDB buat perniagaan apa? Akhirnya sesiapa yang bertanya berkenaan 1MDB diugut ditakutkan dengan pelbagai tindakkan undang-undang dikenakan supaya tidak bertanya lagi berkenaan 1MDB.

PENYANGAK 1MDB KENA BAWA KEMUKA PENGADILAN.

1. Aset-aset negara tergadai. Perkara ini amat merugikan negara dan mengancam kedaulatan negara.

2. 1MDB dan MOF diheret ke timbangtara Antarabangsa. Jika gagal tuntutan lebih kurang RM 28 billion kena bayar kepada si penuntut. Sedangkan hutang 1MDB sebelum ini telah mencecah 50 billion.

Adakah tidak wajar TSMY berasa bimbang dengan keadaan tersebut?

Kebimbangan TSMY selepas mendapat taklimat berkenaan hasil siasatan 1MDB?

Kenyataan secara berseloroh semasa sidang media. " Saya tahu lebih sikit dari anda " - TSMY.

Membuktikan beliau mempunyai maklumat yang cukup berkenaan ke jahanaman 1MDB?

Rakyat yang berfikiran positif nilaikanlah sendiri apakah kewajaran TSMY, DSM di pecat keahliannya. Bakal menyusul Safie Afdal.

Majlis Tertinggi dan Presiden UMNO membuat keputusan berdasarkan kepentingan peribadi bukan menjalankan amanah Parti?

Mahkamah mengadili yang di anggotai oleh mereka-mereka yang berkepentingan kebiasaannya tidak dapat berfungsi dengan baik dan adil. Bias dan prejudis!!!

Friday, April 8, 2016

Bukti ada kata Ahli UMNO Shukur, wujudnya gerakan gulingkan MB Johor!!!

PETALING JAYA: Ahli UMNO, Shukur Mohamad akan menunjukkan bukti wujudnya gerakan menggulingkan Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin, hanya jika dia disaman.

Beliau sebelum ini mendakwa adanya komplot yang diketuai kumpulan penyokong Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak untuk menggantikan Menteri Besar di Darul Takzim.

Justeru, beliau mengalu-alukan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan kontroversi yang tercetus supaya meletakkan jumlah saman yang ingin dikenakan.

“Kalau saya salah saman lah saya, berapa pun saya terima, kalau saya menang saya tidak akan saman balik sebaliknya saya akan pastikan benda ini (gerakan jatuhkan Mohamed Khaled) ini terpampang di dada akhbar selama seminggu.

“Jangan cabar saya suruh tunjuk bukti di media sosial, kita cabar tunjuk bukti di mahkamah, biar mahkamah jadi penentu.

“Saya akan kelurkan semua bukti seperti yang kata (wujud gerakan jatuhkan Menteri Besar), saman saya hari ini, buat laporan polis kata saya fitnah. Tetapi kalau dia (kumpulan penyokong Najib) tak nak buat laporan polis, saya tidak akan keluarkan bukti dalam waktu terdekat,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab desakan Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Manap yang mencabar Shukur supaya menunjukkan bukti kewujudan gerakan menggulingkan Khaled yang diketuai kumpulan penyokong Najib.

Shukur sebelum itu mendakwa gerakan itu diketuai oleh seorang timbalan menteri. Menurut Shukur, timbalan menteri itu dikatakan akan diangkat menjadi menteri besar baharu sekiranya misi berjaya.

Shukur, yang juga anak kepada Speaker Johor, Tan Sri Mohamad Aziz berkata, sekiranya tiada saman dibuat terhadapnya, dia akan tampil membuat pendedahan itu seminggu sebelum Perhimpunan Agung UMNO (PAU) akan datang.

Tuesday, March 8, 2016

Kenyataan balas kepada YB Mas Ermieyati!!!

Kenyataan balas kepada YB Mas Ermieyati

Puteri UMNO

Saya amat kecewa melihat sebuah organisasi yang sepatutnya menjadi inspirasi kepada ramai wanita muda yang bercita-cita tinggi, mempertahankan manipulasi yang dilakukan ke atas institusi – institusi awam di Malaysia. Perbuatan mempertahankan sistem tersebut telah mengorbankan tanggungjawab anda dalam memberikan suara kepada mereka yang memerlukan.

Mengapa anda kecewa dengan Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bersatu dengan bekas lawan politik untuk memperjuangkan satu matlamat yang sama? Tidakkah anda pernah terfikir bahawa keadaan ini tidak berlaku dengan sendirinya? Bahawa ada di antara kita begitu kecewa dengan apa yang berlaku di Malaysia sehinggakan kita tidak mempunyai cara lain untuk melawan rasuah? Bahawa sebahagian daripada kita mempunyai rasa cinta akan negara lebih daripada kepentingan politik?

Mungkin benar bahawa PM kita telah dipilih secara demokratik, tetapi beliau tidak lagi menjadi simbol demokrasi. Beliau mengkhianati kepercayaan kita. Saya ingin memberi kepercayaan kepada institusi-institusi yang ditadbir beliau agar menjadi pengimbang tetapi saya tidak boleh.

Walau bagaimanapun, satu perkara yang saya bersetuju dengan kenyataan anda adalah bahawa seseorang itu perlu berdiri teguh dengan prinsip. Itulah apa yang kami sedang lakukan. Berpegang kepada prinsip menolak rasuah. Melakukan lebih kesalahan untuk menutup kesalahan yang lampau adalah tidak boleh diterima sama sekali.

Apakah prinsip-prinsip yang anda pegangi? Kesetiaan membuta tuli kepada parti politik?

Ramai yang akan cuba mematahkan usaha kami dengan kata-kata kesat, tetapi saya boleh memberi jaminan kepada anda, kami tidak mempunyai agenda tersembunyi. Kami hanya mahu rasuah dihentikan.

Jadi saya mohon kepada anda, sila jangan bersubahat dengan berdiam diri. Perkara ini sedang berlaku di depan mata anda.

Adalah tidak patut sama sekali sekiranya organisasi yang ditubuhkan untuk membantu wanita hanya bercakap tentang "masalah wanita". Kami, wanita, juga terkesan dengan perbuatan-perbuatan salah yang dilakukan. Kami, wanita, adalah rakyat Malaysia juga. Mari kita selamatkan Malaysia! #SaveMalaysia

Ameera Natasha Moore,
Aktivis Challenger
Cambridge Women's Best Speaker

Statement in response to YB Mas Ermieyati
Puteri UMNO

It breaks my heart to see an organization that is supposed to be an inspiration to many aspiring young women, sit in defense of the manipulation done onto the institutions of integrity in Malaysia. The act of defending such a system may have even come at the expense of your responsibility to truly empower those in need that are supposed to be under your care.

You're disappointed with Tun Mahathir and Tan Sri Muhyiddin Yassin for uniting with former political opponents to fight one common cause? Did it ever occur to you that this is what it has to come to? That some of us are so heartbroken at what is happening in Malaysia that we see no other means to fight this big battle of corruption. That some of us have greater love for the country than the dirty tricks of politics.

Furthermore, it may be true that our PM was elected democratically, but he sure is no longer the figure of democracy now. He took our trust, and broke it. I wish i could trust our current institutions ruled by that very same leader to be the check and balance to this problem, but i cant.

However, one thing i will agree on with your statement is that one should stand strong with principles. Thats exactly what we're doing. The clear principle that corruption is unacceptable. More wrongs to cover previous wrongs is unacceptable.

What principles do you hold on to, if i may ask?

Blind loyalty to a political party?

Many will taint our efforts with ill words, but i can assure you, we have no hidden agenda. What you see is what you get. We just want corruption to end.

So i beg of you, please dont be a complicit by remaining silent. Its happening right infront of your eyes.

It is simply untrue that an organization made to help women can only talk about "women problems". We, women, are affected too by the wrong doings done onto Malaysia. We, women, are Malaysians too. Please #SaveMalaysia

Ameera Natasha Moore,
Activist Challenger
Cambridge Women's Best Debater

Wednesday, January 20, 2016

Kenyataan Menteri Besar Kedah.

KENYATAAN AKHBAR

Saya mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh sebahagian daripada kepimpinan UMNO Negeri yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, YB Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Alor Setar petang tadi.

Kedudukan saya sebagai Menteri Besar adalah atas mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dan juga atas perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah setelah dicadangkan oleh YAB Perdana Menteri.

Saya menyerah kepada Rakyat jelata untuk menilai prestasi dan keberkesanan kerja buat saya bersama kepimpinan parti seluruh negeri sejak hari pertama Barisan Nasional kembali mentadbir Kerajaan Negeri Kedah pada pilihanraya umum ke13.

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, saya memegang amanah untuk berkhidmat dengan sebaiknya demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. Rakyat dan pengundi jua yang akan menilai kemampuan pentadbiran saya.

DATO’ SERI HJ MUKHRIZ TUN MAHATHIR

Alor Setar
20 Januari 2016

Monday, January 4, 2016

Bicara Mencari Kebenaran - GKCM

- analogi Ketua2 Bahagian yang diibaratkan seperti burung2 camar yang banyak mengekor perahu nelayan kerana mengharapkan ikan2 buruk yang dibuang oleh para nelayan.

- Ketua2 Bahagian tidak boleh berfikir dan tidak boleh bersuara ... mereka gagal memainkan peranan. Kerana itu rakyat melihat Umno sudah tidak lagi relevan.

- Hidup kena bebas rasuah !

- GKCM wujud kerana tidak ada yang berani untuk tampil bersuara menegur demi memperbaiki Umno

- Yang perlu dihadapkan ke Tribunal Disiplin bukannya ahli2 yang berani bersuara tapi Ketua2 Bahagian yang senyap !

- Umno bukan Presiden punya. Ahli yang letak dia sebagai Presiden.

- Rakyat sedang memperlekehkan Presiden Umno. Cakap tak serupa bikin.

- Menjadikan contoh politik England di mana parti Buruh yang mempunyai sokongan lebih kuat tapi ditolak pengundi kerana pemimpinnya tidak dipercayai oleh pengundi.

- Umno akan jadi seperti Parti Buruh bila pengundi sudah tidak lagi yakin kepada Presiden Umno bukan kerana parti.

- Mengulas kenyataan Najib - Isu 1MDB, Semuanya sudah selesai  Kita tidak mahu isu Presiden yang selesai tapi kita mahu isu rakyat yang selesai !

- Orang Melayu kena ubah cara berpolitik. Tidak lagi hanya menurut saja. GKCM menuntut hak untuk bersuara

- Umno kena bersih dan tinggalkan amalan2 rasuah.

- GKCM akan terus kekal dan akan sentiasa menyatakan Kebenaran.

- Mendewasakan Umno dan memastikan ahli2 Umno orang yang mampu berfikir

- Berjuang berlandaskan Islam

GKCM mencabar sesiapa saja yang memegang jawatan dalam Umno yang tidak dapat menerima atau menyangkal pandangan GKCM, untuk berbahas secara terbuka di mana saja !

Tuesday, August 18, 2015

Satu demi satu UMNO Bahagian bermesyuarat. Langkawi tidak terkecuali.

Sunday, August 16, 2015

UMNO Bahagian Langkawi Usul Percepatkan/Batalkan Penundaan Pemilihan Parti

UMNO Bahagian Langkawi pada Mesyuarat Agung Tahunannya semalam, Sabtu, 15 Ogos 2015, telah meluluskan usul yang mendesak agar pemilihan parti dipercepatkan agar dilangsungkan pada 2016 seperti dijadualkan pada asalnya. Usul tersebut sebagai usaha membatalkan keputusan Majlis Tertinggi UMNO (MKT) tempohari untuk menunda pemilihan tersebut selama 18 bulan ke tahun 2018 yakni selepas Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14).

Usul Politik yang dibentangkan oleh Hj Basri Hashim, AJK Bahagian Langkawi dari Cawangan Bayas pada asalnya hanyalah menyokong tanpa bebelah bagi menyokong kepimpinan parti. Kemudian apabila menyokong usul tersebut, Marwas Aziz, Setiausaha Cawangan Taman Huma telah mencadangkan penambahan kepada usul, mendesak agar pemilihan parti dipercepatkan. Desakan mempercepatkan pemilihan hujahnya adalah berniat menunjukkan keutuhan sokongan akar-umbi terhadap kepimpinan UMNO Bahagian mahupun Kebangsaan.

Walaupun pada awalnya ada pembahas yang menggesa perwakilan menolak cadangan tambahan usul tersebut, suara tersebut ternyata sumbang apabila para perwakilan berderetan untuk menyokong penambahan usul politik agar pemilihan dipercepatkan. Akhirnya, Pengerusi Tetap terpaksa menasihatkan perwakilan yang masih ingin berkongsi pendapat berkenaan usul tersebut membawa hujah mereka ke penangguhan dan usul politik diluluskan sebulat-suara dengan penambahan usul yakni agar pemilihan parti dipercepatkan.

Mesyuarat Agung Bahagian Langkawi telah dirasmikan oleh Datuk Hj Abdul Rahman Dahlan, Ahli MKT UMNO merangkap Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada sebelah pagi. Dalam ucapan perasmian, beliau telah memberi sedikit-sebanyak penerangan kedudukan kerajaan bersabit skandal 1MDB, isu derma politik RM2.6Billion serta rombakan kabinet tempohari.

Namun penjelasan beliau tidak dapat meleraikan kemusykilan perwakilan yang terus meluahkan kegusaran mereka tentang isu-isu tersebut di sesi ucapan penangguhan pada penghujung mesyuarat.

Datuk Abdul Rahman Dahlan tidak menyebut tentang apa-apa hubungan di antara pemecatan Peguam Negara, TS Abdul Gani Patail dengan usaha mengelak DS Najib dari dicaj tentang apa-apa jenayah dalam ucapannya di Langkawi.

Kubu kuat UMNO Barisan Nasional tersebut baru-baru ini dilanda kontroversi apabila klip rakaman ucapan penangguhan di Mesyuarat Agung Wanita Langkawi yang menyerang integriti Perdana Menteri dan Presiden UMNO, DS Najib menjadi viral ke seluruh negara.

Mesyuarat Agung Pemuda Langkawi pada 7 Ogos 2015 pula telah meluluskan Usul Politik yang menyarankan DS Najib bercuti rehat sementara isu-isu seperti 1MDB disiasat sehingga selesai demi kebaikan parti.

Tuesday, July 28, 2015

Tiga cara menegur pemimpin

Memang wajib mentaati ulil amri pada perkara2 makruf, tapi bagaimana dengan jelas dan nyata ulil amri yang berada dalam lingkaran munkar?

Tidakkah boleh rakyat yang memilihnya sebagai ulil amri tu menegur melalui 3 cara yang diajarkan nabi iaitu dengan tangan (tapi x mungkin berlaku sebab ada rasa hormat yang tinggi serta isu jaminan keselamatan), dengan lidah (yang ini tentunya mudah dan kurang risikonya) dan dengan hati (serendah2 tahap iman bagi peringkat ini)?

Tiada isu apa hak rakyat untuk menegur kerana rakyat sangat berharap orang yang dipilih sebagi pemimpin itu benar2 beramar makruf dan nahi munkar secara bergandingan. bukan amar makruf serta dalam masa sama tidak nahi munkar.

Anda sebagai orang yang takutkan Allah patut fikir tak mudah untuk rakyat membiarkan keadaan itu berterusan.

Jika tidak mampu untuk membuat perubahan sekurang2nya anda tidak perlu menyokong apa jua keadaan yang berhubung dengan isu integriti mana2 ulil amri

MTMR tabik spring kepada MB JOHOR. Mendengar suara akar umbi.

Monday, December 29, 2014

Terkini : Ahli Parlimen Pasir Gudang mudah di dekati masyarakat.

YB Pn Hajah Normala Abdul Samad dalam program terakhir beliau malam ini merasmikan Majlis Kembali Ke Sekolah Anjuran Jawatankuasa Penduduk Zon Bukit Dahlia Bersama Umno Cawangan Kristal Dahlia Jalan serangkai.

Dalam ucapannya beliau menyeru agar semua masyarakat sentiasa bersabar dengan segala musibah yang berlaku dan berharap setiap masyarakat sentiasa berdoa agar Allah SWT melindungi kita.

Beliau juga berharap agar semua yang berlaku dijadikan satu iktibar kepada diri masing-masing, selain dari itu beliau juga menegaskan betapa pentingnya permuafakatan dikalangan penduduk di teruskan demi ukhwah antara lapisan masyarakat dapat dieratkan. 

Beliau berharap Krt/Umno/JKP/ Jemaah Surau dan lain2 persatuan atau pertubuhan yang terdapat dalam sesebuah kawasan haruslah bersatu kerana semua ini dapat membantu mengeratkan permuafakatan antara penduduk setempat. Selain juga dapat menghasilkan kreativiti kerja yang lebih baik. Dengan cara ini juga kita dapat melihat sasaran sebenar yang perlu dibantu.

Sebagai pemimpin dalam apa jua pertubuhan kita perlu ada matlamat dengan meletakkan kepentingan umum sebagai satu keutamaan dari kepentingan peribadi. Jika ini dapat dilakukan sudah pasti setiap kawasan akan mempunyai kekuatannya tersendiri.
 YB Pn Hajah Normala Abdul Samad dalam program terakhir beliau malam ini merasmikan Majlis Kembali Ke Sekolah  Anjuran Jawatankuasa Penduduk Zon Bukit Dahlia Bersama Umno Cawangan Kristal Dahlia Jalan serangkai. 

Dalam ucapannya beliau menyeru agar semua masyarakat sentiasa bersabar dengan segala musibah yg berlaku dan berharap setiap masyarakat sentiasa berdoa agar Allah SWT melindungi kita. Beliau juga berharap agar semua yg berlaku dijadikan satu iktibar kepada diri masing-masing, selain dari itu beliau juga menegaskan betapa pentingnya  permuafakatan dikalangan penduduk di teruskan demi  ukhwah antara lapisan masyarakat dapat dieratkan. Beliau berharap Krt/Umno/JKP/ Jemaah Surau dan lain2 persatuan atau pertubuhan yg terdapat dlm sesebuah kawasan haruslah bersatu krn semua ini dapat membantu mengeratkan permuafakatan antara penduduk setempat.  Selain juga dapat menghasilkan kreativiti kerja yang lebih baik. Dengan cara ini juga kita dapat melihat sasaran sebenar yg perlu dibantu.  

Sebagai pemimpin dalam apa jua pertubuhan kita perlu ada matlamat dgn meletakkan kepentingan umum sebagai satu keutamaan dari kepentingan peribadi. Jika ini dapat dilakukan sudah pasti setiap kawasan akan mempunyai kekuatannya tersendiri. Melayu Pasir Gudang Ijan Jb Lailawati A Ghani Che Nooriah Ismail Radzuan Jalal Radzuan Mael Molek Zulhairi Fetani Hitam Pedu Ultras Melayu PG Kelab Penyokong Umno Kelab Penyokong BN Johor

Monday, December 22, 2014

Terkini: Kembali ke Sekolah - Hajah Normala Abdul Samad.

Pasir Gudang: Ahli Parlimen Pasir Gudang YB Hajah Normala Abdul Samad telah menyampaikan sumbangan kepada 100 Anak Yatim di kawasan Parlimen beliau.

Yb Hajah Normala Abdul Samad sentiasa perihatin dan mengambil berat terutamanya kepada permasaalahan rakyat.

Beliau mudah terasa atau tersentuh hati bila mendapat tahu kesusahan rakyat. Beliau mudah di dekati dan mesra rakyat. Ada kalanya pandai juga buat lawak jenaka. Tetapi tegas bila urusan kerja.

Usaha murni beliau semoga mendapat keberkatan dan kebaikan kepada negara. Kerana beliau sentiasa bekerja untuk semua kaum iaitu Melayu, Cina,India, Sabah,Serawak.

Beliau bukan sahaja di kenali di dalam kawasan Pasir Gudang malahan peranan beliau di luar negara juga sebagai Ikon peranan Wanita dalam menjaga hak-hak wanita dari keganasan. Di mana beliau telah beberapa kali di undang ke luar negara sebagai wakil Negara Malaysia.

#merakyatkan_perlembagaan. Merupakan tag line beliau. Sebagai pemangkin kesejahteraan dan maufakat umah.

Saturday, December 20, 2014

Terkini: Dr M Parti Melayu mengemis pada orang Cina

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata parti seperi Umno, PKR dan PAS terpaksa “mengemis” untuk mendapatkan sokongan politik daripada golongan Cina.

“Sepatutnya, memandangkan orang Melayu membentuk 60 peratus daripada jumlah penduduk, kita sepatutnya memenangi pilihan raya.

“Namun disebabkan kita terpisah kepada tiga kumpulan, kita terpaksa menjadi pengemis, meminta pertolongan daripada kaum lain – terutama golongan Cina – untuk mendapatkan sokongan mereka

“Sama ada Umno, PKR, PAS... mereka mengemis pada orang Cina, DAP untuk dapatkan sokongan. Dan memandangkan kita jadi pengemis, kita tidak lagi berkuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dalam satu seminar di Akademi Kenegaraan hari ini.

Thursday, December 18, 2014

Terkini: UMNO mengorak langkah baru dengan memperkenalkan daftar ke Ahlian secara online.

PWTC - DS Najib pagi td melancarkan pendaftaran keahlian UMNO secara online. Kini sesiapa shj yg ingin menjadi ahli UMNO hanya perlu melayari umno-online.my dan klik ruangan KEAHLIAN ONLINE utk mendaftarkan diri menjadi ahli UMNO. 24 JAM lulus jadi ahli UMNO.Menurut PM, kita dah letih cerita borang hilang dan lain-lain.

Menurut DS Tengku Adnan, selain lulus 24 jam, pemohon online akan menjadi ahli UMNO cawangan PWTC terlebih dulu. Selepas itu keahlian mereka akan diserapkan ke cawangan pilihan masing-masing.

Daftar ONLINE KLIK SINI

Thursday, October 30, 2014

Terkini : Pemimpin UMNO kena sedarkan diri dan baca sejarah.

DAP, MCA, Gerakan termasuk MIC sering mengatakan Melayu/Bumiputera sahaja yang mendapat keistimewaan di Negara ini walaupun mereka sedar ini adalah Tanah Melayu dan hak milik orang melayu.

Pemimpin UMNO pula seakan beku otak untuk berhujah dengan mereka betapa banyak keistimewaan yang mereka telah dapat walaupun mereka berasal sebagai pendatang ke negara ini.

Pemimpin UMNO harus sedarkan mereka dan sering bangkitkan kepada mereka keistimewaan2 yang mereka telah dapat seperti mereka mendapat hak kerakyatan sama taraf dengan orang Melayu/bumiputera, mereka mendapat sekolah keb ikut bangsa mereka, mereka bebas beragama ikut agama nenek moyang mereka, mereka bebas mengunakan nama ikut bangsa asal mereka, mereka mendapat tempat dalam perkhidmatan awam yang setaraf dengan orang Melayu, mereka bebas mengamalkan budaya dan adat mereka walaupun mereka berasal dari pendatang.

Ini bukan soal resis ini lah kenyataan yang bangsa asing wajib telan! Kenapa pemimpin UMNO sukar sangat nak memberitau mereka bahawa keistimewaan seperti yang mereka dapat ini tidak terdapat di negara lain.

Ini lah perjuangan yang harus senantiasa pemimpin UMNO lakukan dan ingatkan kepada generasi muda berbangsa cina dan india supaya mereka tidak besar kepala!

Tuesday, February 11, 2014

Pontian terbakar 22 buah rumah musnah.

Gambar Saudara Norafandi bin Jamaian

Pontian berlaku musibah yang sangat menyayat hati di kampung batu 26, Pekan Nenas pada 11/2/2014 jam 11.00 pagi di mama 22 buah rumah terbakar hangus.

Jiwa anak muda perihatin Saudara Norafandi bin Jamain, Selaku ketua pemuda UMNO bahagian Tanjong Piai, merangkap Pegawai KPI exco belia dan sukan negeri Johor telah melawat tempat kejadian.

Friday, February 7, 2014

Apa yang pelik PRK di Kajang???

Photo
Photo

AnuWar mmg gilerr....bukan jerr gilerr nak jadi PM atau MB tapi gilerr bila suruh YB Kajang letak jawatan tanpa alasan kukuh dan dia pulak calonkan diri dia.

Thursday, February 6, 2014

Kadar Tol x naik - Ni semua salah BN!!!

 Muktamad. Tol Tidak Naik Tahun Ini! - Muhyiddin Yassin #NaikHarga 

 PUTRAJAYA 5 Feb. - Kadar tol di semua lebuh raya di negara ini tidak akan dinaikkan sehingga hujung tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Beliau berkata, keputusan tersebut dipersetujui oleh Jemaah Menteri selari dengan hasrat kerajaan untuk tidak membebankan pengguna dengan kenaikan harga tol.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://dailynet7.blogspot.com/2014/02/muktamad-tol-tidak-naik-tahun-ini.html
Muktamad. Tol Tidak Naik Tahun Ini! - Muhyiddin Yassin‪#‎NaikHarga‬

PUTRAJAYA 5 Feb. - Kadar tol di semua lebuh raya di negara ini tidak akan dinaikkan sehi...ngga hujung tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, keputusan tersebut dipersetujui oleh Jemaah Menteri selari dengan hasrat kerajaan untuk tidak membebankan pengguna dengan kenaikan harga tol.

Thursday, January 16, 2014

Teluk Sengat guru cina di paksa buka tudung.

KENYATAAN MEDIA KETUA PEMUDA UMNO JOHOR

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor (PPUNJ) hari ini melahirkan rasa dukacita dan membantah keras di atas tindakan seorang ahli jemaah Pengurus sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Nan Ya Telok Sengat Kota Tinggi yang telah mengarahkan seorang guru Islam supaya membuka tudung ketika mengajar selain memberi ancaman keselamatan terhadap guru tersebut. PPUNJ juga merasa amat kesal dengan sikap berdiam diri Guru Besar sekolah terbabit yang seolah-olah merestui tindakan terkutuk itu.

Wednesday, January 8, 2014

10 Sebab Mengapa Jepun Maju Klik SINI

10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan:
Kredit Kpd Hj Khairol Amin Mohd Salleh yg menterjemah catatan ini, Jazahullahu Khaira:

1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”

9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.

10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.

Sumber Asal: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=521265741257650&set=a.140501556000739.30439.140501459334082&type=1&theater
 
10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan:
 
1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang. 
 
2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

Monday, January 6, 2014

3.3 juta peluang kerja menjelang 2020

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak yakin sasaran mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan menjelang 2020 mampu dicapai berdasarkan kejayaan membuka 1.1 juta peluang pekerjaan pada 2011 dan 2012.

Kritik demi Islam, bukan wang

Kritik demi Islam, bukan wang  
Tan Sri Dr Harussani Zakaria
Kuala Lumpur: Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria semalam menegaskan, beliau tidak pernah menerima walau sesen daripada mana-mana pihak yang kononnya didakwa menajanya untuk mengkritik pihak menentang kerajaan.

Sunday, January 5, 2014

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat