TERIMA KASIH


counters

MTMR

Showing posts with label Intip. Show all posts
Showing posts with label Intip. Show all posts

Thursday, November 28, 2013

KLUANG: Unit intipan, risikan khas sentiasa digerak tangani intipan pihak luar

Kementerian Dalam Negeri sentiasa menggerakkan unit intipan dan risikan khas bagi menangani sebarang kegiatan intipan oleh pihak luar ke atas negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, unit itu adalah antara langkah yang dilakukan kementerian sebagai benteng menangkis sebarang ancaman.

Wednesday, November 27, 2013

Rantau Panjang: Lelaki parah 7 kali ditikam sepupu

Seorang lelaki cedera parah, ditikam dengan pisau oleh sepupunya, susulan perbalahan dua keluarga dalam kejadian dekat pangkalan haram Lubok di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, Mohd Nafiza Mohd Zain, 34, cedera parah di badan dan kaki akibat serangan sepupunya berusia 26 tahun itu.

Dewan tolak usul Pembangkang

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat semalam menolak usul dikemukakan Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Bukit Katil) untuk mengecam Amerika Syarikat (AS), Australia dan Singapura kerana tindakan mengintip yang boleh menjejaskan keselamatan negara ini.

EKSKLUSIF: Kenapa bolos

EKSKLUSIF: Kenapa mudah bolos
Kes 12,000 kenderaan curi diseludup ke luar negara

Kuala Lumpur: Kekangan kekurangan pegawai dan peralatan untuk pemeriksaan, selain cabaran mengendalikan ribuan kontena sehari di pelabuhan adalah antara sebab sindiket curi kenderaan mudah membolosi kawalan penguatkuasaan.

Tuesday, November 26, 2013

Cuba Anda berdebat dengan Pembangan.

Apa sahaja pembangang akan lebih tahu dari UMNO/BN? Buktinya anda baca sendiri kenyataan di atas. MTMR berharap UMNO/BN tidak berfikiran seperti PR (Pembangang Rosak )

MTMR juga berminat untuk berkongsi pandangan dan pendapat. Mengapa Pembangang Rosak sentiasa meracuni fikiran rakyat supaya membenci kerajaan? Jawapan mudah kerana mereka mahukan Malaysia jatuh dan Pembangang Rosak mahu memerintah Malaysia.

Terkini dengan pendedahan intipan yang di lakukan oleh Singapura terhadap Malaysia merupakan pencabulan kedaulatan sesebuah Negara Berdaulat. Ingatkan Singapura terlalu hebat dengan sanggup bersekongkol dengan DAP yang merupakan Parti Rosak di Malaysia. 

Tetapi niat jahat Parti Rosak dan Kerjasama Singapura telah di dedahkan. Maka sebaiknya Malaysia perlu mengemaskini dan menyulitkan lagi tahap kesiagaan kerahsiaan Negara agar sukar di ceroboh. Tukar dan berikan maklumat sulit palsu agar mereka menipu diri mereka sendiri atas kebodohannya.

Salah satu maklumat yang di ceroboh olih Singapura adalah pendedahan pasukan risik singapura yang menyatakan Anwar liwat. Perkara ini di akui sendiri oleh bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kwan You. 

Akhirnya Karpal Sing mendedahkan bahawa Anwar liwat. Ungkapan yang terkesan sehingga kini adalah Anwar Ibrahim perlu bertaubat.

Intip : Zahid selar negara luar menceroboh kerahsiaan negara

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar tindakan negara luar cuba mencerobohi maklumat kerahsiaan Malaysia yang merupakan tindakan amat tidak wajar.

Beliau menegaskan melalui dasar terbuka Malaysia, negara sedia berkongsi maklumat yang diperlukan sekiranya maklumat tersebut melibatkan negara-negara berkenaan.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat