TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, November 27, 2013

Dewan tolak usul Pembangkang

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat semalam menolak usul dikemukakan Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Bukit Katil) untuk mengecam Amerika Syarikat (AS), Australia dan Singapura kerana tindakan mengintip yang boleh menjejaskan keselamatan negara ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata kebenaran diberikan untuk usul itu dibentangkan, bagaimanapun selepas mempertimbangkan asas penting iaitu perkara tertentu, kepentingan ramai dan disegerakan, didapati ia tidak perlu dibahaskan.
 
Ada sebab kenapa saya buat keputusan untuk tidak membahaskan usul ini kerana ada usul yang dibuat itu boleh membuang masa dewan, selain ada unsur kepentingan peribadi.

Dalam hal ini, saya dapati syarat supaya isu ini disegerakan atau dibahas adalah tidak perlu kerana kerajaan masih menunggu penjelasan AS dan Australia selepas mengemukakan nota bantahan pada 1 November lalu serta mengadakan pertemuan dengan Duta AS dan Pesuruhjaya Tinggi Australia, katanya.

Minta speaker jelas keputusan

Sebaik Pandikar Amin menyatakan pandangannya, beberapa Ahli Parlimen pembangkang bangun mempertahankan usul berkenaan dengan meminta Speaker memberi penjelasan berhubung keputusannya untuk usul mengikut Peraturan 18 (1) Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat itu.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) mahu tahu apakah jawapan kerajaan AS dan Australia serta menganggap tanpa permohonan maaf, ia seperti mencabul keharmonian dan kedaulatan negara ini.
Tian Chua (PKR-Baru) juga senada Mahfuz apabila menganggap tindakan menunggu penjelasan dua negara terbabit yang setakat ini sudah 26 hari lamanya dan bermakna pengintipan akan terus berlaku.

Bagaimanapun, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) pantas mempertahankan keputusan Speaker dan meminta pembangkang menerima keputusan berkenaan.

Terdahulu, Shamsul Iskandar ketika membentangkan usul itu berkata, media asing seperti Der Speigel dan Sydney Morning melaporkan pemberi maklumat perisikan, Edward Snowden bahawa berlaku risikan ke atas Malaysia oleh kedutaan AS dan Suruhanjaya Tinggi Australia bagi memintas maklumat radio, telekomunikasi dan internet.

Jadi rakan utama kumpulan 5-Eves

Terkini, katanya, media Belanda, NRC Handelsblad mendedahkan Singapura membantu menyediakan akses komunikasi dan menjadi rakan utama kumpulan perisikan 5-Eves yang diketuai AS bagi merakam perbualan telefon dan memantau rangkaian komunikasi di Kuala Lumpur.

Selain itu, beliau berkata, media Australia, Fairfax turut mendedahkan perisikan Singapura adalah rakan Agensi Perisikan Elektronik Australia untuk memintas kabel telekomunikasi terpanjang di dunia, SEA-ME-WE 3 dan diuruskan syarikat telekomunikasi milik kerajaan Singapura, Singtel.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat