TERIMA KASIH


counters

MTMR

Monday, December 9, 2013

Pusat Latihan Peperangan Khusus, 21 Rejimen Komando, Kem Sg. Udang, Melaka.

* Bot Komando Sg.Udang Hilang Dilaut, mungkin ini yg sedang mereka lakukan . Motto Rejimen - Cepat Dan Cergas...

Lambang Rejimen - Digelar sebagai "Harimau Berjuang", wajah harimau mengaum dan pisau komando. Warna hijau melambangkan status Rejimen Komando dan melambangkan warna hijau juga sebagai warna suci agama Islam. Warna Biru melambangkan hubungan erat antara Rejimen Gerak Khas dengan 40th Royal Marines Commando British. Harimau melambangkan keberanian, dan ketangkasan. Pisau Komando merupakan pertanda status anggota resimen – hanya anggota komando sahaja yang layak menyandang pisau komando.


Beret Hijau - Anggota Rejimen Gerak Khas menggunakan Beret Hijau, merupakan simbol am diantara komuniti pasukan komando di seluruh dunia. Lambang "harimau berjuang" diletakkan pada beret hijau.

Lanyard Biru - Anggota Rejimen Gerak Khas juga menggunakan lanyard berwarna biru, sebagai tanda penghargaan dari 40th Royal Marines Commando British. Anggota dari 40th Royal Marines dan Gerak Khas menggunakan lanyard biru tradisional.

Grup Gerak Khas bertanggungjawab menyediakan kemudahan dan kelengkapan menjalankan gerakan khas termasuk gerakan payung terjun dan gerakan perairan. Gerakan ini boleh dilaksanakan secara bersendirian, bersama atau bekerjasama dengan pasukan tetap yang lain di dalam kawasan musuh.

Rejimen Gerak Khas - Mengadakan Skuadron mencari, melapor, mengharu dan menghancur musuh dengan penyusupan jarak jauh dan di samping itu bekerja rapat dengan pasukan gerila. Melaksanakan operasi ofensif secara bebas yang memerlukan kepakaran melalui laut, darat dan udara di dalam kawasan yanng dikuasai oleh musuh dan juga mendapatkan maklumat.

LATIHAN - Tentera Darat membuat pengambilan latihan Kursus Asas Komando 3(tiga) kali setahun, siri AK/1, AK/2 dan AK/3. Kursus ini mengambil masa selama 12 minggu, terbahagi kepada 5 fasa. Syarat untuk menyertai kursus ini seseorang itu haruslah berkhidmat dalam Tentera Darat terlebih dahulu, sekurang-kurangnya setahun dan mempunyai rekod yang cemerlang.

Pendek kata kursus ini hanya untuk anggota Tentera Darat bukan orang awam. Kursus ini juga merupakan kemuncak kepada kemampuan seorang anggota Tentera Darat. Biasanya, 50 peratus anggota akan berjaya mengharungi kursus ini sehigga tamat.
Sebelum menyertai Kursus Asas Komando Gerup Gerak Khas 12 minggu, pelatih wajib terlebih dahulu mengikuti orientasi selama 30 hari bagi menilai apakah mereka layak menyertai kursus tersebut.Oleh itu mereka diuji dengan keras.

FASA 1: KEM (5 minggu) - Setelah berjaya diorientasi barulah mereka boleh menyertai kursus.Objektif peringkat permulaan ini untuk menguji ketahanan mental dan fizikal anggota. Antara latihannya seperti abseiling, senjata, bahan letupan, perubatan dan sebagainya. Pada permulaan peringkat ini, pelatih akan berlari sejauh 76 km, seterusnya 76 km lagi pada waktu malam. Pertengahan pula jalan lasak 25 km. Di akhir peringkat ini pelatih harus keluar dari Kem Sg. Udang memandu arah sejauh 138 km tanpa henti.

FASA 2: HUTAN (2 minggu) - Latihan di perngkat ini seperti ikhtiar hidup, peperangan hutan dan sebagainya. Pelatih juga dilatih memandu arah sejauh 90 km. Di akhir peringkat ini mereka juga akan berjalan sejauh 160 km dalam masa 3 hari. Biasanya, aktiviti inilah yang paling ramai pelatih gagal kerana menyerah dan tidak mampu bertahan lagi berjalan sejauh itu.

FASA 3: PAYA (1 minggu) - Walaupun hanya seminggu dan tiada apa-apa aktiviti fizikal di peringkat ini, tetapi mereka terpaksa bertahan untuk terus hidup dengan hanya berbekalkan seluar dalam, sebilah parang, beberapa batang mancis dan tiada langsung bekalan makanan diberi. Latihan lain ialah ikhtiar hidup, peperangan di paya dan sebagainya.

FASA 4: LAUT (2 minggu) - Latihan di perngkat ini seperti serangan pantas, menyelam di dasar laut, sabotaj dan sebagainya. Pelatih juga dikehendaki berdayung dengan kanu todak sejauh 20 km. Selain itu pandu arah laut 10 km dengan kanu yang sama. Setiap anggota komando WAJIB mahir dan pakar dalam tiga dimensi peperangan iaitu laut, darat dan udara.

FASA 5: LATIHAN PENAMAT (2 minggu) - Sekarang tibalah masa untuk pelatih mengaplikasikan segala apa yang telah dipelajari dan diharungi pada peringkat sebelumnya. Peringkat inilah merupakan ujian sebenar pelatih. Permulaan ujian mereka terpaksa berdayung sejauh 100 km menuju ke kawasan operasi.

Tiba di sana,mereka perlu mencari dan mengenalpasti lokasi kawasan musuh, mengatur gerak dan seterusnya melancarkan serangan ke kawasan itu. Setelah serangan berjaya dilaksanakan dan objektif tercapai,mereka terpaksa pula melarikan diri dari musuh yang cuba memusnahkan mereka. Dalam pelarian ini, mereka juga perlu mengelak dari ditangkap. Inilah yang dinamakan escape & evasion. Jikalau ditangkap, mereka akan diseksa sebenar-benarnya.

Jarak pelarian ini sejauh 240 km!!!Untuk mengelak dari ditangkap, mereka tidah boleh leka atau tidur sepanjang E&E itu. Masa yang diambil kira-kira 5 hari untuk menamatkan jarak sejauh itu. Bayangkalah keperitan yang mereka alami. Maka layaklah mereka digelar KOMANDO,iaitu manusia yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang amat tinggi.

Segala ujian yang mereka harungi ini tak mungkin mampu dilakukan oleh manusia biasa. Jumlah keseluruhan perjalan mereka sejauh lebih 900 km. Mereka akan diberi rehat seminggu selepas itu sebelum hari penganugerahan beret. Anggota yang berjaya akan membuat satu demonstrasi serangan pantai keatas kubu musuh yang berada hampir dengan gigi air kepada tetamu kehormat.

Penganugerahan - Mulanya anggota itu akan melutut dihadapan penganugerah. Topi celoreng yang dipakai akan dibuang manakala beret hijau akan disarungkan.Kemudian anggota akan mendepakan tangan kanannya sambil menggenggam untuk penganugerah mengikat lanyard biru. Akhir sekali anggota perlu berdiri semula untuk penganugerah menyarungkan pisau fairbairn & sykes yang sarungnya telah berada tersedia di dada kiri.Penganugerahan ini diberi terlebih dahulu kepada pegawai.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat