TERIMA KASIH


counters

MTMR

Showing posts with label ESSCOM. Show all posts
Showing posts with label ESSCOM. Show all posts

Tuesday, July 19, 2016

Penculikkan lagi berlaku di perairan Sabah?

MANILA: Angkatan Tentera Filipina sedang membuat pengesahan laporan bahawa lima orang telah hilang di perairan Lahad Datu, Sabah.

"Kami dengan penuh keinginan sedang berusaha ke arah itu dan akan berusaha untuk mengesahkannya secepat mungkin serta akan mendedahkannya sebaik sahaja data telah disediakan," kata Ketua Pejabat Hal Ehwal Awam Angkatan Tentera, Kolonel Edgard Arevalo, Selasa.

Penasihat rundingan damai Peace, Jesus Dureza berkata, berdasarkan laporan yang diterimanya pada Isnin, beberapa warga asing telah hilang dan mungkin telah diculik.

Pihak berkuasa Malaysia berkata sebuah bot tunda kosong dengan enjinnya masih hidup ditemukan terdampar di perairan Dent Haven, Tambisan, Lahad Datu pada Isnin.

Arevalo berkata Komando Mindanao Barat telah menyedari tentang laporan 'kemungkinan penculikan yang berlaku dalam dua hari lepas'.

Penculikan rakyat Indonesia juga telah dilaporkan berlaku di perairan selatan Filipina oleh kumpulan Abu Sayyaf baru-baru ini.

The Star Online melaporkan bahawa lima pelayar Malaysia, yang dilaporkan hilang dari sebuah kapal tunda di perairan Lahad Datu pada Isnin, mungkin telah diculik.

"Kami tidak menolak kemungkinan lima yang berkenaan diculik," kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun kepada pemberita di Lahad Datu pada Selasa.

Beliau berkata, sehingga kini tiada panggilan diterima oleh keluarga kru kapal tunda itu.

Rashid turut menafikan khabar angin bahawa pemilik kapal tunda itu telah menerima panggilan pada lewat Isnin dan penculik menuntut 200 juta Pesos (RM20 juta) dan juga telah bercakap dengan mangsa.

"Tiada sebarang panggilan," katanya.

Beliau berkata mereka masih menyiasat kehilangan lima anak kapal yang dikenal pasti sebagai tiga rakyat Sabah iaitu Abd Rahim Summas, 62, Mohd Zumadil Rahim, 23 dan Fandy Bakran, 26.

Selain itu seorang lagi yang berasal dari Sarawak ialah Tayudin Anjut, 45, dan Mohd Ridzuan Ismail, 32, dari semenanjung. -Philippines Daily Inquirer/Asia News Network

Saturday, June 25, 2016

Keselamatan Pantai Timur Sabah: Boleh Kah Selesai?

ESSZONE/ESSCOM meniru RASCOM; ingatkan cara kerja operasi keselamatan untuk Sabah itu sama dengan RASCOM; rupanya TIDAK, pasukan keselamatan dilarang melepaskan tembakan; jika terserempak dengan penceroboh; kecuali kalau berlaku SERANGAN HENDAP seperti pada malam Sabtu lalu yang menyebabkan seorang anggota pasukan keselamtan mati tertembak.

Esszone/Esscom ditubuhkan ekoran pencerobohan militan sulu ke Kg Tanduo, Lahad Datu. Dalam percerobohan itu, turut terkorban beberapa orang anggota keselamatan dan sudah tentunya berdozen-dozen pencoroboh.

Tujuan penubuhan Esszone/Esscom adalah untuk mencegah pencerobohan berulang; namun sejak penubuhannya, bukan pencerobohan yang berlaku akan tetapi penculikan. Kalau pencerobohan dilakukan secara terang-terangan malah mencabar pasukan keselamatan untuk berlawan, lain halnya dengan penculikan, kerana tindakan penculikan ibarat kucing dan tikus, saling elak mengelak.

Pada semasa lawatan Perdana Menteri ke Sabah, pada sebelah petangnya selepas pertemuan dengan para pemimpin Bn Sabah, Dato Seri Najib mengumumkan beberapa langkah untuk memantapkan Esscom/Esszone termasuk menempatkan satu kapal besar di Tengah laut berdekatan dengan sempadan sebagai pusat operasi; ironinya selepas pengumuman itu pada tengah malam pada sabtu di Pulau Mabul, berlaku serangan hendap dan berlakunya kematian pada salah seorang anggota keselamatan.

Nampaknya, semakin rancaknya pihak kerajaan mengumumkan untuk memperketat keselamatan di Pantai Timur Sabah, semakin pihak penculik mencuba keampuhan pasukan keselamatan kita; sehingga Panglima Angkatan Luat Malaysia meminta kebenaran untuk menembak.

Adalah satu keanehan, pihak kita melaksanakan zone keselamatan untuk melindungi wilayah negara, namun kebenaran untuk menembak tidak dibekalkan kepada pasukan keselamatan; apa ertinya memiliki senjata canggih?

Foto Sebagai Hiasan

Friday, September 5, 2014

Mutakhir: ESSCOM melepaskan tembakkan kepada penceroboh di pulau selingan Sabah.

SANDAKAN: Anggota tentera terpaksa melepaskan tembakan ke arah sebuah bot pam penceroboh yang cuba meluru ke arah mereka sambil pengendalinya mengeluarkan sebilah parang di perairan Pulau Selingan, semalam.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Abdul Rashid Harun, berkata berikutan itu bot penceroboh yang terkena tembakan itu karam dan suspek terjatuh ke dalam air.

Beliau berkata, seorang anggota tentera menyelamatkan suspek dan mendapati pengendali bot pam itu mengalami kecederaan akibat tembakan di bahagian betis kiri dan buku lali sebelah kanan.

Katanya, suspek kemudian dibawa ke Pulau Bakungan Kecil (Malaysia) bagi mendapatkan rawatan kecemasan sebelum dihantar ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk rawatan lanjut.

"Suspek kini dalam keadaan stabil dan masih mendapat rawatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum insiden itu, Abdul Rashid berkata anggota tentera yang bertugas di Pulau Bakungan Kecil menerima maklumat bahawa terdapat beberapa bot dari Pulau Bakungan Besar, Filipina sedang menuju ke arah Pulau Selingan yang terletak hampir 25 kilometer dari pusat bandar Sandakan kira-kira 1.45 tengah hari semalam.

Katanya, bertindak atas maklumat berkenaan, enam anggota tentera yang menaiki bot Boston Whaler 54 bergerak ke lokasi itu.

"Setelah tiba di lokasi berkenaan, anggota tentera mendapati lapan bot pam berada di kawasan perairan negara Malaysia, dan hanya seorang sahaja yang ada dalam setiap bot pam itu," katanya.

Abdul Rashid berkata, anggota tentera terbabit cuba "menghalau" mereka dengan melepaskan tiga das tembakan amaran namun hanya dua sahaja yang berpatah balik ke perairan Filipina manakala enam bot pam lagi tidak mengendahkan amaran itu.

"Sebaliknya mereka cuba membuat provokasi terhadap bot anggota tentera dan pada masa itu anggota tentera kita ternampak satu daripada bot pam berkenaan cuba menghampiri mereka sambil pengendalinya mengeluarkan sebilah parang menyebabkan anggota tentera melepaskan beberapa das tembakan ke arah bot tersebut untuk mempertahankan diri," katanya.

Difahamkan selepas suspek ditembak, lima lagi bot penceroboh itu beredar kembali ke perairan Filipina.

Abdul Rashid berkata, siasatan lanjut berhubung insiden itu masih diteruskan termasuk latar belakang kumpulan itu dan menegaskan ESSCOM akan terus meningkatkan operasi keselamatan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) bagi membendung pencerobohan.

ESSZONE merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau. Daerah-daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau.

ESSCOM yang ditubuhkan pada 1 April tahun lepas bertanggungjawab menyelaras operasi pelbagai agensi pertahanan dan keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

- BERNAMA

Monday, July 21, 2014

ESSCOM tahan 69 nelayan, 11 bot pada hari kedua perintah berkurung

LAHAD DATU: Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menahan 69 nelayan termasuk 10 wanita dan 11 bot di sekitar perairan Sandakan, Lahad Datu dan Semporna kerana melanggar perintah berkurung pada hari kedua pelaksanaan perintah itu.

Komander ESSCOM, Datuk Abdul Rashid Harun, berkata tujuh daripada 11 bot itu ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) manakala selebihnya oleh Pasukan Polis Marin.
"Kita tahan mereka (nelayan) kerana berada di kawasan larangan semasa perintah berkurung dikuatkuasakan dari 6 petang semalam hingga 6 pagi tadi.

Wednesday, July 9, 2014

ESSCOM distruktur semula

Foto
Najib bersama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2014 di Putrajaya, semalam. - Foto Fariz Iswadi Ismail

2 komponen perkemas pengurusan keselamatan: PM

Putrajaya: Penstrukturan semula Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bertujuan memantapkan dan memperkemaskan pengurusan keselamatan di kawasan pantai timur Sabah, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri menjelaskan, penstrukturan merangkumi dua komponen iaitu Pengurusan Keselamatan dan Pertahanan serta Penguatkuasaan dan Tindakan Awam.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat