TERIMA KASIH


counters

MTMR

Showing posts with label Nadional. Show all posts
Showing posts with label Nadional. Show all posts

Sunday, April 13, 2014

Sembunyi status kesihatan

Virus MERS: Jemaah haji hidap penyakit kronik hadapi risiko jangkitan

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan menyarankan jemaah haji tahun ini mendapatkan nasihat doktor mengenai risiko jangkitan virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) yang sedang melanda Arab Saudi.

Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Awam), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, berkata meskipun risiko jangkitan itu rendah, jemaah yang ada penyakit kronik tidak terkawal disaran meningkatkan kesedaran mengenai jangkitan itu, selain mengambil langkah keselamatan bagi mengelak dijangkiti.
Individu berpenyakit kronik berisiko dijangkiti virus ini” Dr Lokman Hakim Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan(Kesihatan Awam)

“Mereka diingatkan tidak cuba menyembunyikan sebarang maklumat mengenai penyakit yang dialami ketika menjalani ujian saringan, semata-mata hendak menunaikan haji kerana individu berpenyakit kronik berisiko dijangkiti virus ini,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Beliau mengulas penularan MERS yang dilaporkan semakin serius di Arab Saudi selepas dua individu meninggal dunia akibat virus berkenaan, baru-baru ini. Kelmarin, Tabung Haji mengeluarkan garis panduan terbaharu yang tidak membenarkan jemaah haji menunaikan ibadat itu sekiranya gagal melepasi ujian saringan kesihatan.

Tiada sekatan perjalanan

Sambil mengesahkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih belum mengeluarkan sekatan perjalanan ke negara yang terbabit dengan virus itu, beliau berkata, kementeriannya turut bekerjasama rapat dengan agensi pelancongan dan syarikat menguruskan pakej haji musim ini.
Maklumat terperinci

“Kerjasama itu bagi membolehkan kita memberi maklumat terperinci mengenai penularan wabak itu kepada jemaah,” katanya sambil menasihatkan mereka yang ke Arab Saudi agar menjaga kebersihan dan mendapatkan panduan daripada pasukan kesihatan sekiranya sukar mendapatkan rawatan segera.

Katanya, ia juga membabitkan mereka yang baru pulang daripada menunaikan umrah dan menghadapi masalah kesihatan seperti batuk yang biasa berlaku sekembali dari Tanah Suci.

“Namun, jika batuk dan demam berlarutan serta mengalami masalah pernafasan, segeralah ke klinik,” katanya.

INFO: Persediaan sebelum menunaikan haji, umrah

Sentiasa pastikan kesihatan baik, khususnya yang berpenyakit kronik seperti kencing manis, asma dan sakit jantung.

Ambil vaksin tambahan, vaksin Influenza dan Pneumococcal (amat digalakkan) terutama yang berumur dan ada penyakit kronik. Ikut nasihat pegawai perubatan
Bawa bekalan penutup mulut dan hidung mencukupi dan pencuci tangan untuk kegunaan sendiri

Ikuti perkembangan semasa mengenai wabak dan langkah pencegahan yang perlu diambil

Langkah cegah MERS

Amalkan tahap kebersihan diri, kerap cuci tangan terutama selepas batuk, bersin atau bersalam.

Guna penutup hidung dan mulut, pencuci tangan ketika perlu.

Amalkan etika batuk yang baik.

Elak ambil makanan mentah atau tidak dimasak sepenuhnya.

Elak minum air tidak dirawat.

Pakai penutup hidung

Wednesday, April 2, 2014

Dunia: Seoul curiga pesawat tanpa pemandu

SEOUL: Korea Selatan semalam mendakwa menemui sebuah pesawat tanpa pemandu tidak dikenali terhempas di salah satu pulau di sempadannya, pada hari sama kedua-dua negara Korea Selatan dan Korea Utara berbalas tembakan meriam di sempadan maritim yang menjadi pertikaian.

Bangkai pesawat terbabit ditemui di Pulau Baengnyeong, yang berada di selatan sempadan maritim, mencetuskan kecurigaan ia mungkin milik Korea Utara.
“Pihak berkuasa mengambil bangkai pesawat itu untuk analisis,” kata seorang jurucakap kementerian pertahanan.

Beliau enggan membuat spekulasi mengenai dari mana pesawat terbabit tetapi agensi berita Yonhap berkata pegawai risikan dan tentera mengesyaki ia datang dari Korea Utara.

Yonhap memetik sumber tentera sebagai berkata bahawa pesawat itu terhempas kira-kira jam 4 petang, kurang sejam selepas Korea Utara menghentikan latihan bedilan peluru hidup di sepanjang sempadan.

Ketika latihan, Korea Utara melepaskan kira-kira 500 bedilan meriam, 100 daripadanya jatuh di perairan Korea Selatan.

Korea Selatan membalas dengan menembak 300 bedilan ke laut sempadan Korea Utara dan turut menghantar jet pejuang.

Korea Utara mempamerkan satu set apa yang disifatkan sebagai pesawat tanpa pemandu ringkas ketika perarakan tentera besar-besaran di Pyongyang Julai lalu ketika meraikan ulang tahun ke-60 berakhirnya Perang Korea.

Pada Mac tahun lalu, media tempatan melaporkan pemimpin Kim Jong-Un memantau satu latihan tentera menggunakan ‘pesawat tanpa pemandu paling tepat’. Gambar foto latihan yang disiarkan televisyen tempatan menunjukkan apa yang menyerupai pesawat tanpa pemandu tentera udara itu terbang ke kawasan pergunungan dan meletup.

Yonhap berkata bentuk dan saiznya yang ditemui di Pulau Baengnyeong adalah sama dengan apa yang ditemui bulan lalu berhampiran bandaraya utara Paju, berhampiran sempadan darat dengan Korea Utara.

Pesawat Paju itu memiliki sayap segi tiga dengan ukuran 1.9 meter, kata agensi yang memetik sumber kerajaan.

Ia menggunakan enjin kuasa gas buatan Jepun manakala bahagian lain daripada China.

Sumber kerajaan berkata, ia memiliki sebuah kamera yang mengambil gambar rakaman dari udara lebuh raya kebangsaan dari Paju ke Seoul dan istana presiden, Blue House di ibu negara. – AFP

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat