TERIMA KASIH


counters

MTMR

Friday, February 28, 2014

Kes Bunuh Ketua Wanita UMNO Cawangam Semencu.

Kota Tinggi: Ketua Wanita UMNO Cawangan FELDA Semenchu, Zalfah Jamaluddin, 68, ditemui mati di kediamannnya di sini, dipercayai disamun dan bunuh.

Mangsa ditemui di rumahnya di No 36, Blok 2 FELDA Semenchu, di sini dan dipercayai dibunuh kira-kira jam 11 pagi, tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Rahmat Othman, mengesahkan kejadian.

Malang bagi Selangor Jika mendapat MB baru Seperti Anuat

Ucapan anwar ibrahim diberitakan ketika sesi "Sembang petang bersama Anwar Ibrahim" di rumah kediaman adun penanti di sg kantan kajang pada 17hb feb 2014 berbunyi:

"Kalau saya di kajang ini, saya seorang Islam, saya akan mengimarahkan masjid, saya akan mengembangkan agama Islam"

Di atas ucapan ini penulis ingin bertanya kpd sdr Anwar Ibrahim:

"Islam yg mana satu yg ingin beliau kembangkan? Adakah Islam seperti mana ucapan beliau berasaskan seperti kes2 yg dinyatakan ini?..."

Kes 1:
(Sokongan kpd kebebasan murtad)

Wartawan BBC:
“Mengenai hak asasi manusia, saya ingin tahu, jika anda diberi kuasa semula dan mempunyai pengaruh untuk mempraktikkan (bagaimana) dengan kes terbaru, Lina Joy, wanita Muslim Malaysia yang mahu menjadi Kristian untuk berkahwin dengan tunangnya yg beragama Kristian dan Mahkamah Tinggi Malaysia tidak membenarkan dia (Lina Joy) berbuat demikian. Adakah ini pencabulan hak asasi manusia?”

Anwar Ibrahim:
“Mahkamah Tinggi tidak sepatutnya membuat keputusan sedemikian dengan mengatakan bahawa ia tidak harus dibenarkan...."

“Isu kebebasan beragama..sepertimana pemahaman saya terhadap Islam dan juga perlembagaan..Apa yang diminta ialah supaya Lina Joy mendapatkan haknya untuk menukar agama melalui prosedur..."

Wartawan BBC:
“Maksud anda Lina Joy memang patut diberi kebenaran untuk menukar agamanya kepada Kristian?

Anwar Ibrahim:
"Itu adalah haknya"

Kes 2:
(Sokongan kpd LGBT)

Wawancara Anwar Ibrahim bersama BBC News di Mumbai, India pada 12 Jan 2012.

Wartawan BBC:
“Sejauh mana anda mahu menyampaikan mesej kebebasan itu, kerana kes anda (liwat) yang digugurkan terhadap anda telah memberikan tenaga baru kepada pergerakan perjuangan hak kumpulan homoseksual di negara anda…ramai yang muncul bertaruh walaupun anda telah dibebaskan…apakah anda bersedia untuk mempertahankan sikap anti diskriminasi termasuk hak asasi kumpulan-kumpulan gay?”

Anwar Ibrahim:
“Kita perlu mengkaji semula sesetengah daripada undang-undang kuno dan lapuk itu…kami orang Muslim dan bukan Muslim, secara amnya percaya dan komited menyokong institusi perkahwinan di antara laki-laki dan wanita, tapi kita tidak boleh dilihat sebagai bersikap zalim dan menghukum....."

“Kita juga tidak boleh menganggap undang-undang kuno itu sebagai relevan…..kita perlu mengkajinya semula….."

“kita tidak mempromosikan homoseksualiti khalayak awam atau khalayak ramai…..saya rasa tidak perlu bagi kami meminta maaf tentang perkara itu…..tetapi untuk menggunakan undang-undang itu bagi menghukum atau menganiayai mereka yang tidak bersalah tidak boleh dipertahankan“.

Firman Allah swt:
Dan ingatlah ketika Nabi Luth berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?...

"Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yg melampaui batas" (al A'raf: 80-81)

"Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan (batu belerang) tanah yang terbakar secara bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim.” (Huud: 82-83)

Kes 3:
(Pluralisma Agama)

Ucapan Anwar semasa dialog “Religion and Pluralisme in a Divided World” pada 18 Mac 2010, di London School of Economic (LSE) 

Anwar Ibrahim: "Golongan-golongan agama tertentu yang menganggap hanya satu ajaran asasi tertentu (fundamental doctrines) sahaja yang membawa ke jalan keselamatan/syurga (salvation) adalah pandangan yang silap dan tertutup...."

"Agama-agama lain juga benar. Maka Pluralisme Agama adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mengelakkan perpecahan tersebut."

Firman Allah swt:
"Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam." (Ali Imran: 19)

"Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi." (Ali Imran: 85)

Anwar Ibrahim:
"Apa juga agamanya, sama ada Islam, Kristian, Sikh, Hindu serta yang lain, saya percaya bahawa kebenaran-kebenaran yang paling tinggi (higher truths) akan mengatasi amalan- amalan semata-mata (mere practice) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth): bahawa dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali...."

Penulis:
Asas kpd risalah daripada Allah swt adalah "aku bersaksi tidak ada ilah (tuhan yg berhak disembah) melainkan Allah"

Adakah ajaran kristian, sikh, hindu dan lain2 ini menyembah tuhan yg Esa?

Bagaimana dgn ajaran kristian yg menganggap Isa itu anak tuhan?

Bagaimana pula dgn ajaran2 agama yg lain yg menggunakan "perantaraan" patung2 dan berhala2 sebagai tuhan2 yg lain sebagai Allah?

Bagaimana dgn ajaran2 agama yg sentiasa berubah ubah kerana pena drpd tangan pendeta2 mereka?

Firman Allah swt:
"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu." (al Maedah: 3)

"Barang siapa yang tidak percayakan Taghut (sembahan selain drpd Allah), dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus selama lamanya" (al Baqarah: 256)

Kesimpulan:
Pendirian dan kepercayaan yg diimani dan dilafazkan oleh Anwar Ibrahim ini sangat2 bertentangan dengan sumber asal Islam yg datangnya daripada Allah swt iaitu al quran.

Maksudnya memberikan ruang dan kuasa kepada Anwar Ibrahim hanya semata mata membuka lagi kemudharatan kesesatan kpd umat Islam di Kajang secara khusus dan kepada umat Islam di Selangor dan Malaysia secara umumnya!

Thursday, February 27, 2014

KERAJAAN SELANGOR AMBIL ALIH KONSESI AIR, UMUM TIGA TANGGUNGJAWAB UTAMA

Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membolehkan Kerajaan Selangor mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi.

Pengambilalihan ini dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan dan keempat-empat syarikat ini akan diletakkan di bawah satu syarikat konsortium air di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) iaitu syarikat milik penuh kerajaan Selangor.

Empat syarikat konsesi itu ialah Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium ABBAS Sdn Bhd (ABBAS).

Pengambilalihan ini akan melibatkan pengambilalihan pegangan ekuiti serta tangggungjawab dan tidak  melibatkan pemberhentian kakitangan bukan pengurusan.

KDEB akan membayar RM9.65 bilion kepada pemegang saham empat syarikat konsesi terbabit manakala Kerajaan Persekutuan menyuntik RM2 billion untuk membantu Kerajaan Negeri dalam urusan pengambialihan saham.

Sebagai balasan, Kerajaan Selangor akan mengeluarkan kebenaran merancang untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan (LRAL2).

Sementera menunggu Langat 2 disiapkan, Kerajaan Selangor akan melaksanakan tiga tanggungjawab utama untuk memastikan bekalan air bersih mencukupi iaitu:

1.      Menjalankan program mitigasi bernilai RM900juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan

2.      Memulakan projek Horas (Hybrid Off River Augmentation System) di Sungai Selangor yang mampu membekalkan air bersih antara 600 hingga 700 Juta Liter Sehari (MLD) atau 3 bilion liter pada 2050. Majlis pecah tanah projek ini akan diadakan dalam tempoh dua minggu dari sekarang

3.      Menurunkan peratusan air tidak berhasil (NRW) dari 33 % kepada tahap yang lebih rendah dalam tempoh enam bulan.  Peratusan tinggi NRW yang gagal diturunkan oleh SYABAS adalah punca utama bekalan air bersih tidak mencukupi.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili di atas kerjasama bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

MoU ini tepat pada masanya ketika rakyat bergelut dengan krisis bekalan air dan ini jelas membuktikan industri air perlu distruktur  semula supaya perkhidmatannya lebih cekap dan mampan dengan kadar tariff air yang munasabah.

Secara peribadi, saya menyeru kpd seluruh pengundi Kajang agar memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang pada 23hb Mac nanti demi perpaduan dan keharmonian rakyat Selangor khasnya.

YAB TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Tuesday, February 25, 2014

Keselamatan luar dan dalam wanita.

Tips Keselamatan Wanita.

1) Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati dirinya berada dalam situasi dimana dia berada bersama seorang lelaki yang mencurigakan sewaktu menaiki lif di sebuah apartment pada lewat malam?

Pakar memberitahu: Masuk lif dan tekan butang setiap tingkat sehingga ke aras rumah anda. Tiada siapa akan berani menyerang anda didalam lif yang berhenti di setiap tingkat.

2) Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati seorang yang tidak dikenali menceroboh masuk dan cuba menyerangnya sewaktu bersendirian di dalam rumah?

Pakar memberitahu: Lari ke dapur. Anda tahu di mana serbuk cili atau kunyit di simpan. Atau di mana pisau dan pinggan berada. Semua benda tersebut boleh bertukar menjadi senjata yang berbahaya. Lempar segala peralatan dapur ke arah penyerang. Biarkan ia pecah dan jerit sekuat hati. Ingat, bunyi adalah musuh kepada si penyerang kerana dia tidak mahu ditangkap.

3) Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia terpaksa menaiki teksi pada waktu malam?

Pakar memberitahu: Sebelum masuk ke dalam teksi tersebut, ambil nombor pendaftarannya. Gunakan telefon bimbit anda untuk menghubungi keluarga atau rakan anda dan berikan mereka butiran teksi itu dalam bahasa yang difahami oleh pemandu teksi. Walaupun tiada siapa yang menjawab panggilan anda, anda boleh berpura-pura berbual dengan seseorang. Pemandu itu kini tahu seseorang telah mempunyai maklumat yang cukup dan dia akan berada dalam masalah yang serius jika terjadi apa-apa kepada anda. Dia kini terikat untuk memastikan anda sampai ke destinasi dengan selamat. Dari berpotensi sebagai penyerang, beliau kini telah menjadi faktor pelindung anda!

4) Bagaimana jika pemandu teksi menukar jalan yang dia tidak sepatutnya lalu dan anda berasa sedang memasuki zon bahaya?

Pakar memberitahu: Gunakan tali beg tangan anda untuk menjerut leher pemandu tersebut dan tarik ke belakang. Dia akan berasa tercekik dan tak bermaya dalam beberapa saat. Dalam kes jiika anda tidak mempunyai beg tangan yang bertali, tarik kolar baju pemandu tersebut. Bahagian atas bajunya juga akan menghasilkan kesan yang sama.

5) Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia berasa dirinya sedang diekori pada waktu malam?

Pakar memberitahu: Masuk kedalam kedai atau premis berhampiran yang terang. Jika kedai-kedai tidak dibuka pada waktu malam, masuk ke dalam ATM berhampiran. ATM merupakan tempat yang mempunyai pengawal keselamatan. Mereka juga dipantau oleh litar televisyen tertutup. Kerana takut dicam, tiada siapa akan berani menyerang anda.

Sentiasa berjaga-jaga adalah senjata yang paling baik buat diri wanita.

Mohon sebarkan kepada semua kenalan wanita dalam jagaan anda. Menyebarkan info sebegini adalah usaha yang paling kurang kita boleh lakukan untuk tujuan sosial dan moral demi keselamatan wanita.

Saturday, February 22, 2014

Johor Mempunyai lebihan semasa pada 31 Disember RM 791.59 Juta.



Alhamdulillah formula yang digunakan dalam menjana hasil dan menguruskan perbelanjaan negeri secara bijak, Johor kini telah berjaya mengatasi keseluruhan masalah defisit terkumpul dalam akaun hasil disatukan.

Friday, February 21, 2014

Mutakhir: Karpal bersalah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948



Mahkamah Tinggi memutuskan pengerusi DAP Karpal Singh bersalah membuat kenyataan hasutan terhadap Sultan Azlan Shah dalam isu pertukaran menteri besar Mohammad Nizar Jamaluddin lima tahun lalu.

Keputusan dalam kes panjang itu disampaikan oleh Hakim Azman Abdullah.

Hakim Datuk Azman Abdullah menetapkan 7 Mac untuk menjatuhkan hukuman setelah peguam Karpal Singh, Gobind Singh Deo yang juga anaknya, memberitahu mahkamah bahawa tertuduh tidak berapa sihat dan memerlukan masa untuk menyediakan mitigasi.

Wednesday, February 19, 2014

Sambutan Maulidurasul Parlimen Pasir Gudang

BERKEMUNGKINAN SATU LAGI PRK SELEPAS PRK KAJANG..!!

BERKEMUNGKINAN SATU LAGI PRK SELEPAS PRK KAJANG..!!

Karier politik,Karpal Singh bergantung kpd pertuduhan jenayah minggu ini..!!
Selepaz memenangi tiga pertuduhan sebelum ini dlm masa 40 tahun berkecimpung dlm arena politik.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan pd Jumaat ini,sama ada Karpal Singh bersalah kerana menghasut,kesalahan yg boleh menyebabkan beliau didenda RM5000 atau dipenjarakan selama tiga tahun jika didapati bersalah,dlm satu kes melibatkan Sultan Perak..!!

Kata Karpal Singh - Saya sedar jika didapati bersalah,kerier politik saya akan berakhir,tetapi saya sudah lakukan apa yg diharapkan drp saya.
Saya tidak pernah menyesal,Karpal Singh 73 tahun memberitahu The Malaysian Insider.
Tiada apa yg perlu dibimbangkan krn hukuman "tidak menyebabkan saya dihukum bunuh".

Karpal Singh didakwa krn mengeluarkan kenyataan menghasut terhadap Sultan Perak,Sultan Azlan Shah di firma guamannya di Jln Pudu Lama,Kuala Lumpur pd 6 Feb 2009.Karpal Singh dituduh krn mengatakan penyingkiran Mohd Nizar sebagai MB Perak oleh Sultan boleh dipersoalkan di mahkamah..!!

APA KOMEN ANDA?

Karier politik,Karpal Singh bergantung kpd pertuduhan jenayah minggu ini..!!

Selepaz memenangi tiga pertuduhan sebelum ini dlm masa 40 tahun berkecimpung dlm arena politik.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan pd Jumaat ini,sama ada Karpal Singh bersalah kerana menghasut,kesalahan yg boleh menyebabkan beliau didenda RM5000 atau dipenjarakan selama tiga tahun jika didapati bersalah,dlm satu kes melibatkan Sultan Perak..!!

Tuesday, February 18, 2014

'False claim that Penang may ban Friday sermon'



A police report has been lodged against a Twitter account holder for sending out “false information” that the Friday sermon may be banned in Penang mosques.

Nurul Izzah mohon cerai cara baik.



Kes perceraian Nurul Izzah Anwar-Raja Ahmad Shahrir Iskandar yang dijadual di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini ditangguhkan kepada 11 Mac.

Normawaddah Ramli, peguam Nurul Izzah berkata, kedua-dua pihak masih berunding bagi menyelesaikan perkara itu dengan cara baik.

Kesabaran umat Islam kini di cabar.

KENYATAAN MEDIA

Saya mengecam keras tindakan Anwar Ibrahim & pihak pengurusan Gereja Holy Family, Kajang yang mengadakan program ceramah oleh Anwar pada hari Ahad 16 Feb yang menyentuh isu kalimah Allah di Gereja Holy Family selepas upacara ritual mereka.

Antara lain Anwar dalam ucapannya cuba menghalalkan kristian mengguna kalimah Allah dengan membuat perbandingan bahawa kristian tidak boleh menyebut 'Alhamdulillah' tetapi 'alhamdu lord'.

Sikap Anwar ini dan kegiatan Gereja Holy Family ini jelas secara terang mempertikaikan titah Tuanku Sultan Selangor yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh kristian di Selangor.

Kedua, ianya jelas cuba menganjurkan penganut kristian Selangor supaya melanggar Seksyen 9 Enakmen Pengawalan Pendakyahan Agama Bukan Islam Selangor.

Ketiga, ianya penghinaan kepada titah Tuanku YDP Agong yang telah menitahkan kalimah Allah tidak boleh digunakan selain Islam.

Tindakan mereka ini juga jelas menunjukkan mereka tidak menghormati & membelakangkan Rukunegara yang memperuntukkan Kesetiaan kepada Raja & Negara serta Keluhuran Undang-Undang.

Saya mendesak pihak berkuasa supaya tidak lagi segan silu untuk mengambil tindakan terhadap Anwar dan pihak gereja yang semakin kurang ajar dan tidak langsung mengerti menghormati undang-undang negara.

Berapa lama rakyat mahu dibiarkan dengan sikap toleransi super-tinggi oleh pihak berkuasa yang kelihatan terlalu berhati-hati dalam kes membabitkan Anwar dan pihak gereja ini.

Jangan sampai umat Islam hilang sabar dan mengambil tindakan kerana sudah hilang keyakinan dan kepercayaan kepada sistem perundangan dan penguatkuasaan kita.

Sekian terima kasih.

Yang benar

Zulkifli Noordin
17 R'Akhir 1435
17 Feb 2014

Wednesday, February 12, 2014

4.6 PERATUS UNJURAN PERTUMBUHAN EKONOMI

4.6 PERATUS UNJURAN PERTUMBUHAN EKONOMI
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang lebih baik pada kadar 4.6 peratus tahun ini berbanding unjuran pertumbuhan 4.5 peratus bagi tahun lalu.

Rugi RM69.3 juta Mangsa jerat.

Kuala Lumpur: Seramai 1,909 rakyat Malaysia, kebanyakannya wanita telah menjadi mangsa penipuan sindiket cinta siber sejak dua tahun lalu mengakibatkan kerugian lebih RM69.3 juta.

Sindiket itu kebanyakannya dianggotai lelaki kulit hitam dari Nigeria, tetapi mendakwa lelaki kulit putih dari United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) dan Itali serta menyasarkan mangsa mereka menerusi perbualan online atau laman sosial.

Tuesday, February 11, 2014

Pontian terbakar 22 buah rumah musnah.

Gambar Saudara Norafandi bin Jamaian

Pontian berlaku musibah yang sangat menyayat hati di kampung batu 26, Pekan Nenas pada 11/2/2014 jam 11.00 pagi di mama 22 buah rumah terbakar hangus.

Jiwa anak muda perihatin Saudara Norafandi bin Jamain, Selaku ketua pemuda UMNO bahagian Tanjong Piai, merangkap Pegawai KPI exco belia dan sukan negeri Johor telah melawat tempat kejadian.

Gempar : Johor 22 buah rumah terbakar.

Pontian: 11/2/2104 Satu Kebakaran di Kampung Batu 26, Pekan Nenas. Kebakaran ini berlaku lebih kurang Jam 11 pagi.

Kebakaran tersebut melibatkan 22 buah rumah, Tiada kemalangan jiwa berlaku. Punca kejadian masih dalam siasatan.




Saturday, February 8, 2014

RTM henti sementara sitkom pelakon video CNY


Radio Televisyen Malaysia (RTM ) telah menghentikan sementara penyiaran sitkom popular Cina ' Kopitiam 88 ', yang menampilkan pelakon yang menjayakan video parodi Tahun Baru Cina yang dihoskan oleh Teresa Kok.

Sitkom 88 Kopitiam yang bersiaran di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) dihentikan sementara bagi menyiasat kesahihan dakwaan pembabitan pelakonnya dalam klip video yang dikatakan mencemar imej negara.
   
Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail berkata RTM akan memanggil penerbit rancangan berkenaan dalam masa terdekat untuk mengesahkan pembabitan pelakon tersebut.
   
"Ini untuk memastikan tiada sebarang pihak teraniaya atau dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas dakwaan yang mengaitkan pelakon sitkom berkenaan dengan video yang mencemar imej negara.
   
Video yang disiarkan melalui media sosial sempena Tahun Baru Cina itu membabitkan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok.
   
Sitkom 88 Kopitiam disiarkan menerusi TV2 pada setiap Isnin, pukul 7 malam dan mengetengahkan isi-isu semasa dalam kalangan masyarakat Cina berlatarkan kopitiam dengan konsep komedi bersahaja.
   
Norhyati berkata RTM akan mengkaji mana-mana rancangan yang mengaitkan pelakonnya dengan aktiviti yang memburuk-burukkan nama dan imej negara.
   
RTM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pelakon yang terlibat dengan penerbitan program sedemikian, katanya.
   
- Bernama

Komunis di Pulau Pinang cabar pihak Polis!


BAHAGIAN hadapan Balai Polis Bukit Tengah di Bukit Mertajam rosak dibaling bahan letupan pada pukul 4.50 pagi tadi. Kesan letupan tersebut telah mengegarkan balai mengakibatkan pintu cermin hadapan telah pecah.

Cara sama Parti Komunis Malaya serang Balai Polis dan bunuh Pasukan Polis waktu lalu. Komunis alaf baru melakukan perkara yang sama.

Hubungan Malaysia dan Singapura jadilah rakan yang boleh di percayai.

SINGAPURA: Hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Singapura adalah pada tahap terbaik dan legasi ini perlu diteruskan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya segala usaha sedang dilakukan oleh kedua-dua buah negara bagi mempertingkatkannya dalam pelbagai bidang terutama dari segi keselamatan dan isu-isu kepentingan bersama.

EKSKLUSIF: 7 Sebab Rosmah Mansor menjawab tuduhan.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh.Gejalanya amat menakutkan,lagi merosakkan.Pembaca yang amat dikasihi,Tibalah masanya saya sebagai seorang insan,dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini.Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya,maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.Alhamdulillah,anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan.

Friday, February 7, 2014

Takaful Ikhlas: Zalim kaut keuntungan menerusi aktiviti ihtikar

Sering kali kita mendengar atau berhadapan masalah kekurangan barang keperluan yang menjejaskan kehidupan harian pengguna terutama pada musim perayaan.

Gula, tepung dan minyak masak adalah antara bahan komoditi yang pernah dan sering kali mengalami kemerosotan penawaran sehingga tidak dapat menampung permintaan pengguna dalam pasaran.

Apa yang pelik PRK di Kajang???

Photo
Photo

AnuWar mmg gilerr....bukan jerr gilerr nak jadi PM atau MB tapi gilerr bila suruh YB Kajang letak jawatan tanpa alasan kukuh dan dia pulak calonkan diri dia.

Thursday, February 6, 2014

Mutakhir: Rahsia di sebalik kemenangan JDT ke atas T-Team -

PETALING JAYA: Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan memberi kemenangan 3-0 kepada Johor Darul Takzim(JDT) sekali gus melayakkan pasukan itu ke peringkat suku akhir Piala FA.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin pada sidang media khas di Wisma FAM, di sini, sebentar tadi.

Muka Pemimpin NGO lumur darah Ayam.



Sekumpulan NGO yang menggelarkan diri mereka 'Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia' hari ini menyembelih empat ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin DAP dan PKR.

Tindakan itu dibuat dalam perhimpunan yang dinamakan 'Bantahan penghinaan terhadap kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong, dan agama Islam serta maruah Melayu' oleh segelintir ahli politik yang didakwa cauvinis Cina.

Ia berlangsung berhampiran Jalan Tun Perak berdekatan Puduraya, petang ini.

Pemimpin yang wajahnya terdapat pada kain rentang itu MP Seputeh, Teresa Kok, MP Gelang Patah, Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dari DAP dan ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon dari PKR.

Tangan cedera ditembak.

IPOH: Seorang lelaki berusia 36 tahun cedera di tangan akibat ditembak di depan rumahnya di Medan Kledang Restu di sini, awal pagi tadi.

Polis menerima maklumat berhubung kejadian daripada pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 6.40 pagi.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong, mengesahkan kejadian dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes terbabit.

Kadar Tol x naik - Ni semua salah BN!!!

 Muktamad. Tol Tidak Naik Tahun Ini! - Muhyiddin Yassin #NaikHarga 

 PUTRAJAYA 5 Feb. - Kadar tol di semua lebuh raya di negara ini tidak akan dinaikkan sehingga hujung tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Beliau berkata, keputusan tersebut dipersetujui oleh Jemaah Menteri selari dengan hasrat kerajaan untuk tidak membebankan pengguna dengan kenaikan harga tol.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://dailynet7.blogspot.com/2014/02/muktamad-tol-tidak-naik-tahun-ini.html
Muktamad. Tol Tidak Naik Tahun Ini! - Muhyiddin Yassin‪#‎NaikHarga‬

PUTRAJAYA 5 Feb. - Kadar tol di semua lebuh raya di negara ini tidak akan dinaikkan sehi...ngga hujung tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, keputusan tersebut dipersetujui oleh Jemaah Menteri selari dengan hasrat kerajaan untuk tidak membebankan pengguna dengan kenaikan harga tol.

Kebiadapan melampau orang bukan Islam di Malaysia semangkin menjadi duri dalam daging kepada keselamatan negara???

Kuala Lumpur: Majlis Profesor Negara (MPN) dan bekas ahli DAP semalam membidas pemimpin bukan Islam memanipulasi kandungan khutbah Jumaat yang dibimbangi akan menimbulkan permusuhan agama di negara ini.

Ketua Kluster Tadbir Urus, Perundangan dan Pengurusan Awam MPN, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, berkata pemimpin terbabit sepatutnya mengelak mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

Wednesday, February 5, 2014

Peguam Muslim Menulis: Perlembagaan tolak pluralisme agama

Keistimewaan Islam tak sekat kebebasan penganut lain

Hari ini masyarakat kembali berhujah berkaitan dengan isu pluralisme agama. Pluralisme agama mengatakan semua agama adalah sama dan masing-masing berhak memilih jalannya sendiri.
 
Dalam konteks perundangan Malaysia pula ramai dalam kalangan orang Islam dan bukan Islam berpandangan semua agama sama dan tidak ada satu agama boleh diberikan kelebihan berbanding agama lain dari sudut undang-undang.

Tuesday, February 4, 2014

Melayu itu di Johor.

SAJAK MELAYU JOHOR

Melayu Johor
telah terlalu banyak kita kehilangan
sawah ladang bertukar tangan
pekan dan bandar kita menumpang
Teluk Belanga entah ke mana
yang tinggal hanyalah pakaian
sedarah sedaging hampir hilang
yang ada hanyalah setulang
Selat Tebrau kian sempit
hati rindu jauh tergamit.

Di Johor,
Jawa itu Melayu
Bugis itu Melayu
Banjar itu Melayu
Minangkabau memang Melayu
Aceh dan Siak adalah Melayu
Jakun dan Sakai lebih Melayu
Arab dan Turki pekat Melayu
Mamak dan Malbari jadi Melayu
malah Muallaf bertakrif Melayu.

Melayu itu maknanya bijaksana
“jika menipu pun bersopan”
kurang ajarnya tetap bersantun
dajalnya cukup selamba
budi bahasa jangan dikira
beraninya cukup benar
tunduk bila bersalah
“lembutnya cukup jantan”
setia sampai ke kubur
biar mati adat jangan mati sahabat.

Anak Johor,
luka di Tanjung Putri
parutnya di Parit Raja
muka biar berseri
mulut biar berbahasa.

Berkelahilah cara Melayu
menikam dengan pantun
menyanggah dalam senyum
marahnya dalam tertawa
merendah bukan menyembah
meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
jiwa Melayu mengangkat persahabatan
kasih sayang kekeluargaan
ringan tulang saling bertolongan
jujur memaafkan, ikhlas memberikan.

Berdamailah cara Melayu
silaturahim yang murni
di mulut sama di hati
maaf senantiasa bersahut
tangan dihulur bersambut
luka pun tidak lagi berparut.

Melayu Johor saudaraku yang dikasihi,
dalam kekeruhan ini carilah perdamaian
sifat terpuji setiap insan.

Bermuafakat supaya berkat
bersaudara dunia akhirat
berikhtiar dengan tabah
kepada Allah berserah.

LUASKAN KUASAMU JOHOR.

Gadis keluar awal pagi puaskan nafsu dengan kekasih

SIBU: Taktik seorang anak gadis berusia 15 tahun 9 bulan yang sering keluar awal pagi untuk berjumpa dengan teman lelakinya akhirnya terbongkar kelmarin.

Dalam kejadian sekitar jam 1 hingga 2 pagi Ahad lalu, gadis tersebut telah menyelinap keluar dari rumahnya di Jalan Empawah di sini.

Difahamkan gadis tersebut keluar bersama teman lelakinya menaiki sebuah motosikal ke sebuah rumah di Sungai Bidut, di sini.

China pamer kekuatan terbaru tentera

Gambar fail 4 Ogos menunjukkan kapal pengangkut pesawat pertama China, bekas kapal Varyag dari era Soviet yang dibeli daripada Ukraine pada 1998, berlabuh di pelabuhan Dalian, wilayah timur laut Liaoning. — Gambar AFP

Kapal pengangkut pesawat sulung mulakan percubaan laut, negara jiran khuatir

BEIJING: Kapal pengangkut pesawat pertama China sudah memulakan percu-baan laut buat pertama kalinya, kata Kementerian Pertahanan semalam, satu langkah yang kemungkinan akan memburukkan lagi kebimbangan mengenai pengembangan tentera ne-gara itu yang begitu cepat.

Beijing hanya baru-baru ini mengesahkan bahawa ia telah mengubah suai sebuah kapal Soviet lama untuk dijadikan kapal pengangkut pesawat pertamanya, sekaligus memburukkan lagi kebimbangan di kalangan negara-negara jiran mengenai pengembangan angkatan tentera negara itu dan kelantangannya yang semakin meningkat mengenai isu-isu wilayah.

Gempar : 64 Penduduk kampung Layung Maliu cuba di Kristiankan???

 Wow!! Tak pasti nak kata apa. Tak terkomen. Namun kesal kenapa MAJLIS AGAMA ISLAM cuma duduk tunggu dan lihat apa nak jadi. Ini adalah terang ISLAM TELAH DI PERANGI oleh KRISTIAN. Kita tunggu tindakan selanjutnya. Share dan viralkan MESEJ ni demi bagi tekanan pada MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI BERKENAAN SUPAYA PEKA DAN CEPAT BERTINDAK. Jgn dok makan gaji buta saja. Oh ya.....Pas mana Pas???? Kata hero Islam kan??? Atau simpan janggut kamben tu cuma sbg modal utk pikat anak dara utk akhirnya hinggut?? Ko memang sial la Pas! Mcm mana sekali pun UMNO kena masuk campur kes NAK MURTADKAN KAMPUNG NI. We must!
Wow!! Tak pasti nak kata apa.
Tak terkomen. Namun kesal kenapa MAJLIS AGAMA ISLAM cuma duduk tunggu dan lihat apa nak jadi.

MEASAT lancar satelit keenam pertengahan Mei

 
CYBERJAYA: Measat Satellite Systems Sdn Bhd (MEASAT) akan melancarkan satelit keenamnya, MEASAT-3b pada pertengahan Mei ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata pelancaran itu diyakini mampu meningkatkan lagi keupayaan sistem telekomunikasi dan jalur lebar di negara ini terutama di kawasan luar bandar.

Subhanallah!! Gambar-Gambar Kaum Luth Yang Dilaknat Allah- Jauhkan diri anda dari Peliwat

Soalan pertama saya kepada pembaca, Siapakah penyokong peliwat , Gay didalam negara ini yang hebat diperkatakan- Lihat lah gambar gambar dibawah ini. Berhentilah anda menyokong, Musibah Allah tak kenal rayuan anda semua. Tentang habis-habisan – Bukti telah ada.

GPMS Melaka desak polis ambil tindakan terhadap Teresa Kok

 
AYER KEROH: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Melaka mendesak polis mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok susulan perbuatannya menerbitkan video berbaur sindiran yang boleh mencetuskan isu perkauman di negara ini.

Monday, February 3, 2014

Terkini : :: CICIT RASULULLAH S.A.W ::

 :: CICIT RASULULLAH S.A.W ::

Mesti ramai yang tertanya-tanya kan siapakah pemilik pipi yang putih kemerah-merahan ini. Beliau adalah cicit Rasulullah, Sayyid Abul Jud Yusuf Halim iaitu anak kepada ulamak besar Madinah Al-Munawwarah, Sayyid Yusuf Halim anak Syeikh Jameel Halim Al-Husaini. Keturunan Rasulullah s.a.w melalui Sayyidina Husain.

Masih ingatkah anda apakah gelaran Rasulullah s.a.w untuk zaujahnya (isterinya), iaitu Saidatina Aisyah r.a? Rasulullah s.a.w menggelar Saidatina Aisyah r.a dengan gelaran Al-Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan.

*x berpeluang lagi memandang wajah mulia Rasulullah saw, kita pandang dulu wajah cicitnya... Allahh... rinduu :'(

<3 Allahumma Solli waSallim wa Barik 'Alaa Saiyidina Maulana Muhammad Rasulullah <3
Mesti ramai yang tertanya-tanya kan siapakah pemilik pipi yang putih kemerah-merahan ini. Beliau adalah cicit Rasulullah, Sayyid A...bul Jud Yusuf Halim iaitu anak kepada ulamak besar Madinah Al-Munawwarah, Sayyid Yusuf Halim anak Syeikh Jameel Halim Al-Husaini. Keturunan Rasulullah s.a.w melalui Sayyidina Husain.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat