TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, October 14, 2014

Mutakhir: Bujang Taha jaguh bina badan negara meninggal dunia.

Jaguh bina badan negara Bujang Taha, 77, meninggal dunia pada pukul 10.47 malam ini di Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana komplikasi kanser mulut, kanser paru-paru serta asma.

Menurut menantu perempuan beliau, Suzana Ibrahim, Allahyarham yang mendapatkan rawatan di HUS sejak seminggu lalu akibat asma, meninggal di sisi anak dan cucunya.

"Esok, bekas jaguh bina badan Datuk Malek Noor sudah beritahu hendak datang tengok bapa, tapi apakan daya bapa pergi dulu," katanya kepada Bernama di HUS.

Pada kemuncak kariernya, Bujang memenangi gelaran Mr Asia sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1980, 1982, 1983 dan 1986 selain memenangi dua pingat emas pada Sukan SEA di Kuala Lumpur pada 1977 dan di Jakarta pada 1979.

Beliau pernah bertanding Mr Universe di Belgium pada 1982.

Terkini:Tentera laut Rusia bakal mempunyai komplek pengintip moden untuk mendapat Informasi intelijen.

Kapal-kapal Tentera Laut Rusia tak lama lagi akan diperkuatkan oleh sebuah kompleks pengintai moden yang terintegrasi dalam mendapatkan maklumat perisikan, yakni sistem penyiaran luar angkasa pelbagai fungsi Liana. Hal tersebut disampaikan oleh seorang narasumber dari dunia industri tentera pada RIA Novosti. Selain mengukuhkan kapal perang Tentera Laut, Liana rencananya juga dirancang untuk melayani sistem pertahanan pinggir pantai yang mempunyai persenjataan roket.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat