TERIMA KASIH


counters

MTMR

Friday, January 22, 2016

Bait-bait ayat Prof Muhaya menarik untuk dijadikan sedikit Pedoman untuk kita bermuhasabah..

Waktu sedang "di puncak" kita merasa banyak teman di sekeliling kita.

Waktu sedang "Berkuasa" kita percaya diri boleh melakukan apa saja.

Waktu sedang "Tak Berdaya" barulah kita sedar siapa sebenarnya sahabat sejati yang kita ada..

Waktu sedang "Jatuh" kita baru sedar selama ini, siapakah teman yang memperalat dan memanfaatkan kita.

Waktu sedang "Sakit" kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.

Waktu kita "Miskin" baru kita insaf  pentingnya amalan sedekah walau pun seringgit dan saling membantu saudara kita..

Masuk "Usia Tua" baru kita tahu rupanya masih banyak amalan dituntut Allah yang belum dikerjakan/banyak ilmu yang kurang dan baru kenal jalan ke masjid.

Saat "di Ambang Ajal" kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yg terbuang sia-sia.

Hidup tidaklah lama,
Sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA:

Saling menghargai,
Saling membantu,
Saling memberi,
Saling mendukung.

Jadilah teman setia tanpa syarat ...

Jangan saling memotong dan menggunting sesama teman...

Tunjukkanlah bahawa anda masih mempunyai Hati Nurani yang tulus. Jauhkan niat jahat untuk mencelakai atau memfitnah.

Jauhkan niat memaksa seseorang melakukan suatu hal untuk kepentingan peribadi kita.

Apa yang ditabur itulah yang akan dituai

Allah swt tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar, dan mentari selalu bersinar.

Tapi ketahuilah bahawa Allah swt selalu memberi pelangi disetiap badai, senyum disetiap air mata, Rahmat dan berkat di setiap cubaan, dan jawapan di setiap doa......

Jangan pernah menyerah , Teruslah istiqamah beribadah... kerana..
hidup ini terlalu indah....

Hidup bukanlah suatu tujuan, melainkan sebuah persinggahan sementara..

Sahabat serta saudara ku,
Indahnya hidup bukan kerana banyak orang mengenal kita, namun berapa banyak orang yang merasa bahagia kerana mengenal kita.

Jangan kita tercari2 diakhirat esok memohon ampun atas fitnah, tohmahan sesama kita.

Harga Minyak dunia turun!!! Merupakan malapetaka kepada rakyat Malaysia???

Malaysia mempunyai minyak yang berkualiti tinggi. Jadi bila harga minyak naik rakyat Malaysia akan dapat beli minyak dengan harga murah.

Tetapi sebaliknya bila harga minyak turun rakyat Malaysia bakal ditimpa bencana. Kerana Malaysia tidak dapat menjual minyak dengan harga murah kepada rakyatnya.

Kerana minyaklah semua barangan di Malaysia naik. Alasan yang selalu diberikan kerana kos pengangkutan meningkat.

Kerana minyak juga negara di Dunia ini berperang. Kita semua juga berperang dengan keadaan yang semangkin menghimpit kehidupan dengan pelbagai keperluan hidup.

Bagi mereka yang banyak simpanan kewangannya buat masa sekarang tidak terasa sangat. Tidak mengapalah kerana itu rezeki mereka.

TPPA kajian dan keberhasilannya??? Perbezaan pandangan MITI dan MTEM serta Gabungan 200 NGO Malaysia.

1/4. Cuba memahami apakah faktor2 yang membawa polemik antara NGO dgn kerajaan tentang TPPA menyebabkan saya menganalisa hujah-hujah dan fakta di samping menghadiri Sidang Kemuncak TPPA yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu, Kongres Rakyat dan gabungan 200 NGO Malaysia baru2 ini dan semalam mendengar Taklimat Manfaat TPPA oleh Menteri, MITI dan MATRADE. Saya bukan anti-establishment, masih seorang penyokong tegar UMNO dan kerajaan; pandangan saya yang berdasarkan pembacaan, analisa di luar kotak dan pengalaman hidup di luar negara adalah lebih menjurus menyebelahi kepentingan rakyat majoriti. Justeru polemik yang berterusan ini, saya berpandangan kerajaan perlu duduk dan memberi peluang kepada NGO dan pakar-pakar yang sedang mengkaji 6000 muka surat TPPA untuk mengemukakan hujah mereka dan mencapai kata sepakat demi kepentingan rakyat dan negara, langsung menghilangkan keraguan mengapa kerajaan merahsiakan kandungan TPPA sebelum ini; seperti yang didakwa oleh pakar-pakar yang mengkaji.

Tidak dinafikan kerajaan berjaya meletakkan Malaysia antara 20 negara dagang terbesar di dunia dan terdapat syarikat-syarikat kita yang berjaya di persada antarabangsa. Namun, mereka bukan SME, tetapi adalah syarikat besar dan GLC yang mempunyai ‘resilience’ dan ‘capability’ seperti yang disebut oleh Menteri. Saya persoalkan, bagaimana pula dengan ‘capacity’ dan ‘sustainability’ bagi syarikat besar dan GLC ini untuk terus bersaing di peringkat global untuk beberapa dekad yang akan datang? Banyak syarikat kita kecundang untuk terus bertahan di peringkat global apabila persaingan semakin sengit. Tak perlu saya sebutkan contoh-contoh. Pengalaman saya, tidak ada satu pun syarikat Bumiputera Class A yang mampu mengambil projek atau berani bersaing dalam pembidaan projek pembinaan di Abu Dhabi. TPPA bukan sekadar globalisasi. Apabila ia dilaksanakan, contohnya, mampukah syarikat Bumiputera Class A bersaing tanpa bantuan kerajaan dengan pemain antarabangsa untuk membida projek bernilai lebih RM350mil?. Dengan rakan senegara kaum Cina pun tak mampu bersaing, inikan pula dengan syarikat Mat Salleh.  

Lebih 30 tahun kita cuba menguasai pasaran ICT dunia dengan menjadi pelopor pembangunan ICT terancang dan bersepadu di peringkat global selepas Silicon Valley USA, melalui penjenamaan Multimedia Super Corridor (MSC). Tetapi adakah kita berjaya menjadi pengeksport utama aplikasi ICT ciptaan tempatan dan MSC menjadi ‘most intelligent city in the world’ sebagaimana objektif yang ingin dicapai? Selepas 30 tahun di mana kita? Sedangkan mereka yang wujud selepas kita seperti Dubai Internet City, MASDAR Abu Dhabi, Singapore One, Taiwan HsinChu Science Park dan India’s Bangalore Information Technology Park begitu gah membina projek mega smart city dan mengeksport produk, aplikasi, pakar dan perkhidmatan ke serata dunia serta menarik pelaburan tetap jangka panjang berbillion-billion US dollar ke dalam negara mereka. Yang nyata politik kampung dalam negara kita membawa kita ke belakang selepas pertukaran kepimpinan kerajaan, cuba membunuh ‘legacy’ Tun Mahathir dan menukar/memusnahkan setiap yang berkaitan dengan Tun M, menjadikan pembangunan dan eksport ICT negara terencat dan kita hanya menjadi jaguh kampung. MSC Malaysia akhirnya menjadi projek hartanah seperti projek hartanah lain yang tidak ada bezanya dengan  mana2 ceruk di Malaysia. Itulah yang kita pandai. Jual tanah. Pergilah di mana pun sama ada Iskandar Malaysia, NCER, ECER, Sabah dan Sarawak Corridors, modus operandi nya sama – jual tanah, tebang hutan sampai botak dan bina hutan batu. Pembangunan oleh syarikat-syarikat besar dan asing yang rancak diserata ceruk tentunya menggerunkan rakyat yang bertanya berapa banyak dah tanah Melayu ini terjual? Setiap tahun menangislah dan menyanyi lah lagu “Airmata darah bercampur keringat, bumi dipijak milik orang”, tetapi adakah sebarang usaha untuk menyedarkan pihak berwajib untuk menangani masalah ini?

2/4. Lebih 10 tahun juga kita cuba menjuarai Halal Hub untudk menguasai sebahagian dari USD2.3 trilion setahun dagangan halal dunia tapi adakah pencapaian kita boleh dibanggakan? Selepas 13 buah Halal Hub dibangunkan di seluruh negara dengan tarikan nilai pelaburan RM8.07 bilion (USD1.82 bilion) sejak 10 tahun lepas, bermakna kejayaan kita hanyalah RM807 million setahun (USD182 milion) dengan penguasaan pelaburan dagangan halal kita tidak sampai 0.1% seperti sebutir beras dalam timbunan guni beras, sedangkan 65% pasaran dan permintaan halal itu datang dari negara-negara Asia, jiran-jiran kita sendiri. Selepas 10 tahun wujudnya HDC kita masih mengimport lembu dari Australia dan India, sementara JAKIM masih gagal mengawal pensijilan halal bertaraf global; bagaimana mungkin kita menjadi halal hub unggul dunia 4 tahun lagi?

Apakah politik kampung juga akan menyebabkan rakyat banyak di kampung akan menderita kepayahan untuk hidup di negara bertuah ini selepas TPPA dilaksanakan? Kalau di Asia pun masih terkial-kial nak menjual makanan halal, bagaimana nak bertanding dipasaran terbuka global di bawah TPPA? Menteri mengatakan di bawah TPPA akan terdapat pertambahan US$100 billion menjelang 2027 iaitu 11 tahun dari sekarang. Ini bermakna kalau dikira implementasi TPPA dari tahun ini sehingga 2027, pertambahan itu hanyalah USD9 billion setahun, sedangkan eksport kita ke Thailand tahun lepas lebih banyak iaitu USD12 billion dan ke Indonesia pun USD USD12 billion setahun. Saya mengandaikan kalau kita tingkatkan sedikit usaha mengeksport makanan halal ke dua-dua negara ini, kita boleh melangkaui pencapaian USD9 billion setahun itu. Dengan pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku serta kemungkinan lebih banyak tanah yang tergadai dalam jangka masa panjang, kita nak berbangga dengan pertambahan USD9 billion setahun selepas perlaksanaan TPPA?.

3/4. Pedagang Malaysia mahu melebar sayap dagangan ke US, Canada dan Mexico dengan adanya TPPA? Ahli-ahli Parlimen dan pensyarah tempatan diminta tolong belajar sejarah dan buat kajian sikit. Tahukah anda NAFTA yang ditandatangani pada tahun 1993 melibatkan ketiga-tiga negara ini telah menjadikan mereka satu gergasi ekonomi dalam pasaran bersepadu untuk 400 juta penduduk mereka? Antara mereka tidak ada sekatan. 3 negara NAFTA ini saling tolong menolong tanpa sempadan ekonomi. Dengan adanya TPPA pula, kerjasama ekonomi 3 negara ini melangkau batas SEMUA jenis bidang, seperti pelaburan dan perkhidmatan, pengaliran data dan e-commerce, dan semua jenis pergerakan pekerja dan berbagai-bagai lagi, menjangkau apa yang termeterai dalam NAFTA yang sedia ada. Bermakna pasaran ekonomi mereka semakin luas dan mewah, keupayaan mereka menguasai ekonomi dan pelaburan bertambah merentasi sempadan negara-negara TPPA.

Sejak bila dalam sejarah dunia, manusia berlumba-lumba berdagang dengan 3 negara ini yang kononnya dikatakan ‘world biggest economy’ seperti yang didakwa oleh ahli Parlimen kita? Cuba bagi bukti 3 negara ini adalah ekonomi terbesar dunia. Beratus-ratus tahun orang Eropah dan Amerika datang berdagang ke Negara Asia dan Malay Archipelago, tiba-tiba dalam dunia globalisasi dan digital kini, kita disuruh berlumba-lumba pulak pergi berdagang ke US, Canada dan Mexico kerana mereka ekonomi besar. Mereka bukan ’emerging nation’ pun. Data bancian USA berkenaan penduduk dunia menganggarkan penduduk bagi 3 negara ini ialah 501 million menjelang 2020. (Sumber:  lnternational Data Base (IDB) -Census Bureau  lnternational Programs Center USA), berbanding separuh dari penduduk Islam dunia yang tinggal di Asia Pacific dan Timur Tengah dijangka mencapai 1.9 bilion orang pada tahun 2020 dan 2.2 billion menjelang 2030. Jadi pasaran mana lebih besar?  Lainlah kalau ada agenda tersembunyi untuk menyekat pertambahan penduduk ini dengan mewujudkan peperangan demi peperangan tanpa henti sebagai satu kaedah ‘social engineering’ untuk penghapusan etnik di Timur Tengah.

Kenaikan gaji pekerja Malaysia yang sedikit dan tidak kompetitif berbanding harga barang yang naik begitu cepat dan banyak, memungkinkan TPPA akan memberi tekanan kepada kehidupan rakyat jelata dalam negara ini. Apatah lagi dengan segala macam musibah yang berlaku sekarang, menjadikan golongan pertengahan dan bawahan menggigil-gigil lemah lutut dan jantung berdenyut sakit untuk meneruskan hidup. Kalau Tun Mahathir berjaya mencipta ramai keluarga Melayu golongan pertengahan sepanjang 22 tahun pemerintahannya, tidak hairan kalau sebaliknya DS Najib pula berjaya meramaikan golongan Melayu di bawah paras kemiskinan dalam masa 7 tahun pemerintahannya dan akan lebih ramai menjelang 2020. Apalah makna menjadi negara maju menjelang 2020 kalau rakyatnya mengemis di negara sendiri atau diberi peluang sekadar dipinggiran, berniaga di tepi-tepi bangunan tinggi menjual goreng pisang dan nasi lemak. Bukan semua rakyat Malaysia adalah pedagang. Dengan kenaikan gaji yang sedikit, bayangkan setiap rakyat menghambakan diri pada duit, bekerja tanpa henti, bukan lagi membuat  2 kerja,  malah 4-5 kerja sehari semata-mata untuk kais pagi makan pagi. Maaf saya katakan, wanita Malaysia walaupun ramai yang profesional, tapi malang kerana bekerja terlalu keras setiap hari. Pengalaman menetap di negara orang memberi pendedahan kepada saya bahawa hidup ini bukanlah untuk duniawi dan bekerja semata-mata. Bayangkan keindahan hidup beriadah atau menonton wayang dipantai dan taman sekeluarga setiap hujung minggu atau kadang-kadang minum teh bersama ahli parlimen yang berkunjung di rumah atau bercuti sekeluarga selama sebulan di Eropah atau sekadar kunjung-mengunjungi rakan dan jiran sekeluarga setiap petang sambil minum kopi, (bukannya suami lepak di kedai mamak/berkaraoke dan isteri masak, jaga anak dan berkemas  apabila balik dari kerja selepas tersekat berjam-jam di jalanraya). Ya, mungkin selepas ini kita kena ubah budaya dan cara hidup kita.

4/4. Dubai dan UAE yang mempunyai dasar langit terbuka untuk perdagangan, memastikan setiap rakyatnya mempunyai rumah percuma (villa atau apartment mewah), pekerjaan yangu terjamin dengan gaji lumayan, hadiah wang semasa berkahwin dan bantuan kewangan bagi setiap anak yang lahir. Justeru, Dubai dan seluruh penduduk UAE tidak risau dengan kemaraan kemasukan warga dunia dalam negaranya kerana ia tidak akan menjejaskan kebajikan  penduduk asalnya walaupun UAE adalah negara yang paling ramai di dunia didiami penduduk asing (most diversified nation in the world) dengan 212 negara di bumi ini, penduduknya tinggal dan bekerja di UAE. Setiap urusan perdagangan memberi kelebihan kepada penduduk asal negara berkenaan. Sedangkan rakyat Malaysia yg rata2 berpendidikan terpaksa berdepan dengan provokasi2 pihak berwajib dan ahli politik supaya terus bekerja, terus bertanding dengan masyarakat dunia untuk sesuap nasi, berhadapan dengan kenaikan harga makanan dani perubatan yang tanpa kawalan. Adakah taraf hidup akan bertambah baik atau merosot selepas TPPA?

Sejak tahun 2008 hingga kini, ekonomi USA tidak dapat bangun dari kejatuhan yang menjunam akibat ‘the great recession’/kemelesetan ekonomi yang lebih hebat dari apa yang berlaku pada tahun 30an. Golongan pertengahan Amerika terkapa-kapa tidak mempunyai pekerjaan dan terpaksa berhijrah keluar negara terutamanya bekerja di Timur Tengah. Negara USA menjadi tempat tinggal untuk orang yang berada dan kaya semata-mata. Dengan motto TPPA “Leveling the playing field for American workers & American businesses” dan maksud TPPA itu sendiri bermakna “The Trans-Pacific Partnership (TPP) writes the rules for global trade—rules that will help increase Made-in-America exports, grow the American economy, support well-paying American jobs, and strengthen the American middle class”, perlu ke kita berpolemik banyak lagi dan menutup mata atas kemungkinan penindasan keringat rakyat dan eksploitasi terhadap khazanah negara yang kerdil ini? Adakah telah dikaji kesan jangka panjang TPPA?

Saya menyeru kerajaan, biarlah kita  sama-sama meletakkan kepentingan rakyat di hadapan, dan mengkaji kertas lapuran TPPA dan cost-benefits analysis TPPA dengan teliti dan sewajarnya, melihat sejarah NAFTA dan WTO terhadap negara-negara berkenaan; serta membuat analisis jangka panjang sebelum kerajaan mengambil keputusan untuk menandatangani TPPA tersebut.

Ye, Malaysia negara kerdil, tidak boleh mencorak ekonomi dan politik dunia, tetapi China dan Amerika sangat suka dengan kita, ‘The Golden Chersonese’ nama diberi untuk Tanah Melayu ini oleh Roman dan Greek sejak abad ke 2, mungkin punya keistimewaan tersendiri.

Apakah masa depan rakyat ‘The Golden Chersonese’ ini selepas TPPA?

Mungkinlah kita akan menangis setiap hari dan bukan sekadar setiap tahun semasa PAU? dan terus-terusan menyanyi.

“…..Indahnya bumi kita,
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri"

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat