TERIMA KASIH


counters

MTMR

Monday, November 25, 2013

Awas : Datuk kena 'kencing'


“Saya sudah tak tahu nak buat apa, terpaksa hubungi isteri di Malaysia untuk dapatkan bantuan sebab kehabisan wang selepas tersadai selama tiga minggu di Amsterdam,” kata seorang ahli perniagaan bergelar Datuk, yang ditipu satu sindiket.

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Zaidi, 63, berkata, dia sanggup pergi ke ibu negara Belanda itu selepas dijanjikan bakal membawa pulang wang hampir RM200 juta yang disimpan satu rangkaian pelaburan di luar negara.

Pengorbanan Seorang Ayah demi Anak akhirnya hanyut dibawa arus deras


Pasir Gudang: “Saya lihat ayah terjun ke laut untuk selamatkan adik yang terjatuh dan ketika itu ayah pegang tali dihulurkan rakannya.

“Beberapa saat kemudian, ayah terlepas tali itu menyebabkan dia dan adik hanyut dibawa arus deras,” kata Nurul Umairah Abdul Talib, 11, semalam.

Memiliki dan menyimpan senjata tiruan Serah kepada Polis

Individu yang memiliki dan menyimpan senjata tiruan termasuk untuk kegunaan sukan seperti paintball marker dan senapang angin diberi sebulan untuk menyerahkannya kepada polis bagi mengelak tindakan undang-undang terhadap mereka.

Pengarah jabatan logistik polis Datuk Zulkifli Abdullah berkata, lesen senjata itu hanya boleh dipohon oleh syarikat berdaftar dengan modal berbayar RM 400,000 atau kelab sukan yang diiktiraf Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

Menurutnya lagi, ia tidak boleh dipohon individu.

"Pemilikan paintball marker, airsoft gun dan BB gun tanpa lesen sah adalah salah mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata tiruan dan boleh membawa hukuman penjara dan denda jika sabit kesalahan," kata beliau dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.

Menurut Zulkifli, sejak 2012 pihak polis menyiasat 47 kes melibatkan penggunaan senjata tiruan dan dua individu telah dipenjara kerana sabit kesalahan.

Zulkifli turut menyatakan, sukan paintball yang kian popular perlu dikawal untuk menghindarkan kebimbangan masyarakat umum kerana alatan yang digunakan boleh mendatangkan kecederaan.

"Kita memang hendak galakkan sukan ini (paintball) tetapi pada masa sama kita perlu mengawalnya," tegas beliau.

Semua pemilik dikehendaki menyerahkan senjata mereka kepada balai polis atau ibu pejabat polis daerah berhampiran sebelum 25 Disember depan.

Pemilik boleh menghubungi Pegawai Turus Lesen Pasukan Bukit Aman Supt Noorsiah Mohd Saaduddin di talian 03-22661041/42 untuk sebarang maklumat.

KITA MAIN GULI JE PASNI .... 

cc: @[161086313901684:274:Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )] kena beri penjelasan lebih jelas. Dalam konteks sukan, Paintballers Malaysia menduduki ranking terbaik dunia. Dalam konteks sukan Airsoft, rakyat Malaysia telah membelanjakan banyak wang untuk menyertai pertandingan di luar negara, dan kita adalah juga antara yang terbaik di rantau ASIA. Benar isu perlesenan dan etika menjadi masalah besar, tapi dengan menggubal 1 undang undang khusus sebenarnya dapat membantu benda ni . Yang menyalah gunakan senajata senjaat sukan ini dalam jenayah sebenarnya tak pernah bersukan dalam sukan ini. 
Individu yang memiliki dan menyimpan senjata tiruan termasuk untuk kegunaan sukan seperti paintball marker dan senapang angin diberi sebulan untuk menyerahkannya kepada polis bagi mengelak tindakan undang-undang terhadap mereka.

Mutakhir : Black OUT 505 PAS gagal lawan SPR

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mahu pihak PAS mengakui kejayaan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menjalankan proses pilihan raya dengan telus dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Ketika ditemui di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini, Shahidan berkata, pada muktamar PAS yang berakhir semalam, walaupun jumlah perwakilan yang layak mengundi hanya 1,139 orang, Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS melakukan kesilapan apabila terdapat nama calon yang tercicir daripada kertas undi.

Kes culik wanita Taiwan: Polis belum terima tuntutan

KOTA KINABALU: Polis belum menerima sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak berhubung kes penculikan wanita Taiwan dalam kejadian bunuh dan culik di Pulau Pom Pom, Semporna 10 hari lalu.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pihaknya yakin wanita berusia 58 tahun itu masih hidup.

UMNO terbuka bermuzakarah dengan PAS asalkan jangan di ludah muka

Datuk Seri Najib Razak berkata UMNO bersifat terbuka berhubung kesediaan PAS untuk bermuzakarah dengan parti itu mengenai hal ehwal pentadbiran Islam di negara ini.

"Kita terbuka tetapi kita nak tengok apa skopnya dan kita nak minta penjelasan lanjut daripada pihak PAS," kata Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO kepada pemberita selepas menyampaikan watikah pelantikan kepada 29 anggota Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) di sini, hari ini.

Saman fitnah Anwar dibicarakan

Saman fitnah RM100 juta Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin akan diteruskan dengan perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Ini susulan keputusan sebulat suara panel lima anggota Mahkamah Persekutuan hari ini, menolak permohonan Khairy bagi kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan saman sivil itu yang difailkan terhadapnya.

Mutakhir: Hutang negara RM284.7 bilion pada akhir Jun 2013.

Pada akhir Jun 2013, jumlah hutang negara sebanyak RM284.7 bilion atau 28.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata hutang negara ialah hutang yang ditanggung oleh negara berikutan pinjaman yang diperoleh oleh kerajaan dan swasta daripada punca luar.

Dr Mahathir dibenar keluar IJN

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) hari ini selepas dimasukkan untuk rawatan pada 16 November lalu kerana jangkitan dada.

Menurut kenyataan pejabat Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri yang memberikan tindak balas baik kepada rawatan, keluar dari Wad Am IJN pada 10.30 pagi dengan diiringi isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Mutakhir : Nurul Izzah Anwar. !!! Kes Rogol Pemandu di Siasat.?

KUALA LUMPUR – Pemandu kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kini disiasat berhubung aduan rogol dan samun oleh seorang wanita warga Indonesia semalam.

Menurut sumber, mangsa yang dalam lingkungan 30-an dan bekerja sebagai pembantu rumah telah dibawa keluar oleh pemandu berkenaan bersama seorang lagi lelaki ke sebuah rumah di Cheras sebelum diberikan sebatang rokok untuk dihisap.

Mangsa yang mendakwa pening selepas diarahkan menghisap rokok itu kemudiannya mengadu dirogol oleh suspek dan seorang lagi rakannya.

Selain dirogol, mangsa juga mendakwa turut dipukul dan telefon bimbit, pasport serta sejumlah wang telah dilarikan suspek.

Mangsa telah diselamatkan oleh orang awam dan dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

Kes kini sedang disiasat untuk tindakan lanjut.
KUALA LUMPUR – Pemandu kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kini disiasat berhubung aduan rogol dan samun oleh seorang wanita warga Indonesia semalam.

Menurut sumber, mangsa yang dalam lingkungan 30-an dan bekerja sebagai pembantu rumah telah dibawa keluar oleh pemandu berkenaan bersama seorang lagi lelaki ke sebuah rumah di Cheras sebelum diberikan sebatang rokok untuk dihisap.

7 Wasiat Raja Raja Melayu...

"Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytiharkan dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, sehingga nisbah 50peratus dan selebihnya kamu rebutlah dengan kaum kaum yg lain".

Wasiat ini diperkenan diturunkan oleh Raja Raja Melayu sebelum Pembentukan Perlembagaan Negeri Negeri Melayu tahun 1957.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat