TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, July 31, 2014

TERKINI:SENJATA STRATEGIK MALAYSIA


Gambar di atas merupakan kompleks pertahanan bawah tanah Malaysia, lokasi rahsia.

1. Malaysia melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) banyak yang perlu dicapai untuk menjadi sebuah angkatan perang yang kredibel, misalnya negara masih belum memiliki sistem peluru berpandu darat ke udara berjarak sederhana dan tinggi, perlindungan udara dan “point defence” tentera lautnya juga masih belum mencukupi.

2. Analisis ini dibuat untuk melihat bagaimana senjata-senjata strategik milik negara boleh membantu mengekang atau “mengenakan” musuh, penulis tidak mungkin boleh memberi gambaran yang tepat dalam senario peperangan Malaysia vs Singapura dengan adil kerana tempo dan ruang lingkup pertempuran sebenarnya sentiasa berubah dan penuh dengan muslihat serta kerahsiaan.

3. Kemenangan juga tidak boleh dinilaikan dengan kehebatan senjata yang kita ada, sejarah telah banyak membuktikan, penggunaan taktik yang baik merupakan jawapan kepada semua masalah pertempuran.

4. Masalah sekarang, tentera yang menyerang sering memperolehi kemenangan kecuali dalam senario peperangan Yom Kippur apabila Israel yang hampir tewas berjaya bangkit dan mengepung tentera Mesir sehingga memaksa negara itu mengadakan rundingan Camp David.

Mutakhir: Inilah sumpah janji Ariel Sharon pada 1956.

Amar Yusoff's photo.
Amar Yusoff's photo.
"Saya bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan..."

Inilah sumpah janji Ariel Sharon pada 1956. Daripada ucapannya ini, tahulah kita kenapa Israel sehingga hari ini sengaja sasarkan roketnya ke arah penempatan padat di Palestin. Tujuannya jelas, mahu menunaikan sumpah Ariel Sharon. Menghapuskan pewaris di bumi Palestin.

Sunday, July 27, 2014

Mutakhir: Pos kawalan polis dikhianat

Jasin: Sebuah pos kawalan polis yang terbabit dalam 'Ops Selamat' di Jalan Jasin-Bemban, di sini, terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, kejadian dipercayai berlaku antara jam 12 tengah malam hingga jam 7 pagi dan disedari anggota polis yang hendak memulakan tugas di situ.

"Polis percaya kejadian dilakukan oleh individu tidak berpuashati dengan tindakan pihak polis meletakkan pos kawalan Ops Selamat di kawasan terbabit.

"Secara logiknya pondok ini tidak akan terbakar sendiri jika tiada unsur khianat dilakukan oleh individu tertentu hingga memusnahkan beberapa peralatan di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427j Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan khianat.

MUTAKHIR: MiG-29 Russia terhempas, juruterbang maut

MOSCOW: Sebuah jet pejuang MiG-29 terhempas di selatan Russia, membunuh juruterbangnya, kata Ketua Turus Tentera Udara kepada agensi berita dan menyalahkan kerosakan teknikal sebagai punca nahas.

“Kemalangan berlaku dan juruterbang mati," kata Jeneral Viktor Bondarev seperti dipetik agensi berita Interfax.

Thursday, July 24, 2014

TERKINI:KEJAYAAN DIPLOMATIK PM DATUK SERI NAJIB DPT PUJIAN DLM NEGERI DAN LUAR NEGARA.

 Shamsuddin Hassan's photo.
Apabila pihak pemisah Ukraine bersetuju utk memenuhi 3 tuntutan oleh PM Datuk Seri Najib,ia merupakan kejayaan PM Datuk Seri Najib dan Kerajaan Malaysia malah mengejutkan kuasa besar dunia.

Media utama seluruh dunia memuji langkah yg diambil oleh PM Datuk Seri Najib dlm diam memulakan rundingan pd ketika seluruh dunia menunding jari keatas Ukraine dan Russia.

KISAH RM0.50 YANG MENYENTUH HATI SAYA

Cikgu : Kenapa Adam tak rehat? 

Adam: Mak saya beri 50sen sehari Cikgu  kat kantin 50sen ni dpt beli nugget je sekeping, segan la cikgu beratur panjang2 dpt beli nugget sekeping jaa . Jadi saya kumpul duit hari ni utk mkn hari esok , dapat la saya makan nugget ngan air sirap 50sen. Saya kat kantin hari Selasa & Khamis je cikgu (Adam tertunduk malu) 

Perasaan says mula bercampur baur, sedih dan sebak. Di zaman 2014 ini masih juga ada pelajar yang membawa 50sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50sen itu jumlah yang kecil sedangkan bagi pelajar ini 50sen sangat besar ertinya.

Wednesday, July 23, 2014

MUKTAKHIR: Pahang Bas Penumpang terbakar.

Satu kes melibatkan bas Syarikat Transnasional 2 tingkat no pendaftaran WRV 1408 telah terbakar pada 23/7/14@13:45hrs d km 32 jalan Lipis/Merapoh, (Felda Telang kawasan tapak bijih besi)Kuala Lipis,Pahang.

Bas dalam perjalanan dari Puchong Prima,Selangor ke Kota Bharu, Kelantan.

Semua penumpang seramai 41 orang termasuk 2 pemandu selamat dan tidak mengalami kecederaan.

Barang2 seperti beg pakaian/barang keperluan harian kepunyaan 7 orang penumpang tidak sempat diselamatkan kerana api merebak ke seluruh bahagian bas dengan cepat.

Siasatan awal kebakaran bas berpunca dari enjin bahagian belakang mengeluarkan asap dan percikan api dan terus merebak ke keseluruhan bahagian bas.

Terkini: Keranda di susun untuk membawa mayat mangsa nahas MH17.

KERANDA disusun di landasan lapangan terbang Kharkiv bagi membawa mayat mangsa nahas Penerbangan Malaysia MH17 dengan pesawat pengangkutan ke Belanda, hari ini. - Foto Reuters

TRAGEDI MH17 : RUSSIA BENTANG BUKTI DATA DAN IMEJ SATELIT HARI KEJADIAN?

Pihak Russia hari ini telah hadir membuat satu pembentangan intensif berkenaan tragedi pesawat MAS MH17 respon kepada tuduhan yang dilemparkan oleh banyak pihak terutamanya pihak barat dan sekutunya termasuk pihak berkuasa Ukraine sendiri.

Ikuti video dan sipnosis(kredit Cz Fab) pembentangan tersebut dibawah :-http://tv.sukanstar.com/33/tragedi-russia- bentang-bukti-data-imej-satelit-hari-kejadian Masaklah Ukraine dan sekutunya US! Russia dah sangkal dan keluarkan beberapa bukti.

Tuesday, July 22, 2014

NASIONAL:Nahas MH17 ‘Jet Ukraine dekat MH17’

Moscow: Russia semalam menyatakan rekod penerbangannya menunjukkan sebuah pesawat pejuang Ukraine terbang hampir dengan pesawat MH17 sejurus sebelum ia terhempas dan Kiev pada masa itu mengaktifkan stesen radar untuk sistem peluru berpandu.

Moscow juga menafikan ia membekalkan pemisah Ukraine sistem peluru berpandu atau senjata lain, ketika ia berusaha menangkis dakwaan masyarakat antarabangsa bahawa ia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia dengan 298 penumpang dan anak kapal itu.

Berbekalkan beberapa carta dan imej, dua pegawai tinggi tentera Russia membentangkan kes terhadap Ukraine pada satu taklimat khas di sini.

Lef Jen Andrei Kartopolov berkata, pesawat Malaysia itu tersasar ke utara dari laluan asal manakala pesawat pejuang SU-25 Ukraine yang biasanya dilengkapi peluru berpandu udara ke udara, dirakam berada hampir dengan pesawat Boeing 777 itu.

Beliau mendakwa, pesawat Malaysia itu ‘tersasar dari laluannya ke utara. Jarak tersasar maksimum ialah 14 kilometer.

Jarak jet, MH17 tiga hingga lima kilometer

“Peningkatan ketinggian direkodkan bagi pesawat tentera Ukraine. Jaraknya dari Boeing Malaysia ialah tiga hingga lima kilometer.

“Apakah matlamat sebuah pesawat tentera terbang di laluan pesawat awam hampir pada masa sama dan pada ketinggian sama? Kami ingin mendapatkan jawapan kepada persoalan ini,” katanya.

Kartopolov juga berkata, Kementerian Pertahanan Russia mengesan kegiatan luar biasa stesen radar yang digunakan untuk mengendalikan sistem peluru berpandu pada hari tragedi itu.

“Dari 17 Julai (Khamis) tahap operasi stesen radar Ukraine meningkat kepada maksimum,” katanya.

Kartopolov berkata, tujuh stesen radar beroperasi hampir dengan kawasan tragedi pada Selasa, lapan pada Rabu dan sembilan pada hari nahas iaitu Khamis.

Sambil merujuk data, beliau berkata, selepas nahas itu hanya empat stesen radar beroperasi pada Jumaat dan hanya dua pada Sabtu.

Kartopolov juga menegaskan Russia tidak membekalkan puak pemisah Ukraine dengan sistem peluru berpandu Buk atau senjata lain. AFPNahas MH17: ‘Jet Ukraine dekat MH17’

Gambar fail pesawat pejuang SU-25 Ukraine yang didakwa terbang berhampiran pesawat MH17 sejurus sebelum terhempas.

Monday, July 21, 2014

ESSCOM tahan 69 nelayan, 11 bot pada hari kedua perintah berkurung

LAHAD DATU: Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menahan 69 nelayan termasuk 10 wanita dan 11 bot di sekitar perairan Sandakan, Lahad Datu dan Semporna kerana melanggar perintah berkurung pada hari kedua pelaksanaan perintah itu.

Komander ESSCOM, Datuk Abdul Rashid Harun, berkata tujuh daripada 11 bot itu ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) manakala selebihnya oleh Pasukan Polis Marin.
"Kita tahan mereka (nelayan) kerana berada di kawasan larangan semasa perintah berkurung dikuatkuasakan dari 6 petang semalam hingga 6 pagi tadi.

Terkini: KES KIKI yang patut kita tahu?

APA YANG MENYEBABKAN KIKI TERLALU MARAH?

Berikut adalah perkongsian dari seorang sahabat. 

Bukan ingin memarakkan api perkauman. Namun ia adalah pengajaran kepada semua agar kebenaran jangan cuba untuk ditenggelamkan. Seperti respon awal saya setelah melihat video Kiki mengamok.. Saya mempersoalkan apa yang dikatakan oleh uncle Sim itu hingga menyebabkan Kiki terlalu marah? Akhirnya persoalan saya TERJAWAB melalui info berikut. MOHON VIRALKAN.

Salam bro, just nak info satu fakta. Adik aku polis kat kuantan so dia byk dpt info pasal kes kiki. Berikut adalah cerita dari kiki... 

Disini saya ingin menceritakan punca sebenar yang menyebabkan kiki mengamuk ( tiada dalam rakaman video viral). Sebaik saja kereta Pegeot Kiki dilanggar oleh kereta toyota uncle Sim, beliau terus keluar dalam keadaan amat kecewa sebelum bergegas mendapatkan uncle sim yang masih berada di dalam kereta. Kira2 seminit Kiki ketuk cermin pintu kereta tersebut bagi menyuruh uncle tersebut keluar.. Sebaliknya uncle tu hanya menurunkan cermin dan berkata " sikit saja ma, kasi cincai lorh". Kiki yang tidak puas hati terus ketuk cermin terbabit kali ni agak kuat. Uncle tersebut kemudiannya mengeluarkan not RM50 dan paksa kiki ambil. 

Akibat berasa tercabar dengan tindakan uncle yang tak sporting tu, Kiki terus mengambil lock stereng dan mengetuk kereta terbabit. Sebenarnya tindakan kiki bukanlah hendak mencederakan uncle sim. Sebaliknye mahu uncle sim keluar. Sebaik saja uncle keluar.. Kiki teros merampas kunci kenderaan toyota terbabit. Uncle yang terkejut dgn tindakan kiki tersebut telah terlepas cakap mengatakan "pukimak melayu sohai".

Dan berlakulah tindakan yg tidak terkawal bila Kiki mengamuk seperti yang dirakam dalam video viral. Hal yang sebenarnya Kiki mengamuk bukanlah sebab kenderaannya dilanggar sebaliknya tindakan celupar uncle tersebut menghina bangsa Melayu.

KINI saya baru faham mengapa Uncle Sim tidak mahu membuat laporan polis...
Itu pasal aku percaya Kiki Kamaruddin

APA YANG MENYEBABKAN KIKI TERLALU MARAH?

Berikut adalah perkongsian dari seorang sahabat.

Bukan ingin memarakkan api perkauman. Namun ia adalah pengajaran kepa...da semua agar kebenaran jangan cuba untuk ditenggelamkan. Seperti respon awal saya setelah melihat video Kiki mengamok.. Saya mempersoalkan apa yang dikatakan oleh uncle Sim itu hingga menyebabkan Kiki terlalu marah? Akhirnya persoalan saya TERJAWAB melalui info berikut. MOHON VIRALKAN.

Salam bro, just nak info satu fakta. Adik aku polis kat kuantan so dia byk dpt info pasal kes kiki. Berikut adalah cerita dari kiki.

Senarai Nama Mangsa Rakyat Malaysia MH17


Al-Fatihah kepada mangsa yang beragama Islam.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menuntut pihak terbabit memberi kerjasama supaya dapat membawa pulang mayat warga Malaysia untuk disemadikan di tanah air sebelum Aidilfitri.

“Saya menuntut pihak-pihak terbabit beri kerjasama supaya kita dapat bawa pulang mayat-mayat warga Malaysia untuk disemadikan di tanah air sebelum Aidilfitri,” katanya.
 

Beliau berkata demikian dalam entri terbaru akaun Twitter milik beliau, hari ini.
 

Iskandar Johor terima RM9.72 bilion pelaburan enam bulan pertama 2014

 
JOHOR BAHRU: Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia menerima pelaburan baru berjumlah RM9.72 bilion dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Jumlah itu sekali gus menjadikan wilayah pembangunan itu menerima pelaburan komited terkumpul RM146.2 bilion dari 2006 hingga 30 Jun tahun ini.
 
Sektor pengilangan mencatat pelaburan komited terkumpul tertinggi iaitu sebanyak RM50.54 bilion iaitu 35 peratus diikuti logistik (RM4.81 billion), pelancongan (RM2.67 bilion), penjagaan kesihatan (RM2.59 bilion), pendidikan (RM1.56 bilion), perkhidmatan kewangan (RM1.32 bilion) dan industri kreatif (RM0.4 bilion).

Penyelamat jumpa 251 mayat di tempat kejadian - jawatankuasa

Photo: Penyelamat jumpa 251 mayat di tempat kejadian - jawatankuasa

21 Julai 2014
KIEV: Pasukan penyelamat menjumpai 251 mayat dan 86 cebisan daging sehingga petang semalam di tempat kejadian di mana pesawat Penerbangan Malaysia terhempas dan sebuah kereta api dengan gerabak dingin sudah tiba untuk mengambil mayat berkenaan. 

Dalam satu kenyataan, jawatankuasa yang menyiasat bencana itu berkata kereta api pertama yang dimuatkan dengan mayat hampir 200 mangsa kini tersangkut di stesen bandar Torez kerana pihak pengganas menghalang jalan keluar. - Reuters (Berita Harian)
KIEV: Pasukan penyelamat menjumpai 251 mayat dan 86 cebisan daging sehingga petang semalam di tempat kejadian di mana pesawat Penerbangan Malaysia terhempas dan seb...uah kereta api dengan gerabak dingin sudah tiba untuk mengambil mayat berkenaan.

Dalam satu kenyataan, jawatankuasa yang menyiasat bencana itu berkata kereta api pertama yang dimuatkan dengan mayat hampir 200 mangsa kini tersangkut di stesen bandar Torez kerana pihak pengganas menghalang jalan keluar. - Reuters (Berita Harian) 

Saturday, July 19, 2014

Terkini:Alvin Tan masih gagal hadir mahkamah. Jangan buat Video lagi sudahlah???

Alvin Tan masih gagal hadir mahkamah
Penulis blog hadapi tuduhan persenda Islam pada Ramadan tahun lalu

Kuala Lumpur: Penulis blog kontroversi, Alvin Tan Jye Yee (gambar), masih gagal hadir ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, bagi sebutan kes yang dihadapinya berhubung tuduhan mempersenda umat Islam pada bulan Ramadan, tahun lalu.
 
Timbalan Pendakwa Raya, Yong Ann Nee, memaklumkan ia berikutan waran tangkap yang dikeluarkan pada 13 Jun lalu masih gagal diserahkan kepada tertuduh.

Mutakhir: Kepiluan juga di Rasai PM Malaysia Najib Razak.

PM Najib menerusi Twitternya berkata: "Saya secara peribadi berkongsi kepiluan bersama keluarga mangsa pesawat MH17. Nenek tiri saya salah seorang penumpang."

Mutakhir: SABAH PERINTAH BERKURUNG BERMULA HARI INI DI TG PUNDARAS HINGGA JETI TAWAU-Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk


Kota Kinabalu, 19 Julai - Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengisytiharkan perintah berkurung di kawasan perairan pantai timur Sabah bermula dari Tg Pundaras, Sandakan hingga ke Jeti Tawau berkuat kuasa hari ini hingga 2 Ogos ini. Ia bermula pukul 6 petang hingga 6 pagi.

Beliau berkata kawasan perintah berkurung bermula selepas tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan dari Sandakan melalui daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna hingga ke Jeti Tawau sejauh 362 batu nautika meliputi kawasan seluas 121, 270 batu nautika persegi.

Pasukan bantuan negara diharap dapat masuk dengan selamat ke lokasi nahas - Hishammuddin

PUTRAJAYA: Pasukan bantuan dari Malaysia yang sudah berangkat ke Kiev, Ukraine malam tadi diharap dapat memasuki lokasi pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas di Grabovo, Donestk dengan selamat.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata tindakan selanjutnya kini bergantung kepada perbincangan diplomasi yang akan diadakan antara Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang akan berangkat ke Kiev malam ini dengan pihak berkaitan.

Nahas MH17: Pasukan siasatan khas Malaysia tiba di Kiev

KIEV: Pasukan siasatan khas Malaysia mengenai tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kiev di sini pada jam 4 pagi tadi(waktu Kiev).

Ketuanya, Khairil Hilmi Mokhtar berkata pasukan itu, yang terdiri daripada 131 anggota daripada pelbagai agensi kerajaan, akan berada di Ukraine sehingga 25 Julai.

"Saya harap semua proses akan berjalan lancar bagi pasukan sisatan ini," kata Khairil Hilmi, yang juga ketua penolong setiausaha Bahagian Pengurusan Rentas Sempadan Majlis Keselamatan Negara kepada wartawan Malaysia sejurus tiba di lapangan terbang itu.

Pasukan itu, yang turut mengandungi pegawai forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia dan pegawai perubatan, berlepas dari Kuala Lumpur pada Jumaat malam dengan sebuah pesawat sewa khas.

Khairil Hilmi berkata pasukan itu perlu membincangkan dan menyelesaikan beberapa perkara hari ini memandangkan tempat pesawat berkenaan terhempas terletak kira-kira 500km dari Kiev.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjanji siasatan mendalam akan dijalankan untuk mencari punca sebenar Penerbangan MH17 terhempas di Ukraine pada Khamis, walaupun pihak berkuasa negara itu percaya ia ditembak.

Pada Jumaat, MAS mengesahkan Penerbangan MH17 membawa 283 penumpang, termasuk tiga bayi, terdiri daripada pelbagai warganegara dan 15 anak kapal warganegara Malaysia.
Pesawat Boeing 777-200 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.10 pagi Jumaat, waktu Malaysia. - BERNAMA

Friday, July 18, 2014

Senjata BUK ini yang di percayai berkeupayaan menembak jatuh Pesawat.

Mari kita menjadi manusia barang seketika !!!


Mari kita menjadi manusia barang seketika!!!
Orang lain bersedih adalah pulak mengambil kesempatan berlawak. Bayangkan keluarga anda adik beradik anda dalam MH17 tersebut. Nak hisap nenen pun tak selera tau.

#AlFatihah4MH17

Komando AS hanya ambil mayat Osama

Komando AS hanya ambil mayat Osama
DUA gambar (atas) disiarkan agensi berita Reuters dibeli daripada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang mengambil gambar kediaman Osama bin Laden di Abbotabad, sejam selepas komando Amerika Syarikat melakukan serangan membawa kematian pengasas al-Qaeda itu dan beberapa yang lain.

Pengawal berkenaan menjual tiga gambar yang diambilnya awal pagi Isnin lalu menunjukkan mayat mangsa serangan komando itu berlumuran darah tanpa senjata api.

MALBATT 850-1 harumkan nama Malaysia

MALBATT 850-1 harumkan  nama Malaysia  
Hishammuddin bersama anggota MALBATT 850-1 berdoa selepas bersembahyang Tarawih di Kem Marakah, Beirut, Lubnan, semalam.
 
Misi keamanan PBB diterima penduduk tempatan

Lubnan: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melahirkan rasa bangga dengan anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-1 kerana mengharumkan nama negara dalam misi keamanan di bawah bendera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini.
 
Katanya, kehadiran MALBATT 850-1 bukan saja diterima masyarakat setempat, malah laporan diterima daripada orang luar dan hasil interaksi membolehkan mereka yang tidak mengenali Malaysia sebelum ini mula mengetahui mengenai Malaysia.
Kita tidak boleh bandingkan apa yang dilakukan anggota MALBATT 850-1 di sini kerana yang menjadi gadaian adalah nyawa mereka yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit” Hishammuddin Hussein, Menteri Pertahanan

“Saya mendengar bagaimana anggota MALBATT 850-1 yang terdiri daripada pelbagai kaum mendekati penduduk di sini dan diterima di sini.

“Sekiranya ada yang bertanya apa kelebihan yang ada pada anggota kita, ia adalah keikhlasan,” katanya selepas mengakhiri lawatan sehari suntuk ke tiga kem yang menempatkan anggota MALBATT 850-1 iaitu Kem Marakah, Kem Shamrock dan Kem Tibnin.

Terkini: Mesyuarat jawatankuasa hudud hari ini

Kota Bharu: Mesyuarat pertama jawatankuasa teknikal peringkat kebangsaan bagi membincang dan meneliti pelaksanaan undang-undang jenayah syariah Islam di Kelantan akan diadakan di Putrajaya, hari ini.

Kelantan diwakili Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad; pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Dr Mohd Azhar Abdullah serta Dr Zulkarnain Lokman, Mohd Tarmizi Abdullah, Nik Baharom Nik Abdullah dan Hisyam Fauzi yang masing-masing pakar dalam bidang perundangan.

Terkini: Datuk Seri Najib Razak diberi taklimat awal mengenai pesawat MH17

 TAKLIMAT AWAL: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diberi taklimat awal mengenai pesawat MH17 yang dilaporkan terhempas di Ukraine, di Pusat Operasi Kecemasan Malaysia Airlines (MAS) di Sepang, hari ini. Terdahulu, MAS mengesahkan ia telah menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia telah terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) di kedudukan 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine. - Foto BERNAMA
TAKLIMAT AWAL: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diberi taklimat awal mengenai pesawat MH17 yang dilaporkan terhempas di Ukraine, di Pusat Operasi Kecemasan Malaysia Airlines (MAS) di Sepang, hari ini.

Terkini: MH17 dipercayai ditembak dengan sistem peluru berpandu BUK???

Peluru
MYNEWSHUB – Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dilaporkan terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia, malam ini dipercayai ditembak jatuh menggunakan sistem peluru berpandu BUK yang dibangunkan pada era Soviet Union.

BUK merupakan peluru berpandu jarak sederhana dari permukaan darat ke udara. Ia digerakan dengan kenderaan di mana hanya 5 minit diperlukan untuk menyediakan bateri tembakan dan ia boleh bergerak semula dalam 5 minit berikutnya.

Nota Catatan Rakyat: Delima Malaysia mengharungi Global yang Fana ???

MH17
Sekali lagi kita diduga.
Ini adalah masa untuk bersatu.
Macamana kita nak bantu orang lain tapi dalam masa kita sendiri menghadapi masalah? Dugaan negara berkecuali.

Ini adalah apa yang saya tulis pada 12/7/2014 kemudian dishare pada 13/7/2014 apa bila Esscom diserang sekali lagi.

Mutakhir: Kerajaan Pusat setuju kenakan bayaran Permit Kemasukan Kenderaan dari Singapura.

Johor Bahru: Kerajaan bersetuju mengenakan bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) kepada kenderaan asing yang memasuki Malaysia melalui Johor dari Singapura.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, pelaksanaan VEP itu akan dilakukan dalam masa terdekat selepas semua urusan berkaitan pentadbiran selesai.

Terkini: Pesawat Penerbangan Awam Terhempas atau Tertembak???

Pesawat penumpang Malaysia terhempas dekat sempadan Russia

MOSCOW: Pesawat penumpang Boeing Malaysia yang membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia malam ini. - Reuters

KDN dalam proses perincikan perintah berkurung di Sabah - Zahid

KDN dalam proses perincikan perintah berkurung di Sabah - Zahid  
 DATUK Seri Zahid Hamidi (tiga dari kiri) menyampaikan duit raya kepada anak yatim asrama PEKAYA sambil diiringi Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin (kiri) dan Ketua Polis Negeri, Datuk Jamshah Mustapha (empat dari kiri) pada majlis berbuka puasa bersama warga KDN di Batalion 9 Pasukan Gerakan Am, Kubang Badak di sini, hari ini. - Foto Rozainah Zakaria
 
KUALA NERUS: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam proses memperincikan perintah berkurung di Sabah dan akan mewartakannya secepat mungkin.

Thursday, July 17, 2014

Pendedahan maklumat dalaman: Rakyat Sabah diminta bertenang

KOTA KINABALU: Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) DCP Datuk Abdul Rashid Harun meminta rakyat negeri ini supaya bertenang dan tidak berasa bimbang ekoran pendedahan maklumat dalaman yang tersebar luas melalui media sosial.

Sambil mengesahkan menerima maklumat sedemikian, beliau berkata maklumat itu telah dipanjangkan kepada anggota barisan hadapan termasuk bahagian perisikan untuk pengesahan.
 
"Ini adalah proses dalaman yang biasa. Setelah penelitian dibuat terhadap maklumat yang diterima seperti dilaporkan dalam edaran maklumat dalaman itu, kita dapati ia tidak betul dan hanya khabar angin yang cuba diuar-uarkan orang tertentu untuk mengelirukan kita," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mutakhir : TPPA: Apakah faedah, apa kosnya, dan apa yang kita rugi? Ianya bukan sesuatu yang mengejutkan apabila ramai penyokong.



Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) muncul bersuara minggu ini sejurus selepas buku “TPPA: Malaysia Bukan untuk Dijual" oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dilancarkan Tun Dr. Mahathir Mohamad Jumaat lepas.


Semasa pelancaran, mantan Perdana Menteri itu sendiri berkata perjanjian perdagangan bebas seperti TPPA hanya satu lagi cara untuk menjajah negara.


Walau bagaimanapun, penyokong utama TPPA telah bersuara dengan lantang mengenai beberapa perkara yang sentiasa tidak dapat dibuktikan. Salah satunya, Malaysia akan "kehilangan tanpa TPPA".


Namun, tiada siapa pun yang peduli untuk menjelaskan mengapa atau bagaimana Malaysia akan rugi. Kami sebagai sebuah badan gabungan bimbang jika sesuatu keputusan itu dibuat tanpa mengambil kira analisis kos-faedah.

Kenapa Video Cina maki Polis Melayu Tidak 'Viral' dan 'Trending' ???

Kita sedang kecoh selepas menonton dan memberi komen video seorang perempuan di Pahang mengherdik seorang lelaki tua yang melanggarnya.

Namun kenapa apabila polis dimaki dan di provokasi tiada siapa yang sudi membela mereka,
Berikut koleksi video Cina biadap dengan anggota polis

Video 1 http://youtu.be/9p-GpToRqIk

Video 2 http://youtu.be/JFAVJfFoCI8

Video 3 http://youtu.be/fz5z_oXs310

Video 4 http://youtu.be/_ykQ33FOg40

Video 5 http://youtu.be/qyJLqEPBw6A

Jika semua menghebahkan video ini rasanya mustahil Astro Awani Malaysiakini Mstar akan memejamkan mata melihat ia tersebar di kalangan pengguna media sosial tanpa membuat liputan mengenainya.

Seperti mana mereka menyiarkan berita kebiadapan perempuan Melayu Islam bertudung bernama Kiki Kamaruddin yang mengherdik Cina yang melanggar keretanya

Kecuali mereka juga anti dengan polis kita dan bersetuju dengan kebiadapan Cina kepada polis yang mana polis lah yang bekerja keras menegakkan Perlembagaan demi keamanan dan keselamatan rakyat.

Fikirkan sekali lagi kenapa video ini tidak 'viral?

Terpulang kepada anda samada mahu forward dan share bahan ini.

Jangan sampai ada berkata betapa senangnya kita terikut dengan pendekatan RBA yang mana melagakan kita dan mahu menjadikan orang Melayu Islam sebagai bahan utama.

MUTAKHIR: RAJA GULA BUKAN LAGI ROBERT KUOK ATAU SYED MOKHTAR - TAPI SIAPA?

Ramai berpendapat 'Raja Gula' hari ini masih Robert Kuok atau Syed Mokhtar tetapi hakikatnya industri gula di Malaysia telah pun dikuasai Felda Global Venture(FGV)sejak 2009.

FGV telah memiliki Malayan Sugar Manufacturing(MSM),Kilang Gula Perlis Sdn Bhd,sebanyak hampir 5800 hekta tanah di Cuping,Perlis dan 20% saham didalam Tradewinds(M)Sdn Bhd yang bernilai RM 1.5 billion ketika itu. MSM Holding telah pun disenaraikan di papan utama Bursa Saham pada 28 Jun 2011.

KINI RAJA GULA ADALAH MSM(ANAK SYARIKAT FELDA GLOBAL VENTURES)..!!

62% pemasaran gula di Malaysia datangnya dari MSM dimana 80% pengeluaran gula untuk tempatan dan 20% pula untuk dieksport ke New Zealand, Singapura, Pakistan dan Korea Selatan.

Jenama gula MSM yang ada di pasaraya adalah Gula Perlis dan Gula Prai yang terdiri daripada gula halus putih dan gula perang.

SEJARAH HITAM : 13 MEI TRAGEDI BERDARAH NEGARA MALAYSIA

Siri kedua


Rejimen Renjer Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku . Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina,India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap.

Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina. Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.

Askar Melayu Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu.

Wednesday, July 16, 2014

MUTAKHI: MASAI !! RUMAH USANG PORT PTI KELUAR DARI NEGARA???

RUMAH USANG PORT PTI KELUAR DARI NEGARA

Masai, 16 Julai - Enam lelaki warga Indonesia ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua dalam serbuan yang dijalankan di sebuah rumah usang di sini petang semalam selepas didapati tinggal di negara ini melebihi tempoh masa yang ditetapkan.

Menurut Komandernya ACP Paul Khiu Khon Chiang rumah tersebut dijadikan transit oleh Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI) sebelum dibawa ke tempat lain untuk keluar melalui jalan laut yang tidak sah.

"Hasil pemeriksaan mendapati kesemua  mereka berumur lingkungan umur 20an hingga 30an itu memiliki passport tamat tempoh dan tinggal lebih masa. Semua PTI dibawa balik ke Balai Polis Johor Jaya untuk disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959," katanya lagi.

Masai, 16 Julai - Enam lelaki warga Indonesia ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua dalam serbuan yang dijalankan di sebuah rumah usang di sini petang semalam selepas didapati tinggal di negara ini melebihi tempoh masa yang ditetapkan.

Terkini: Mangsa Culik Konstabel Zakia dijangka bebas sebelum Aidilfitri

 
KUALA LUMPUR - Anggota Pasukan Polis Marin, Konstabel Zakia Aleip, yang diculik sekumpulan lapan lelaki bersenjata di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna, Sabtu lepas, dijangka dapat dibebaskan sebelum Aidilfitri.
...
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya akan melakukan yang terbaik untuk membawa anggota polis berusia 26 tahun itu pulang ke pangkuan keluarganya sebelum Aidilfitri, akhir bulan ini.

"Malam tadi mangsa menghubungi ibu dan isterinya. Dia maklumkan dia berada dalam keadaan selamat. Walau bagaimanapun, kami sedang melakukan usaha yang terbaik untuk membawa pulang anggota itu, jika boleh, sebelum raya.

Mengapa orang Kafir masuk Masjid ???

Mari kita bertukar pendapat secara ilmiah. Bulan Puasa kita simpan maki hamun.

Kita sebagai umat Islam di ajar oleh guru agama berkenaan Najis. dan juga hadas. Tatacara memasuki Masjid atau surau juga di ajarkan. Ada sesiapa yang tidak belajar tentang syarat-syarat memasuki masjid.

TITAH UCAPAN DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR DI MAJLIS PERASMIAN MASJID PEKAN SEPANG PADA HARI SELASA, 15 JULAI 2014 BERSAMAAN 17 RAMADHAN 1435 H

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Segala puji bagi Allah Subhanahu Wata’ala, Tuhan semesta alam, Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi kita Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Alhamdulillah, Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah kurniaNya, Beta dapat hadir ke majlis perasmian masjid dan berjumpa serta berbuka puasa dan menunaikan solat tarawikh dengan rakyat Beta di daerah ini.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana negara Malaysia dan negeri Selangor yang kita kasihi ini adalah dalam keadaan aman dan tidak ada kekacauan dan rusuhan, yang mana umat Islam dapat menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadhan yang mulia ini dengan aman dan tenteram.

Allah Subhanahu Wata’ala telah menyuruh umat Islam menjalankan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini dan beramal serta menjalankan kerja-kerja yang mulia serta menghindari perkara-perkara yang dilarang oleh Allah Subhanahu Wata’ala dan agama Islam

Beta juga bersyukur pada hari ini kita dapat bersama-sama menyambut Nuzul Quran yang mana ini adalah satu peristiwa agung yang perlu diingati iaitu turunnya Al-Quran dari Loh Mahfuz ke Baitul Izah di Langit Dunia dan juga turunnya ayat pertama daripada surah Al-Alaq yang diturunkan dari Baitul Izah kepada Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam, melalui Malaikat Jibril Alaihis Salam dan ianya mengambil masa selama dua puluh tiga (23) tahun untuk menyempurnakan Al-Quran yang menjadi panduan kepada umat Islam untuk menjalankan kehidupan didunia ini dan beribadah kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Beta mengingatkan supaya orang Melayu umat Islam janganlah berbalah antara satu sama lain sebaliknya orang Melayu umat Islam, haruslah bersatu padu dan bermuafakat. Orang Melayu umat Islam jangan fitnah-menfitnah, mencaci dan menuduh antara satu sama lain serta membuat cerita-cerita yang tidak benar hingga menimbulkan perasaan syak wasangka dan seterusnya akan mencetuskan permusuhan antara sesama orang Melayu umat Islam dan akan mengakibatkan kerugian kepada generasi kita di masa depan.

Perpecahan orang Melayu akan merugikan orang Melayu sendiri, baik hari ini ataupun untuk generasi akan datang. Orang Melayu mestilah bersatu padu dan mengukuhkan bangsa Melayu serta agama Islam agar tidak diperlekehkan. Beta percaya seandainya orang Melayu tidak mahu bersatu padu, nescaya di satu hari nanti tragedi akan menimpa orang Melayu yang mana orang Melayu akan menjadi satu bangsa yang kian pupus dan tenggelam ditelan zaman serta akhirnya akan hanya tinggal nama semata-mata.  Adakah kita mahu tragedi sebegini berlaku kepada orang Melayu yang beragama Islam di tanah air kita sendiri? Fikirkanlah siapa yang akan untung dan siapa yang akan rugi.

Selain itu, Beta juga amat dukacita dengan golongan ekstremis agama, liberalisasi agama dan juga pluralisme agama yang sedang berleluasa di negara kita. Ekstremis agama, liberalisasi agama dan pluralisme agama bukan sahaja akan merosakkan aqidah umat Islam, malah akan menghancurkan umat Islam di suatu masa nanti.  Ekstremis agama yang Beta maksudkan adalah golongan ekstremis yang sering mencetuskan keganasan tanpa batasan, manakala liberalisasi agama adalah golongan yang mengamalkan budaya seperti LGBT yang secara terang-terangan melanggar aqidah umat Islam.  Pluralisme agama pula adalah mereka yang berpendapat semua agama termasuk agama Islam adalah sama dan tidak ada satu agama pun boleh diberikan kelebihan berbanding agama-agama lain.  Walau bagaimanapun kita perlu akur bahawa agama Islam mempunyai kedudukan yang lebih tinggi kerana ia adalah Agama Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, semua golongan ini perlu dibendung agar aqidah umat Islam terpelihara dan dilindungi.  Beta mahu rakyat Negeri Selangor mengamalkan agama Islam yang “moderate” mengikut fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah.

Dalam pada itu, Beta merasa dukacita kerana ada di kalangan ahli politik dan golongan cerdik pandai yang beragama Islam sendiri, tidak melindungi kesucian agama Islam daripada dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu. Sebaliknya mereka lebih mengutamakan agenda politik dan peribadi mereka dengan mengelirukan masyarakat. Ada di kalangan mereka ini telah dengan berani mempersoalkan kuasa institusi agama Islam seperti MAIS yang selama ini berperanan memastikan kesucian agama Islam dan urus tadbir hal ehwal agama Islam di Negeri Selangor ini.

Beta merujuk kepada petikan laporan akhbar-akhbar utama tanahair pada 18 Jun 2014, yang mana Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad telah mempersoalkan kuasa eksekutif MAIS dan mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS. Beta amat kesal dan kecewa dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu.

Khalid Samad yang bukannya anak jati Selangor namun telah berpeluang menjadi Ahli Parlimen di Selangor sepatutnya mengambil segala langkah untuk melengkapkan diri untuk memahami sejarah Negeri Selangor dan mendalami undang-undang yang terpakai di Negeri Selangor terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

Kenyataan Khalid Samad itu ternyata menunjukkan beliau jahil tentang peranan MAIS yang diwujudkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu Beta dalam menjalankan kuasa Beta sebagai Ketua Agama Islam di Negeri Selangor.

Tindakan Khalid Samad mempersoalkan kuasa MAIS seolah-olah menunjukkan sikap biadap dan penentangan kepada kuasa Beta sebagai Ketua Agama Islam yang mendapat nasihat dari pihak MAIS berkenaan agama Islam seperti yang sedia termaktub di bawah undang-undang.  Ini bukan kali pertama Khalid Samad telah mempersoalkan tentang isu berkaitan tentang kuasa eksekutif MAIS dan juga Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya sudah lapuk.

Oleh itu Beta menyeru kepada Khalid Samad agar di masa akan datang beliau berwaspada di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan menunjukkan sikap biadap dan jahil beliau apabila membicarakan isu berkaitan dengan kuasa Beta dan peranan MAIS di dalam menasihati Beta mengenai agama Islam.

Beta ingin mengambil kesempatan di sini untuk menegaskan bahawa MAIS sentiasa menjamin hak dan kebebasan penganut agama lain di dalam mengamalkan agama mereka.  MAIS sentiasa menghormati orang bukan Islam di dalam amalan agama mereka seperti yang telah diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.  Segala tindakan yang dilakukan oleh MAIS dan JAIS adalah bagi memelihara kesucian agama Islam tanpa menggangu penganut agama lain di dalam menganut agama mereka.

Beta sekali lagi menegaskan kepada semua pihak bahawa jangan jadikan agama Islam sebagai modal politik. Kesucian agama Islam perlu sentiasa dipelihara. Sebagai orang politik seharusnya mereka lebih bertanggungjawab di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan bagi memastikan kesucian agama Islam dan perpaduan umat Islam di Negara ini sentiasa terpelihara.

Di bulan yang mulia ini juga Beta berkenan supaya semua umat Islam di Negeri Selangor ini mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Allah Subhanuhu Wata’ala.

Beta mengingatkan sekali lagi janganlah dijadikan masjid sebagai gelanggang untuk berpolitik dan juga tempat mengadakan demonstrasi yang negatif, baik di dalam atau di kawasan perkarangan masjid. Masjid dan surau adalah tempat Umat Islam dan Orang Melayu beribadat dan bertemu bagi mengeratkan silaturrahim antara sesama orang Melayu umat Islam.

Beta mengakhiri ucapan Beta ini dengan mengucapkan Selamat Berpuasa  kepada seluruh umat Islam, semoga amal ibadah kita diterima dan diberkati Allah Subhanahu Wata’ala. Jadikanlah masjid sebagai tempat yang aman, selesa dan kondusif untuk setiap umat Islam melakukan ibadah dan mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wata’ala.

Maka dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, Beta merasmikan Masjid ini dengan nama Masjid Pekan Sepang.

Sekian,

Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

TERKINI:28 DITAHAN DALAM OP TAPIS BERSEPADU

Segamat, 16 Julai - Seramai 28 orang telah ditahan dalam satu Operasi Tapis Bersepadu yang dijalankan Pasukan Polis Marin (PPM) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Sungai Endau dekat sini semalam.

Komander PPM Wilayah Dua, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata, kami telah membuat pemeriksaan terhad...ap enam buah jeti perikanan yang dilaporkan terdapat kegiatan penyalahgunaan dadah di kalangan nelayan dan penduduk setempat.

Tuesday, July 15, 2014

MUTAKHIR: Ekspatriat warga Australia ditemui mati

KUALA LUMPUR: Seorang ekspatriat warganegara Australia ditemui mati tergantung dalam rumahnya di Jalan Mont Kiara 1, di sini, menurut polis.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, pengarah urusan sebuah syarikat pengeluar makanan berumur 40-an itu ditemui tergantung dalam bilik tidurnya oleh pembantu rumahnya pada jam 6.45 petang semalam.

"Kira-kira jam 8 malam, polis tiba di alamat berkenaan dan menemui lelaki itu mati dengan kabel elektrik di lehernya di dalam sebuah bilik," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya, polis juga menemukan sepucuk nota, dipercayai ditulis oleh lelaki terbabit kepada anak dan isterinya yang tinggal di Belanda.

"Nota itu bersifat peribadi dan polis tidak dapat mendedahkannya," katanya.

Muhammad Azlee berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan sudah dimaklumkan kapada Suruhajaya Tinggi Australia.

Katanya, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.
- BERNAMA

Duhai suami fahamilah isteri Duhai isteri fahamilah suami

EMPAT HAL SEBELUM TIDUR WALAUPUN KITA SIBUK DENGAN TUGAS HARIAN KITA.�

Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.

“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran.

2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.

3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.

4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".

Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasulullah tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran

” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau

“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )

Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi sedaqah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat pahalanya sampaihari kiamat.... آمِيّنْ...

Tiada Negara yang seberani Negara Malaysia

1. Ini bukan kata aku tetapi kata dari seorang rakan dari Sepanyol. Kenapa dia kata macam tu? Ä°tu semua selepas dia belek-belek passport aku dan dia sangat terkejut bila dia terbaca 'Passport ini sah digunakan disemua Negara kecuali Ä°srael.'

2. Katanya. "Eh saya tak pernah tengok passport yang macam ni. Malaysia benar-benar anti Ä°srael. Saya boleh katakan tiada Negara yang seberani Negara Malaysia!"

3. Rakan-rakan Palestin pula kebanyakan daripada mereka sudah tahu perihal passport Malaysia. Bagi mereka yang baru tahu, berpusu-pusulah ambil gambar dan share di Facebook. Kata salah seorang dari mereka "Di Palestin kami tak boleh sebut nama Malaysia sesuka hati apatah lagi kalau askar Ä°srael ada sebab mereka sangat sensitif dengan Negara Malaysia. Kebencian mereka terhadap kalian (malaysia) membanggakan kami warga Palestin!"

4. Seoang rakan Jordan aku mengatakan bahawa tiada langsung di dalam mana-mana passport negara Arab yang berani tulis macam ni sebab mereka takut dengan Ä°srael. Tapi Malaysia bukan Arab pun Negara pun jauh tapi jauh lebih berani dan kuat daripada Arab sendiri.

5. Dan yang paling tak boleh blah seorang rakan aku dari Libya mengatakan sesuatu yang keterlaluan bagi aku iaitu "Saya rasa seolah-olah Nabi Muhammad bukan dari Arab tapi dari Malaysia sebab kami tengok orang Malaysia jauh lebih sayang Ä°slam dari orang Arab sendiri"

6. Demi Allah yang memegang urat jantungku, ini semua bukan rekaan tetapi inilah yang aku lihat dan dengar ketika di Turki. Sedangkan orang Turki pun kibarkan bendera Malaysia di kedainya apatah lagi dengan kenyataan seperti ini.
#sharing dr group lain

Kisah seorang murid pintar.

Dlm sebuah kelas..guru memulakan pengajarannya
Guru: murid2...binatang apa yg bermula dr huruf 'G'?
Dgn pantas seorg murid berdiri dan menjawab...Gajah cikgu...lalu dia dipuji oleh cikgu.
Guru: soalan seterusnya..binatang apa yg bermula dgn huruf 'D'?
Semua murid diam.........lalu murid td berdiri dan menjawab..." Dua gajah cikgu"....murid2 lain mula ketawa...cikgu mulai marah..
Guru: awak berdiri atas kerusi, soalan seterusnya...binatang apa yg bermula dgn huruf 'M'?
Semua murid diam.......lalu bdk td jawab lgi...."Mungkin gajah".....
Guru: awak keluar dan berdiri di pintu..........
Soalan terakhir...binatang apa yg bermula dgn huruf 'J' ?
Semua murid2 diam...guru menunggu murid menjawab tp semua hanya diam....lalu murid tadi menjawab......" Jangan jangan gajah"....

Monday, July 14, 2014

Hard Work and Intelligence

We can create our own lucky, We can make things. Happen through hard work and Intelligence!

Blogger ugut bunuh MB, Setiausaha Sulit Sultan Kedah direman 4 hari

ALOR SETAR: Mahkamah Majistret di sini memerintahkan blogger yang ditahan berhubung kes ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kedah dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah melalui Facebook, direman empat hari untuk membantu siasatan.

Suspek berusia 37 tahun yang ditahan di Shah Alam, semalam, direman bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Terkini: Tuanku Sultan Johor Arah Patung Tembioh Di Buka Semula.

Diharapkan agar tiada Cina Kota Tinggi yang akan derhaka dengan titah Tuanku Sultan Johor agar patung yang didirikan di Kg Tembioh, dibuka semula selewat-lewatnya hari Selasa ini.

Berita tentang titah Tuanku Sultan Johor ini diperolehi dari status FB Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tenggara, Datuk Hj Suhaimi Khalid

Tuanku telah menitahkan arahan membuka semula patung tersebut setelah menerima mengadap Tuan Pegawai Daerah Kota Tinggi, EXCO kerajaan negeri Johor, YB Datuk Tee Siew Keong dan Ketua Bahagian MCA Kota Tinggi awal pagi semalam.
Sumber

MUTAKHIR:TLDM syor dasar 'tembak pada penglihatan' dibenar kekang penceroboh di Sabah

LUMUT: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mencadangkan pasukan keselamatan dibenarkan 'shoot on sight' terhadap mana-mana kumpulan mencurigakan yang memasuki perairan Sabah, sebagai usaha menghalang pencerobohan kumpulan pengganas dari selatan Filipina ke negara ini.

Panglimanya, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, peraturan atau undang-undang sedia ada yang tidak membenarkan 'shoot on sight' (menembak pada penglihatan) sehingga menghalang pasukan keselamatan seperti TLDM untuk membanteras kumpulan berkenaan secara tuntas.

"Sudah tiba masanya Peguam Negara memikirkan perkara ini, bagi memudahkan pengurusan keselamatan di pantai timur Sabah.

"Jika tidak, mereka (kumpulan pengganas) akan sentiasa berjaya melepaskan diri," katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Panglima Armada di Pangkalan TLDM Lumut di sini sebentar tadi. Panglima Bantuan,

Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli dilantik sebagai Panglima Armada yang baru menggantikan Laksamana Madya Datuk Abd Hadi A Rashid yang bersara wajib.

Mohamad Roslan turut memangku jawatan Panglima Bantuan sehingga penggantinya dipilih.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat