TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, March 26, 2014

PAS mewakili Malaysia untuk pembebasan.

Saya suka mencadangkan agar Malaysia menghantar HADI AWANG, MOHAMMAD SABU dan MAHFUZ OMAR ke Mesir untuk berunding dengan Kerajaan Al-Sisi bagi membebaskan semua tahanan Ikhawanul Muslimin kerana PAS sebagai gerakan Islam tersohor di persada antarabangsa dan mempunyai pertalian rapat sebagai wakil IM di Malaysia.

Dengan ini sayugia dicadangkan ada lah menjadi prioriti Pas mengambil tindakan
drastik dalam usaha menyelamatkan pimpinan IM. Saya berkeyakinan penuh bahawa Malaysia sebagai sebuah negara Islam, bersetuju dan merestui apa-apa tindakan PAS sebagai usaha untuk melenyapkan kezaliman dan ianya amat bertepatan dengan anjuran Islam.

Dengan ini saya menyeru agar kita semua memberi kata sokongan di atas usaha yang baik ini.

p/s: Fahami AQIDAH baru kita akan lebih jelas memahami tentang SHARI'AH.

Mutakhir:Perbicaraan saman malu RM60 juta Anwar terhadap Nallakaruppan dibawa ke mahkamah tinggi


PUTRAJAYA: Saman fitnah RM60 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Senator S Nallakaruppan dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk dibicarakan.

Ini berikutan keputusan lima anggota panel Hakim Mahkamah Persekutuan hari ini yang sebulat suara membenarkan rayuan Nallakaruppan untuk menempatkan semula pernyataan pembelaannya yang dibatalkan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin yang mempengerusikan panel itu berkata ia bukan satu kes yang jelas dan nyata untuk membatalkan pembelaan Nallakaruppan.

Beliau berkata terdapat isu yang boleh dibicarakan dalam pembelaan Nallakaruppan yang perlu dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Zulkefli berkata butiran lanjut yang diminta Anwar bukan merupakan fakta tetapi sebenarnya keterangan yang perlu dikemukakan dalam perbicaraan itu.

Panel berkenaan turut dianggotai hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Hasan Lah dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha yang mengarahkan Anwar untuk membayar RM20,000 bagi kos perundangan kepada Nallakaruppan.

Pada 25 Ogos 2008, Anwar memfailkan saman berhubung kenyataan Nallakaruppan yang didakwa berunsur fitnah dalam artikel bertajuk 'Anwar terima RM60 juta', yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia dan Sinar Harian.
Pada 19 Jun, 2012, Mahkamah Tinggi membuat penghakiman liabiliti ke atas Nallakaruppan kerana kenyataan fitnahnya terhadap Anwar selepas membenarkan ketua pembangkang itu membatalkan pernyataan pembelaannya (Nallakaruppan).

Anwar memohon untuk membatalkan pernyataan pembelaan Nallakaruppan kerana beliau mendakwa dia gagal memberikan butiran yang lebih baik dan lebih lanjut mengenai dakwaannya terhadap Anwar seperti yang diarahkan melalui satu perintah mahkamah yang dikeluarkan pada 28 Ogos 2009.

Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP), gagal dalam rayuan di Mahkamah Rayuan.

Beliau kemudiannya memfailkan permohonan bagi kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan dan mendapat kebenaran itu pada Ogos tahun lalu. Mahkamah Persekutuan mendengar rayuannya hari ini.

Nallakaruppan diwakili Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah manakala R Sivarasa mewakili Anwar.

- BERNAMA

Mahkamah Persekutuan Menolak

PUTRAJAYA 26 Mac - Mahkamah Persekutuan di sini sebentar tadi menolak permohonan semakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memadam satu perenggan dalam penghakiman bertulis Mahkamah Persekutuan terdahulu dalam kes liwat melibatkan bekas pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar yang diputuskan sembilan tahun lalu.

Dalam penghakiman bertulis tersebut, tertera beberapa kes yang menyatakan Anwar mempunyai kecenderungan melakukan homoseksual bersama Azizan pada ketika itu. - Rakyat News

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat