TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, March 2, 2022

TERKINI, MAHKAMAH PERSEKUTUAN TOLAK RAYUAN NAJIB.

Najib gagal lagi.

Tiada bukti baharu Jib, kata mahkamah !

Selepas ditolak oleh 3-panel hakim Mahkamah Rayuan pada Disember 2921 ke atas permohonan Najib untuk menangguhkan keputusan rayuan, yang kemudiannya mengekalkan sabitan bersalah Najib oleh Mahkamah Tinggi dalam 7 kes pertama SRC, kini Mahkamah Persekutuan pula menolak permohonan Najib untuk menangguhkan prosiding rayuannya di Mahkamah Persekutuan yang dijadualkan pada 15 dan 16 Mac ini.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/03/02/mahkamah-persekutuan-tolak-permohonan-najib-tangguh-rayuan-berkait-bukti-baharu/

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/03/02/court-dismisses-najibs-request-to-vacate-appeal-hearing-on-new-evidence/

Macam² usaha dibuat oleh Najib untuk menangguhkan kes² perbicaraannya. Konon dalam rayuan Najib di Mahkamah Rayuan dan di Mahkamah Persekutuan, dia memperolehi bukti² baharu yang boleh melepaskan dia dari semua kesalahan.

Konon bukti² baharu itu membabitkan wang rasuah yang dibayar kepada keluarga Zeti Aziz, mantan Gabenor Bank Negara.

Kita semua tahu bayaran yang diterima oleh syarikat Rhapsody milik suami Zeti pada tahun 2009 tiada kaitan dengan skandal 1MDB atau SRC dan ia merupakan transaksi perniagaan sebelum 1MDB ditubuhkan lagi.

Malah maklumat bayaran yang tiada kaitan itu sudah diperolehi sebelum Mahkamah Rayuan memulakan perbicaraan rayuan dan sebelum keputusan rayuan dibuat lagi.

Ia hanya propaganda Najib dan Team Peguambela sahaja untuk meletakkan kesalahan terhadap pihak lain.

Sebab itulah, 'bukti² Zeti yang konon baharu" itu termasuk "konon bukti² baharu Tim Leissner" yang sudah lama membuat pengakuan bertulis iaitu sebelum perbicaraan Mahkamah Rayuan lagi, DITOLAK MENTAH² oleh kedua² mahkamah, Mahkamah Rayuan dan terkini Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan tidak mudah terpedaya dengan tektik penangguhan Najib ini walaupun Najib menggunakan haknya untuk memohon penangguhan.

Nampaknya Najib semakin tiada harapan di mahkamah keadilan.

Harapan Najib hanya tinggal di mahkamah fesbuknya. Di situ Najib tahu semua, Najib betul semua, Najib menang semua, Najib tidak bersalah semua dan semua orang lain salah dan silap termasuk semua hakim², kecuali Najib.

Cepat²lah lantik loyer mat saleh UK tu. Loyer tempatan ko dah gagal. 😁

You are doomed Jib. Your days are numbered. Hanya melengah²kan masa perjalanan ke dalam sana.

Waris Meragukan tuntutan terhadap Malaysia.

Pihak-pihak yang mendakwa sebagai waris dan successors-in-interest kepada Sultan Jamalul Kiram II (“Penuntut”) telah membuat satu tuntutan terhadap Kerajaan Malaysia melalui satu prosiding timbang tara antarabangsa di Madrid, Sepanyol (“Tuntutan tersebut”).

Tuntutan tersebut berbangkit daripada perjanjian-perjanjian yang telah dimeterai pada tahun 1878 antara Sultan Mohamet Jamal Al Alam, Sultan Sulu pada masa itu (“Sultan Sulu”) dengan Baron de Overbeck dan Alfred Dent (“Perjanjian 1878”) di mana Sultan Sulu menyerahkan buat selama-lamanya wilayahnya di Borneo Utara, yang kini merupakan sebahagian daripada Sabah, Malaysia. Sebagai balasan (token).

Sultan Sulu serta warisnya diberikan wang serahan sebanyak RM 5,300.00 setiap tahun.

Susulan daripada serangan bersenjata di Lahad Datu, bayaran wang serahan tersebut telah dihentikan pada tahun 2013.

Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf Tuntutan tersebut dan tidak mengambil bahagian dalam prosiding timbang tara yang dikatakan itu kerana Malaysia sentiasa menegakkan dan tidak pernah mengetepikan kekebalan kedaulatannya sebagai sebuah negara berdaulat.

Tambahan pula, hal perkara dalam Tuntutan tersebut bukan bersifat komersil dan tidak boleh dibawa ke prosiding timbang tara serta Perjanjian 1878 juga tidak mengandungi apa-apa peruntukan timbang tara. Kerajaan Malaysia juga ingin menekankan bahawa identiti Penuntut diragui dan belum disahkan.

Pada 14 Januari 2020, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak (“Mahkamah Tinggi Sabah”), yang bersidang di Kota Kinabalu, telah membuat keputusan yang tidak memihak kepada Penuntut dengan memutuskan bahawa Perjanjian 1878 tidak mengandungi apa-apa peruntukan timbang tara, Malaysia tidak pernah mengetepikan kekebalan kedaulatannya.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat