TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, December 9, 2014

Mutakhir: Penarik Kereta maut di serang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang.

JOHOR BAHRU: Seorang penarik kereta berusia 35 tahun maut manakala rakannya, cedera parah selepas diserang sekumpulan tujuh hingga lapan lelaki bersenjatakan parang menaiki dua kereta hitam dan putih di bandar raya itu hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Sulaiman Salleh, berkata dalam kejadian pada 4.15 pagi itu, mangsa diserang ketika memberhentikan kereta di lampu isyarat di Jalan Tebrau .

"Ketika berhenti di lampu isyarat itu, tiba-tiba tujuh hingga lapan lelaki bersenjatakan parang menaiki dua kereta telah menyerang kereta mangsa dengan menetak cermin depan dan belakang kereta mangsa hingga pecah."

"Kedua-dua mangsa cuba melarikan diri dengan keluar daripada kereta mereka tetapi dikejar oleh kumpulan lelaki itu tetapi gagal dan telah ditetak dan dikelar sehingga rebah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sulaiman berkata, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Denniskumar berasal daripada Bukit Chagar, Johor Baharu, manakala rakannya yang cedera parah, dikenali sebagai Krishnasamy, 45, juga seorang penarik kereta.

Katanya, tangan kanan mangsa putus selain bahu, lengan, peha serta perut juga mengalami kecederaan akibat tetakan dan kelaran kumpulan lelaki terbabit.

"Denniskumar mati ketika sedang dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), manakala rakannya kini berada dalam keadaan kritikal dengan kecederaan akibat tetakan di bahagian dagu, muka dan tangan kanan," katanya.

Sulaiman berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan beliau meminta saksi-saksi kejadian tampil membantu polis.

"Polis juga masih menyiasat jenis dan nombor pendaftaran kereta yang dinaiki oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan parang itu," katanya.

- BERNAMA

Terkini: Jalur Gemilang berkibar di Jakabaring.

PALEMBANG: Jalur Gemilang bersama-sama 10 bendera negara dari rantau ini dinaikkan pada satu majlis ringkas sempena temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) Ke-17 di sini, Selasa.

Majlis menaikkan bendera itu diadakan di Perkampungan Atlet, yang terletak dalam kawasan Kompleks Sukan Jakabaring.

Majlis bermula dengan acara menaikkan bendera negara tuan rumah, Indonesia diikuti Malaysia, Laos, Kemboja, Singapura, Timor Leste, Thailand, Filipina, Vietnam, Myanmar dan Brunei.

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden Majlis Sukan Universiti ASEAN, Prof Dr Anuar Hassan.

Perkampungan Atlet di Kompleks Sukan Jakabaring kini bersedia menerima kedatangan lebih 3,000 atlet dari semua negara yang menyertainya. - BERNAMA

Mutakhir: Penolong Pegawai Tanah menukar pengakuan tidak bersalah menerima suapan.

IPOH: Penolong Pegawai Tanah di Pejabat Daerah dan Tanah Kinta di Batu Gajah, menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini terhadap lima tuduhan menerima suapan RM7,572 antara Disember 2011 dan Julai 2012.

Muhammad Sharwani Ramli, 35, dari No 57, Jalan Pakatan Jaya 6, Taman Pakatan Jaya, Hulu Kinta, dekat sini, meminta dirinya dibicarakan sejurus sebelum Hakim Madihah Harullah mahu menjatuhkan hukuman terhadapnya.

Mahkamah menetapkan hari ini untuk menjatuhkan hukuman ke atasnya selepas dia mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan ketika didakwa pada 2 Disember lalu.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa dengan lima pertuduhan menerima wang berkenaan dalam bentuk cek dan tunai daripada dua individu dari sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan pemindahan pasir dan tanah merah.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa menerima cek bernilai RM1,500 daripada Hoong Chee Mun pada jam 9.30 pagi, 19 Disember 2011.

Bagi pertuduhan kedua hingga kelima pula, dia didakwa menerima wang tunai keseluruhan berjumlah RM6,072 daripada seorang lagi individu, Hoong Yoet Ming yang diterimanya pada 2012, iaitu jam 2 petang pada 23 Februari, jam 2 petang pada 31 Mei, jam 2.30 petang pada 14 Jun dan jam 2 petang 2 Julai.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di No 168 Jalan Pasir Puteh, di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan.

Madihah menetapkan 7 Januari ini sebagai tarikh sebutan semula kes itu.

Pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mukhriz Mat Rus.

Sumber: http://www.bharian.com.my/node/22158?m=1

MTMR hanya nak ingatkan kepada SPRM bukti dah ada penerima dan pemberi RASUAH hendaklah di kenakan tindakkan yang sama?

Jika kita hendak memerangi RASUAH. Perkara-perkara asas hendaklah di laksanakan.

Bertuahhh punya ikan.

Biarlah  masa menceritakan segalanya.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat