TERIMA KASIH


counters

MTMR

Monday, December 1, 2014

Terkini: Nasib Warga Emas terperangkap di dalam kebakaran belum di ketahui lagi.

Pasir Gudang: Kebakaran melibatkan 11 buah rumah di kampung setinggan Sungai Rinting Pasir Gudang Johor.

7 buah jentera Bomba dari Balai Bomba Pasir Gudang,Johor Jaya dan Bomba berhampiran terlibat membantu memadamkan kebakaran tersebut.

Ambulan dari Pusat Kesihatan Masai juga bersedia di tempat kejadian.

Punca kejadian masih dalam siasatan bomba. Kemungkinan dari litar pintas.

Di khabarkan seorang warga emas berusia 80 tahun terperangkap dalam kebakaran tersebut. Nasib warga emas tersebut belum di ketahui lagi.

MTMR mengucapkan Tahniah kepada semua yang terlibat membantu memadamkan kebakaran tersebut.

Apa yang MTMR rasa terharu seorang Ahli Parlimen wanita YB Hajah Normala Abdul Samad dapat meluangkan masa ke tempat kejadian.

Berita penuh akan menyusul.

Terkini: Pesawat terhempas di pengkalan Chepa.

Sebuah pesawat yang digunakan untuk latihan penerbangan dilaporkan terhempas di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kelantan sebentar tadi.

Beberapa keping gambar berkaitan kejadian berkenaan sudah pun tersebar di internet menunjukkan pesawat berkenaan terhempas di atas kawasan rumput dalam keadaan terbalik.

Nasib juruterbang yang mengendalikan pesawat berkenaan sehingga kini tidak diketahui.

Berita selanjutnya akan menyusul.

Tetkini: Polis tahan tiga lelaki miliki Pistol.

JITRA: Polis menahan tiga suspek termasuk dua rakyat Thailand kerana memiliki sepucuk pistol dan 11 butir peluru di Bukit Kayu Hitam, semalam.

Turut ditemui, 500 pil Eramin 5 dalam sebuah kereta Toyota Yaris yang dinaiki mereka ketika melalui sekatan pemeriksaan di Kilometer 1.3 dari arah Changlun ke Bukit Kayu Hitam, jam 2 petang.

Kedua-dua rakyat Thailand termasuk seorang wanita itu dikatakan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan ditahan untuk siasatan lanjut.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat