TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, May 12, 2016

Majlis Peguam Negara memohon perintah Mahkamah Tinggi untuk ketepikan keputusan Peguam Negara membersihkan Najib dan mengarahkan SPRM menutup siasatan?

Majlis Peguam memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk tidak meneruskan dakwaan terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Dalam permohonan itu Majlis Peguam memohon perintah Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan Apandi pada 26 Januari lalu 'membersihkan' Najib dan mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup siasatan mereka.

Badan peguam itu juga mahu mahkamah menghalang peguam negara daripada membuat sebarang keputusan lanjut berhubung perkara itu, selain membenarkan peguamcara negara memutuskan hal berkenaan, termasuk sama ada mendakwa Najib atau tidak.

Turut disebut, Majlis Peguam memohon perintah mahkamah membenarkan SPRM meneruskan siasaran dalam kes yang diarah tutup oleh Apandi sebelum ini.

"Majlis Peguam berpendapat kuasa pendakwaan berdasarkan budi bicara pada peguam negara mengikut Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan tidak bersifat mutlak atau tidak terbatas, dan pengamalan kuasa ini boleh dicabar melalui semakan kehakiman.

"Skop dan ruang kuasa budi bicara, dan sama ada kuasa itu dilaksanakan mengikut undang-undang berdasarkan fakta kes perlu ditentukan oleh mahkamah," kata Presiden Majlis Peguam Steven Thiru dalam kenyataan hari ini.

GEMPAR : SPECIAL BRANCH CURI DENGAR PERBUALAN TELEFON TMJ?

VIRAL KAN UNTUK BANGSA JOHOR��������������

JEMAAH MENTERI HARUS MEMINTA MAAF KEPADA KERABAT DIRAJA JOHOR DARUL TAKZIM

1. Amat mengejutkan apabila saya terbaca kenyataan dari DYAM TMJ baru-baru ini tentang pantauan/"Special file"/"Wiretapping" Special Branch ke atas baginda dan baginda Sultan.

2. Bagi saya perkara ini sangat keji dan memalukan. Pantauan dari special branch sepatutnya hanya dibuat kepada mereka yang merbahaya dan dianggap sebagai ancaman. Adakah TMJ dan Sultan satu ancaman kepada keselamatan dan keharmonian negara?
Most pertinently, who gave out the order for this despicable act to be carried out?

2. As a Johorean,  saya tak dapat mengelak dari perasaan marah apabila kerabat diraja yang telah banyak membantu dalam membangunkan negeri tercinta kami diperlakukan sedemikian rupa. Malahan TMJ dan baginda Sultan merupakan antara pemimpin yg paling berkaliber dan berjiwa rakyat! Mereka membela nasib rakyat dan sentiasa memperjuangkan suara rakyat menentang ketidakadilan yg sedang berlaku. Namun sebagai balasan, mereka dipantau seperti penjenayah!

Some of our elected officials should be ashamed of themselves. When the unelected speak for the rakyat while the elected don't, you know there's a clear error in the system.

3. Saya sedar bahawa kedudukan saya amat rendah sekiranya ingin dibandingkan dgn DYAM TMJ, tetapi saya juga turut faham perasaan apabila dipantau sebegitu rupa. Semenjak saya mula bersuara, saya tlh dipanggil berjumpa SB hampir setiap minggu. Bila HP dicuri dengar dan pergerakan diekori, ini semua merupakan satu pelanggaran privasi!

I wonder what triggered this sudden breach of Privacy.
Is it because the Johor Royalty has been vocal of the administration's wrongdoings? Especially in the case of 1MDB.

4.  DYAM TMJ, patik sudah berjumpa dgn beberapa org ahli SB sendiri and they are exceptionally nice & professional people. Patik pasti Special Branch tidak akan bertindak sedemikian rupa sekiranya mereka tidak memiliki apa apa arahan dari pihak atasan.
The question is, Who gave the order?

5. Ramai yg mungkin akan berkata yg saya masih mentah dan belum kenal selok belok pemerintahan dgn betul. Tetapi apa yg terang dan pasti, sekiranya kabinet atau mereka yg berkuasa mempunyai masa dan sumber yang banyak, Janganlah gunakan untuk mengekori dan memantau rakyat biasa seperti saya dan pemerintah negeri yg sudah terang lg bersuluh tidak mungkin akan membawa nahas kepada negara.

6. Mungkin sudah tiba masa pentadbiran negara dijalankan degan lebih baik dan masalah-masalah yg sedang dihadapi rakyat diselesaikan secepat mungkin. Jgn terlalu taksub ingin terus berkuasa sampai rasa hormat pada pemimpin diraja pun hilang.

7. I therefore, strongly urge for-

a) Identify and hold the culprit who gave the order to "spy" on the Johor Royalty accountable.

b) An Apology by the members of the cabinet to the Johor Royalty.

Kalau mahu rakyat berhenti menentang,
Kepimpinan negara perlu lebih matang.

-Syed Saddiq-
A proud Johorean

DAULATTUNKU!!!!!

TEMUBUAL BERSAMA DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Wartawan: Tunku, apa pandangan Tunku mengenai perlawanan akhir Piala FA?

TMJ: Saya tidak memikirkan tentang perlawanan akhir. Hanya mereka yang tidak berada dalam perlawanan akhir yang asyik bercakap mengenainya berbanding pasukan yang berada di dalam perlawanan akhir.

Wartawan: Apakah harapan Tunku?

TMJ: Tidak ada apa-apa. Berada di perlawanan akhir sudah dianggap satu pencapaian. Jika kami menang,  bagus. Jika kami tewas, cuba lagi.

Wartawan: Adakah Tunku fikir JDT mempunyai kelebihan kerana mempunyai lebih ramai penyokong yang akan hadir?

TMJ: Tidak. PKNS menewaskan Perak dengan kehadiran penyokong yang sedikit. Apabila JDT menewaskan South China di Hong Kong, juga dengan sokongan penyokong yang lebih rendah. Jadi, ia tidak mendatangkan apa-apa perbezaan.

Wartawan: Tunku juga akan menghadiri Kembara Mahkota. Jadi bagaimana Tunku akan merancang jadual Tunku?

TMJ: Saya akan menyaksikan perlawanan akhir dan kemudian saya akan menyertai bersama keluarga saya untuk Kembara tersebut.

Wartawan: Ada apa-apa mesej untuk penyokong atau pemain? Atau apa sahaja yang Tunku mungkin mahu tambah?

TMJ: Ya. Saya tidak faham mengapa telefon saya dicuri dengar. Saya tidak faham mengapa pergerakan saya dipantau oleh Special Branch. Saya tidak faham mengapa mereka perlukan fail mengenai saya dan ayahanda saya di Bukit Aman. Saya hanyalah seorang yang prihatin terhadap rakyat saya. Saya bukannya pengganas. Saya tidak merbahaya. Saya tidak pernah membunuh sesiapa kecuali membunuh bola sepak Malaysia.

-----

INTERVIEW WITH HRH CROWN PRINCE OF JOHOR

Journalist: Tunku, what are your thoughts on the FA Cup finals?

TMJ: I don't think about the finals. Only those who are not in the finals talk more about the finals than the teams who are actually in the finals. 

Journalist: What are your expectations?

TMJ: None. Being in the finals is already an achievement. If we win, good. If we lose, we will try again next time.

Journalist: Do you think JDT have the advantage because they have more fans attending?

TMJ: No. PKNS won over Perak with very little fans. When JDT beat South China in Hong Kong, it was with even lesser fans. So that doesn't really make a difference.

Journalist: You also have the Kembara Mahkota to attend. So how are you planning your schedule?

TMJ: I'll be watching the finals and then I will join my family for the Kembara.

Journalist: Any message for the fans or players? Or anything you may want to add?

TMJ: Yes. I don't understand why my phone is bugged. I don't understand why my movements are monitored by the Special Branch. I don't understand why they need a file about me or my father in Bukit Aman. I'm only someone who cares about my people. Not a terrorist. I'm not dangerous. I have never killed anyone except for Malaysian football.

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat