TERIMA KASIH


counters

MTMR

Showing posts with label PDRMsia. Show all posts
Showing posts with label PDRMsia. Show all posts

Tuesday, November 22, 2016

SUSPEK:Pembunuhan kejam di Taman Scientex.

PASIR GUDANG - Kejam kerana cinta tidak berbalas seorang wanita dibunuh.

Kejadian di Taman Scientex di syaki pada pagi semalam 21/11/2016.

Suspek bunuh seorang perempaun india kerana balas dendam.

Perbuatan seumpama ini tidak boleh diterima oleh masyarakat. Mereka yang melakukan perbuatan ini harus diheret ke muka pengadilan dengan segera.

Thursday, July 7, 2016

Malaysia dan ancaman ISIS?

Sejak wujud pada 2014 – Daesh atau ISIL atau nama asalnya Caliph State – dilihat sebagai sensasi baharu selepas Arab Spring yang melanda secara domino dan berjaya meruntuhkan kerajaan Tunisia, Algeria, Mesir dan Libya bermula 2011. Manakala kebangkitan di Syria pula menjerumuskan negara itu dalam perang saudara yang berpanjangan sejak 2012.

Keghairahan membincangkan isu Arab Spring yang impaknya sempat menjalar ke Jordan dan Bahrain tetapi gagal menumbangkan kerajaan monarki – diperkatakan secara meluas kerana kesannya yang dibimbangi menghuru-harakan dunia Islam.

Iraq yang sudah sedia huru-hara lebih awal setelah Rejim Tentera pimpinan Saddam Hussein ditewaskan Tentera Perikatan, menjadi tapak bermulanya gerakan ekstrimis militan pimpinan Abu Bakar Al Baghdadi – sebelum menular ke Syria dengan sokongan kumpulan anti Bashar Al Assad. Dunia Islam lebih cenderung melihat perkembangan Aras Spring dengan pandangan pro dan kontra; termasuk dalam isu sokongan Barat terhadap kebangkitan demonstrasi jalanan.

Kini selepas lima tahun, isu Arab Spring sudah melantun jauh ke dalam longkang atau ditenggelami debu gurun di Utara Afrika atau ditelan ombak Laut Mediteranean. Sejak Oktober 2014, apabila Daesh muncul dengan tindakan militan yang mengerikan termasuk siri penyembelihan dan pembunuhan massa terhadap rakyat Iraq dan Syria – serta impak ideologinya merebak ke serata dunia termasuk di kalangan minoriti Islam di Eropah, dunia tersentap.

Kumpulan yang awalnya mengangkat senjata menentang Bashar atas nama Gerakan Sunni yang membalas dendam terhadap Rejim Tentera dokongan Parti Baath yang dituduh berfahaman Syiah – tiba-tiba berubah. Keganasan Daesh menjadi ancaman sejagat. Laporan perisikan CIA menyebut ribuan pengganas Daesh adalah warga asing. Malah, 6,000 pengganas berasal dari Eropah.

Bukit Aman pula mengesahkan lebih 200 rakyat Malaysia menyertai Daesh di Syria dan Iraq. Lebih dramatik, 20 maut dalam pertempuran. Enam bertindak sebagai pengebom bunuh diri.

Keganasan Daesh memuncak pada Ramadan kali ini dengan 800 kes pembunuhan dengan empat siri serangan di luar Iraq dan Syria yang membunuh 200 orang awam. Daesh melalui penyokong ideologi Negara Khalifah berjaya melakukan pembunuhan massa di Philidelphia Amerika Syarikat, Ankara Turki, Dhaka Bangladesh dan Madinah Arab Saudi. Ini tidak termasuk dua serangan bom di Kuala Lumpur dan terkini di Solo Indonesia.

Persoalannya: Masihkan kita beranggapan isu Daesh ialah isu perang negara Barat untuk menghapuskan gerakan ekstrimis Islam yang bercita-cita menguasai dunia melalui perang militan?

CIA melalui campurtangan langsung di Arab Saudi serta menggunakan tenteranya di Iraq dilihat sebagai pihak yang sepatutnya memerangi Daesh. Tiada sebarang usaha konstruktif di kalangan negara-negara Islam untuk bertindak secara kolektif memerangi Daesh walaupun sejak 2014, sel keganasan militan ini sudah dikesan menular berleluasa di banyak negara-negara Islam, malah yang jauh dari Iraq dan Syria.

Serangan di Puchong mengesahkan Malaysia sudah terancam secara terbuka dengan kesannya mula terarah untuk meragut nyawa orang awam. Walaupun sebelum kejadian di Puchong, Bukit Aman sudah menahan 193 orang disyaki ada kaitan dengan Daesh. Polis juga sudah mengagalkan sembilan percubaan serangan bersenjata yang dirancang ke atas pelbagai lokasi.

Banyak negara Islam masih beranggapan, tanggungjawab menghapuskan Daesh di peringkat global di bahu AS.

Tangkapan 15 saspek selepas serangan di Puchong memberikan gambaran sel pengganas Daesh memang berupaya melakukan sesuatu yang lebih dahsyat berbanding sekadar melontar sebiji bom tangan yang mencederakan 4 pelanggan pusat hiburan tersebut.

Malah, Bukit Aman mengesahkan: Matlamat sebenar serangan pada malam itu menyasarkan pusat hiburan yang lebih padat pengunjung. Namun, sasaran berubah apabila premis itu ditutup.

Dengan senarai saspek yang ditahan merangkumi pelbagai lapisan umur dan latar belakang termasuk dua anggota polis, kita sebenarnya sudah berada dalam situasi: Negara sasaran strategik Daesh setaraf AS, Eropah dan Turki. Madinah kota suci pun sanggup dibom Daesh – inikan pula Kuala Lumpur!

Hentikan sebentar sengketa politik tanahair yang menyakitkan kepala. Hentikan sebentar debat khilaf para ulama yang selama ini sudah cukup membingungkan orang awam. Kita buang dahulu hal-hal drama politik dan masalah kecenderungan ulama saling bercakaran!

Isu keganasan Daesh sudah terang dan nyata. Tindakan keganasan mereka melengkapi lima ancaman terhadap keutamaan Maqasid Syariah. Bukankah Daesh sedang menghancurkan agama, membunuh nyawa, merosakkan harta benda, mengancam akal (melalui ideologi nyawa umat Islam yang menentang mereka halal dibunuh) dan keturunan kita?

Segeralah mulakan langkah! Kita perlukan perpaduan dan persefahaman luar biasa untuk menangani dan memerangi Daesh. Kita tidak boleh lena. Tindakan harus bermula hari ini. Syawal wajar dirayakan – tetapi perayaan bukan alasan untuk menangguhkan tindakan drastik demi menyelamatkan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda.

Berdasarkan Maqasid Syariah: Menentang Daesh satu jihad!

Fikirkanlah. Tetapi rasanya kita sudah terlewat!

Thursday, June 9, 2016

KES SAMUN BERSENJATA API TUMPAS DI SERI ALAM DAN KOTA TINGGI.

KEJAYAAN POLIS JOHOR MENUMPASKAN KUMPULAN KES-KES SAMUN BERSENJATAPI YANG AKTIF DI KAWASAN SERI ALAM DAN KOTA TINGGI

1. Pada 08/06/2016 jam lebih kurang 5.20 petang bertempat di sebuah kedai di kawasan Kota Masai, Scientex, Seri Alam telah berlaku satu kejadian samun bersenjatapi melibatkan mangsa merupakan penjaga kedai iaitu seorang lelaki berumur 19 tahun.  Suspek adalah 3 lelaki yang bersenjata sepucuk pistol menaiki sebuah kereta jenis Proton Gen-2 warna hitam.  Dalam kejadian tersebut suspek telah menunjukkan sepucuk pistol kepada mangsa dan melarikan sebuah beg pinggang berisi wang tunai lebih kurang RM2,000.00.  Semasa mangsa dan orang awam lain mengejar semula suspek sewaktu suspek keluar dari kedai tersebut untuk kembali semula ke kenderaannya yang diparkir berhampiran kedai, suspek telah melepaskan 1 das tembakan ke udara untuk menakutkan mangsa dan orang awam yang cuba mengejar dan kemudiannya suspek telah melarikan diri dengan kenderaan mereka dari tempat kejadian.

2. Bertindak di atas maklumat, pada 09/06/2016 jam lebih kurang 1.00 pagi, semasa sebuah kereta peronda polis MPV terdiri daripada 2 orang anggota melakukan rondaan berhampiran Plaza Tol Cahaya Baru, Lebuhraya E22 Senai – Desaru telah terserempak dengan kenderaan jenis Proton Gen-2 warna hitam yang dinaiki oleh 3 orang suspek dan kemudiannya berlaku kejar mengejar sehingga ke Kampung Nelayan Kong Kong.  Anggota MPV tersebut bersama pasukan bantuan dari Balai Polis Taman Scientex telah berjaya menahan ketiga-tiga suspek lelaki berumur 28 tahun berkenaan di satu kawasan parkir kenderaan di Kampung Nelayan Kong Kong.

3. Turut berjaya ditemui dan dirampas ialah sepucuk pistol jenis semi-auto model CZ 75 Compact kaliber 9mm dan 17 butir peluru 9mm yang dipercayai digunakan semasa kejadian.

4. Dengan tertangkapnya kumpulan ini yang dipercayai mulai bergiat aktif lebih kurang sebulan lepas di kawasan Kota Tinggi dan Seri Alam, pihak polis telah berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 3 kes samun bersenjatapi, 1 kes cubaan samun dan 1 kes cubaan bunuh dalam tempoh 48 jam lepas.  Usaha untuk mengesan saki baki rakan sejanayah sedang giat dijalankan.  Kesemua tangkapan akan direman mengikut Seksyen 117 KPJ untuk siasatan lanjut.

5. 2 orang suspek memiliki rekod jenayah lampau kesemuanya berkaitan kesalahan dadah di mana salah seorang terdapat 2 rekod dan seorang lagi terdapat 5 rekod.

6. Siasatan polis mengikut Seksyen 3 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana melepaskan tembakan semasa melakukan samun di mana sabit kesalahan boleh dihukum bunuh, Seksyen 8 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memiliki senjatapi dengan menyalahi undang-undang di mana sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan juga disebat tidak kurang 6 kali sebatan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 kerana memiliki peluru di mana sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 7 tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya sekali. Kesemua suspek akan dipohon reman dibawah Seksyen 117 KTJ untuk siasatan lanjut dan mengesan rakan-rakan sejenayah yang masih bebas.

Wednesday, May 25, 2016

Terkuni : Bekas ketua CID Kuala Lumpur membuat laporan Polis kedua terhadap Peguam Negara?

Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim membuat laporan polis kedua terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang didakwanya beri keterangan palsu dalam membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada dakwaan salah laku membabitkan RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Laporan polis itu dibuat Jumaat lepas, dan ia dibuat selepas Apandi tidak menunjukkan sebarang bukti, seperti penyata bank, untuk membuktikan dakwaan bahawa wang itu datang dari seorang putera Arab Saudi dan bahawa AS$620 juta, dan bukan AS$650 juta, telah dikembalikan oleh Najib kepada putera raja itu.

Mat Zain mendakwa terdapat fakta penting yang bercanggah atau mengelirukan jika seseorang itu membandingkan carta aliran transaksi dan penyata transaksi yang diperolehi dan diterbitkan semula oleh media tempatan antarabangsa dan tempatan, seperti Wall Street Journal, bersama-sama dengan kenyataan Apandi.

Beliau memberi contoh di mana carta aliran yang khusus menunjukkan pemindahan AS681 juta dari Tanore Finance Corp, melalui Falcon Private Bank, cawangan Singapura, ke akaun peribadi Najib, yang telah dibuat di antara 21 Mac 2013, dan 25 Mac 2013.

Bagaimanapun, dalam laporan polis itu, Mat Zain berkata Apandi dalam sidang akhbar itu yang membersihkan Najib daripada sebarang dakwaan salah laku, berkata bahawa deposit dibuat di antara 22 Mac 2013 dan 10 April 2013, dengan tarikh-tarikh berkenaan berbeza daripada carta aliran transaksi itu.

Katanya, urus niaga terperinci dan tepat mengenai pengirim, bank yang menghantar dana, penerima, jumlah dan tarikh serta masa deposit dan pengeluaran, boleh dilihat melalui penyata bank, dan peguam negara mempunyai hak dan kuasa untuk memeriksa penyata berkenaan.

Carta aliran itu, tambahnya, menunjukkan pemindahan balik AS$650 juta pada 30 Ogos 2013, dari akaun peribadi Najib kepada pengirim asal melalui Falcon Private Bank, cawangan Singapura, yang dimiliki oleh Tanore Finance Corporation.

Pada hari yang sama, dakwa Mat Zain, Najib menutup akaunnya di AmPrivate Banking.

Bagaimanapun, dakwanya lagi, kenyataan akhbar Apandi berkata dana sebanyak AS$620 juta telah dipindahkan, yang menurut Mat Zain terdapat perbezaan sebanyak AS$30 juta, atau kira-kira, hampir RM100 juta.

Carta itu, dakwa Mat Zain, menunjukkan AS$650 juta dikembalikan kepada Tanore Finance Corporation tetapi Apandi berkata ia adalah AS$620 juta, tanpa secara khusus mengatakan bagaimana ia dikembalikan.

Mat Zain juga berkata, terdapat persoalan sama ada Najib mendapat kelulusan Bank Negara untuk memindahkan sejumlah wang yang besar di luar negara.

Jumaat lalu, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Puad Zarkashi mendakwa Najib telah mendapat kelulusan Bank Negara untuk membawa masuk AS$681, yang memaparkan versi lain dalam saga RM2.6 bilion itu.

Tuesday, April 19, 2016

MALINNOV : MENGELUARKAN PRODUK PISTOL SEMI AUTOMATIK.

DSA2016 kali ini mengenengahkan satu produk buatan Malaysia.

MALINNOV (Malaysian Innovation) adalah syarikat tempatan yang mengusahakan sendiri senjata ringan berupa pistol semi automatik.
Kami melihat sendiri produknya dan ia sangat impresif.

Bertanyakan kalangan jurutera mereka,penghasilan pistol ini melibatkan research and development selama 4 tahun dengan hampir 10 prototaip yang diuji secara ekstrim dan ekstensif setiap satunya.

Mereka membangunkan setiap alat kerja,laras dan komponen sendiri, dan melalui banyak trial and error serta memperbaiki setiap rekabentuk prototaip yang mereka bina. Asas senjata mereka adalah dari sidearm jenis Glock dan Baretta dan mereka membangunkan sidearm dengan klasifikasi M1P ini secara reverse engineering.

Berpangkalan di Technology Park, Bangi Malinnov mempunyai masa depan yang sangat baik dalam mengeluarkan sidearm buatan tempatan untuk pasaran domestik terutamanya mensasarkan pengunaannya pada pengiring orang kenamaan dan agensi keselamatan dalam negeri.

Kami di MMP menantikan jemputan pihak Malinnov untuk demonstrasi penembakan dan melihat sendiri kemampuan perkilangan mereka. Hebat karya anak tempatan kita ini.

MALAYSIA BOLEH
Selain sidearm, Malinnov juga dalam proses membangunkan sendiri amunisi untuk mortar dan pelancar grenad.

Friday, April 8, 2016

POLIS TEMBAK MATI 3 ORANG PENJENAYAH

Plentong: Polis tembak tiga penjenayah dalam sebuah kereta Camry. Penjenayah melepaskan beberapa das tembakkan ke arah polis.

Polis kemudian mendapati tiga lelaki berusia antara 22 hingga 25 tahun terkena tembakan yang mana dua daripadanya maut di dalam kereta itu. Manakala seorang lagi mati dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA)

Sebelum kejadian kereta tersebut dalam keadaan mencurigakan berada di Permas Jaya.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, polis menjumpai dua pistol semi auto dalam kereta itu serta mendapati Toyota Camry berkenaan adalah kereta curi bersabit kes di Taman Bukit Indah di sini, akhir tahun lalu.

Thursday, March 24, 2016

LAGI TERORIS ISLAMIC STATE KENA TANGKAP DGN POLIS MALAYSIA.

1. Tangkapan dibuat oleh Unit Counter Terrorism di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Terangganu.

2. 15 saspek IS yang terdiri dari 11 lelaki dan 4 wanita, usia antara 22 hingga 49 tahun. Mereka ialah lima pekerja swasta di mana salah seorang merupakan juruteknik pesawat awam, 4 bekerja sendiri, 1 anggota polis, 1 imam masjid, 1 suri rumah, 1 pelajar dan dua penganggur.

MEREKA KENA TANGKAP PASAL.....

3. Mengatur penyusupan masuk dua pengganas/pengebom IS warga asing ke Malaysia, cuba teka negara mana? 

4. Mengumpul dana untuk kumpulan militan di Filiphina.

5. Hacking ke dalam laman web kerajaan Malaysia

6. Menerima arahan dari anggota terroris Malaysia di Syria untuk buat serangan di Malaysia, arahan datang dari Muhammad Wandy Mohamed Jedi.

7. Terlibat dalam mempengaruhi anak muda Malaysia dan hantar mereka mendapat latihan dan pengalaman perang di Syria

8. 4 pompuan yang ditahan adalah disebabkan mereka cuba kuar dari Malaysia dan menyertai IS di Syria.

Sunday, March 13, 2016

Keselamatan : Unit Tindakhas ( UTK )

UTK beroperasi dengan penuh kerahsiaan dakam menangani ancaman pengganas dan jenayah berat.

Unit elit ini merupakan wira yang disembunyikan dan menumpaskan pengganas secara senyap.

41 tahun yang lalu ancaman komunis di dalam hutan mula lemah setelah diasak dengan hebat oleh pasukan komando VAT 69 dan Gerup Gerak Khas (GGK).

UTK juga turut mempelbagaikan latihan-latihan bersama pelbagai unit elit di dalam dan luar negara.

Selain bekerjasama dengan dengan pasukan komando VAT 69, UTK turut bekerjasama dengan pasukan komando tentera seperti Gerup Gerak Khas( GGK) dan unit-unit elit dari luar negara.

Monday, January 18, 2016

Ancaman IS.

Semua orang bukan Islam dianggap kafir harbi dan wajib diperangi.

Pihak Polis dan kerajaan boleh dibunuh dan harta mereka boleh dirampas. Menolak Ijmak dan qias sebagai sumber hukum syarak.

Golongan Syiah dianggap kafir dan musyrik. Demokrasi dan perlembagaan dianggap Syirik dan wajib diperangi.

Ancaman kepada umat Islam dari sudut Akidah. Pemikiran mengkafir sesama Islam. Berhasrat meruntuhkan Kaabah. Menyokong kebangkitan Islam Liberal. Mencemar Imej Islam.

IS Merupakan Negara Islam State. Merupakan satu kumpulan militan atau pengganas yang diketuai oleh Abu Bakar Al-Baghdadi.

Ajinda mereka menubuhkan Khalifah Islamiyah dan Daulah Islamiyah mengikut acuan mereka dengan memilih Iraq dan Syria sebagai tapak gerakan mereka.

Wednesday, December 16, 2015

VAT 69 Komando

VAT69 Komando merupakan salah satu unit elit Komando separa tentera yang diletakkan dibawah panji Pasukan Gerakan Khas ( PGK ) Polis Diraja Malaysia Turut dikenali sebagai VAT 69.

Pasukan elite ini beroperasi dengan penuh kerahsiaan untuk membenteras ancaman pengganas dan jenayah berat yang mengancam keselamatan negara.

Pasukan Gerakan Khas dibahagikan kepada dua detasemen.

VAT 69 beroperasi sebagai PGK Detasemen B dan berpengkalan di Ulu Kinta Perak.

Menggunakan cogan kata " Warisan Darah Perwira ". Pasukan  elit ini menggunakan beret kelabu Pasir sebagai entiti mereka.

Tuesday, June 9, 2015

Pelayar Udara di kawasan Pasir Gudang.

Pasir Gudang: Terdapat aktiviti pelayar udara yang mungkin sedang menikmati keindahan suasana pagi pada 9/6/2015@7.50am.

Pemandangan yang jarang kelihatan sempat di rakam seketika. Pagi yang indah du samping cuaca yang agak mendung dan cuaca suram.

Monday, December 15, 2014

Terkini: Seorang lelaki cedera akibat terkena tembakkan di Negeri Sembilan.

SEREMBAN: Seorang lelaki berusia 42 tahun cedera akibat terkena tembakan di depan sebuah pusat hiburan di Kemayan Square di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4.20 pagi itu, suspek melepaskan sekurang-kurangnya tujuh das tembakan ke arah mangsa dengan sebahagiannya tersasar.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang turut mempunyai rekod jenayah lampau, mengalami pendarahan otak dan dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Friday, December 12, 2014

Terkini: Hairan PEGUAM dengan Pembangkang?

AKU heran mengapa MP pembangkang masih terus dibenarkan meneruskan pekerjaan mereka sebagai PEGUAM?

Sedangkan mereka telah jadi AHLI PARLIMEN?

Tapi bila kakitangan awam yang ingin menyertai politik atau bertanding sebagai ADUN atau MP, mereka kene letak jawatan!!!!

SEPATUTNYA MP2 pembangkang yang asasnya bekerja sebagai PEGUAM patut tidak lagi bertugas sebagai peguam.

Kerana setiap kes yang diwakilinya PASTI BIAS atau memihak kepada anak guamnya yang kebanyakannya pesalah berkaitan politik!!!...

MTMR berharap ada yang buka mata dalam perkara ini. Atau penjawat awam juga perlu di beri ke bebas berpolitik. 

Tuesday, December 9, 2014

Mutakhir: Penarik Kereta maut di serang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang.

JOHOR BAHRU: Seorang penarik kereta berusia 35 tahun maut manakala rakannya, cedera parah selepas diserang sekumpulan tujuh hingga lapan lelaki bersenjatakan parang menaiki dua kereta hitam dan putih di bandar raya itu hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Sulaiman Salleh, berkata dalam kejadian pada 4.15 pagi itu, mangsa diserang ketika memberhentikan kereta di lampu isyarat di Jalan Tebrau .

"Ketika berhenti di lampu isyarat itu, tiba-tiba tujuh hingga lapan lelaki bersenjatakan parang menaiki dua kereta telah menyerang kereta mangsa dengan menetak cermin depan dan belakang kereta mangsa hingga pecah."

"Kedua-dua mangsa cuba melarikan diri dengan keluar daripada kereta mereka tetapi dikejar oleh kumpulan lelaki itu tetapi gagal dan telah ditetak dan dikelar sehingga rebah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sulaiman berkata, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Denniskumar berasal daripada Bukit Chagar, Johor Baharu, manakala rakannya yang cedera parah, dikenali sebagai Krishnasamy, 45, juga seorang penarik kereta.

Katanya, tangan kanan mangsa putus selain bahu, lengan, peha serta perut juga mengalami kecederaan akibat tetakan dan kelaran kumpulan lelaki terbabit.

"Denniskumar mati ketika sedang dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), manakala rakannya kini berada dalam keadaan kritikal dengan kecederaan akibat tetakan di bahagian dagu, muka dan tangan kanan," katanya.

Sulaiman berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan beliau meminta saksi-saksi kejadian tampil membantu polis.

"Polis juga masih menyiasat jenis dan nombor pendaftaran kereta yang dinaiki oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan parang itu," katanya.

- BERNAMA

Monday, December 1, 2014

Tetkini: Polis tahan tiga lelaki miliki Pistol.

JITRA: Polis menahan tiga suspek termasuk dua rakyat Thailand kerana memiliki sepucuk pistol dan 11 butir peluru di Bukit Kayu Hitam, semalam.

Turut ditemui, 500 pil Eramin 5 dalam sebuah kereta Toyota Yaris yang dinaiki mereka ketika melalui sekatan pemeriksaan di Kilometer 1.3 dari arah Changlun ke Bukit Kayu Hitam, jam 2 petang.

Kedua-dua rakyat Thailand termasuk seorang wanita itu dikatakan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan ditahan untuk siasatan lanjut.

Monday, November 24, 2014

Terkini: Gara-gara mencari kerang empat remaja hampir maut.

MARANG: Pantai Rusila hingga Pulau Kekabu di sini, yang menjadi tumpuan ramai berikutan 'fenomena kerang' menyebabkan empat remaja hampir lemas selepas dihanyutkan ombak.

Berikutan itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Risikin Satiman memberi amaran dan melarang orang ramai menjalankan aktiviti di sepanjang pantai berkenaan, berikutan keadaan ombak dan cuaca tidak menentu ketika musim tengkujuh yang boleh mengundang bahaya.

Larangan itu berkuat kuasa serta merta dan semua pihak diminta memberi kerjasama bagi mengelak kejadian sama berulang.

"Dalam tempoh tiga hari, empat remaja nyaris lemas selepas dihanyutkan ombak ketika mengutip kerang dan kita tidak mahu kejadian sama berulang lagi.

"Selain penduduk di kawasan setempat, orang ramai dari kawasan berhampiran turut ghairah mengutip hidupan itu sambil membawa anak-anak mereka.

"Malah, ada kalangan mereka turut mengambil kesempatan berniaga dengan menjual makanan dan minuman serta pakaian di lokasi berkenaan tanpa memikirkan keselamatan mereka.

"Oleh itu, kita minta mereka hentikan sebarang kegiatan di pantai berkenaan yang boleh membahayakan nyawa mereka," katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 3.30 petang semalam, dua remaja berusia 15 tahun dari Pasir Panjang, Kuala Terengganu nyaris lemas selepas dihanyutkan ombak ketika mencari kerang yang terdampar di pantai berkenaan sejak Jumaat lalu.

Malah, sebelum itu, dua pelajar sebuah pusat pengajian tinggi berusia 19 tahun dari Kampung Merbau Patah, Kuala Terengganu juga hampir lemas di pantai sama kira-kira jam 11.20 pagi kelmarin selepas dihanyutkan ke tengah laut.

Bagaimanapun, semua mangsa berjaya diselamatkan orang ramai yang kebetulan berada di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan Klinik Kesihatan Marang untuk rawatan.

Risikin berkata, sejak fenomena ribuan kerang terdampar di pantai berkenaan Jumaat lalu, orang ramai memenuhi kawasan itu untuk mengutip hidupan itu tanpa memikirkan keselamatan mereka.

Beliau berkata, keadaan ombak dan cuaca yang tidak menentu ketika ini tidak sesuai untuk sebarang aktiviti pantai seperti mandi, berkelah dan mengutip kerang kerana bimbang kejadian buruk berlaku.

"Bukan niat polis untuk menghalang kerana tahu mereka mahu mencari rezeki, tetapi keselamatan dan nyawa adalah lebih penting dalam keadaan sekarang. Jadi, saya harap orang ramai dapat mematuhi arahan dikeluarkan demi kebaikan semua pihak," katanya.

Tuesday, November 18, 2014

Terkini: Pembuli Jalanraya meludah cermin kerita di tangkap sudah.

Akhirnya Pembuli JalanRaya telah berjaya ditangkap oleh PDRM.

Tahniah kepada PDRM kerana segera bertindak. Itulah yang rakyat mahukan. Respon segera bila maklumat dan bukti lengkap di dedahkan.

Tahniah juga kepada orang ramai yang sama-sama membantu PDRM dalam menangani kes buli jalanraya. Maklumat lengkap dan bukti memudahkan PDRM mengambil tindakkan ke atas pelaku-pelaku jenayah.

Walaupun tangkapan telah di buat orang ramai menantikan keputusan dan tindakkan pendakwaan.

Apakah hukumannya? Semasa kes KIKI juga mendapat liputan meluas. Akhirnya kiki di jatuhkan hukuman dengan pantas dan cepat.

Kes meludah cermin kereta dan merosakkan cermin sisi serta pembersih cermin hadapan merupakan kesalahan jenayah. Merosakkan harta orang awam.

Perbuatan meludah ke cermin kereta juga merupakan kesalahan merosakkan hati yang punya kereta. Merupakan provokasi yang melampau tahap gaban. Cimpazi ala-ala kinzir yang tiada otak.

Harap mahkamah dapat gunakan perundangan yang sewajarnya bagi menjadi tauladan dan pengajaran kepada pembuli-pembuli jalanraya yang lain.

MTMR nak ingatkan kepada pembuli jalanraya atau yang suka potong kiri atau potong Q bahasa mudahnya. Orang lain pun bayar Roadtax juga. Orang lain pun nak cepat juga.

Akai ada ke?

Mutakhir: Pembuli jalan meludah cermin dapat di kesan.

Sesiapa nak kenal. Namanya kheith khoo partner pada Imaxx Merchandiser rumah dekat dengan Aeon Subang Jaya.

Semua kereta nombor sama 2202 ade superbike nak cari. Cari kat situ off kat sec 19 Usj no telefon 016-2286699 @ call partner dier janette 016-2266202 pegi off Imaxx Merchandiser kat usj 19 tu,kat trafic light ade kedai BACCFREE, masuk kanan, Identiti cina road bully yang ludah dah rosakkan wiper kete budak pompuan melayu kita hari ni.

Mai kita tengok antara cina ni sama kiki (melayu islam), sapa lagi panas

Masa kiki cepat jer uoollsss viralkn ni cina jommm kita viralkn. Sapa lgi panasss.

MTMR nak tambah sikit memang kurang ajar dan biadap. Macam sial meludah. Kalau MTMR kena rasanya taktaulah boleh kawal perasaan atau tidak.

Harap PDRM dapat ambil tindakkan dengan segera. Inilah akibat #rakyathakimnegara.

Thursday, November 13, 2014

Terkini: 6 Juta boleh cari Nyawa tak ada ganti.

Ada tak jalan nak hantar 6 juta Malaysiakini?

Duit bukan segalanya. Tetapi segalanya memerlukan Duit.

Wednesday, November 12, 2014

Gempar : Maut kepala terpisah dari badan

Permatangpauh berita panas warga Asing mati akibat kepala terputus dari badan.

Berita penuh menyusul.


Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat