TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, May 19, 2016

1MDB : Pihak berkuasa Switzerland telah hubungi Malaysia untuk minta kerjasama?

Daripada enam pihak berkuasa asing yang menjalankan siasatan terhadap 1MDB, hanya Switzerland yang telah secara rasmi menghubungi Malaysia untuk meminta kerjasama.

Demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri dalam jawapan bertulis Parlimen semalam.

Pada masa ini, katanya, kerajaan Malaysia hanya menerima satu permintaan bantuan rasmi untuk bekerjasama dengan kerajaan Switzerland dalam penyiasatan melibatkan 1MDB.

Nancy menjawab soalah Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru).

Sim telah meminta kerajaan menyatakan jumlah pihak berkuasa asing yang sedang menyiasat 1MDB.

Beliau juga bertanya berapa ramai daripada mereka telah meminta kerjasama daripada kerajaan.

Selain Switzerland, Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom, Hong Kong dan Australia telah dilaporkan menyiasat syarikat dana milik Kementerian Kewangan.

Baru 3 bulan tandatangan perjanjian TTIP /TPPA dah mula bergaduh dengan USA?

Jerman menuduh USA berbohong dan mempunyai agenda jahat dalam perjanjian Perdagangan transAtlantik TTIP.

Obama USA mengugut akan menyekat dan mengharamkan semua kereta Eropah eksport ke USA, jika Kesatuan Eropah tidak membeli buah-buahan dan sayur-sayuran genatik dari USA.

Akhbar Jerman Suddeutsche Zeitung mendakwa 240 muka-surat teks perjanjian perdagangan rahsia TranAtlantik TTIP menunjukkan USA mengugut EU memaksa perjanjian itu walaupun mendapat bantahan Eropah.

Sayur-sayuran dan buah-buahan genatik dari USA boleh menjejaskan kesihatan pengguna dan boleh memberi kesan negatif kepada industri pertanian Eropah.

Syarikat multinational pertanian Monsanto USA yang membekalkan buah-buahan dan sayuran genatik boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna. Menurut kajian saintis Jerman buah-buahan dan sayuran genatik dari USA ini boleh mendatangkan penyakit autoimun dan seliak.

Syarikat multinational pertanian USA Monsanto menggunakan racun perosak glyphosate yang kuat boleh membawa mudarat kepada pengguna. Ibarat pembunuh rakyat secara senyap.

Pemimpin yang tandatangan perjanjian TPPA / TTIP lahirnya dari pengundi. Fikir-fikirkanlah. Akibatnya rakyat tidak berdosa mati dibunuh secara profesional oleh USA-ISRAEL???

JAWAPAN KEPADA TUDUHAN JASA: MAHATHIR ATAU NAJIB YANG MENIPU?

TUDUHAN JASA: Mahathir berbohong apabila mendakwa Najib menubuh “Dana Kekayaan Negara”, sedangkan 1MDB hanya sebuah syarikat pelaburan strategik kerajaan yang diberi modal sebanyak RM1 juta sahaja.

JAWAPAN: Samada namanya Dana Kekayaan Negara atau syarikat pelaburan strategik negara tidak penting kerana kedua-duanya salah. 1MDB bukan Dana Kekayaan Negara tetapi sepertimana yang disebut oleh Tun Mahathir ia adalah Dana Hutang Negara yang kini mencecah RM53 bilion. 1MDB juga bukan syarikat pelaburan strategik negara kerana pelaburan 1MDB tidak dibuat secara strategik dan tidak mendatangkan apa-apa keutungan kepada syarikat. Sebaliknya, 1MDB mengalami masalah aliran tunai yang teruk sehinggakan terpaksa berhutang untuk membayar faedah ke atas hutang sedia ada. Ibaratnya, gali lubang untuk kambus lubang. Ini termasuk RM950 juta kredit tersedia daripada kerajaan yang telah habis diguna oleh 1MDB.

TUDUHAN JASA: Mahathir cuba memutar belit fakta berkaitan nilai hutang RM42 bilion. Jika sebelum ini Mahathir menipu dengan menuduh RM42 bilion ini lesap, sekarang baru Mahathir mahu mengakui bahawa RM42 bilion TIDAK lesap sebaliknya hanya merupakan pinjaman.

JAWAPAN: Jika RM42 bilion yang dipinjam daripada pelbagai institusi kewangan dalam dan luar negara tidak lesap, masakan 1MDB gagal mematuhi arahan Bank Negara supaya memulangkan semula pelaburan sebanyak RM7.7 bilion yang dibuat tidak mengikut ketetapan BNM. 1MDB juga gagal mendapatkan semula USD700 juta (RM2.8 bilion) yang dibayar kepada Good Star Ltd, iaitu sebuah syarikat milik kawan baik Najib iaitu Jho Low yang tiada kaitan langsung dengan syarikat usahasama Petrosaudi. Peguam Negara Switzerland dalam laporan siasatannya juga mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya USD4 bilion (RM16.1 bilion) wang 1MDB telah lesap. Ini tidak termasuk pelaburan 1MDB dalam pembelian aset tenaga dan hartanah yang tidak mampu menjana pendapatan yang mencukupi untuk membayar hutang syarikat. Aset-aset tenaga dan tanah ini kemudiannya terpaksa dijual atau dicagar untuk membayar hutang, atau dalam bahasa mudahnya LESAP.

TUDUHAN JASA: Mahathir menipu apabila mendakwa pelaburan yang dibuat 1MDB "semuanya rugi sehingga tidak dapat bayar faedah pun".

JAWAPAN: Bukan setakat rugi, tetapi LESAP.

TUDUHAN JASA: Mahathir menipu apabila menyatakan "wang yang dipinjam ini sudah hilang sehingga tidak boleh dikesan dimana wang ini berada", sedangkan penyata kewangan diaudit dan laporan PAC mengesahkan butiran-butiran setiap transaksi yang dilakukan oleh 1MDB.

JAWAPAN: Laporan PAC sendiri menyebut banyak keputusan pelaburan 1MDB yang dibuat tanpa mengikut arahan Lembaga Pengarah syarikat dan bayaran dibuat kepada syarikat yang tiada kaitan dengan usahasama. Malah, pertikaian dengan IPIC juga timbul apabila sejumlah USD 3.5 bilion yang sepatutnya dibayar kepada IPIC tetapi dibayar kepada Aabar BVI yang tiada kaitan dengan IPIC. Tiada laporan yang mengesahkan ke mana perginya wang USD3.5 bilion ini, samada telah dikembalikan kepada 1MDB atau dipindahkan kepada IPIC. Selain itu, terdapat sekurang-kurangnya USD7 bilion lagi wang 1MDB yang tidak dapat dikesan. Mahathir tidak menipu, yang menipu ialah 1MDB.

TUDUHAN JASA: Mahathir cuba memfitnah dengan mengaitkan wang sebanyak RM 2.6 billion dalam akaun persendirian Najib dengan 1MDB sedangkan SPRM telah mengesahkan pada 3 dan 5 Ogos 2015, bahawa duit ini bukan dari 1MDB tetapi dari seorang penderma dari Timur Tengah.

JAWAPAN:

Bukan Tun Mahathir seorang sahaja yang mengaitkan 'derma' RM2.6 bilion kepada Najib dengan 1MDB tetapi para penyiasat antarabangsa dari 5 buah negara iaitu Amerika Syarikat, Switzerland, UK, Singapura dan Hong Kong. Siasatan di semua negara ini masih berjalan dan agak malang sekiranya JASA telah membuat kesimpulan bahawa derma RM2.6 bilion adalah daripada penderma Timur Tengah hanya berdasarkan kenyataan SPRM. SPRM sendiri dalam kenyataannya menyebut bahawa siasatan masih dijalankan.

TUDUHAN JASA: Mahathir menipu apabila menyatakan Switzerland mendakwa berlaku korupsi sebanyak USD7 billion dalam pengurusan 1MDB, sedangkan Pendakwa Raya Switzerland bercakap mengenai kemungkinan 1MDB menjadi mangsa kelemahan pentadbiran dan salah laku dalam IPIC, bukan mendakwa berlaku korupsi oleh 1MDB.

JAWAPAN: Fakta dalam tuduhan JASA ini pun salah. Pendakwaraya Switzerland Micheal Lueber menyebut sebanyak USD 4 bilion telah dilesapkan (misappropriated) daripada 1MDB. Definisi "misappropriate" mengikut kamus Merriam-Webster ialah "(of a person) dishonestly or unfairly take (something, especially money, belonging to another) for one's own use. Mungkin pegawai JASA perlu rujuk Kamus Dewan apa maksud LESAP jika tidak faham Bahasa Inggeris.

TUDUHAN JASA: Mahathir menipu apabila mengaitkan tangkapan seorang pegawai bank di negara itu dengan salahlaku 1MDB.

JAWAPAN: Tun Mahathir tidak menipu. Media di seluruh dunia melaporkan tangkapan dan pendakwaan ke atas Yak Yew Chee seorang pegawai Bank BSI di Singapura adalah berkaitan dengan siasatan pihak berkuasa negara itu mengenai transaksi 1MDB. Nampak sangat pegawai JASA tak baca berita antarabangsa.

TUDUHAN JASA: Mahathir menipu lagi apabila mengatakan "Malaysia dipandang hina dan Menteri Kewangannya didakwa sebagai Menteri Kewangan yang terburuk di Asia" sedangkan laporan itu hanya melibatkan 12 negara dari 48 buah negara Asia. Tidak benar untuk melabelkan kedudukan ke-12 dari 48 negara sebagai "yang paling buruk".

JAWAPAN: Alahai. Nasib baik kajian dibuat ke atas 12 negara sahaja. Kalau melibatkan 48 buah negara kemungkinan besar Menteri Kewangan Malaysia iaitu Najib jatuh di tangga ke-48.

TUDUHAN JASA: Mahathir menipu apabila menyebut "laporan oleh PAC mencatit penipuan besar berlaku dalam 1MDB dan diakui oleh CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy" sedangkan Arul tidak pernah sama sekali mengakui ada berlaku penipuan dalam 1MDB.

JAWAPAN:

Ini kenyataan yang dibuat oleh Arul Kanda dalam The Edge Financial Weekly. Baca dan fahamilah sendiri.

State-owned fund 1MDB president Arul Kanda Kandasamy has reiterated the possibilities of "massive fraud" and “collaboration from our side” over the US$3.5 billion worth of payments made to the 'fake' Aabar BVI. "What we cannot discount is there could actually be fraud... a massive fraud... and maybe there was collaboration from our side," Arul Kanda reportedly told The Edge Financial Weekly in a cover story interview.

TUDUHAN JASA: Mahathir juga menipu apabila menyatakan "jika ahli atau pemimpin UMNO menyoal berkenaan 1MDB, mereka akan dipecat", sedangkan sehingga kini tiada pemecatan terhadap pemimpin dan ahli yang mempersoalkan tentang 1MDB, termasuk terhadap Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz, Khairuddin dan Shafie Apdal.

JAWAPAN: Muhyiddin dan Shafie telah dipecat daripada kabinet. Mukhriz telah dilucutkan jawatan MB Kedah. Malah Muhyiddin telah digantung daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO dan berdasarkan kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Muhyiddin dan Mukhriz berkemungkinan akan dipecat daripada parti. Semuanya gara-gara menegur Najib dalam isu penyelewengan 1MDB.

SIAPA YANG MENIPU SEBENARNYA?

Yang MENIPU ialah NAJIB.

Tubuh syarikat milik kerajaan dengan modal RM 1 juta tapi berhutang RM42 bilion. RM2.6 bilion dijumpai dalam akaun sendiri dan yang selebihnya lesap. Bila 1MDB tak mampu nak bayar hutang piutangnya, maka tetpaksalah kerajaan yang membayar, iaitu dengan menggunakan duit cukai yang dikutip daripada rakyat. Memang tujuannya dari awal
lagi ialah untuk menipu rakyat.

Dulu buat kenyataan di Parlimen kononnya USD 1 bilion wang 1MDB telah dibawa pulang dan berada dalam akaun bank di Singapura. Bila pihak Monetary Authority Singapore menafikan terdapat USD1 bilion tunai wang 1MDB dalam akaun bank di Singapura, Najib tukar cerita kononnya yang disimpan di sana ialah unit. Unit apa ke bendanya tak diberitahu pula. Tipu lagi!

Kata nak saman Wall Street Journal pada hari Selasa kerana memfitnah Najib. Dah berapa puluh hari Selasa tak saman-saman lagi. Mungkin nak tunggu hari Selasa yang ke 2.6 bilion kot 😂😂😂.

Yang menipu sebenarnya ialah NAJIB bukan TUN MAHATHIR.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat