TERIMA KASIH


counters

MTMR

Sunday, July 13, 2014

Terkini : MEREKA SEMAKIN MELAMPAU. Sampai masanya kita KEMBALIKAN ISA.


KUALA LUMPUR  - Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy kerana mengeluarkan kenyataan bersifat subversif yang boleh mengancam keamanan dan keselamatan negara.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan berkata, semua pihak termasuk Ramasamy sepatutnya perlu lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan khususnya membabitkan isu perkauman, agama serta sensitif lain bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

"Dahulu perkara ini tidak berlaku tetapi sekarang orang ramai seperti bebas untuk bercakap apa sahaja tanpa ada rasa takut.


"Saya merasakan keadaan sekarang begitu berbeza kerana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang dimansuhkan membuatkan semakin ramai yang berani untuk membangkitkan perkara-perkara sensitif yang menyinggung perasaan kaum lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Tun Razak di sini hari ini bagi meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Ramasamy kerana mengeluarkan kenyataan berunsur subversif.
Baru-baru ini, Ramasamy seolah-olah mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membawa kembali peristiwa 13 Mei 1969 ekoran peringatan Muhyiddin bahawa peristiwa rusuhan kaum itu boleh berulang jika perpecahan dalam kalangan rakyat tidak dapat dibendung manakala Perlembagaan negara terus dipersoalkan.

Zaman Khan juga berpandangan bahawa undang-undang sekarang agak longgar selepas ketiadaan ISA sehingga menimbulkan rasa tidak selamat dalam kalangan rakyat.

"Selain isu Ramasamy, ramai lagi yang sudah berani menghina agama Islam secara terbuka di laman sosial termasuk menghina bulan Ramadan. Sepatutnya kena ada undang-undang yang boleh mencegah daripada orang ramai berani untuk bertindak sebegitu rupa," katanya.

Sementara itu, dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) dan Persatuan Veteren Tentera Melayu (PVTM) 1Malaysia turut menggesa polis mengambil tindakan terhadap Ramasamy berhubung kenyataannya itu.

Gesaan itu dinyatakan menerusi laporan polis yang dibuat oleh wakilnya yang juga Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

"Sebagai pemimpin parti, tindakan Ramasamy mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah mencabar orang Melayu untuk bergaduh itu tidak sepatutnya dibuat dan saya minta tindakan tegas dikenakan terhadap beliau," katanya. 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat