Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Wednesday, June 4, 2014

Terkini : MH370 akan pulang sebelum Ramadan.

KUALA LUMPUR 3 Jun 2014: Sekumpulan saintis antarabangsa sedang mengkaji satu bunyi misteri berfrekuensi rendah bawah laut yang dikesan pada masa yang sama ketika pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dilaporkan dikesan kali terakhir oleh radar satelit.

Bunyi terbabit dikatakan berasal dari selatan negara India.Ia percayai telah merentasi Lautan Hindi dan telah dikesan oleh dua alat penerima (receiver) sekitar pesisiran pantai dan selatan Perth, Australia, lapor laman berita United Kingdom, Telegraph.Namun lokasi asal isyarat itu adalah hampir lima ribu kilometer dari barat laut Australia, yang mana lokasinya tidak sama dengan lokasi carian MH370 di Australia yang dibuat berdasarkan data satelit Firma British, Inmarsat sebelum ini.

Notis Saman PM kepada #Malaysiakini dah keluar

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman terhadap portal berita propembangkang, Malaysiakini berhubung penerbitan dua artikel berunsur fitnah bertajuk 'A case of the PM reaping what he sows' dan 'How much will Najib spend to keep Terengganu'.

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 30 Mei lalu oleh Najib atas kapasiti peribadi beliau dan dinamakan sebagai plaintif kedua sementara Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh bagi pihak UMNO bertindak sebagai plaintif pertama.

Mereka menamakan syarikat Mkini Dotcom Sdn. Bhd.; Ketua Editor Malaysiakini, Steven Gan; dan Ketua Pengarangnya, Fathi Aris Omar masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dokumen mengenai saman tersebut yang difailkan melalui firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak diterima oleh pihak media hari ini.

Pengurusan kes tersebut buat kali pertama dijadualkan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, S.M. Komathy Suppiah pada 18 Jun ini.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat