Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Tuesday, April 22, 2014

Saman fitnah FELDA terhadap Saifuddin selesai.

KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) terhadap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin Nasution Ismail berhubung kenyataan penjualan minyak sawit ke Israel, diselesaikan secara baik hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong merekodkan penghakiman persetujuan itu dalam mahkamah terbuka selepas Peguam Kanan Persekutuan Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili FELDA, memaklumkan perkara itu kepada mahkamah.

Kes itu berkaitan artikel bertajuk '2,000 Himpun Bantah Felda Jual Minyak ke Israel' dan 'BN Jangan Tipu Rakyat' bertarikh 27 November 2012 yang disiar Suara Keadilan.

"Defendan ketujuh (Saifuddin) dengan ini menerima dan mengakui bahawa Felda Iffco Oil Product Sdn Bhd, pada Mac 2010, membuat penghantaran ke Palestin dan bukan Israel, dan Felda tidak pernah menjual minyak sawit mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel," katanya sambil menambah FELDA dan Felda Iffco Oil Product Sdn Bhd merupakan dua entiti yang berbeza.

Sebelum ini mahkamah mendengar keterangan tujuh saksi dan hari ini Saifuddin sepatutnya memberi keterangan pada perbicaraan kes saman fitnah itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 30 April untuk keputusan kes itu bagi enam defendan lain iaitu Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan dan pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd.

FELDA memfailkan saman itu pada 7 Januari tahun lalu.

Penyataan tuntutan FELDA mendakwa Mazlan memuat naik kata-kata fitnah di laman sosial Facebook miliknya pada 19 November 2013 dan empat hari selepas itu, defendan berkenaan mengeluarkan kata-kata fitnah dalam satu perhimpunan di depan pejabat FELDA, yang diterbitkan semula menerusi beberapa artikel dalam akhbar Harakah pada 26 hingga 29 November tahun lalu.

FELDA mendakwa fitnah itu menjejas reputasinya dan mendakwa kesemua defendan sengaja berbuat demikian bagi menghancurkan kepercayaan serta keyakinan rakyat demi meneruskan agenda tersendiri dan kepentingan peribadi.

Sehubungan itu, FELDA menuntut ganti rugi am, khas, teruk, teladan, faedah dan kos.

Saifuddin diwakili peguam William Leong manakala defendan lain oleh peguam Azhana Mohd Khairuddin.

- BERNAMA

Jiwa luhur menerima pujian, hati naluri tersalah pengertian

DULU DAN KINI  !!!

Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat 5A UPSR...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...

Dulu saya dapat 8A dalam PMR...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya...

Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya....

"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..." Kata mereka....

Tapi...pada suatu Subuh...Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...

Saya bacakan surah Abasa...dan sebak ketika sampai ayat "Yaumayafirrul mar'umin akhih.....Wa ummihi...wa Abih...."

Selesai solat, semasa perjalanan pulang...Ibu bertanya "kenapa sebak ketika sampai di ayat itu?"

Saya jelaskan...."Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya...Ibunya...Ayahnya....Isterinya...Anak-anaknya..."

Saya katakan..."Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya...Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila...Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut......Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak...Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya...Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga  tak bagi mudarat pada saya...Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?

Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata...."Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..."

Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku...

Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji....

Wahai hamba Allah...
Apa sebenarnya yang kalian kejar?
Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?

Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?

Wahai  saudaraku...
Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?
Sebelum lubang kubur kalian akan digali?
Apa yang aku dan kalian ada.. untuk Allah dan Rasul bangga?

Dunia ini hanya titian untuk menuju ke alam akhirat yang abadi. Semua yg ada disisi kita ALLAH YG PUNYA.

Sebarknlah,xperlu nk sebar ke 20 org,40 org mahupn 100 org.....HANYA PERLU SEBARKAN dgn seikhlas hati demi secubit keinsafan diri....InsyaAllah secebis pahala utk kita...Wallahualam....

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat