TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, May 17, 2014

Terkini: Ekonomi Malaysia tegang di mata.

Alhamdulillah, negara kita mencapai pertumbuhan 6.2% pada suku tahun pertama 2014, yang tertinggi dari beberapa tahun kebelakangan, yang tertinggi dari kalangan negara-negara Asean dan antara tertinggi di kalangan negara-negara berpendapatan pertengahan dan tinggi (middle and upper income ekonomi). Kesemua sektor mencapai pertumbuhan pesat, terdiri dari sektor perkilangan, sektor perkhidmatan, sektor binaan, sektor pertanian dan sektor perlombongan (Gas dan Petroleum). Perkembangan pesat sektor-sektor ini membolehkan Rakyat terus bekerja dan makan gaji serta peluang-peluang perkerjaan baru di wujudkan

Dengan pertumbuhan ini, negara kita dapat kekalkan kadar pengangguran 3%, iaitu antara terendah di dunia. Kadar pengangguran negara jiran kita Indonesia 6.1%; Negara kaya Amerika Syarikat 6.3%; Negara yang pernah menjajah kita Portugal 15.3%, Belanda 7.3%, UK 6.8%; Negara perdagangan terbesar dengan kita, China 4.1%; Negara Islam yang amat kita hormati, Saudi Arabia 12.1%; negara yang menghadapi krisis ekonomi, Spain 25.6%, Greece 27.5%; dan negara yang sebahagian besar Rakyatnya tidur pada setiap malam dalam kelaparan, Mali 30%.

Impak pertumbuhan ini membolehkan perbelanjaan Rakyat tetap kukuh, dengan itu sektor perniagaan, termasuk supermarket,  restoran dan gerai makanan melayu dan bukan-melayu terus berkembang. Restoran nasi lemak di Kampung Baru penuh dengan pelanggan.

Perbelanjaan oleh Rakyat, Perbelanjaan Bajet Kerajaan Pusat  (termasuk pemberian BR1M), Pelaburan Swasta dan Peningkatan Eksport merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi suku tahun pertama 2014 tersebut.

Pertumbuhan tersebut meletakkan negara kita pada landasan kukuh untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Komponen terpenting dalam transformasi tersebut adalah Rakyat. Berdasarkan statistik pada 31/12/2013, komposisi gaji pekerja Malaysia dalam KDNK adalah 32%; sasaran kerajaan pada tahun 2020, gaji pekerja dalam komponen KDNK di tingkatkan kepada 40% iaitu selaras dengan status gaji di negara-negara maju.

Bermakna prinsip 'Rakyat Di Dahulukan' sentiasa dalam hati, tangan yang memikir dan menulis skrip pembangunan negara dan individu yang melaksanakan misi dan visi Kerajaan Persekutuan ini.

Kepada Allah SWT kita bersyukur dan tetap memohon rahmatNYA. Kita tahu "Setiap segala sesuatu itu di sisi Allah adalah dengan KETENTUAN TakdirNYA", terjemahan ayat "Kullu shaiin indahu bimiqdar".

Sahabat-sahabat, teruskanlah perjuangan yang suci ini.

UMNO saman Malaysiakini terbit artikel berunsur fitnah

Kuala Lumpur: UMNO dan Presidennya mengemukakan notis tuntutan saman terhadap portal berita, Malaysiakini, berikutan penerbitan artikel berunsur fitnah yang bertajuk ‘A Case Of The PM Reaping What He Sows dan How Much Will Najib Spend To Keep Terengganu’, kelmarin.

Penguambela dan Penguamcara Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, yang mewakili UMNO berkata, notis tuntutan saman itu dihantar ke pejabat operasi Malaysiakini di Bangsar Utama, petang kelmarin.

Menunjukkan niat jahat

“MKINI DOTCOM Sdn Bhd melalui portal beritanya, Malaysiakini secara sedar telah mengumpul dan memilih komen-komen yang berunsur fitnah dan hasutan yang jelas menunjukkan niat jahat terhadap anak guam kami dan telah diterbitkan di laman web itu bertarikh 14 Mei 2014 barubaru ini.

“Pada awalnya wakil daripada portal berita itu berkeras tidak mahu menerima notis berkenaan, namun akhirnya mereka akur dan menerimanya,” kata syarikat guaman berkenaan.

Notis tuntutan itu antara lain meminta Malaysiakini membuat permohonan maaf, penarikan balik artikel, menyediakan akujanji bertulis tidak akan mengeluarkan lagi sebarang kenyataan terhadap UMNO dan Presidennya, Datuk Seri Najib Razak, menyediakan aku janji akan lebih berhati-hati untuk menerbitkan semula komen pengguna secara amnya serta membayar ganti rugi serta kos perbelanjaan dalam perkara ini.

“Segala tuntutan yang dibuat oleh anak guam kami itu hendaklah dipenuhi oleh portal berita Malaysiakini dalam tempoh masa 48 jam dan sekiranya mereka gagal, maka kami akan meneruskan prosiding mahkamah bagi permohonan memfailkan injunksi bagi menghalang sebarang penerbitan lanjut berhubung isu berkenaan terhadap Malaysiakini,” katanya.

Turut menerima notis tuntutan saman itu ialah Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar dan juga Ketua Editor, Steven Gan.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat