TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, July 17, 2014

Pendedahan maklumat dalaman: Rakyat Sabah diminta bertenang

KOTA KINABALU: Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) DCP Datuk Abdul Rashid Harun meminta rakyat negeri ini supaya bertenang dan tidak berasa bimbang ekoran pendedahan maklumat dalaman yang tersebar luas melalui media sosial.

Sambil mengesahkan menerima maklumat sedemikian, beliau berkata maklumat itu telah dipanjangkan kepada anggota barisan hadapan termasuk bahagian perisikan untuk pengesahan.
 
"Ini adalah proses dalaman yang biasa. Setelah penelitian dibuat terhadap maklumat yang diterima seperti dilaporkan dalam edaran maklumat dalaman itu, kita dapati ia tidak betul dan hanya khabar angin yang cuba diuar-uarkan orang tertentu untuk mengelirukan kita," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mutakhir : TPPA: Apakah faedah, apa kosnya, dan apa yang kita rugi? Ianya bukan sesuatu yang mengejutkan apabila ramai penyokong.



Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) muncul bersuara minggu ini sejurus selepas buku “TPPA: Malaysia Bukan untuk Dijual" oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dilancarkan Tun Dr. Mahathir Mohamad Jumaat lepas.


Semasa pelancaran, mantan Perdana Menteri itu sendiri berkata perjanjian perdagangan bebas seperti TPPA hanya satu lagi cara untuk menjajah negara.


Walau bagaimanapun, penyokong utama TPPA telah bersuara dengan lantang mengenai beberapa perkara yang sentiasa tidak dapat dibuktikan. Salah satunya, Malaysia akan "kehilangan tanpa TPPA".


Namun, tiada siapa pun yang peduli untuk menjelaskan mengapa atau bagaimana Malaysia akan rugi. Kami sebagai sebuah badan gabungan bimbang jika sesuatu keputusan itu dibuat tanpa mengambil kira analisis kos-faedah.

Kenapa Video Cina maki Polis Melayu Tidak 'Viral' dan 'Trending' ???

Kita sedang kecoh selepas menonton dan memberi komen video seorang perempuan di Pahang mengherdik seorang lelaki tua yang melanggarnya.

Namun kenapa apabila polis dimaki dan di provokasi tiada siapa yang sudi membela mereka,
Berikut koleksi video Cina biadap dengan anggota polis

Video 1 http://youtu.be/9p-GpToRqIk

Video 2 http://youtu.be/JFAVJfFoCI8

Video 3 http://youtu.be/fz5z_oXs310

Video 4 http://youtu.be/_ykQ33FOg40

Video 5 http://youtu.be/qyJLqEPBw6A

Jika semua menghebahkan video ini rasanya mustahil Astro Awani Malaysiakini Mstar akan memejamkan mata melihat ia tersebar di kalangan pengguna media sosial tanpa membuat liputan mengenainya.

Seperti mana mereka menyiarkan berita kebiadapan perempuan Melayu Islam bertudung bernama Kiki Kamaruddin yang mengherdik Cina yang melanggar keretanya

Kecuali mereka juga anti dengan polis kita dan bersetuju dengan kebiadapan Cina kepada polis yang mana polis lah yang bekerja keras menegakkan Perlembagaan demi keamanan dan keselamatan rakyat.

Fikirkan sekali lagi kenapa video ini tidak 'viral?

Terpulang kepada anda samada mahu forward dan share bahan ini.

Jangan sampai ada berkata betapa senangnya kita terikut dengan pendekatan RBA yang mana melagakan kita dan mahu menjadikan orang Melayu Islam sebagai bahan utama.

MUTAKHIR: RAJA GULA BUKAN LAGI ROBERT KUOK ATAU SYED MOKHTAR - TAPI SIAPA?

Ramai berpendapat 'Raja Gula' hari ini masih Robert Kuok atau Syed Mokhtar tetapi hakikatnya industri gula di Malaysia telah pun dikuasai Felda Global Venture(FGV)sejak 2009.

FGV telah memiliki Malayan Sugar Manufacturing(MSM),Kilang Gula Perlis Sdn Bhd,sebanyak hampir 5800 hekta tanah di Cuping,Perlis dan 20% saham didalam Tradewinds(M)Sdn Bhd yang bernilai RM 1.5 billion ketika itu. MSM Holding telah pun disenaraikan di papan utama Bursa Saham pada 28 Jun 2011.

KINI RAJA GULA ADALAH MSM(ANAK SYARIKAT FELDA GLOBAL VENTURES)..!!

62% pemasaran gula di Malaysia datangnya dari MSM dimana 80% pengeluaran gula untuk tempatan dan 20% pula untuk dieksport ke New Zealand, Singapura, Pakistan dan Korea Selatan.

Jenama gula MSM yang ada di pasaraya adalah Gula Perlis dan Gula Prai yang terdiri daripada gula halus putih dan gula perang.

SEJARAH HITAM : 13 MEI TRAGEDI BERDARAH NEGARA MALAYSIA

Siri kedua


Rejimen Renjer Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku . Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina,India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap.

Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina. Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.

Askar Melayu Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat