Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Sunday, February 7, 2016

Akta Pembocor rahsia sedang dipertimbangkan AG!!! Penjara seumur hidup???

Kita berkuasa sekarang. Guballah akta yang ada sekarang.

ISA sudah mansuhkan.

Jangan nanti bila  sudah tiada kuasa, akta tersebut yang digunapakai?

Akta yang digunapakai bagi orang yang melindungi penjenayah?

Harap AG dan PM DS Najib Razak dapat melihat akta melindungi penjenayah ini di gubal dan diperkemaskan lagi supaya keadilan dapat ditegakkan di negara Malaysia yang berdaulat.

Perang Dunia di ambang pintu ke hancuran dunia meninggalkan tamadun ke modenan manusia.

Di ambang Perang Dunia

Agensi

Arab Saudi: Perkembangan terbaru yang membimbangkan kini berlaku di Syria dengan beberapa negara lagi mengumumkan akan menghantar tentera ke negara itu, untuk menyokong kumpulan yang bertentangan.

Penganalisis kini khuatir, pertumpahan darah yang berlaku di Syria sejak 2011, yang kini lebih lama berbanding Perang Dunia Pertama, akan merebak menjadi perang serantau besar-besaran.

Arab Saudi mengancam mengerahkan tentera daratnya ke Syria sementara laporan perisikan menunjukkan Turki juga bersedia untuk melancarkan serangan.

Dalam pada itu, laporan dari Kiev menyatakan, Ukraine turut menimbang menghantar tenteranya.

Sekiranya tentera negara berkenaan bertempur dengan askar Russia dan Iran yang sudah sedia berada di Syria, Pertubuahan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mungkin terheret ke kancang bayangan Perang Dunia Ketiga.

Kebanyakan pakar tentera melihat konflik itu sebagai perang proksi antara Arab Saudi yang berfahaman Sunni dan disokong Amerika Syarikat di satu pihak dan Iran yang berfahaman Syiah, disokong oleh Russia di satu pihak lain.

Perang saudara yang berlaku di Yaman juga adalah pergelutan kuasa baru untuk menguasai Asia Barat.

Bagaimanapun, Perang Dingin baru ini akan menjadi teramat ‘panas’ jika tentera Saudi bertempur dengan askar Iran di medan perang.

Ada laporan mendakwa Arab Saudi sudah memperoleh atau cuba memperoleh senjata nuklear untuk ‘pertempuran terakhir’ dengan musuh ketatnya itu.

Felo penyelidik di Henry Jackson Society, Tom Wilson berkata: “Perang proksi antara Arab Saudi dan Iran meningkat secara mendadak. Kenyataan Saudi untuk mengerahkan tentera ke Syria mungkin satu ancaman sahaja bagi memaksa Barat mengambil tindakan lebih serius di Syria.

“Tetapi, jika Saudi benar-benar menghantar tenteranya ke Syria, ini akan menjadi pembukaan pertempuran baru yang boleh merebak menjadi konflik serantau besar-besaran.”

Russia mendakwa, berdasarkan gambar yang dirakam dari udara mendedahkan Turki sudahpun menghimpunkan tenteranya untuk melancarkan serangan ke atas Syria.

Sekumpulan rakyat Turki sudahpun menyertai pertempuran di Syria, memerangi tentera rejim Bashar al-Assad dan ada yang terbabit dalam keganasan bersama kumpulan Daish.

Kumpulan ultranasionalis negara itu, ‘Serigala Putih’ yang berjuang untuk melindungi bangsa Turki yang tinggal di utara Syria dan bercita-cita mengembalikan pemerintahan Empayar Uthmaniah juga terbabit dalam pertempuran menentang tentera Syria dan askar Russia.

Permusuhan antara Russia dan Turki memang sudah wujud sejak ratusan tahun lalu.

Turki kini ialah anggota NATO dan jika negara itu bertempur, seperti yang hampir berlaku selepas Ankara menembak jatuh sebuah pesawat pengebom Russia tahun lalu, Amerika Syarikat dan Britain bertanggungjawab membantu Turki.

Ukraine juga dikatakan sudah merangka rancangan menghantar askarnya memerangi Daish di Syria. Negara itu yang bertindak sebagai penampan antara Eropah dan Russia sudahpun terbabit dalam perang saudara dengan pemberontak yang disokong Russia di negara sendiri.

Jika askarnya bertempur dengan Russia di Syria, semuanya boleh berlaku. Lebih-lebih lagi NATO juga menyokong Ukraine.

Mantan MB Kedah mahu Majlis Raja-Raja menubuhkan siasatan diraja berhubung kemelut yang melanda negara!!! Bagi menyelamatkan negara???

KENYATAAN AKHBAR

1.​Sudah empat bulan berlalu sejak Majlis Raja-raja mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB di Istana Negara pada 7 haribulan Oktober, 2015. Kenyataan tersebut menyentuh mengenai keprihatinan Majlis terhadap “keresahan dan kebimbangan Rakyat apabila kredibiliti dan integriti Kerajaan dalam melaksanakan amanah Rakyat mentadbir negara” dikritik.

2.​Jelas daripada kenyataan tersebut, Majlis melihat bahawa “keamanan dan kemakmuran negara yang perlu berlangsung dalam suasana politik yang stabil dan Rakyat dapat hidup dalam harmoni” boleh terjejas teruk dengan kontroversi 1MDB.

3.​Oleh itu, Majlis telah menitahkan semoga siasatan terhadap 1MDB diselesaikan secepat mungkin dan “penemuan siasatan dilaporkan secara lengkap dan telus supaya Rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan Kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran.”

4.​Persoalannya, setelah empat bulan berlalu adakah Kerajaan Persekutuan pimpinan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak telah patuh kepada titah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu melalui Majlis Raja-raja yang merupakan harapan terakhir bagi Rakyat memohon dan merayu perlindungan, lebih-lebih lagi apabila Kerajaan Persekutuan, khususnya Perdana Menteri telah tidak diyakini Rakyat?

5.​Adakah dengan hanya beberapa kenyataan oleh Menteri yang dilihat mengkais ketepi titah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, dan tiada respon dari Perdana Menteri sendiri sudah memadai untuk dianggap sebagai jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan oleh Majlis? Wajarkah titah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu ditepis sebegitu rupa tanpa apa-apa respon yang beradab dan munasabah?

6.​Perlu diingatkan bahawa kenyataan Majlis berakar dari cambahan rungutan yang disembah maklum oleh Rakyat. Majlis tidak akan mengendahkan aduan dan rintihan daripada Rakyat jelata itu jika difikir ianya tidak berasas. Jelas sekali, apabila Majlis Raja-raja mengeluarkan kenyataan yang ditujukan khas kepada Kerajaan Persekutuan mengenai 1MDB, ianya bukan sesuatu yang boleh diremeh dan tidak diendahkan.

7.​Dalam ucapan saya di Istana Anak Bukit bagi menyembah tahniah bagi pihak Kerajaan Negeri dan seluruh Rakyat Kedah Darul Aman sempena Ulang Tahun Keputeraan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang ke-88 pada 17 haribulan Januari, 2016, saya telah sentuh perkara ini dengan ungkapan :

“ Bagi pihak seluruh Rakyat, Patik bimbang akan kemerosotan nilai penghormatan terhadap Institusi DiRaja dan Islam. Rakyat sentiasa menjunjung tinggi naungan Sultan sebagai payung negeri dan negara. Namun, apabila titah Tuanku tidak dijunjung, ianya membangkitkan kemarahan Rakyat kerana titah Sultan dan Majlis Raja-raja Melayu tidak boleh dipandang remeh. ”

8.​Pada ketika itu, saya sudah dapat lihat betapa titah Majlis Raja-raja tidak diambil serius oleh Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan, walhal titah itu mencerminkan keresahan Rakyat. Malah sejak kenyataan tersebut dikeluarkan, tidak ada apa-apa perkembangan yang meyakinkan Rakyat bahawa siasatan ke atas isu 1MDB itu berjalan mengikut lunas undang-undang, dan satu kesudahan yang boleh diterima semua akan terhasil.

9.​Sebaliknya, Perdana Menteri seolah-olah menjadi suara rasmi 1MDB, mempertahan segala tindakan 1MDB, dan cuba mengaburi pandangan Rakyat dengan pengumuman-pengumuman tidak relevan seperti pembayaran balik hutang-hutang 1MDB.

10.​Di suatu majlis bersama rakan-rakan seperjuangan dalam UMNO di Saloma Bistro, Jalan Ampang di Kuala Lumpur pada 11 haribulan Disember, 2015, saya telah sentuh mengenai keengganan dan kegagalan Perdana Menteri, Menteri-menteri tertentu dan Arul Kanda menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh pelbagai pihak yang resah dengan kes 1MDB. Walaupun secara berseloroh, namun maksud tersirat saya itu amat difahami oleh semua pihak yang mendengar ucapan tersebut. Malah, Dato’ Seri Najib sendiri menyatakan kepada saya bahawa ucapan itulah yang menimbulkan rasa marah beliau terhadap saya, mengakibatkan saya dijatuhkan sebagai Menteri Besar Kedah.

11.​Pokok pangkalnya, soalan yang ada di dalam pemikiran seluruh Rakyat Malaysia, dan saya fikir termasuk Majlis Raja-raja juga ialah apakah yang terjadi kepada berbillion-billion wang Rakyat yang telah dipinjam dari cagaran aset negara dan dibelanja oleh 1MDB atas persetujuan dan kelulusan Pengerusi Panel Penasihatnya iaitu Perdana Menteri sendiri. Itulah soalan yang paling utama ditanya berulang-ulang kali oleh semua pihak.

12.​Namun begitu, “jawapan” yang diberikan ialah bahawa dalam masa enam bulan lagi semua hutang-hutang itu akan dilangsaikan dengan penjualan saham anak-anak syarikat 1MDB dan aset.

13.​Apabila soalan pokok tidak dijawab walaupun ditanya berulang kali, dan penerangan yang diberikan (termasuk melalui cetakan buku-buku oleh pihak JASA) tersasar dari soalan pokok dan cuba mengelirukan Rakyat dengan maklumat-maklumat yang tidak relevan, maka mahu tidak mahu terbentuklah andaian bahawa ada fakta dan kebenaran yang hendak disembunyikan oleh Dato’ Seri Najib.

14.​Oleh yang demikian, menjelang Mesyuarat Majlis Raja-raja yang akan berlangsung pada 17 dan 18 haribulan Februari, 2016 ini, dengan penuh hormat dan takzimnya saya merayu kepada KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku-Tuanku  Sultan dan Tuan Yang Terutama Yang DiPertua-Yang DiPertua Negeri semoga mengarahkan Peguam Negara, Gabenor Bank Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Audit Negara, dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara untuk melaporkan kepada Majlis Raja-Raja mengenai siasatan-siasatan mereka mengenai 1MDB secara telus dan benar tanpa melindungi mana-mana pihak.

15.​Jika ini tidak dapat dilakukan, atau berlaku campurtangan oleh pihak yang disiasat, atau laporan-laporan yang diterima tidak dipercayai, maka saya merayu kepada Majlis Raja-raja untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi mendedahkan kebenaran mengenai 1MDB secepat mungkin.

16.​Sesungguhnya, dalam tempoh lebih setahun ini, kes 1MDB dan lain-lain isu membabitkan Perdana Menteri telah membelenggu negara. Tahap keyakinan Rakyat terhadap kewibawaan dan integriti Kerajaan Persekutuan yang diterajui Dato’ Seri Mohd Najib semakin terhakis apabila beberapa pihak berkuasa luar negara membuat kenyataan mengenai siasatan yang telah mereka lancarkan ke atas beberapa transaksi mencurigakan yang melibatkan 1MDB. Ini termasuklah siasatan yang dijalankan oleh Pejabat Peguam Negara Switzerland terhadap kes penyelewengan dana yang membabitkan 1MDB.

17.​Sambil Rakyat meratapi nasib negara, dunia memerhati masalah demi masalah yang menimpa Malaysia, dan tertanya-tanya kenapa ini boleh berlaku dan apa kesudahannya. Rata-rata seluruh dunia mencemuh dan memandang serong terhadap Malaysia yang dikatakan antara negara yang paling korup sekarang. Adakah kita masih boleh memejam sebelah mata dan bersikap toleran lagi?

18.​Perkara yang saya bangkitkan ini adalah soal kepentingan negara. Janganlah sesiapapun cuba mengalih perhatian Rakyat dengan mempolitikkan kenyataan saya ini. Semoga Allah Subhanahu Wata’ala memberi petunjuk dan hidayah, melindungi negara dan seluruh warganya dari malapetaka, khususnya dari angkara manusia sendiri.


DATO’ SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Mantan Menteri Besar Kedah Darul Aman
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah
ADUN Ayer Hitam

Tarikh : 07 haribulan Februari, 2016

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat