TERIMA KASIH


counters

MTMR

Sunday, October 26, 2014

Mutakhir: Bendera Negeri Johor di pijak merupakan tindakkan biadap dan tidak bertamadun.

TINDAKAN memijak bendera Johor dikutuk sekeras-kerasnya selepas sekeping gambar memaparkan sekumpulan remaja memijak bendera negeri itu tersebar luas di laman sosial semalam.

Dalam gambar itu, remaja terbabit memegang mafla dan jersi Pahang sambil menutup wajah mereka dan memijak bendera Johor.

Bagi Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, persatuan itu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kurang bertamadun itu.

Menurutnya beliau bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ),  Tunku Ismail Sultan Ibrahim sangat kesal dengan tindakan seumpama itu yang boleh menjejaskan semangat kesukanan.

“Kita kini sedang menyiasat sama ada perbuatan ini dilakukan penyokong Pahang atau tidak dan amat kesal dengan insiden ini yang tidak membawa faedah kepada mana-mana pihak.

“Perbuatan sebegini pastinya boleh menjejaskan imej pasukan dan penyokong malah negeri ini sendiri,” katanya semalam.

Terkini: Adakah Subsidi itu keperluan Rakyat Malaysia?

Untuk jadi orang politik kena cakap semua ia. Walaupun pada hakikatnya tidak!!!

Contoh adakah TPPA sudah di tandatanggani kita jawab tidak?

Contoh adakah 0,20 membebankan rakyat? Kena jawab tidak?

Contoh adakah barangan makanan di kenakan subsidi? Kita jawab tidak?

Contoh adakah minyak di kenakan subsidi? Kita jawab bulan Jun 2015 subsidi tidak di tanggung oleh kerajaan Malaysia kepada golongan yang berpendapatan tinggi.

Kita lakukan semua ini kerana mahu membantu golongan sasaran!!!

#ThinkWithoutBox

Mutakhir: Tahanan Kes Amok Putrajaya melarikan diri dari Hospital Sultanah Aminah.

JOHOR BAHRU - Muhdalena Ahmad, yang melarikan diri daripada tahanan polis di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, semalam telah ditahan semula di Kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh, Melaka pada 3.05 minit pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata kejayaan dalam tempoh 24 jam itu adalah hasil tindakan pantas polis dan maklumat yang diterima daripada orang awam.

"Suspek kini ditahan di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja lari daripada tahanan yang sah. Suspek ditahan reman sehingga 25 Oktober 2014," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bagaimana wanita itu boleh sampai ke kawasan rehat dan rawat berkenaan.

Sementara beliau berkata, tiga anggota polis iaitu dua lelaki dan seorang wanita turut ditahan untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan kerana dengan cuai membiarkan seseorang lari daripada pengurungan.

Mereka juga ditahan reman dua hari sehingga esok, katanya.

Muhdalena, 30, wanita yang terlibat dengan kejaBuk di depan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya dua tahun lepas dimasukkan ke HSA pada  Ahad lalu kerana bersalin, namun didapati hilang dari hospital itu pada kira-kira 9 pagi.

Beliau sebelum ini merupakan tahanan di Hospital Permai, Tampoi.

Suspek pernah dituduh di Mahkamah Putrajaya, Kuala Lumpur mengikut kesalahan Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya.

Pada akhir perbicaraan, suspek dimasukkan ke Hospital Permai atas perintah Mahkamah Putrajaya mengikut Seksyen 348 Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) demi penjagaan selamat orang yang dibebaskan. 

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat