TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, January 15, 2015

MUTAKHIR: TLDM TAMATKAN PENGLIBATAN KAPAL DALAM MISI PENCARIAN PESAWAT AIR ASIA QZ8501.

KUALA LUMPUR, 14 Jan - Penglibatan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam misi pencarian Op Search and Rescue (SAR) QZ8501 ditamatkan secara rasmi pada 14 Jan 15 jam 6 petang. Selama tempoh 17 hari, TLDM telah menugaskan lima buah kapal iaitu Kapal Diraja (KD) PAHANG, KD LEKIU, KD LEKIR, KD KASTURI dan KD PERAK serta sebuah helikopter Fennec. KD PAHANG adalah kapal TLDM pertama tiba di kawasan operasi SAR pada 29 Dis 14 (hari kedua operasi) sebelum disusuli oleh KD LEKIR, KD LEKIU, KD KASTURI dan KD PERAK. Secara purata, setiap kapal TLDM yang ditugaskan melaksanakan operasi selama 8 hari sebelum keluar dari kawasan pencarian untuk melaksanakan ulangbekal.

Sepanjang penugasan, kapal TLDM telah berjaya mencapai beberapa kejayaan operasi. Secara keseluruhan kapal TLDM telah melaksanakan operasi meliputi kawasan seluas kira-kira 22,000 batu nautika persegi. Pencarian dilaksanakan dengan menempatkan pemerhati tambahan di atas geladak, pemantauan udara oleh helikopter FENNEC, radar, sonar (pencarian bawah air) dan bot jenis Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB). Selain itu, kapal TLDM turut menggunakan penderia elektro optik bagi mengesan objek di permukaan laut pada waktu malam. Perenang awasan juga terpaksa ditugaskan bagi menaikkan jenazah yang dijumpai walaupun dalam keadaan laut dan cuaca yang sangat mencabar. Kapal TLDM telah menjumpai dan mengambil 10 jasad (4 lelaki, 4 perempuan dan 2 jantina tidak dikenalpasti) yang mana KD KASTURI menaikkan 5 jasad, KD LEKIR 2 jasad, KD PAHANG 2 jasad dan KD PERAK 1 jasad. Di samping itu, beberapa serpihan pesawat dan barangan peribadi mangsa turut dibawa naik. Kapal TLDM telah menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi apabila dapat bekerjasama dengan kapal dan pesawat negara lain seperti Indonesia, Singapura, Amerika Syarikat, China, Jepun dan negara-negara lain yang turut terlibat dalam usaha pencarian. Kerjasama erat juga dicapai dengan Badan SAR Nasional, Indonesia (BASARNAS) yang berjaya mengkoordinasikan keseluruhan operasi ini dengan baik.

Penglibatan kapal TLDM serta beberapa kapal tentera laut asing ditamatkan apabila bukti utama Flight Data Recorder (FDR) dan Cockpit Voice Recorder (CVR) ditemui pada 12 Jan 15 dan 13 Jan 15. Disamping itu, beberapa pengesanan objek besar di bawah air mengesahkan posisi kapal terbang terhempas. Lanjutan daripada perkembangan tersebut, BASARNAS telah menumpukan operasi pencarian bawah air di kawasan pencarian yang lebih kecil berkeluasan 25 batu nautika persegi. Pencarian di kawasan ini disimpulkan memadai dengan aset-aset Indonesia sahaja. Sehingga 14 Jan 15, sebanyak 48 jasad telah ditemui dan 36 daripadanya telah dikenalpasti.  

Angkatan Tentera Malaysia dan TLDM khususnya sentiasa bersiap sedia dan komited menghulurkan segala bentuk bantuan dengan segera apabila diperlukan, selaras dengan semangat setiakawan ASEAN yang sedia terjalin.

-    TAMAT    -

Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar

Panglima Tentera Laut

Terkini: Angkasawan ISS cemas selepas amaran kebocoran amonia.

MIAMI: Angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) bergegas mencari perlindungan selepas penggera yang mungkin menunjukkan kebocoran amonia berbunyi, menurut agensi angkasa Amerika Syarikat (AS).

Enam angkasawan berkenaan segera mengenakan topeng kecemasan dan bergegas ke bahagian makmal Russia selepas amaran pada kira-kira jam 4 pagi (0900 GMT) dan menutup pintu kedap ke sebelah bahagian AS.

Ketika agensi angkasa Russia memberitahu media di Moscow bahawa ia disebabkan kebocoran amonia, NASA menyatakan tiada data menyokongnya.

Amonia digunakan dalam sistem penyejukan dan pemanasan ISS. - AFP

Terkini: Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, memberi amaran kepada Kiev.

MOSCOW: Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, memberi amaran kepada Kiev  jangan menggunakan kekerasan dalam konflik di timur Ukraine di mana keganasan meningkat mendadak minggu ini.

"Kami memberi amaran kepada rakan kami di Ukraine supaya tidak cuba sekali lagi untuk kembali kepada kekerasan," katanya pada sidang media di Moscow.

Merujuk kepada serang roket ke atas sebuah bas yang mengorbankan 12 orang semalam, beliau berkata gencatan senjata rapuh di timur Ukraine sedang dicabuli.

"Tembakan semakin meningkat. Tragedi kematian penumpang bas kini diperkatakan orang ramai. kami mendesak siasatan menyeluruh," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menuduh Kiev menyerang bas berkenaan, iaitu kematian orang awam paling ramai sejak gencatan senjata 5 September tahun lalu bagi menamatkan peperangan sembilan bulan antara pasukan keselamatan Ukraine dan pemberontak pro-Russia.

Kerajaan Ukraine menyatakan roket itu ditembak dari kawasan yang dikuasai pemberontak manakala pemberontak pula menuduh ia ditembak oleh batalion sukarelawan Kiev. - AFP

Jawatan Kosong Polis DiRaja Malaysia

(PDRM) - Terbuka 2014 / 2015
Pemohon hendaklah daripada warganegara Malaysia untuk mengisi kekosongan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Terbuka 2014 & 2015 ini :
Jawatan Kosong di Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Terbuka 2014 / 2015 :
1. Inspektor (Lelaki/Wanita)
2. Sarjan (Lelaki/Wanita)
3. Konstabel (Lelaki/Wanita)
4. Konstabel sokongan (Lelaki/Wanita)
5. Konstabel Orang Asli (Lelaki) (terbaru)
*Permohonan adalah menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i)
Tarikh tutup permohonan : Terbuka 2014 / 2015
Lokasi : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan
*Maklumat lanjut, hubungi talian : 03-2266 8350 / 8344 / 8347. (Unit Pengambilan PDRM)
Info@pemudamersing :

PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

IJAZAH :-

1- Perangkawan Gred E41
(Jabatan Perangkaan Malaysia)
*10 kekosongan
*keutamaan adalah bagi calon-calon yang memiliki kelayakan dalam bidang :
# ekonomi (statistik)
# matematik dan statistik
# perangkaan
# sains (statistik)
# statistik ekonomi

SPM

1- Pegawai Imigresen Gred KP17
(Jabatan Imigresen Malaysia)
*175 kekosongan

2- Pembantu Laut Gred A17
(Jabatan Taman Laut Malaysia)
*11 kekosongan

3- Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
(Kementerian Kesihatan Malaysia)
*1767 kekosongan

# Jururawat
# Penolong Pegawai Perubatan
# Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
# Juruteknologi Makmal Perubatan
# Juru X-Ray
# Jururawat Pergigian
# Juruteknologi Pergigian
# Jurupulih Perubatan Anggota
# Jurupulih Perubatan Cara Kerja
# Penolong Pegawai Farmasi

PMR

1- Pemandu Kenderaan Gred H11
(Kementerian Kesihatan Malaysia)
*100 kekosongan

2- Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil
(Kementerian Kesihatan Malaysia)
*206 kekosongan

# Pembantu Pembedahan Pergigian
# Pembantu Kesihatan Awam

Untuk memohon sila layari www.spa.gov.my

Untuk maklumat mengenai syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan boleh layari
www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas
TERBUKA UNTUK PENGAMBILAN INSTITUT MARITIM!!

Kepada pelajar lepasan SPM atau STPM yang tidak   mendapat panggilan UPU, tetapi ingin melanjutkan pengajian dalam sektor:

●OIL & GAS
●PELABUHAN
●PERKAPALAN

Berita baik untuk anda!!!

INSTITUT MARITIM mengadakan peluang melanjutkan pengajian dalam:

.Diploma in Maritime Transportation Management
.Diploma in Shipping Management
.Diploma in Port Management

#DIPLOMA - 2 Tahun 6 bulan
#IJAZAH - 1 Tahun 6 bulan

KELEBIHAN INSTITUT MARITIM (NMIT) :

.Kerjasama antara Kerajaan Malaysia & Belanda
.Tajaan MARA sepenuhnya (BUMIPUTRA sahaja)
.Dibawah Projek Pembangunan Wilayah Iskandar Malaysia
.Dapat elaun sara diri RM630 setiap bulan, elaun komputer RM2000 & lain2 elaun MARA
.90% graduan mendapat pekerjaan

Bersama membantu anak muda kearah peluang kerjaya yang luas

Sila hubungi En Ahmad (Pegawai Pengambilan) k
Call, sms, whatsapp 0127844000

MOHON SHARE!!!
Tlg sebarkan berita baik.  Kalau bukan anak kita, mungkin ada rakan2 sekolah anak2 kita. Jgn tutup pintu peluang mereka. Satu pintu kita buka utk org lain, 7 pintu Allah buka utk kita. Ameen

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat