Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Thursday, May 5, 2016

Sebuah Helikopter di naiki VIP hilang dari Betong ke Kuching?

Sebuah helikopter dinaiki enam orang, termasuk seorang timbalan menteri, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari Betong ke Kuching petang tadi.

Borneo Post melaporkan, salah seorang penumpang ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya, serta Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Noriah adalah anggota parlimen Sungai Besar manakala Wan Mohammad Khair-il Anuar anggota parlimen Kuala Kangsar.

Turut berada dalam pesawat sama ialah Ketua Pengarah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri.

Helikopter itu dipandu Kapten Rudolf Rex Raga.

Menurut Harian Metro, menara kawalan dan helikopter berkenaan terputus hubungan selama tiga jam.

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pula mengesahkan operasi mencari operasi menyelamat telah dilancarkan.

Bernama menyatakan helikopter berkenaan berlepas dari Betong pada jam 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching kira-kira jam 5 petang.

Helikopter Eurocopter AS350 itu dikendalikan sebuah syarikat tempatan.

Polis di Kuching dijangka mengadakan sidang akhbar mengenai kejadian itu malam ini.

Sementara itu Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata unit khas penyelamat taktikal jabatan itu sedang menunggu pengesahan mengenai lokasi pesawat udara itu hilang.

Gambar sekadar hiasan Sahaja.

Najib jamin gugurkan kes murtad rakyat S'wak, kata Adenan

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini mengumumkan telah mendapat jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan kes murtad terhadap rakyat Sarawak, Rooney Rebit yang berketurunan Bidayuh.

Adenan merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang membenarkan Rooney keluar daripada agama Islam dan mengarahkan jabatan itu mempamerkan dalam kad pengenalannya.

"Saya telah bercakap dengan perdana menteri hari ini mengenai perkara itu, yang memberi saya jaminan bahawa rayuan oleh JPN akan ditarik balik," kata Adenan dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, kolumnis Stephen Ng dalam komennya di Malaysiakini mengkritik Adenan dan mempersoalkan sama ada penganut Kristian akan mengundi ketua menteri itu dengan 'hati yang tulus', dengan memetik kes Rooney yang tidak dapat diselesaikan.

Adenan dalam kenyataan itu memohon maaf atas kelewatan mengumumkan resolusi kes itu.

"Saya mesti memohon maaf atas kelewatan kerana saya hanya mendapat tahu mengenai perkara itu hari ini," katanya.

Pada 24 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Kuching dalam semakan kehakiman memutuskan Rooney mempunyai hak perlembagaan untuk memilih agamanya.

Ia mengarahkan JPN menukar nama pemohon di kad pengenalan yang menyatakan "Azmi Mohamad Azam" kepada "Rooney Rebik" dan mengakui agamanya sebagai agama Kristian.

JPN menegaskan bahawa Azmi memerlukan surat pelepasan daripada Mahkamah Syariah untuk menukar agamanya tetapi Mahkamah Tinggi di Kuching tidak bersetuju.

Ibu bapa Rooney telah memeluk agama Islam ketika dia masih kecil.

Walaupun diiktiraf secara rasmi sebagai seorang muslim, Rooney bagaimanapun mengamalkan cara hidup sebagai seorang Kristian.

Pada 22 April, JPN memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

Penyingkiran Artikel 117 dari 1MDB tidak membebaskan DS Najib Razak dari tanggungjawabnya dalam urus niaga Syarikat berkenaan.

Sebuah NGO anti-rasuah hari ini berhujah bahawa penyingkiran Artikel 117, Memorandum dan Artikel Persatuan 1MDB tidak membebaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dari tanggungjawabnya dalam urus niaga syarikat berkenaan.

Pengarah Eksekutif, Pusat bagi Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) Cynthia Gabriel berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) yang memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju dengan penyingkiran rujukan berkenaan.

"Ini tidak membebaskan beliau (Najib) daripada tanggungjawabnya menandatangani semua urusniaga sebelum ini," kata Cynthia kepada pemberita ketika ditemui selepas sesi meja bulat Majlis Peguam di Kuala Lumpur.

Beliau merujuk dana berbilion ringgit yang masih "hilang" dan bayaran AS$3.5 bilion dibayar kepada syarikat palsu, Aabar Investments.

"Ini adalah wang rakyat yang hilang. Seseorang perlu bertanggungjawab dan ia berakhir dengan perdana menteri dan menteri kewangan. "

Penyingkiran Artikel 117 yang menukar semua rujukan daripada "perdana menteri" kepada "menteri kewangan" adalah hanya akademik, kata Cynthia.

"(Ia) kerana kita berbicara tentang orang yang sama. Apa yang penting di sini adalah bahawa ini tidak membebaskan beliau daripada bertanggungjawab.

"Bagi C4, kami masih memegang beliau bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kehilangan wang itu," katanya.

Perdana Menteri bubarkan Lembaga Pengarah 1MDB? Menteri Kewangan sebagai Pengerusi?

NAJIB 1MDB JHO LOW

Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan pembubaran Lembaga Penasihat 1MDB yang dipengerusikan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak.

Ini adalah satu daripada langkah yang diambil kementerian itu sebagai pemegang saham tunggal 1MDB.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, “selepas satu kajian terperinci dan pertimbangan, Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) bersetuju melaksanakan sepenuhnya syor-syor yang terkandung dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung 1MDB.

Selain pembubaran Lembaga Penasihat 1MDB, syor lain dalam laporan PAC adalah:

Pemilikan Bandar Malaysia Sdn Bhd, TRX City Sdn Bhd, tanah di Air Itam dan Pulau Indah dipindahkan kepada MKD.

Pemansuhan Artikel 117 dan semua rujukan “Perdana Menteri” ditukar kepada “Menteri Kewangan” dalam memorandum dan artikel 1MDB.

“Sejajar perubahan dalam tadbir urus dan pemindahan aset, MKD dengan ini mengesahkan penerimaan peletakan jawatan Lembaga Pengarah 1MDB berkuat kuasa 31 Mei 2016.

“MKD akan melantik ahli-ahli lembaga baru dalam masa terdekat untuk mencerminkan profil perniagaan yang terhad dalam 1MDB,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, Arul Kanda Kandasamy akan kekal sebagai Presiden 1MDB sehingga diberitahu kelak.

“Beliau akan terus memberi tumpuan kepada mandat tertentu untuk melaksanakan pelan rasionalisasi yang akan termasuk resolusi pertikaian kontrak dengan IPIC baru-baru ini.”

IPIC adalah International Petroleum Investment Company yang ditubuhkan kerajaan Abu Dhabi pada 1984 untuk melabur dalam sektor tenaga dan sektor berkaitan di seluruh dunia. – Bernama / Foto Malaysiakini

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat