Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Wednesday, June 1, 2016

KENYATAAN YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Perdana Menteri dan seluruh anggota kabinet mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas skandal penyelewengan 1MDB yang yang satu demi satu didedahkan oleh pasukan penyiasat antarabangsa. Terbaharu, Swiss Financial Market Supervisory Authority (FINMA) mengesahkan berlakunya kegiatan penggubahan wang haram dalam urusniaga BSI Bank di Singapura yang melibatkan 1MDB. Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada 24 Mei 2016, FINMA yang menjalankan prosiding penguatkuasaan ke atas pegawai-pegawai BSI Bank di Singapura mendapati kegiatan penggubahan wang haram ini melibatkan urusniaga berjumlah ratusan juta dollar Amerika Syarikat dalam 100 akaun di bank berkenaan. 

Siasatan FINMA mendapati dalam tempoh antara 2011 hingga April 2015, pihak bank telah gagal mengenalpasti urusniaga-urusniaga dalam skala besar yang berisiko tinggi mahupun menjelaskan sumber aset-aset yang diurusniaga. Kesemua urusniaga ini adalah berkaitan dengan perniagaan yang melibatkan individu-individu yang terdedah secara politik (politically exposed persons) yang mempunyai hubungan dengan 1MDB.

Beberapa fakta penting yang didedahkan oleh FINMA menunjukkan pihak bank bersubahat dalam kegiatan penggubahan wang haram yang berlaku dalam skala yang besar. Antaranya:

Pihak bank berpuashati dengan penjelasan pelanggan, iaitu individu yang mempunyai hubungan dengan 1MDB, bahawa deposit berjumlah AS$20 juta dollar (RM81.6 juta) adalah ‘hadiah’;

Sejumlah AS$98 juta dollar (RM400 juta) dikreditkan dalam satu akaun tanpa dijelaskan latrabelakang komersilnya;

Dalam banyak kes, terdapat bukti urusniaga ‘pass-through’ yang membayangkan berlakunya kegiatan penggubahan wang haram. Dalam satu kes, sejumlah AS$20 juta dollar (RM81.6 juta) dipindahkan ke dalam beberapa akaun di bank berkenaan pada hari yang sama sebelum dipindahkan ke dalam akaun di sebuah bank lain; dan

Pihak bank menjalankan urusniaga-urusniaga lain yang melibatkan sejumlah wang yang serupa walaupun dalam sesetengah kes penjelasan dan dokumen kontrak yang diperolehi adalah bertentangan dengan tujuan akaun-akaun berkenaan dibuka.

Kesemua fakta ini menunjukkan telah berlaku aktiviti penggubahan wang haram dalam skala besar yang melibatkan wang berjumlah ratusan juta dollar dalam urusniaga yang dikaitkan dengan 1MDB. Peguam Negara Switzerland, Micheal Lueber, sebelum ini telah mendedahkan bahawa sejumlah AS$4 billion dollar (RM16.3 billion) wang 1MDB dikhuatiri telah dilesapkan (misappropriated). Selain itu, berdasarkan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, sejumlah AS$7 billion dollar (RM28.6 billion) tidak dapat dikesan, atau dalam erti kata lain telah lesap. Adakah pendedahan FINMA mengenai aktiviti penggubahan wang haram di BSI Bank di Singapura adalah sebahagian daripada wang 1MDB yang dikatakan telah lesap itu?

Selain itu, Wall Street Journal telah mendedahkan sekeping surat daripada Bank Negara Malaysia kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, YB Dato' Hassan Ariffin. Surat ini mengesahkan bahawa syarikat Good Star Limited yang telah menerima bayaran sejumlah AS$1.03 billion dollar (RM4.2 billion) daripada 1MDB adalah milik Jho Low iaitu kenalan rapat anak tiri Perdana Menteri, Riza Aziz, yang kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat kerana membeli hartanah bernilai ratusan juta dollar di negara itu dengan menggunakan sumber dana yang diragui.

Ini adalah bukti penyelewengan terbesar dalam skandal 1MDB. Bagaimana bayaran yang sepatutnya dibuat kepada syarikat usahasama 1MDB dan Petrosaudi telah dimasukkan ke dalam akaun sebuah syarikat milik individu yang tiada kaitan dengan usahasama tersebut. Lebih mencurigakan individu ini mempunyai kaitan rapat dengan keluarga Perdana Menteri dan diketahui menjadi orang perantara dalam urusan-urusan 1MDB yang melibatkan Perdana Menteri sendiri. Saya menggesa supaya pihak berkuasa di Malaysia bersikap lebih telus dan serius dalam menjalankan siasatan ke atas 1MDB. Agak malang apabila pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga ke hari ini tidak diberikan kebenaran untuk mendapatkan Mutual Legal Assistance (MLA) bagi mengumpul bukti-bukti mengenai penyelewengan1MDB dan SRC International di luar negara.

Agak malang juga apabila Peguam Negara mendapati tiada apa-apa bukti salahlaku yang membolehkan pihaknya mendakwa mana-mana individu yang terbabit dalam skandal 1MDB. Sedangkan hasil siasatan FINMA ke atas BSI Bank menunjukkan terdapat bukti-bukti salah-laku yang kukuh untuk mendakwa dan seterusnya mensabitkan pihak-pihak yang berkenaan dengan kesalahan jenayah. Malah, pihak berkuasa Singapura juga telah mendakwa seorang pegawai bank BSI dan mengarahkan bank berkenaan ditutup kerana penglibatan dalam skandal kewangan yang membabitkan 1MDB. Kegagalan Jabatan Peguam Negara menemui apa-apa bukti kesalahan jenayah dalam kes ini hanya akan menjejaskan kewibawaan institusi itu dan juga agensi-agensi lain yang terlibat dalam siasatan ke atas 1MDB.

Malah, lebih malang sebahagian besar anggota kabinet yang saya tahu mempunyai maklumat mengenai penyelewengan yang berlaku di dalam 1MDB, khususnya yang melibatkan Perdana Menteri, diam seribu bahasa. Tiada seorangpun yang berani tampil menyatakan kebenaran, malah ada kalangan mereka yang lebih selesa bersekongkol mempertahankan kemungkaran. Ini adalah episod paling hitam dalam sejarah kepimpinan negara kita. Mereka yang memilih untuk mempertahankan kemungkaran dan melindungi kebatilan sebenarnya tidak layak untuk memimpin.

Dengan pendedahan hasil siasatan oleh FINMA dan pendakwaan kesalahan jenayah ke atas seorang pegawai BSI Bank oleh pihak berkuasa Singapura, adalah amat aneh lagi menghairankan jika pihak berkuasa di Malaysia masih gagal menemui sebarang bukti bagi mendakwa individu-individu yang terbabit dalam skandal rasuah 1MDB.

Saya mengulangi penegasan saya sebelum ini bahawa Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas segala penyelewengan yang berlaku dalam  syarikat 1MDB kerana beliau selaku Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB terlibat secara langsung dalam membuat keputusan-keputusan transaksi syarikat. Kerana penyelewengan inilah 1MDB menanggung liabiliti berjumlah RM53 bilion pada masa ini yang sekiranya tidak dapat dibayar oleh syarikat, maka akhirnya kesemua tanggungan ini terpaksa dibayar oleh kerajaan menggunakan wang cukai yang dikutip daripada rakyat. Akhirnya rakyat terpaksa menanggung beban akibat penyelewengan yang dilakukan oleh Perdana Menteri.

Ini sesuatu yang amat tidak adil. Jika tiada sebarang tindakan diambil ke atas Perdana Menteri dan individu-individu lain yang terlibat di dalam skandal ini, maka rakyat tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya, malah akan terus ditindas. Dalam keadaan yang terdesak ini, kita tidak boleh menolak kemungkinan bahawa banyak lagi kantung negara akan dikebas semata-mata untuk menutup lubang besar yang dibuat oleh 1MDB. Sedangkan para petualang yang menyeleweng wang negara terus dibiarkan bebas menikmati hasil yang diperolehi secara haram.

TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Mantan Timbalan Perdana Menteri

TERKAM: JANGAN SALAHKAN NEGERI JOHOR KERANA SIFAT CEMBURU ANDA.

Jangan salahkan Negeri Johor oleh kerana kami telah wujud semenjak 1885 sebelum anda dibentuk pada 1957.

Jangan salahkan Negeri Johor dan mengapa kami bangga menjadi bangsa Johor kerana negeri kami telah dibina bukan atas dasar perkauman ianya dibina kerana kami bersatu sebagai bangsa Johor sejak dahulu.

Jangan salahkan Negeri Johor mengapa kami bangga dengan pemimpin kami yang senantiasa bersama kami pada saat susah dan senang... suka dan duka...

Jangan salahkan Negeri Johor jikalau kami tidak suka kepada orang yang korup... kerana kami tidak pernah dididik utk menjadi sekeji itu...

Jangan salahkan Negeri Johor dan menuduh kami menyangka DYAM Tunku Mahkota Johor kami maksum kerana kami berdiri disini melihat bagaimana dia senantiasa berada untuk kami...

Jangan salahkan Negeri Johor dan cemburukan hubungan kami dengan pemimpin kami kerana... Dia sahaja yang terus menerus berani menjamin kesejahteraan kewujudan kami...

Jangan salahkan Negeri Johor jika pemimpin anda tiada bersama anda... kerana bezanya pemimpin kami dilahirkan untuk berkhidmat kepada rakyatnya.

Jangan salahkan Negeri Johor jika pemimpin anda tidak bersama-sama dengan anda disaat negara menghadapi kecelaruan integriti dan krisis kepercayaan kerana kami di sini mempunyai pemimpin yang senantiasa memperjuangkan hak kami dan senantiasa berlaku jujur pada kami.

Jangan salahkan Negeri Johor jika pemimpin anda tidak berada di dalam negeri sendiri untuk anda mengadu nasib pada saat-saat diperlukan...

Ini pesanan dari DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kepada orang-orang yang tidak senang dengan Negeri Johor.

"Sekiranya anda tidak senang hati dengan adanya Johor Darul Ta'zim di dalam Malaysia, Anda boleh beramai-ramai berjumpa dengan YAB Perdana Menteri di Putrajaya untuk mengusulkan satu deklarasi kepada beliau untuk mengeluarkan Negeri Johor dari Malaysia."

------

DO NOT BLAME JOHOR BECAUSE OF YOUR JEALOUSY

Don't blame Johor and Why are we proud to be Johoreans? It's because we have existed since 1885 well before your formation in the 1957.

Don't blame Johor For being proud to be Johoreans, because we weren't built on the foundations of racism. We were built on the foundation that we are united and identified as one race that is Bangsa Johor.

Don't blame Johor Why are we proud of our leaders, because our leaders are always with us in good times and bad, when we're in joy or in pain.

Don't blame Johor Why we don't like people who are corrupt? It's because we brought up never to be as despicable as that.

Don't blame Johor And accuse us of being obsessed with HRH Crown Prince of Johor because we have witnessed for ourselves how he has always stood firmly by our side..

Don't blame Johor be envious of the relationship we have with our leaders because.. Only he has been tirelessly brave enough to continue to fight and guarantee our existence and welfare.

Don't blame Johor If your leaders are not there with you.. The difference between our leaders and yours is that our leaders were born to serve the people.

Don't blame Johor If your leaders are not there with you when the country is plagued with integrity turmoil. We are proud to have leaders who will always fight for our rights and will always be transparent with us.

Don't blame Johor If your leaders are not there in your own state for you to turn to in your time of need.

This is a note from HRH Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, The Crown Prince of Johor to those people who are uneasy with the State of Johor.

"Should any of you are uneasy with Johor Darul Ta'zim being in Malaysia, you can all march down to Putrajaya and  propose to the Prime Minister to remove the State of Johor from Malaysia."

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat