Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Friday, October 10, 2014

Kemalangan Maut Lebuhraya Pasir Gudang.

PASIR GUDANG: Lima orang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Taman Rinting, di sini, sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari, kereta yang dinaiki semua mangsa dipercayai terbabas sebelum merempuh pokok.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Abdul Samad Salleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan identiti semua mayat sedang dikenal pasti.

Semua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk bedah siasat

TRAVERS REPORT 008226/2014 ZULKIFLI BIN NOORDIN

Saya telah menerima maklumat bahawa IRF (Islamic Renaissance Front) dengan kerjasama GMM (Global Movement of Moderates) akan mengadakan satu program dipanggil "Diskusi Meja Bulat" membawa tajuk "Tantangan Fundamentalisma Agama Abad Ini".

Program dijadualkan pada 18 Oktober 2014 dari jam 11 am hingga 1 pm di Bilik Persidangan GMM, Tingkat 15, Menara Manulife, Bukit Damansara Kuala Lumpur.

Menurut risalah dan aturcara yang disebarkan, majlis akan dirasmikan oleh Datuk Saifudin Abdullah, Pengerusi GMM dan ucap-utama oleh Dr Ulil Abshar Abdalla dengan intervenor Dr Ahmad Farouk Musa & Prof Tajudin Rasdi.

Mengikut maklumat yg diperolehi daripada pejabat Mufti WP di laman http://www.muftiwp.gov.my/doc/GERAKAN_ISLAM_LIBERAL.pdf, Ulil Abshar Abdalla adalah "pengasas dan koordinator Jaringan Islam Liberal Indonesia (JIL) yang telah membuat kenyataan berikut dalam beberapa media massa yang menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W., antaranya:

"1. Menurut Ulil, tidak ada yang disebut hukum Tuhan dalam pengertian seperti yang di fahami kebanyakan orang Islam, misalnya hukum Tuhan tentang pencurian, jual beli, pernikahan, pemerintahan dan lain-lain “ (Kompas, 18 November, 2002).

2. “Rasul Muhammad adalah tokoh historis yang harus dikaji dengan kritis sehingga tidak hanya menjadi mitos yang dikagumi saja, tanpa memandang aspek-aspek beliau sebagai manusia yang juga banyak kekurangannya”.  (Kompas : 18 November 2002)

3. “Islam – seperti pernah dikemukakan cek Nur dan sejumlah pemikir-pemikir lain – adalah ‘nilai generis’ yang bisa ada di Kristen, Hindu, Budha, Konghucu, Troisme..... bisa jadi kebenaran ‘Islam’ ada dalam filsafat marxisme”.  Kompas, 18 November 2002);

4. Semua agama sama.  Semuanya menuju jalan kebenaran. Jadi Islam bukan yang paling benar”.  (Gatra, 21 Disember 2002);

5. “Larangan Kawin beda agama bersifat kontekstual.... Pada zaman Nabi, Umat Islam sedang brsaing untuk memperbanyak umat.  Nah saat ini, Islam sudah semiliar lebih. Kenapa harus takut kawin dengan yang di luar Islam “.  (Gatra, 21 Disember 2002)

Saya difahamkan bahawa Dr. Ulil Abshar Abdalla telah disenaraikan sebagai salah seorang individu yang merupakan pengasas dan pemimpin Jaringan Islam Liberal di Indonesia yang menganut dan menyebarkan fahaman liberalisme, pluralisme dan sekularisme agama.

Saya difahamkan bahawa fatwa telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa membuat ketetapan fahaman liberalisma dan pluralisma adalah suatu ajaran sesat dan bertentangan dengan Islam. Sila rujuk http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/aliran-pemikiran-liberal-hukum-dan-implikasinya-kepada-islam-di-malaysia

Oleh itu saya meminta agar pihak berkuasa termasuk PDRM, Jabatan Agama Islam WP dan Jabatan Imigresen mengambil tindakan berikut:

1. Menyiasat IRF, GMM, Datuk Saifudin Abdullah, Dr Ahmad Farouk Musa, Prof Tajudin Rasdi berkaitan penganjuran program ini menurut Seksyen 298A Kanun Kesiksaan dibaca bersama Seksyen 34 KK dan juga dibawah Seksyen 4, 5 & 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (WP) 1997 dan/atau mana-mana peruntukkan berkaitan;

2. Melarang dan/ atau menghentikan dengan serta merta penganjuran majlis "Diskusi Meja Bulat - Tengangan Fundamentalisma Agama Abad Ini" saperti yang dijadualkan;

3. Mengeluarkan perintah "persona non-grata" terhadap Dr. Ulil Abshar Abdalla dan melarang beliau daripada memasuki negara ini bagi tujuan itu;

4. Mengambil tindakan pendakwaan dan/ atau apa-apa prosiding berkaitan terhadap mereka yang terlibat dalam penganjuran majlis ini.

5. Menyiasat dalang dan/atau penyumbang dana dan kewangan yang membiayai program ini.

Sekian lapuran saya.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
14 Zulhijjah 1435
09 Okt 2014

Terkini: Bajet 2015 -Najib Razak.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada 4 petang ini, bajet terakhir dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).

Seperti pelan tindakan kewangan yang lain, Najib yang juga Menteri Kewangan semalam membayangkan bahawa Bajet 2015 adalah belanjawan 'pro-rakyat' dan meliputi pelbagai langkah mengurangkan beban kos hidup.

Antara lain, Bajet 2015 akan membantu meningkatkan peluang pekerjaan, pendidikan dan mewujudkan lebih banyak rumah mampu milik, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Perdana Menteri juga menggariskan mengenai pentingnya program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"BR1M akan diteruskan kerana ia adalah sebahagian daripada manifesto. Ia adalah sebahagian daripada rasionalisasi subsidi.

"Dengan mengalihkan subsidi menyeluruh kepada sokongan lebih bersasar, kami akan memperoleh nilai wang yang lebih baik," katanya.

Najib juga menegaskan mengenai pentingnya meneruskan langkah mengurangkan defisit kerajaan bagi memastikan bajet seimbang dicapai pada 2020.

Beliau menambah bahawa kerajaan kini dalam kedudukan yang baik untuk memenuhi sasaran defisit fiskal, yang meliputi pengurangan defisit kepada 3.5 peratus menjelang akhir tahun dan tiga peratus pada akhir 2015. - BERNAMA

Terkini: Dua Pesawat MAS Berlanggar Di Landasan KLIA

Tragedi masih mengekori MAS. Kali ini ianya tidaklah seteruk MH370 dan MH17. Kejadian dilaporkan berlaku pada jam lebih kurang 6.30pm tadi.

Berlaku satu perlanggaran diantara 2 buah kapal terbang milik MAS di Bay 5 ( no pendaftaran 9M-MSF) dan Bay 7 (no pendaftaran 9M-MLS)

Kejadian ini dipercayai berpunca dari kecuaian staf yang bertugas untuk towing kapal MH1158 di Bay 5 (KUL-PEN etd 1820hrs) berlepas sehingga terlanggar sayap pesawat yang berhampiran kapal MH1276 (KUL-KUA etd 1835hrs).

Penumpang kedua-dua destinasi diarahkan untuk bertukar kapal untuk ke destinasi masing-masing.

Mutakhir : ROS telah meluluskan Pertubuhan Melayu Murtad-Adalah satu penipuan.

As Salam Sahabt semua, saya baru sahaja selesai diskusi dengan orang yamg bertanggungjawab berkaitan kelulusan ROS.

Isu yang dibangkitkan oleh setengah pihak yang mengatakan PIHAK ROS telah MELULUSKAN -"PERTUBUHAN MELAYU MURTAD"

Setelah memperkenalkan diri dari Pertubuhan Sahabat Alam Maya Malaysia (SAM) dan menceritakan kekalutan  yang sedang berlaku di Alam Maya (FB) berkaitan kelulusan PERTUBUHAN MELAYU MURTAD oleh pihak ROS.

Saya menegaskan pada pihak ROS, perkara ini menimbulkan keresahan rakyat terutamanya kepada orang Islam apa sesuatu tindakan lambat diambil kerana ini melibatkan bab sensitivitif Agama dan pihak saya bagi pihak SAM,  juga menegaskan pihak ROS perlu mengambil tindakan segera bagi mengelak kekeliruan dengan lebih serius pada rakyat dan ini akan memberi kesan yang buruk kepada kerajaan sekarang.

Sehubungan dari pihak ROS telah memaklumkan bahawa, pihak mereka telah pun mengambil tindakan untuk membuat penjelasan di media media pada hari petang ini atau esok.

SEKALI LAGI PIHAKNYA MENEGAAKAN BAHAWA PIHAK ROS TIDAK PERNAH MELULUSKAN APA APA PERMOHONAN DARI

"PERTUBUHAN MELAYU MURTAD"

ALHAMDULILLAH.

DENGAN RAHMATNYA MALAYSIA MASIH TERHAKAIS DARI ANASIR ANASIR JAHAT OLEH PIHAK YAHUDI.

Dan saya juga memaklumkan pada pihak ROS, sekiranya penjelasan dibuat, mohon dimaklumkan kepada pihak SAM

SILA VIRALKAN PADA GROUP GROUP LAIN 

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat