TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, December 31, 2013

APA MOTIF SEBENARNYA..!!

APA MOTIF SEBENARNYA..!!

Polis Selangor merampas satu objek paip pvc dan mempunyai sumbu bersama mercun botol disyaki bahan letupan buatan sendiri serta dua telephon bimbit dari seorang suspek lelaki berumur 46 tahun di Tasik Permai,Ampang,Selangor pd 10.30 malam Ahad lalu.
Sisatan dijalankan terhadap lelaki itu mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

SYABAS KPD PDRM (SELANGOR). 
SYABAS KPD PDRM (SELANGOR).
 
Polis Selangor merampas satu objek paip pvc dan mempunyai sumbu bersama mercun botol disyaki bahan letupan buatan sendiri serta dua telephon bimbit dari seorang suspek lelaki berumur 46 tahun di Tasik Permai,Ampang,Selangor pd 10.30 malam Ahad lalu.

Sisatan dijalankan terhadap lelaki itu mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Kuala Lumpur di ambang 2014

Kuala Lumpur: Sehingga jam 7 malam tadi dianggarkan ratusan remaja berpakaian serba hitam dipercayai menganggotai beberapa pertubuhan berkumpul di beberapa lokasi sekitar ibu negara.

Susu ibu jadikan anak lebih bijak

Penyusuan ibu boleh meningkatkan prestasi pendidikan seseorang kanak-kanak dalam tempoh beberapa bulan selepas memulakan persekolahan, kata penyelidik.

Menurut satu kajian, kanak-kanak yang mendapat penyusuan ibu menunjukkan perkembangan akademik lebih baik menjelang usia mereka lima tahun berbanding rakan sekelas yang diberi susu formula.

Yuran khas perlu dipersetujui PIBG, Pengerusi PIBG jangan di lantik dari yang bergaji besar.

Yuran khas perlu dipersetujui PIBG  
Sebahagian ibu bapa masih beratur bagi membeli buku-buku serta perkakas sekolah menjelang sesi persekolahan yang akan bermula.
 
Kuala Lumpur: Semua pentadbir sekolah perlu mendapatkan persetujuan ibu bapa, sebelum membuat sebarang kutipan bayaran tambahan yuran khas bagi sesi persekolahan baru yang bermula esok dan lusa.

KDN tidak kompromi perhimpunan haram: Zahid

Kuala Lumpur: Kerajaan akan mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang terhadap mereka yang mencetuskan kekacauan ketika sambutan Ambang Tahun Baharu 2014 di Dataran Merdeka malam ini.

Ampang: Polis tahan lelaki miliki bom buatan sendiri

 Gambar sekadar Hiasan

SHAH ALAM 31 Dis. - Polis menahan seorang lelaki tempatan bersama-sama sebutir bom buatan sendiri di Taman Halaman, Ampang, Ahad lepas, yang dipercayai hendak diletupkan pada sambutan ambang tahun baharu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Datuk Abd. Rahim Jaafar berkata, bom berupa paip PVC dirampas dari suspek berumur 46 tahun ketika beliau sedang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan pada pukul 10.25 pagi di sekitar lampu isyarat Taman Permai, Ampang.

Persiapan ambang Tahun Baharu 2014

PENIAGA gerai makanan membuat persiapan untuk sambutan ambang Tahun Baharu di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF
 
Persiapan sambutan ambang Tahun Baharu 2014 di Dataran Merdeka yang diadakan terus berjalan lancar meskipun terdapat rancangan oleh pihak tertentu untuk menganjurkan Himpunan Guling Kerajaan bagi menggulingkan kerajaan di tempat yang sama.

Pemasangan khemah, pentas utama, kerja-kerja pembersihan dan keceriaan serta sebagainya terus dilaksanakan pihak penganjur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak beberapa hari lalu.

1,708 laporan di seluruh negara

Pelbagai pihak terus menyuarakan bantahan terhadap perhimpunan haram esok dengan sebanyak 1,708 laporan diterima polis di seluruh negara sehingga pukul 11 malam tadi.

Daripada jumlah tersebut, Sabah dan Perak merekodkan jumlah laporan polis paling tinggi iaitu 286, Terengganu (231), Selangor (168), Melaka (131), Johor (116), Pahang (114), Kedah (96), Sarawak (63), Kelantan (77), Perlis (41), Pulau Pinang (54), Negeri Sembilan (24) dan Kuala Lumpur (21).
Gabungan Persatuan dan Syarikat Teksi Semenanjung Malaysia menggesa penganjur perhimpunan haram itu supaya membatalkan niat tersebut kerana akan menjejaskan sumber pendapatan ramai pemandu teksi di ibu negara.

Cedera parah ditetak

IPOH: Seorang pemandu lori ditemui terbaring dalam keadaan cedera parah di tepi jalan di Kampung Setia Jaya, Kamunting dekat Taiping pagi ini.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komsioner Yusof Mohd Diah, berkata B Meganathan, 27, yang parah akibat ditetak di siku kiri dan bahagian kiri perut, ditemui oleh seorang wanita pada jam 9.51 pagi.

PM umum 11 langkah penjimatan sektor awam

PM umum 11 langkah penjimatan sektor awam
Berkuat kuasa esok, langkah sejajar hasrat perbelanjaan berhemat

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelaksanaan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, berkuat kuasa esok.

Perdana Menteri berkata, ia sejajar hasrat kerajaan untuk berbelanja secara berhemat tahun depan, manakala langkah penjimatan lain bakal menyusul dan diperkenalkan secara berperingkat berdasarkan keperluan serta keadaan semasa.

lelaki bertopeng, bersenjata M-16 di Tanah Merah

Dua lelaki bertopeng, bersenjata M-16 larikan wang tunai RM300 di Tanah Merah 

ANGGOTA polis forensik membawa keluar senjata rifal M16 yang digunakan penjenayah ketika merompak sebuah kedai runcit di Tanah Merah, Kelantan, awal pagi tadi. - Foto Nik Abdullah Nik Omar
 
Tanah Merah: Dua penjenayah bertopeng dengan seorang daripadanya bersenjatakan rifal M-16 melakukan rompakan di sebuah kedai runcit di bandar ini dengan hanya melarikan RM300 saja, malam tadi.

Ancaman Bom : PKR Gesa Polis Siasat 4 Blog

KUALA LUMPUR 30 Dis - Pihak polis digesa untuk menyiasat empat blog pro Umno yang didakwa telah menyebarkan emel palsu bertujuan mencetuskan huru-hara.

Pengarah Strategi Parti Pakatan Rakyat (PKR) , Rafizi Ramli berkata, aduan polis telah dibuat ke atas empat blog iaitu theunspinners.blogspot.com, theflyingkick.blogspot.com, bidaman.blogspot.com serta badutrakyat.blogspot.com.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat