Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Tuesday, December 31, 2013

Persiapan ambang Tahun Baharu 2014

PENIAGA gerai makanan membuat persiapan untuk sambutan ambang Tahun Baharu di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF
 
Persiapan sambutan ambang Tahun Baharu 2014 di Dataran Merdeka yang diadakan terus berjalan lancar meskipun terdapat rancangan oleh pihak tertentu untuk menganjurkan Himpunan Guling Kerajaan bagi menggulingkan kerajaan di tempat yang sama.

Pemasangan khemah, pentas utama, kerja-kerja pembersihan dan keceriaan serta sebagainya terus dilaksanakan pihak penganjur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak beberapa hari lalu.


Ketua Unit Pelancongan DBKL, Noraza Yusof berkata, persiapan sambutan ambang Tahun Baharu sudah hampir 90 peratus disiapkan.

"Baki persiapan 10 peratus lagi hanyalah menunggu raptai penuh yang diadakan malam ini."Raptai tersebut melibatkan sepenuhnya penyanyi, penari dan pasukan orkestra di bawah bimbingan DBKL. Tujuannya supaya mereka benar-benar bersedia serta dapat memberikan persembahan terbaik," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya, KL Galeri di sini hari ini.

Menurut Noraza, antara tarikan utama sambutan ambang Tahun Baharu adalah konsert, kuiz dan pertunjukan bunga api yang boleh disaksikan bermula dari Ibu Pejabat DBKL hingga ke Bangunan Sultan Abdul Samad.

"Persembahan konsert bermula pukul 8 malam dan disusuli pertunjukan bunga api menjelang 12 tengah malam. Keseluruhan sambutan dijangka tamat pada pukul 1 pagi.

"Dalam masa sama, penganjuran kuiz tentang Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014) dan Visit KL turut diadakan, di samping hadiah-hadiah menarik menanti pengunjung," katanya.

Jelasnya, warga kota, pengunjung tempatan dan para pelancong boleh meletakkan kenderaan di beberapa lokasi seperti tempat letak kereta Plaza Dataran Merdeka, Kompleks Dayabumi, Padang Merbok dan Masjid Negara.

"Untuk mengelak kesesakan, kesemua pengunjung disaran menaiki pengangkutan awam seperti bas, teksi, sistem transit aliran ringan (LRT) dan komuter yang berdekatan dengan Dataran Merdeka.

"Ini berikutan Jalan Raja Laut akan ditutup mulai 7 malam hingga 1 pagi untuk memastikan kelancaran sambutan ambang Tahun Baharu," katanya.

Ketika ditanya tentang kemungkinan amaran pihak berkuasa dan pihak atasan DBKL untuk membatalkan sambutan ambang Tahun Baharu di saat-saat akhir berikutan perhimpunan haram yang tetap akan diadakan, Noraza berkata, pihaknya sentiasa bersedia menerima arahan tersebut.

"Pihak kami sentiasa bersedia membatalkannya pada bila-bila masa walaupun di saat-saat akhir," katanya.

Artikel Penuh:

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat