TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, June 29, 2016

Sekandal Raksaksa 1MDB!!! Perdana Menteri Malaysia Najib Razak ibarat Telur di hujung Tanduk??? Rakyat dan ahli UMNO mula menghidu kepincangan negara?

Malangnya Malaysia ini

Tindakan Naib Ketua UMNO Bahagian Semporna berserta dengan ketiga-tiga Ketua Sayap parti dan 300 Ketua cawangan keluar parti semalam merupakan tanda-tanda yang nyata bahawa Najib sudah tidak dapat mengawal UMNO itu lagi. Tetapi itulah tindakan yang patut Najib lakukan dengan memecat serta menggantung pemimpin UMNO yang tidak beserta untuk membantu beliau melindungi kejahatan yang beliau lakukan selama ini.

Bagi Najib mengkritik beliau untuk kebaikan parti itu adalah haram pada kemahuan beliau. Najib sedang berada dalam keadaan yang sangat getir kerana beliau tahu dan sedar yang beliau tidak boleh menutup semua onak yang beliau lakukan. Segala-galanya semakin hari semakin jelas yang beliau merupakan seorang pemimpin yang sudah hilang rasa hormat ahli-ahli terutamanya diperingkat akar umbi.

Semasa Dr Mahathir memecat Anwar Ibrahim, Timbalannya dahulu, tidak ada reaksi yang begini buruk yang menyusuli pemecatan itu tetapi dalam isu yang mutakhir ini ia amat jelas Najib sudah hampir kepenghujung hayatnya sebagai pemimpin utama negara. Beliau mungkin boleh memulas tangan beberapa orang pemimpin tetapi Najib tidak dapat memulas perasaan yang membara terhadap beliau dan tindakan keluar UMNO beramai-ramai ini merupakan petanda yang hampir pasti yang Najib hanya boleh memimpin kelompok beliau sahaja dan tidak mampu menguasai perasaan dan sokongan yang ramai di kalangan ahli-ahli parti itu.

Jika beliau tidak disegani oleh ahli-ahli UMNO sendiri bagaimana beliau mahu mendapatkan rasa hormat rakyat jelata yang ramai? Kita tidak pasti samada berita yang ramai lagi ketua-ketua cawangan seluruh negara akan keluar UMNO tetapi mood yang ada pada hari ini nampaknya tidak memberikan UMNO harapan untuk pulih seperti sedia kala selagi Najib masih mentadbir parti pemerintah itu.

Husni Hanadzlah, salah seorang dari ahli kabinet beliau, telah mengambil keputusan untuk melepaskan semua jawatan parti setiap peringkat dan jawatan beliau dalam kerajaan semalam, dan ini merupakan satu lagi indikasi yang amat buruk bagi UMNO terutamanya kepada Presidennya Najib Tun Razak. Tetapi Najib tetap merasakan yang beliau masih kuat dan tidak ada apa-apa dan sesiapa yang boleh mengenepikan beliau. Beliau mempunyai muka yang selamba dan berpura-pura dalam hidup kepimpinan beliau. Beliau tidak dapat lagi membuat keputusan yang matang dan bertindak secara berhemah dalam usaha mempertahankan jawatan yang amat beliau sayangi itu.

Najib sudah tidak ada masa untuk mentadbir kerajaan kerana segala tenaga dan usahanya ialah untuk mempertahankan jawatan sebagai Perdana Menteri sahaja. Tetapi apa pun alasan yang beliau berikan diatas tindakan beliau memecat Muhyiddin dan Mukhriz serta menggantung jawatan Shafie Apdal itu sudah cukup untuk membuktikan yang Najib sudah begitu ‘desperate’ dalam menghadapi kemelut yang menghadapi negara dan UMNO serta BN sekarang ini. Tindakan beliau mutakhir ini adalah tindakan terdesak dan kita sudah pasti yang negara tidak akan berada dalam keadaan stabil lagi. Beliau boleh menyalahkan pembangkang tetapi beliau mesti soal dirinya apa yang menyebabkan pembangkang mampu untuk menggugat kepimpinannya.

Bagaimana beliau mahu mendapatkan sokongan pembangkang dan rakyat ramai sedangkan ahli-ahli serta pemimpin UMNO sendiri tidak lagi segan silu untuk keluar parti secara terbuka. Jika semasa pilihanraya lebih sejuta ahli UMNO memangkah pembangkang sekarang ini ahli-ahli UMNO berani keluar parti secara terbuka.

Bagi saya tindakan ramai ahli-ahli UMNO keluar parti ini adalah tindakan yang tidak bersalahan dengan keadaan negara sekarang. Ramai berpendapat tidak ada apa-apa lagi dalam UMNO kerana semua ‘attribute’ UMNO itu sudah luntur dan tidak wujud lagi selain dari tinggal namanya sahaja.

UMNO itu wujud untuk mempertahankan negara tetapi UMNO sekarang berada dalam keadaan sebagai sebuah parti yang membiarkan pucuk pimpinan melakukan tindakan ‘treason’ dan mensabotaj negara. UMNO tidak lagi parti untuk kepentingan negara tetapi UMNO sudah semakin jelas sebagai sebuah parti yang memusuhi negara. Apa tidaknya? UMNO kini sedang menyokong pemimpin yang melakukan rasuah yang tidak terhingga besarnya jika dibandingkan dengan rasuah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin rasuah di negara-negara lain. Skandal kewangan yang berlaku dibawah pentadbiran Najib sekarang ini merupakan skandal kewangan yang terbesar dalam sejarah dunia.

Suharto dikatakan rasuah, Ferdinand Marcos dianggap rasuah dan ramai lagi pemimpin dunia dianggap rasuah tetapi rasuah mereka adalah jauh lebih kecil dari yang dituduh dilakukan oleh Najib dan kroni beliau. Malahan ada yang beranggapan rasuah yang dilakukan oleh Suharto dan Marcos dicampurkan sekali jauh lebih kecil dari apa yang sudah dilakukan oleh Najib.

Apa rupa nasib rakyat Malaysia selepas ini sama-sama kita perhatikan dan tengok secara serius. Kita akan terdampar dalam kerosakan dan semuanya ini akan dirasai oleh rakyat. Tidak payah kita fikirkan nasib anak dan cucu kita sekarang ini, kerana nasib kita dan generasi kita pun sudah tidak terjamin lagi.

Kita sudah sampai diambang kehancuran budaya dan tamaddun. Bagaimana sejarahwan menulis tentang Najib ini tidak dapat kita bayangkan. Yang pasti tidak ada dikalangan sejarahwan akan menulis tentang apa yang baik yang Najib telah lakukan.

Malangnya negara kita ini. Apakah hikmah yang kita akan perolehi, tidak dapat dibayangkan lagi oleh sesiapa.

#saveMalaysia
#beranikeranabenar

Soalan-soalan kepada kedutaan Arab Saudi RM 2.6 billion?

10 soalan kepada Kedutaan Arab Saudi berhubung RM2.6 bilion ialah;

1.  Siapa yang beri wang itu

2.  Bila wang itu dimasukkan ke dalam akaun itu?

3.  Apakah tujuan wang itu diberikan?

4.  Apakah jenis derma itu?

5.  Adakah wang itu untuk kegunaan peribadi Najib?

6.  Apakah baki derma itu telah dikembalikan sebagaimana didakwa?

7.  Kenapa terlalu banyak ketidakpastian dan keraguan berkaitan wang itu?

8.  Siapakah Putera Raja Saudi yang menjadi penderma itu?

9.  Apakah jenis hubungan antara Putera Raja Saudi itu dengan Najib?

10. Kenapa banyak penjelasan yang bercanggah mengenai wang itu?

Jika Johor Keluar Malaysia, Kelantan N.Sembilan dan Terengganu Turut Serta

FBI semakin hampir membongkar skandal kewangan berkaitan Goldman Sachs dan 1MDB.

SOALAN KITA HARAP KEDUTAAN ARAB JAWAPAN YANG BENAR DAN JUJUR SUMPAH KEPADA ALLAH.

Tuesday, June 28, 2016

Puchong bergegar Bom tangan meletup?

Sekurang-kurangnya lapan cedera, seorang daripadanya parah, dalam insiden letupan dipercayai berpunca daripada bom tangan dekat sebuah premis hiburan di IOI Boulevard, Puchong, awal pagi ini.

Kejadian itu berlaku kira-kira 2.15 pagi ketika pengunjung premis menyaksikan perlawanan kejohanan bola sepak Euro 2016.

Lima daripada mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan manakala tiga lagi dihantar dan Hospital Sunway, kata Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar kepada pemberita di lokasi kejadian.

"Sebuah kereta yang diletakkan kira-kira 30 meter dari premis itu turut rosak akibat letupan tersebut," katanya.

Sekumpulan anggota Unit Forensik polis dilihat melakukan siasatan di lokasi kejadian.

Suspek kejadian itu masih dijejaki.

- Bernama

Saturday, June 25, 2016

Apa sebab Yb Tan Sri Dato Hj Muhyiddin di pecat?

KENYATAAN YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Setelah lebih empat dekad saya melalui perit jerih dan suka duka perjuangan di dalam UMNO, semalam Majlis Tertinggi membuat keputusan untuk memecat saya daripada parti. Saya tidak pernah meninggalkan perjuangan parti atau mengkhianati parti. Saya cuma berkata benar kerana itulah prinsip yang saya junjung dalam perjuangan saya.

Malangnya saya dipecat kerana apa yang saya perkatakan selama ini menyentuh skandal moral dan kewangan paling besar dalam sejarah UMNO dan negara yang melibatkan Perdana Menteri. Sahabat saya Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga dipecat dan Datuk Seri Shafie Apdal digantung keahlian. Segala-galanya berlaku hanya kerana kami mengambil langkah berani menegur Perdana Menteri yang sudah jauh tersasar daripada perjuangan UMNO yang asal.

Saya berasa kecewa kerana UMNO yang ada pada hari ini bukan lagi UMNO yang sebenar. Ia telah berubah menjadi sebuah parti yang dikuasai hanya oleh seorang individu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup kesalahannya dan menyelamatkan dirinya. Mereka yang melakukan perbuatan jenayah yang merosakkan imej parti dan integriti tidak menerima hukuman yang setimpal. Sebaliknya, mereka yang berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan dipecat daripada parti.

Mereka yang menguasai UMNO boleh melakukan apa sahaja terhadap saya, namun saya tidak rela hidup melutut. Bukan prinsip saya untuk tunduk bersekongkol dengan perbuatan jahat seorang pemimpin yang merosakkan bangsa dan negara.

Keputusan pemecatan saya ini telah pun saya duga dari awal. Maka semalam berakhirlah sejarah panjang perjalanan hidup saya yang penuh liku di dalam UMNO. Sejarah ini akan terus terpahat dalam ingatan saya kerana UMNO telah sekian lama menjadi sebahagian daripada denyut nadi dan darah daging saya. Hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun hatta diri saya sendiri. Saya tidak pernah mengkhianati UMNO. Saya hanya menentang pemimpin UMNO yang korup dan menyeleweng.

Namun, jika mereka beranggapan perjuangan saya berkubur di sini, mereka silap. Saya akan terus berjuang selagi hayat dikandung badan. Biarlah mereka memecat saya dan melakukan apa sahaja untuk melunturkan semangat juang saya. Obor perjuangan di dalam jiwa saya akan terus menyala.

Walaupun tindakan terhadap saya daripada penggantungan jawatan sehingga pemecatan saya daripada parti bercanggah dengan proses keadilan dan tidak berperlembagaan, saya tidak akan merayu.

Saya redha dengan ketentuan Allah s.w.t. Saya telah melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pemimpin UMNO dan akan tetap terus melaksanakan tanggungjawab saya kepada agama, bangsa dan negara seperti pejuang-pejuang bangsa kita sebelum ini. Bangkitlah bangsa Melayu memperjuangkan nilai-nilai moral dan integriti supaya kita tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pemimpin yang rasuah dan tamak haloba.

Kepada para penyokong, saya tahu anda memahami pendirian saya. Teruskanlah perjuangan menegakkan kebenaran dan membela tanah air tercinta walau di mana sahaja anda berada. InsyaAllah kita akan terus bersama dalam perjuangan suci ini.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya yakin anda boleh menilai yang mana benar dan yang mana salah, yang mana baik dan yang mana buruk. Anda pastinya tidak rela membiarkan negara ini diperlakukan sewenang-wenangnya oleh pemimpin yang rakus menyalahgunakan kuasa. Sebagai rakyat, anda berhak untuk membuat perhitungan yang terbaik demi masa depan anda, keluarga dan negara.

Saya menganggap pemecatan saya ini adalah satu lagi dugaan Allah s.w.t terhadap saya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Saya yakin segala yang berlaku ada hikmahnya. Saya berdoa semoga sentiasa diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian Allah dan segala urusan kita akan dipermudahkan oleh-Nya.

Allah s.w.t berfirman dalam Surah At-Taghabun ayat 11 yang bermaksud:

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku dengan tenang dan sabar) , dan ingatlah Allah maha mengetahui akan tiap- tiap sesuatu"

Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan Syawal yang bakal menjelma, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada seluruh ahli UMNO sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang saya lakukan sepanjang saya berada di dalam parti.

Selamat tinggal UMNO.

Kepada Allah saya berserah.

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
25 Jun 2016

Pemecatan untuk TSMY dan DSM.Manakala Safie Afdal di gantung.

Punca sebenar adalah dari ISU 1MDB yang Nazak dengan hutang mencecah 50 billion.

Media luar negara dan dalam negara melapurkan 1MDB merupakan Syarikat yang bermasaalah.

Siasatan pihak berkuasa luar negara berkenaan 1MDB merentasi tiga benua. Melibatkan pengubalan wang haram. Di mana aliran kewangan mengikut Siasatan mereka yang di lapurkan sejumlah wang ada kemasukkan ke acc peribadi Perdana Menteri DS Najib Razak.

Pengakuan adik kepada Perdana Menteri DS Nazri Razak berkenaan ke masukkan sejumlah wang ke ACC peribadi DS Najib Razak membuktikan berlaku kejadian tersebut. Nazri juga mengakui membantu abangnya mengagihkan wang tersebut kepada ahli Politik dan wang tersebut telah habis di agihkan tiada tinggal sesen pun dalam acc malahan acc tersebut telah di tutup.

Kebimbangan dan teguran TSMY dan DSM berasas berkenaan 1MDB. Rakyat Malaysia juga  menyuarakan bertanya 1MDB buat perniagaan apa? Akhirnya sesiapa yang bertanya berkenaan 1MDB diugut ditakutkan dengan pelbagai tindakkan undang-undang dikenakan supaya tidak bertanya lagi berkenaan 1MDB.

PENYANGAK 1MDB KENA BAWA KEMUKA PENGADILAN.

1. Aset-aset negara tergadai. Perkara ini amat merugikan negara dan mengancam kedaulatan negara.

2. 1MDB dan MOF diheret ke timbangtara Antarabangsa. Jika gagal tuntutan lebih kurang RM 28 billion kena bayar kepada si penuntut. Sedangkan hutang 1MDB sebelum ini telah mencecah 50 billion.

Adakah tidak wajar TSMY berasa bimbang dengan keadaan tersebut?

Kebimbangan TSMY selepas mendapat taklimat berkenaan hasil siasatan 1MDB?

Kenyataan secara berseloroh semasa sidang media. " Saya tahu lebih sikit dari anda " - TSMY.

Membuktikan beliau mempunyai maklumat yang cukup berkenaan ke jahanaman 1MDB?

Rakyat yang berfikiran positif nilaikanlah sendiri apakah kewajaran TSMY, DSM di pecat keahliannya. Bakal menyusul Safie Afdal.

Majlis Tertinggi dan Presiden UMNO membuat keputusan berdasarkan kepentingan peribadi bukan menjalankan amanah Parti?

Mahkamah mengadili yang di anggotai oleh mereka-mereka yang berkepentingan kebiasaannya tidak dapat berfungsi dengan baik dan adil. Bias dan prejudis!!!

Keselamatan Pantai Timur Sabah: Boleh Kah Selesai?

ESSZONE/ESSCOM meniru RASCOM; ingatkan cara kerja operasi keselamatan untuk Sabah itu sama dengan RASCOM; rupanya TIDAK, pasukan keselamatan dilarang melepaskan tembakan; jika terserempak dengan penceroboh; kecuali kalau berlaku SERANGAN HENDAP seperti pada malam Sabtu lalu yang menyebabkan seorang anggota pasukan keselamtan mati tertembak.

Esszone/Esscom ditubuhkan ekoran pencerobohan militan sulu ke Kg Tanduo, Lahad Datu. Dalam percerobohan itu, turut terkorban beberapa orang anggota keselamatan dan sudah tentunya berdozen-dozen pencoroboh.

Tujuan penubuhan Esszone/Esscom adalah untuk mencegah pencerobohan berulang; namun sejak penubuhannya, bukan pencerobohan yang berlaku akan tetapi penculikan. Kalau pencerobohan dilakukan secara terang-terangan malah mencabar pasukan keselamatan untuk berlawan, lain halnya dengan penculikan, kerana tindakan penculikan ibarat kucing dan tikus, saling elak mengelak.

Pada semasa lawatan Perdana Menteri ke Sabah, pada sebelah petangnya selepas pertemuan dengan para pemimpin Bn Sabah, Dato Seri Najib mengumumkan beberapa langkah untuk memantapkan Esscom/Esszone termasuk menempatkan satu kapal besar di Tengah laut berdekatan dengan sempadan sebagai pusat operasi; ironinya selepas pengumuman itu pada tengah malam pada sabtu di Pulau Mabul, berlaku serangan hendap dan berlakunya kematian pada salah seorang anggota keselamatan.

Nampaknya, semakin rancaknya pihak kerajaan mengumumkan untuk memperketat keselamatan di Pantai Timur Sabah, semakin pihak penculik mencuba keampuhan pasukan keselamatan kita; sehingga Panglima Angkatan Luat Malaysia meminta kebenaran untuk menembak.

Adalah satu keanehan, pihak kita melaksanakan zone keselamatan untuk melindungi wilayah negara, namun kebenaran untuk menembak tidak dibekalkan kepada pasukan keselamatan; apa ertinya memiliki senjata canggih?

Foto Sebagai Hiasan

Kilang Minyak Penapis Petron terbakar.

Kebakaran Di Kilang Penapis Minyak Petron Port Dickson.

Bomba kelihatan sedang melawan kebakaran.

Api yang menjulang tinggi dapat dilihat oleh orang ramai.

Punca kejadian masih dalam siasatan. Orang ramai dinasihatkan jangan mendekati api tersebut. Keselamatan diri harus diutamakan.

Gabungan Ketua Cawangan Malaysia ingatkan Najib jangan selesa dan kededukannya selamat?

Gabungan ketua cawangan percaya pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz akan melahirkan lebih banyak kumpulan anti-Najib, selepas umat Melayu selesai menjalani ibadah puasa.

Bulan Syawal mungkin menyaksikan kelahiran lebih banyak kumpulan-kumpulan anti-Najib Razak dalam Umno, kesan daripada pemecatan pemimpin Melayu Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) berpesan Presiden Najib Razak supaya jangan terlalu yakin kedudukannya selamat, walaupun keputusan pilihan raya Sarawak, Kuala Kangsar dan Sungai Besar memihak kepadanya.

“Jangan dinafikan pengaruh Muhyiddin, Mukhriz dan Datuk Seri Shafie Apdal. Pengaruh mereka sangat kuat. Mungkin bulan puasa ini tidak nampak sangat berikutan orang Melayu lebih berjaga-berjaga dan menghormati bulan puasa,” kata Naib Presiden GKCM Rushdan Mohamed.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno memecat Muhyiddin dan Mukhriz, serta menggantung Shafie Apdal hari ini.

Langkah pemecatan diambil selepas MT memutuskan Muhyiddin dan Mukhriz melanggar displin parti, serta menyerang parti dengan kerap. Naib Presiden Shafie pula digantung sehingga jawatankuasa displin terima laporan siasatan terhadapnya.

Dalam sidang media hari ini, Najib menjelaskan tindakan Muhyiddin dan Mukhriz berkongsi pentas dengan pimpinan pembangkang dan serangan bertali-arus mereka terhadap Umno membawa kepada pemecatan itu.

Mengulas lanjut, Rushdan berkata pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz membuktikan demokrasi Umno yang dilaungkan sudah terkubur.

“Umno yang sekarang sudah menjadi parti Najib. Suara ahli-ahli dan pemimpin bawahan sudah tidak ada guna lagi. Ini kerana Muhyiddin dan Mukhriz yang menggunakan suara dalaman dalam Umno sendiri telah dipecat,” katanya.

Friday, June 24, 2016

Yayasan Kepimpinan Perdana rampaslah !!! Terima kasih yang mengsyorkan - Tun M

HAK ISTIMEWA

1. Saya ucap terima kasih kepada Khairul Azwan Harun, Naib Ketua Pemuda, yang mengsyor supaya Kerajaan menghentikan segala bantuan kewangan dan harta kepada Yayasan Kepimpinan Perdana, termasuk penggajian kakitangan.

2. Memanglah menjadi hak Kerajaan mengguna kuasa yang diberi oleh rakyat dengan apa cara sekalipun. Ini saya terima. Rampaslah.

3. Yang saya sedih ialah cadangan ini datang dari pemuda yang akan mewarisi negara dan kepimpinannya di masa hadapan. Sebelum pun mendapat kuasa, kebengisan dan corruption of power sudah ditunjuk.

4. Tujuannya sama dengan rasuah. Pemberian (suapan) rasuah bertujuan mendapat sokongan, atau mengurang kritikan terhadap pemberi. Perampasan hak mempunyai tujuan yang sama. Tidak ada perbezaan antara pemberian dan perampasan – kedua-duanya adalah rasuah.

5. Negara sekarang tahu apabila Khairul Azwan dengan konco-konconya mendapat kuasa (melalui rasuah) negara akan melihat suapan dan rampasan oleh Kerajaan sebagai cara mengekalkan kuasa.

6. Ini jelas kerana hari ini pemuda dan pewaris menyokong segala perbuatan Najib yang dunia pandang jijik, yang menjatuhkan maruah negara bangsa.

7. Tidaklah salah jika diramal bahawa ini juga akan dilakukan oleh mereka yang menyusul.

8. Saya tidak akan merasa kehilangan apabila rampasan dibuat.

9. Saya biasa dan faham dengan kehidupan tanpa keistimewaan . Hanya saya sedih memikir masa depan negara tercinta ini.

10. Apakah akan jadi kepadanya setelah budaya rasuah dipandang tinggi dan dipertahan oleh yang akan berkuasa dan memerintah.

Meninggalkan Kesatuan Eropah EU menjadi pilihan Rakyat Britain.

Rakyat Britain hari ini memutuskan untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).

Menurut AFP yang memetik media negara itu hari ini, pungutan suara sama ada Britain sewajarnya meninggalkan EU adalah amat sengit tetapi 52 peratus undian memihak kepada kem ‘keluar’ berbanding 48 peratus undian yang diterima kem ‘kekal’.

Ini adalah berdasarkan kiraan di 302 daripada 382 kawasan di seluruh Britain.

Keputusan itu pada masa sama menyaksikan mata wang Britain, pound mencapai paras terendah sejak lebih 31 tahun lalu berbanding dolar Amerika Syarikat.

Komando Angkatan Tentera Malaysia menduduki kepulauan Spratly.

Pengorbanan Komando Malaysia menawan Pulau Layang –Layang

Isu Kepulauan Spratly di Laut China Selatan terus menjadi konflik besar  di rantau Asia Tenggara . Ini kerana selain negara Asean seperti  Filipina, Brunei, Malaysia dan Vietnam , negara kuasa besar China juga  menuntut seluruh atau sebahagian wilayah di Kepulauan Spratly, yang dipercayai memiliki sumber galian dan minyak.

Bagi negara tercinta kita Malaysia ,  hanya Pulau Layang-Layang  menjadi  lambang kedaulatan negara kita di tengah lautan luas Laut China Selatan hingga kini  .

Awal tahun 80 an , tiada pun pulau layang -layang ini  .Yang ada hanyalah  terumbu karang. Tetapi hasil  kebijaksanaan bekas Perdana Menteri ketika itu iaitu negarawan ulung Tun Dr Mahathir , beliau   mengarahkan pasukan komando kita menawan terumbu itu & jadikan ia sebuah pulau .

Langkah pantas Tun mengarahkan tentera kita menguasai pulau berkenaan membuktikan kedaulatan negara sentiasa dilindungi kerajaan .

1.Awal tahun 80an dahulu mana ada Pulau Layang-layang, yang ada hanyalah terumbu.

2.Bekas Perdana Menteri Tun Seri Dr Mahathir Mohamad, negarawan terulung kita kemudian mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menguasai kawasan itu.

3.Maka terkial-kial lah ATM menghantar personal dari Rejimen Gerak Khas (RGK) untuk menduduki terumbu yang besarnya hanya sekangkang kera, masa itu Pasukan Khas Laut (Paskal) tidak campur tangan lagi.

4.Kasihan, dengan kudrat komando yang tidak seberapa (depa pun manusia juga, ada anak bini), maka kawan-kawan kita yang gagah berani menakluki Terumbu Layang-layang dengan apa sahaja kekuatan yang ada.

5.Langkah pertama adalah menghantar komando, masa itu stesyen Lima belum dibina, apabila air laut naik, komando-komando kita bersusah payah untuk memanjat pokok dan tidur sepanjang malam dengan seribu kepayahan diharung taufan dan hujan lebat.

6.Dalam proses itu, penempatan sementara dari papan dan kayu kayan dibina oleh gabungan tentera darat, laut dan semua penghantaran dibuat oleh helikopter Nuri milik Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM).

7.Amanah negara mereka pikul dengan jujur, ketika orang lain tidur dengan selesa, mereka bertungkus lumus untuk memacakkan kedaulatan negara di tanah yang asing dari tanah yang mereka pernah kenal sebelum ini.

8.Di Tanah Besar Semenanjung, modul-modul untuk stesyen Lima sedang dibina.

9.Ia merupakan projek yang penuh dengan kerahsiaan kerana itu modul-modul ini di buat di Semenanjung dan tidak di kawasan terhampir sama ada di Sabah mahupun Sarawak.

10. Modul-modul ini kemudian diletakkan di atas sejenis kapal tongkang atau “barge” dan di  “camoflage” dengan kayu kayan serta papan-papan lapis.

11. Pelayaran mereka mengikuti perairan antarabangsa sebenarnya terpaksa melalui kawasan
berhampiran wilayah Singapura dan Indonesia.

12. Kapal-kapal perang TLDM mengiringi pelayaran tongkang-tongkang ini yang mengambil masa sekurang-kurangnya 4 minggu untuk sampai.

13.Yang celakanya, rupa-rupanya ada mata yang memerhatikan pelayaran tongkang ini, mereka terdiri dari unit-unit pasukan khas Singapura dan Indonesia.

14.Kali pertama komando Singapura cuba mendekati tongkang tersebut, tanpa segan silu, kapal TLDM yang mengiringi memberikan arahan supaya mereka beredar dari menaiki tongkang, senjata yang siap di pasang dengan peluru diarahkan, komando Singapura berundur.

15.Kali kedua, komando Indonesia pula naik, dan berjaya naik, tanpa teragak-agak peluru mesingan dilepaskan, habis bertempiaran komando Indonesia ini terjun ke laut, terbunuh atau cedera tidaklah diketahui.

16.Layaknya sebagai manusia, negara-negara terbabit sudah tentu mahu apa yang dibawa oleh tongkang-tongkang ini sehingga pelayarannya diiringi oleh kapal perang. 

17.Akhirnya stesyen LIMA terpacak megah.

INSIDEN DI STESYEN LIMA

18.Oleh kerana perbatasan Layang-layang ini merupakan kawasan panas, ia tidak terlepas dari aksi-aksi senjata kecil. Satu ketika, tentera kita berjaya menguasai beberapa buah pulau, silapnya mereka meletakkan tugu, esok datang balik, tugu tersebut telah diletupkan dan digantikan dengan pasukan askar Vietnam lengkap dengan meriam.

19.Akhirnya pucuk pimpinan negara menetapkan keputusan untuk menguasai kawasan yang sedia ada sahaja.

20.Ada juga unit tentera kita terserempak dengan barang-barang tinggalan asing macam lampu suluh buatan China di kawasan stesyen Lima membuktikan bahawa kubu tersebut dicerobohi oleh komando-komando China tetapi tidaklah berlaku sebarang pertempuran dengan China.

21.Kapal-kapal selam China sendiri pernah berlabuh begitu dekat dengan stesyen Lima tetapi tidak ada ketengangan yang wujud, kehadiran mereka dianggap tidak membahayakan tetapi lngkah-langkah keselamatan tetap diambil.

TMJ Nasihatkan bahawa pemimpin pengecut paling bahaya!!! Sambil menekankan pentingnya integriti dalam kepimpinan.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan bahawa pemimpin yang pengecut adalah paling bahaya sekali, sambil menekankan tentang pentingnya integriti dalam kepimpinan.

Tunku Ismail berkata nenda baginda - Almarhum Sultan Iskandar - selalu berpesan bahawa sifat kepimpinan yang paling agung adalah integriti, yang menurut baginda, semakin sukar dijumpai.

"Baginda juga berpesan bahawa seorang pemimpin yang pengecut merupakan manusia yang paling bahaya sekali, dan salah satu ujian dalam kepimpinan adalah untuk mengenal pasti sesuatu masalah sebelum ianya menjadi darurat.

"Baginda juga mendidik saya bahawa pemimpin yang hebat memperoleh kekuatan untuk mencapai visinya daripada semangat yang kental dan bukannya daripada jawatan atau kedudukannya," tegas baginda dalam Facebook Johor Southern Tigers.

Tunku Ismail bertitah bahawa baginda bersyukur kerana telah dibesarkan dan dididik oleh dua pemimpin yang unggul, iaitu Almarhum Sultan Iskandar dan ayahanda baginda Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail bertitah, nasihat baginda kepada semua pemimpin dalam setiap sektor kerajaan, NGO dan organisasi di Johor adalah supaya memberikan inspirasi dan memimpin segenap lapisan rakyat.

"Jangan cuba memanipulasi dan menguruskan orang. Inventori barangan boleh diuruskan, tetapi rakyat harus dipimpin melalui tauladan dan dengan berintegriti.

"Ingatlah bahawa kunci kepimpinan yang cemerlang pada hari ini adalah dengan mempunyai pengaruh, bukannya dengan menunjukkan kuasa.

"Tiada maknanya jika anda mempunyai kuasa tetapi tidak mampu mempengaruhi rakyat secara positif. Sekiranya anda mempunyai kuasa tetapi tidak mampu mempengaruhi rakyat secara positif, itu petanda yang anda tidak layak menjadi seorang pemimpin," titah baginda.

Tunku Ismail juga bertitah nampaknya apa yang baginda katakan sering membuatkan ramai orang melenting.

"Oleh itu, saya hanya bercakap dalam konteks Negeri Johor yang dekat di hati saya," titah baginda lagi.

Tuesday, June 21, 2016

Protokol Kolonel Kehormat - Institusi Raja-raja Melayu .

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan pihak bertanggungjawab terhadap pertahanan negara Malaysia dan ianya meliputi tiga cabang utama iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Kesemua sembilan orang Raja Raja Melayu menggalas jawatan sebagai Kolonel Yang Dipertua dalam sesuatu Rejimen
ataupun Kor ATM. Dalam entri kali ini, kami akan berkongsi tentang jawatan jawatan yang sedang disandang oleh Raja Raja
Melayu.

“Kolonel Yang Dipertua adalah satu tugas khusus yang ditanggung oleh kesemua sembilan orang Raja Raja Melayu keatas semua rejimen atau kor dalam ATM yang telah mendapat panji panji diraja termasukTLDM dan TUDM.

Untuk TLDM ianya dikenali sebagai Kepten Yang Dipertua. Kor/Rejimen yang belum menerima panji panji diraja tetapi mempunyai Kolonel Yang Dipertua ialah Rejimen Gerakhas Malaysia tetapi ianya dikenali sebagai Kolonel Komandan….”

Sultan Johor
DYMM Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar
* Kol Komandan Rejimen Gerak Khas

Sultan Kedah
KDYMM Al Sultan Almutasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Al Haj Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
* Kol Yang Dipertua Rejimen Askar Melayu Diraja
* Kol Yang Dipertua Kor Perkhidmatan Diraja

Sultan Selangor
DYMM Sultan Sharifuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah
* Kepten Yang Dipertua TLDM

Sultan Kelantan
KDYMM Sultan Muhammad V
* Kol Yang Dipertua Rejimen Artileri Diraja
* Kol Yang Dipertua Kor Risik Diraja

Raja Perlis
DYMM Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
* Kol Yang Dipertua Rejimen Renjer Diraja
* Kol Yang Dipertua Kor Polis Tentera Diraja

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir
* Kol Yang Dipertua Rejimen Semboyan Diraja
* Kol Yang Dipertua Kor Jurutera Letrik Dan Jentera Diraja

Sultan Terengganu
KDYMM Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Muhamad Al Mukhtafi Billah Shah
* Kol Yang Dipertua Kor Armor Diraja
* Kol Yang Dipertua Kor Ordinans Diraja

Sultan Pahang
KDYMM Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah Almustain Billah ibni Almarhum sultan Abu Bakar Riayatuddin Al Muadzam Shah
* Kol Yang Dipertua TUDM

#SumberAmarYusof

#KasimMy

Cawangan Ringger Payung Terjun.

Cawangan Ringger ini adalah satu-satunya yang terdapat didalam Angkatan Tentera Malaysia. Cawangan ini bertanggungjawab memperolehi kepakaran melipat, menyenggara, membaiki dan menyimpan payung-payung terjun dan peralatan bersangkutan untuk semua jenis penerjunan di dalam Tentera Darat. Kepakaran pada setiap individu anggota di cawangan ini menambahkan keyakinan setiap bakal penerjun. Fungsi utama cawangan ini ialah menyediakan payung dalam semua bentuk penerjunan samada penerjunan latihan mahupan penerjunan di dalam peperangan konvensional meliputi darat, laut dan udara. Cawangan ini juga berkemampuan memperbaiki payung-payung yang rosak dan membuat ubahsuaian kepada payung-payung yang difikirkan kurang memuaskan di dalam penggunaanya.

Sesuatu organisasi yang mempunyai kepakaran dalam bidang payung terjun harus turut mempunyai kepakaran ‘rigging’ (melipat) . Memandangkan ini, pada tahun 1971, dua orang anggota Rejimen Gerak Khas telah terpilih untuk menjalani Kursus Asas Para Rigger di Australia.

Anggota pertama
Mereka ialah 202628 Sarjan Ong Shu Cheh (bersara Pegawai Waren Dua) dan 650472 Sarjan Hanif bin Said (bersara Pegawai Waren dua). Sekembalinya mereka ke tanah air, mereka telah ditempatkan di Cawangan Rigger Rejimen Pertama Gerak Khas Malaysia.  Anggota-anggota ini disamping membuat tugas-tugas pentadbiran,turut menjalani kursus sambil belajar. Pada penghujung tahun 1972, payung-payung terjun yang baru telah dikirimkan melalui bantuan dari negara Australia memalui skim bantuan ketenteraan.

Pada mulanya cawangan ini diletak di bawah Cawangan Payung Terjun untuk melicinkan pentadbiran. Menjelang tahun 1980 cawangan ini  diasingkan dari Cawangan Payung Terjun dan telah dipertanggungjawabkan melaksanakan tugas secara persendirian.  Kursus-kursus peringkat awal pada keseluruhanya telah dijalankan di luar negeri. Sehingga kini lebih 40 orang anggota Rigger telah menjalani latihan teknikal di Australia dan Amerika Syarikat. Mejar Shukur bin Nasaruddin (420035) (bersara pada thun 1991) merupakan Ketua Cawangan Rigger yang pertama. Cogankata  cawangan ini adalah “Utamakan Keselamatan”.

Sepanjang penubuhan Cawangan Rigger cawangan ini telah diterajui oleh 4  orang Pegawai sebagai Ketua Cawangan dan 4 orang Pegawai Waren sebagai SSM , mereka-mereka ini adalah berkelayakkan kepakaran sebagai anggota Rigger dan berpengalaman luas di dalam bidang melipat payung.

Monday, June 20, 2016

PENDIRIAN TUN DR MAHATHIR.

1. Mereka bertanya apakah pendirian saya setelah mereka menang.

2. Pendirian saya tidak berubah. Mungkin ia menjadi lebih keras.

3. Saya tidak mungkin sokong perbuatan salah guna kuasa seperti menubuh dana kekayaan negara dengan berhutang; pengurusan dana ini sehingga rugi berbillion-billion; pembelian oleh 1MDB tanah Kerajaan bernilai 3000 RM pada harga RM 60 skp; Penglibatan Jho Low dalam pengurusan 1MDB; pemindahan bermillion dollar Amerika kepada syarikat milik Jho Low; pengakuan Najib bahawa adalah benar wang sebanyak 2.6 billion Ringgit ada dalam akaun peribadinya; kegagalan Najib menjelas dari mana datangnya wang ini; kehilangan berbillion Ringgit wang 1MDB; pemindahan beban bayaran hutang 1MDB kepada Kerajaan.

4. Saya juga tidak mungkin sokong penyalahgunaan kuasa oleh Najib dengan menangkap, memasukkan dalam tahanan, menuduh dengan mengguna undang-undang yang salah iatu undang-undang anti-terrorist yang kemudian ditukar kepada undang-undang mensabotaj ekonomi kononnya, membuang A.G. supaya dapat diganti dengan A.G. yang sanggup berbohong dan berselindung di belakang OSA.

5. Saya tidak dapat terima seorang Perdana Menteri yang menjatuhkan maruah bangsa dan negara setelah akhbar dan TV seluruh dunia menyiar dengan terang dan bukti yang jelas akan salah laku Najib berkenaan duit 1MDB; institusi-institusi Kerajaan di Switzerland, Singapura mendakwa berkenaan kesalahan 1MDB pimpinan Dato Seri Najib dalam pengurusan wang 1MDB; pembayaran berbillion Ringgit kepada syarikat palsu, yang menyebabkan 1MDB disaman oleh badan milik Kerajaan Abu Dhabi supaya dibayar gantinya sebanyak RM 20 billion lebih.

6. Saya tidak dapat terima Najib yang berpegang kepada konsep “Cash is King”, Wang Tunai itu Raja – iaitu mengamal rasuah sebagai prinsip politiknya.

7. Kemenangan luar biasa BN dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar jelas dihasilkan dari pemberian wang dan barang-barang kepada pengundi. Perbuatan ini dilihat oleh orang ramai. Tidak ada perasaan segan silu atau malu apabila membuat penipuan untuk mendapat kemenangan.

8. Maruah bangsa dan negara sudah dimusnah sehingga rakyat Malaysia yang dahulu bermaruah sudah turut contoh yang ditunjuk oleh pemimpin.

9. Mereka yang bertanya akan pendirian saya perlu bertanya diri sendiri apakah maruah kamu sudah tidak ada lagi sehingga sanggup berbangga dengan kemenangan hasil penipuan, hasil rasuah yang terbuka dan salah guna kuasa yang ketara.

10. Bagi saya usaha untuk membersih Kerajaan Malaysia akan saya teruskan dengan apa cara sekalipun.

Kabinet patut dipertanggungjawabkan atas masaalah 1MDB??? Ku Li !!!

Keseluruhan Kabinet patut dipertanggungjawabkan atas masalah yang dihadapi syarikat 1Malaysia Development Berhad, kata veteran Umno Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini, dan menambah beban itu bukan di bahu perdana menteri seorang saja.

Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata jika ahli Kabinet tidak sedar mengenai isu 1MDB, mereka sepatutnya membuat siasatan, bukannya menuding jari ke arah orang lain.

“Semua di sana (dalam Kabinet) perlu bertanggungjawab secara kolektif terhadap masalah itu. Anda tidak boleh kata ia bukan masalah anda, bukan masalah saya,” kata bekas menteri kewangan itu kepada wartawan ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

“Selagi anda anggota Kabinet, sama ada anda tahu atau tidak tahu apa yang sedang berlaku dalam kerajaan, anda sama dan turut bertanggungjawab,” katanya.

Tengku Razaleigh hari ini berkata tidak sewajarnya ahli Kabinet dakwa tidak tahu mengenai skandal itu, memandangkan sudah ramai yang bercakap mengenai 1MDB.

“Orang lain tahu, bagaimana ahli Kabinet tidak tahu? Sibuk dengan perkara lain?,” katanya yang juga ahli Parlimen Gua Musang.

Bagaimanapun, beliau enggan berkongsi pandangannya berhubung syarikat yang sedang sarat menanggung hutang itu, berkata beliau harap untuk mendapatkan “gambaran keseluruhan” terlebih dulu.
Katanya, 1MDB menjadi “buah mulut kerana ada sesuatu yang di luar kebiasaan dan di ambang penipuan”, tetapi menambah beliau akan menunggu sehingga laporan rasmi dikeluarkan.

“Kita hanya bergantung pada maklumat yang keluar cebisan demi cebisan daripada pelbagai sumber.

“Jadi mari kita lihat keseluruhan gambar. Pada masa ini, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga sedang menyusun untuk bagaimana melihat masalah ini,” katanya

Jawatankuasa dwi parti itu memulakan prosidingnya mengenai perkara itu pada Selasa lalu, selepas memutuskan untuk tidak menunggu siasatan ketua audit negara disiapkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan ketua audit negara menjalankan siasatan dan menyerahkan hasilnya kepada PAC untuk ketelusan. Tetapi, kritikan yang semakin banyak dan pendedahan dalam laman web Sarawak Report mendorong PAC memulakan pendengarannya lebih awal.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terbuka mengkritik cara kerajaan mengendalikan isu itu, dan berkata beliau sendiri tidak tahu bagaimana hendak memberi penjelasan kepada rakyat mengenai masalah 1MDB, yang menanggung RM42 bilion hutang dalam hanya 6 tahun beroperasi.

Sunday, June 19, 2016

UCAPAN SELAMAT HARI BAPA DARI DYMM SULTAN JOHOR

Hari ini, 19hb Jun 2016, adalah Hari Bapa.
Kepada semua para bapa yang cekal berusaha mencari rezeki untuk keluarga masing-masing, saya sanjungi anda serta ketekunan dan segala pengorbanan yang anda lakukan.

Saya juga, sebagai seorang bapa, sangat mengerti bahawa tanggungjawab kita sebagai bapa adalah peranan paling penting dalam kehidupan kita kerana anak-anak kita menjadikan kita, bapa mereka, sebagai contoh, dan gaya mereka mencorakkan kehidupan mereka mencerminkan pengaruh dan perlakuan kita.

Semoga anda sentiasa memberi contoh yang baik buat anak-anak anda, dan kekal berada di samping mereka pada ketika mereka amat memerlukan anda. Selamat Hari Bapa saya ucapkan kepada semua para bapa sekalian.

SUMBER : SULTAN JOHOR OFFICIAL

Saturday, June 18, 2016

Mahkamah Tinggi membenarkan saman Nurul Izzah Anwar terhadap Ketua Polis Negara dan Menteri Kenajuan Luar Bandar dan Wilayah!!!

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membatalkan saman fitnah difailkan terhadap mereka oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Hakim Datuk John Louis O'Hara, semasa menolak permohonan itu berkata, mahkamah berpandangan bahawa saman itu patut dibenarkan untuk menjalani perbicaraan penuh, dan menetapkan 8 Mei, 2017, bagi perbicaraan.

Beliau turut menasihati kedua-dua pihak mempertimbangkan untuk menyelesaikan saman itu menerusi mediasi dan menetapkan 18 Julai bagi pengurusan kes untuk kedua-dua pihak berbincang berhubung usaha mediasi.

Nurul Izzah, yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai, memfailkan saman itu pada 26 November tahun lepas mendakwaKhalid mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadapnya pada sidang media di ibu pejabat polis Bukit Aman pada hari sama.

Beliau turut mendakwa Ismail Sabri telah mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadapnya pada hari sama dalam satu acara di Bera, Pahang.

O'Hara memutuskan saman Nurul Izzah memberikan alasan munasabah untuk diambil tindakan, tidak bersifat semberono, remeh-temeh, skandal dan menyalahguna proses mahkamah.

Hakim mengarahkan kedua-dua defendan, Khalid dan Ismail Sabri, masing-masing membayar RM2,500 sebagai kos perundangan kepada Nurul Izzah.

Dalam pernyataan tuntutannya, Nurul Izzah berkata kenyataan itu dibuat oleh Khalid dan Ismail Sabri beberapa hari selepas tersiarnya gambar beliau bersama-sama Jacel Kiram, anak perempuan Jamalulail Kiram, yang didakwa mengarahkan serangan dan pencerobohan Sabah pada 2013.

Beliau mendakwa kenyataan itu menggambarkan beliau ialah seorang pengkhianat kepada negara dan dalang insiden pencerobohan Sabah.

Thursday, June 16, 2016

BERKENAAN BOLASEPAK DAN KES MENGHINA

Kelab bolasepak bukan sebuah penjara, itulah sebabnya ia dipanggil kelab bolasepak. Pemain bebas untuk berpindah dan pergi ke mana sahaja yang mereka mahu termasuk pemain di JDT. Pintu sentiasa terbuka untuk pemain kerana pemain sentiasa datang dan pergi dari kelab-kelab sepanjang masa. Yang menghairankan di Malaysia, kelab dan persatuan mengancam pemain mereka agar tidak meninggalkan kelab. Ini termasuk mengugut pemain dan keluarga mereka, memanipulasi penyokong serta mengenakan denda ke atas pemain. FIFA menyebut dengan jelas bahawa pemain boleh pergi ke mana-mana sahaja yang mereka mahu selagi pemain menebus kontrak mereka.

Dalam kes Gabriel Guerra, yang telah menjadi topik hangat yang diperbualkan oleh media baru-baru ini, saya menyaksikan sendiri apabila pemain tersebut datang untuk melawat Juan Sebastian Veron di Johor, mesej yang dihantar kepadanya oleh penolong jurulatih PKNS dan bagaimana dia menerima layanan yang berbeza di kelabnya... Dan kelab tertanya-tanya pula mengapa pemain ingin meninggalkan mereka selepas pemain tersebut menerima layanan dengan cara sedemikian. Apabila Gabby Guerra menunjukkan mesej yang telah disampaikan oleh pihak pengurusan PKNS, saya terkejut kerana saya sebagai putera raja, saya sendiri langsung tidak pernah menggunakan apa-apa perkataan yang kesat dan menyakitkan terhadap pemain saya sepertimana mereka gunakan terhadap Gabby Guerra. Oleh kerana terkejut, saya tidak sengaja tersimpan mesej tersebut...ehem. Orang-orang ini sengaja menjadi ianya isu besar apabila Gabby memakai baju JDT dan apabila bergambar dengan saya. Tetapi peliknya tiada penyokong JDT membuat sebarang isu apabila TMJ bergambar memakai baju PKNS. Sekarang saya ingin bertanya kepada PKNS, "Adakah Gabby Guerra menjadi masalah tersebut atau orang PKNS yang ada masalah dengan TMJ". Gabby memberitahu saya bahawa "Ia bukan mengenai apa yang saya lakukan tetapi adalah kerana mereka membenci Tunku".

Saya juga sedar bahawa PKNS berhasrat untuk memastikan Gabby Guerra menandatangani kontrak baru. Ini adalah untuk memastikan bahawa apabila JDT ingin mendaftar pemain ini di masa akan datang, PKNS akan mendapat wang dari perjanjian tersebut. Maaf, itu tidak akan berlaku. Saya telah dimaklumkan mengenai kes yang sama mengenai Azrif Nasrulhaq yang telah menghantar surat kepada Selangor FA memberitahu mereka bahawa dia tidak lagi mempunyai keinginan untuk mewakili kelab itu. Dan saya juga di fahamkan iaitu pihak FAS telah berjanji kepada keluarga pemain tersebut untuk melepaskan Azrif dalam perpindahan pemain pertengahan musim kerana pemain tersebut tidak lagi mempunyai hati untuk bermain dalam pasukan. Walau apapun Azrif kena bersabar dan harus tahu ianya bukan salah FAS tetapi orang-orang tertentu di dalam FAS.

Selangor adalah pasukan yang paling hebat dalam negara, yang kaya dengan sejarah dan mempunyai potensi untuk sentiasa menjadi pasukan yang paling hebat dalam negara. Saya kagum dengan pasukan Selangor daripada saya kecil lagi dan saya hormat penyokong-penyokong Selangor. Tetapi apakan dayanya apabila ahli politik menguruskan kelab bolasepak demi kepentingan peribadi. Setiap kelab perlu memahami bahawa kami menjalankan kelab bola sepak dan bukan kem tahanan. Sekiranya terdapat mana-mana kelab yang berhasrat untuk membeli mana-mana pemain JDT, pintu kelab JDT sentiasa terbuka. Walau bagaimanapun, sedih di negara ini, pegawai-pegawai tertinggi dalam bola sepak masih mengugut pemain dan keluarga mereka. Kepada bapa Azrif, semoga berjaya untuk RM2Juta

Ini adalah mengapa saya tidak nampak sesiapa sebagai pesaing saya. Ia kerana kami tidak mempunyai impian yang sama, matlamat yang sama, cita-cita atau pemikiran yang sama. Kami berbeza. Jika anda mahu bersaing dengan Johor, wujudkan persekitaran di mana pemain tidak mahu meninggalkan kelab.

Hanya satu nasihat kepada pesaing kami, kejayaan kerap terhasil apabila anda mengamalkan gaya hidup positif, kerja keras, ketekunan, perancangan, dan yang paling penting disiplin diri. Dalam JDT matlamat kita tidak berhenti untuk sesiapa sahaja. Sama ada anda menyokong kami atau tidak kami akan tetap lakukannya. Tidak kira  apa cara sekali pun, ia akan tetap terjadi. Demi kejayaan, kami tahu apa yang kami mahu dan kami akan berusaha untuk mengecapinya.

Kepada mereka yang mengatakan saya tidak boleh dikritik, saya telah dikritik sejak 2013 lagi bila saya mengambil alih PBNJ. Baru-baru ini isu beberapa individu telah ditangkap kerana menghina nama baik saya yang tak pernah saya kacau. Terdapat pihak yang cuba memutarbelitkan fakta mengatakan mereka mengkritik dan bukannya menghina. Ada juga segelintir yang memutarbelitkan fakta bahawa saya yang menitahkan untuk membuat tangkapan keatas individu individu ini. Hakikatnya, laporan polis dibuat oleh rakyat Johor yang masih sayangi institusi DiRaja. Jadi soalan saya kepada individu-individu tersebut adalah apa kena mengena dengan saya sekiranya ada orang lain membuat laporan terhadapnya..? Ada juga sesetengah pihak yang menyeru kepada saya untuk mengarahkan pihak polis membebaskan individu-individu terbabit. Orang yang sama juga sentiasa menggunakan ayat yang tiada sesiapapun dikecualikan dari segi undang-undang dan sekarang mereka mahu saya bertindak seolah-olahnya saya lebih tinggi daripada undang-undang. Walaupun mengkritik atau menghina saya tidak peduli dan mereka boleh teruskan dengan matlamat mereka kerana saya bersyukur dengan kehidupan yang Allah S.W.T telah kurniakan kepada saya dan Allah S.W.T akan sentiasa melindungi mereka yang benar. Selamat berpuasa.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

-----

REGARDING FOOTBALL AND THE CASE OF INSULT

A football club is not a prison, that is why it is called a football club. Players are free to move and go wherever they want and this includes players at JDT. Doors should always be open for players as players come in and out of clubs all the time. Surprisingly in Malaysia, clubs and associations threaten their players not to leave the clubs. This includes threats to the player's family, manipulating fans as well as imposing fines on the player. FIFA mentions it clearly that players can go anywhere they want as long as the players buys out their contract.

In the case of Gabriel Guerra, which has been a hot topic carried out by the media recently, I witnessed myself when the player came to visit Juan Sebastian Veron in Johor, the messages being sent to him by the assistant coach of PKNS and how he was being mistreated by the club... And clubs wonder why their players wants to leave after treating their players this way. I was shock by the message i saw and therefore I saved the message that was sent to Guerra. As a Prince, even I don't use such harsh and offensive words like they used on Gabby Guerra. These people wants to make a big issue because Gabby was using a JDT shirt but no JDT fan make any issue when TMJ wears a PKNS shirt. Now I would like to ask PKNS, "Is what Gabby Guerra did a problem or is TMJ the problem". Gabby tells me that "Its not what I did but because they hate you".

I am also aware that PKNS also intends to make sure Gabby Guerra sign a new contract. This is to make sure that should JDT wish to sign this player in the future, PKNS will be able to make some money from the deal. Sorry, but that is not going to happen. I was informed of a similar case regarding Azrif Nasrulhaq who has sent a letter to Selangor FA informing them that he no longer has the desire to represent the club anymore. I was also informed that FAS promised Azrif and his family that they will release him in the mid transfer window. Selangor is the most succesful club in the country, rich with history and have the potential to be the biggest club in the country. I have always been impressed by the Selangor football team since I was young and I have high respect for the Selangor Fans. However, when politicians run clubs for their own personal interests, clubs will not progress. Clubs need to understand that we run a football club and not a detention camp. Should there be any club who wishes to buy any of my players, my door is always open. However, sadly in this country, high officials in football still threatens players and their family.

This is why I don't see anyone as my competition. It is because we don't have the same dreams, goals, ambitions or brains. We are not the same. If you want to compete with Johor, create an environment where players don't want to leave.

Just a piece of advice to our respective competitors, success is often the result of a positive lifestyle, hardwork, perseverance, planning and most of all self discipline. In JDT our goals don't stop for anyone. Either you support us or against us, we will make it happen alone. Either way its going to happen. We are very clear about what we want and we are going to get it.

To those to say that I cannot be criticise, I have been criticised since 2013 when I first took over the helm of Johor FA. Recently, a few individuals have been arrested for insulting my good name. I have never bothered them. There are also certain quarters who are trying to twist facts by saying that these individuals are simply criticising and not insulting. There are people also saying that I have ordered for their arrest but in reality, the police reports are made by the people of Johor who still love the Royal Institution. My question to them is, if they make the report, what does it have to do with me.  The same people are asking me to release these individuals but you have made it clear that no one is above the law, who am I to interfere with the police or the law? Last but not least, eventhough I am criticised or insulted, I could not care less and these people can continue with their wishes as I am grateful with the life Allah S.W.T has given to me and the good will always prevail.

HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

Desakan Rakyat.

1. Ada ahli UMNO yang tidak senang dan marah kerana saya berada di satu pentas dengan Kit Siang, musuh ketat UMNO

2. Saya tidak akan ada bersama Kit Siang jika UMNO masih UMNO yang ditubuh pada 1946.

3. Dimasa saya jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri teguran dan cabaran terhadap saya tidak ditegah oleh saya. Musa Hitam, Tengku Razaleigh dicalon untuk bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Ramai Menteri dalam Kabinet saya, seperti Rais Yatim, Abdullah Ahmad Badawi, Syed Hamid, Kadir Sheikh Fadzir berkempen menyokong Razaleigh dan Musa. Saya tidak halang mereka, tidak lucut keahlian mereka.

4. Keputusan undian memberi kemenangan kecil kepada saya dan Ghafar. UMNO diheret ke mahkamah dan hakim hukum UMNO haram.

5. Saya terpaksa hidupkan semula UMNO. Walaupun Tengku Razaleigh menubuh Semangat 46 tetapi majoriti ahli UMNO menyertai UMNO Baru. Turut menyertai ialah Abdullah Badawi, Kadir Sheikh Fadzir, Syed Hamid dan kemudian Rais Yatim. Mereka kembali menjadi Menteri. Tidak ada siapa yang dibuang dari UMNO melainkan mereka sendiri memilih untuk menyertai Semangat 46.

6. Apabila Semangat 46 dibubar, ahli mereka diterima balik ke dalam UMNO.

7. UMNO kembali kuat walaupun yang tidak sokong saya dimasa pertandingan berada dalam UMNO.

8. Inilah cara UMNO. Pemimpin dan ahli bebas menegur dan mencabar pemimpin. Saya diserang hebat oleh penyokong Anwar semasa dia menjadi Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri.

9. Penyingkirannya dibuat oleh Majlis Tertinggi dengan dia diberi hak mempertahankan diri. Keputusan dibuat oleh Majlis Tertinggi.

10. Dalam kes Musa Hitam yang telah letak jawatan sebagai Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri, Majlis Tertinggi membuat keputusan untuk menghantar rombongan dibawah Wan Mokhtar ke London untuk memujuk Musa menarik balik perletakan jawatan-jawatannya. Saya tidak larang.

11. Dia bersetuju kembali sebagai Timbalan Presiden dan tidak sebagai Timbalan Perdana Menteri. Saya terpaksa lantik Ghafar Baba sebagai Timbalan Perdana Menteri, sementara Musa terus jadi Timbalan Presiden.

12. Lepas itu Musa pujuk musuhnya, Tengku Razaleigh untuk bertanding sebagai Presiden melawan saya. Musa sendiri bertanding jawatan Timbalan Presiden dibawah calon Presiden Tengku Razaleigh musuhnya.

13. Walaupun Musa melakukan semua ini saya lantiknya sebagai Wakil Istimewa Malaysia ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Saya beri kepadanya taraf Menteri.

14. Semua yang saya lakukan diasaskan kepada demokrasi. Tetapi hari ini Najib sebagai Presiden bukan sahaja tidak boleh dicabar, tetapi tidak boleh ditegur pun. Kalau sesiapa menegur dianya dilucut keahlian dalam parti. Ini disusuli dengan larangan bertemu ahli dan pemimpin UMNO. Ada pula keputusan menggantung jawatan. Tidak ada peluang diberi untuk pertahan diri.

15. Perwakilan ke Mesyuarat Agong UMNO tidak lagi bebas bersuara. Mereka ditaklimatkan supaya tidak sentuh 1MDB dan 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadi Najib.

16. Dalam keadaan begini bolehkah ahli UMNO beri sokongan kepada saya secara terbuka dan ramai jika saya tegur Najib? Beranikah ahli UMNO secara terbuka tandatangani Deklarasi Rakyat untuk menjatuhkan Najib?

17. Beberapa Ketua Cawangan yang mengkritik Najib telah diberi amaran, diganggu perniagaan, ditarik balik biasiswa isteri dan bermacam lagi tekanan.

18. Yang jelas ialah semua Menteri-Menteri, Ketua Bahagian UMNO, wakil-wakil rakyat UMNO membisu dalam merestui segala salah laku Najib. Biarlah hilang berbillion Ringgit, negara dikenali di dunia sebagai antara sepuluh negara yang tertinggi rasuahnya, rakyat Malaysia apabila berada di luar negara dimalukan dan dihina dan Najib sendiri takut bertemu dengan pemberita asing, namun ahli UMNO akan sokong Najib.

19. Akhbar dunia melapor secara terperinci dan terbuka berkenaan bagaimana Najib menyalahguna kuasa, memasukkan dalam tahanan pemimpin UMNO yang membuat laporan polis, mendakwanya di bawah undang-undang pengganas, menangkap peguamnya, tetapi pemimpin dan ahli UMNO tidak berasa malu dan terus sokong Najib.

20. Dan sekarang undang-undang dikuatkuasakan yang memberi kuasa kepada Najib membelakangkan Yang diPertuan Agong, Kabinet, Dewan Rakyat, Dewan Negara untuk mengisytiharkan kawasan darurat dalam mana Najib sebagai Pengerusi National Security Council (Majlis Keselamatan Negara), boleh masukkan dalam tahanan siapa sahaja tanpa dibicara di mahkamah.

21. Semua pihak dalam dan luar negara mengecam undang-undang ini. Yang diPertuan Agong dan Raja-Raja tidak menandatangani undang-undang ini. Baginda dan Duli-Duli Raja-Raja mengarahkan supaya dikaji dan dihalusi peruntukan dalam undang-undang ini.

22. Najib tidak endah semua bantahan dan nasihat Raja-Raja. Dia kuatkuasakan sahaja undang-undang ini.

23. Yang boleh meminda atau menolak undang-undang ini ialah Dewan Rakyat. Ahli Dewan Rakyat dari UMNO dan BN tidak mungkin menolak rebutan kuasa oleh Najib.

24. Apakah mungkin teguran saya disokong oleh ahli UMNO secara meluas? Tentu tidak. Saya tidak sertai mana-mana parti sekarang. Saya bebas untuk berserta dengan apa sahaja gerakan. Sebagai rakyat Malaysia saya sertai gerakan rakyat untuk menumpaskan Najib. Jika terdapat dalam gerakan ini Lim Kit Siang, dia juga rakyat. Hanya dalam usaha dan niat untuk singkirkan Najib sahaja kita bersetuju.

25. Oleh kerana pimpinan UMNO sekarang tidak faham bahasa saya, saya jelaskan sekali lagi bahawa saya bertindak sebagai rakyat Malaysia untuk menyedarkan Najib bahawa rakyat tidak terimanya lagi.

26. Jika ada Kit Siang atau sesiapa bersama saya, itu adalah kerana mereka seperti saya juga rakyat Malaysia yang hendak menyatakan kepada Najib melalui PRK ini bahawa rakyat sudah tidak lagi dapat menerima Najib sebagai Perdana Menteri. Hanya secara kebetulan sahaja mereka menjadi ahli parti-parti politik atau NGO.

27. Tetapi yang tidak mahu faham tentu tidak akan faham juga.

KENYATAAN YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Tuduhan liar yang dilemparkan terhadap saya oleh Raja Petra Kamaruddin dalam beberapa siri entri blog Malaysia Today sejak beberapa hari yang lalu adalah tidak berasas  dan berniat jahat. Segala tohmahan tersebut adalah fitnah jahat dan sangka buruk yang disebarkan semata-mata untuk merosakkan integriti saya serta berbaur politik yang cukup menjijikkan lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Sempena bulan Ramadhan yang juga merupakan bulan keampunan dan kerahmatan, seharusnya orang yang membuat fitnah ini beristighfar dan berdoa semoga dihapuskan segala dosa-dosanya. Jika dia sedar akan kesalahannya, dia seharusnya memohon maaf.

Saya percaya kesemua tohmahan ini bertujuan untuk menjejaskan reputasi saya setelah saya tidak lagi berada di dalam kabinet dan terus lantang bersuara untuk mencari kebenaran.

Dugaan Allah kepada saya amat besar di bulan Ramadhan ini. Saya harus bertenang, bersabar dan berdoa mudah-mudahan Allah s.w.t permudahkan segala urusan kita.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Wednesday, June 15, 2016

Penyangak 1MDB belum didakwa dalam negara?

Pada pandangan aku selagi penyangak 1MDB tidak dibawa ke muka pengadilan. Selagi itu masaalah tersebut tidak akan selesai.

Tidak kiralah siapapun penyangak tersebut. Wang negara hilang berbellion  tidak patut dibiarkan pelakunya bermaharaja-lela di luar.

Akibatnya negara yang akan tanggung dari kesan tersebut. Mengapa perkara ini berlaku? Kerana sikap acuh-tidak acuh dengan AMANAH yang diberikan.

Ini bukan soal rakyat mahu jatuhkan kerajaan. Tetapi rakyat mahu kerajaan bergerak dilandasan yang betul dalam soal tadbir urus negara. Dalam soal urusan sulit mahupun tidak sulit.

Pendedahan media dari luar negara dan dalam negara dengan lapuran PAC ternyata 1MDB bermasaalah dengan hutang yang banyak sehingga mencecah 50billion. Itu setakat yang diketahui sahaja. Kemungkinan bertambah menjadi besar kerana badan-badan penyiasat pihak berkuasa diluar negara sedang menyiasat dan ada yang telah membekukan aset-aset yang melibatkan 1MDB.

Siapakah sebenarnya yang patut dan bertanggungjawab melaksanakan AMANAH negara untuk membawa perosak negara ke muka pengadilan?

Berita terbaru IPIC heret 1MDB, MOF Kepada timbang tara London tuntut AS$6.5b. International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS (Aabr) telah mengemukakan permintaan timbang tara (RFA) kepada Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London berhubung tuntutannya melibatkan lebih AS$6.5 billion daripada 1MDB dan Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF)

Akhirnya akan sampai satu ketika nanti di mana pemimpin atau pemerintah yang memikul bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan permaidani merah.

Rakyat yang menyokong pimpinan yang terlibat dengan sekandal 1MDB hanya tinggal 3.5 juta orang sahaja (UMNO) satu ketika nanti akan dibawa ke muka pengadilan dalam negara atau luar negara.

Sekandal 1MDB merupakan pengubalan wang haram merentasi tiga benua. Jadi janganlah ada rakyat Malaysia yang memandai-mandai kononnya 1MDB membawa kebaikkan kepada negara?

Aku boleh rumuskan bahawa 1MDB bakal membawa malapetaka kepada negara jika salah perkiraan atau salah dalam pengurusan permasaalahan 1MDB.

Contoh telah terjadi apabila IPP telah berjaya dijual kepada negara luar. Secara tidak langsung kebertanggungjawaban negara luar kepada rakyat Malaysia bukan satu ke utamaan. Pelabur mesti mencari keuntungan apabila melabur dalam satu-satu bidang.

Amat bimbang jika satu ketika 1MDB dijadikan satu alat untuk melumpuhkan ekonomi negara. Perkara ini bakal terjadi dan contoh yang perlu disedari oleh rakyat di mana TPPA juga membolehkan syarikat pelabur menyaman sesebuah kerajaan jika pelaburan mereka mengalami kerugiaan atau berlaku perkara-perkara yang terlangar dalam syarat perjanjian TPA yang ditandatanggani.

Mungkin perkara ini nampak remeh dan menyusahkan. Tetapi besar kesan dan akibatnya jika perkara ini benar-benar berlaku.

Tuesday, June 14, 2016

IPIC heret 1MDB, MOF kepada timbang tara London tuntut AS$6.5b?

International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS (Aabar) telah mengemukakan permintaan timbang tara (RFA) kepada Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London berhubung tuntutannya melibatkan lebih AS$6.5 bilion daripada 1MDB dan Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF).

"RFA prihatin terhadap kegagalan 1MDB dan MOF untuk menjalankan obligasi kontrak di bawah Lembaran Terma Terikat (BTS) seperti yang dinyatakan dalam pengumuman IPIC GMTN Limited pada 10 Jun 015 (RNS Nombor 7064P)," kata IPIC dalam kenyataan yang dihantar kepada Bursa Saham London, hari ini.

IPIC menyatakan bahawa kegagalan 1MDB dan MOF dalam menjalankan tanggungjawab mereka, melangsaikan tunggakan atau mengemukakan cadangan yang boleh diterima telah menyebabkan IPIC tiada pilihan alternatif selain meneruskan tuntutan berjumlah AS$6.5 bilion menerusi timbang tara.

"Tuntutan itu akan ditentukan oleh tribunal timbang tara yang akan terdiri daripada tiga orang penimbangtara menurut Lembaran Terma Terikat dan peraturan-peraturan LCIA ," kata IPIC dalam kenyataan itu.

PROTON BERJASA PELUANG KERJAYA RAKYAT MALAYSIA.

ERA MAHATHIR DALAM PROTON

Acara merasmikan Proton Perdana sepatutnya menjadi sebuah acara kebanggaan negara (nation pride).

Ia bukan sahaja sebuah acara yang memperkenalkan model kereta nasional kepada umum tetapi merupakan satu testimoni kepada keupayaan teknologi dan kejuruteraan rakyat Malaysia.

Namun, hari ini pengertian kepada acara tersebut telah diberikan makna baru. Ia boleh dijadikan sebuah acara politik untuk menghentam musuh politik.

Seorang pemimpin dilaporkan berkata 'era Tun Dr Mahathir campur tangan politik di dalam Proton telah berakhir' dan beliau dengan jelas mengkritik model perniagaan Proton yang baginya telah silap percaturan sejak penubuhan Proton 30 tahun dahulu.

Sesungguhnya kehandalan beliau dalam menilai 'viability' sesebuah model perniagaan sesebuah syarikat amat diketahui umum. Inilah insan yang secara jelas mengakui kelemahan model bisnes syarikat pelaburan strategik beliau yang-tidak-boleh-dinamakan.

Ini sama sekali berbeza dengan Tun Dr Mahathir.

Pengasas Proton ini sememangnya tidak pandai dalam berniaga. Beliau telah menubuhkan sebuah syarikat automotif dengan pinjaman RM400 juta sahaja- jauh lebih rendah berbanding dengan apa yang dipinjam dari Goldman Sach oleh sebuah syarikat strategik-yang-tidak-boleh-dinamakan.

Kemudiannya beliau telah melindungi Proton dengan pelbagai polisi. Ini adalah suatu kesilapan kerana beliau telah meniru apa yang dilakukan oleh negara-negara autmotif seperti Jepun, China dan Jerman dalam membangunkan kereta nasional mereka.

Walaupun sebanyak 4 juta kenderaan Proton telah terjual dan kerajaan telah mengutip cukai sejumlah RM24 billion, ini sama sekali suatu kesilapan kerana ianya diperolehi hasil 'campur tangan politik' Tun Dr Mahathir sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.

Bayangkan jika tiada campur tangan, sudah pasti Proton akan lebih maju dan mampu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan berbanding sekadar 12,000 pekerja (50,000 pekerja 'indirectly') sekarang.

Untuk meningkatkan lagi produktiviti Proton, kemungkinan besar Tun Dr Mahathir telah campur tangan dengan mengarahkan Proton untuk tidak meminjam satu sen pun daripada kerajaan (atau mana-mana bank asing) dalam membina Bandar Proton serta kilang di Tanjung Malim yang bernilai RM4 billion.

Sepatutnya (menurut model bisnes yang betul) jumlah berbilion-billion tersebut perlulah dipinjam.

Hairannya, selepas beliau menjadi Penasihat Proton pada 2003, Perdana Menteri ketika itu telah memberikan tekanan kepada CEO Proton pada masa tersebut untuk tidak menyambung kontrak.

Kemudiannya, Proton telah menjual MV Agusta sebanyak 1 euro walaupun pemilik baru telah menjual MV Agusta dengan nilai 109 juta dolar.

Industri automotif negara telah dibuka seluas-luasnya, bermaksud kereta luar lebih mudah dijual di Malaysia.

Ini sedikit sebanyak telah 'menelan' pasaran Proton.

Walaubagaimanapun, ini tidak dianggap sebagai campur tangan politik kerana mungkin Perdana Mneteri ketika itu tidak diberikan nasihat oleh Penasihat Proton.

Hanya pada 2014 Tun Dr Mahathir  dilantik sebagai Pengerusi Proton. Pada ketika itu Proton telah pun berada dalam keadaan getir.

Ini samalah seperti En Arul Kanda menjadi CEO syarikat-yang-tidak-boleh-dinamakan.

Namun, berbeza dengan En Arul, Tun Dr Mahathir telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Proton.

Perletakan jawatan itu semestinya berikutan  prestasi buruk Proton dan sama sekali bukan kerana campur tangan politik dalam mendapatkan 'soft-loan' daripada kerajaan.

Sesungguhnya dengan pengisythiaran bahawa era baru Proton telah bermula menandakan pemimpin tersebut akan memikul tanggungjawab dan bersikap akauntabiliti kepada prestasi Proton selepas ini.

Benarlah kata-kata pujangga 'tidak ada beban, batu digalas.

Monday, June 13, 2016

Rumah Tengku Adnan Setiausaha Agung UMNO terbakar?

Takziah Ku Nan, Setiausaha Agung Umno kerana tingkat atas rumah banglo empat tingkat bernilai jutaan ringgit miliknya terbakar.

Kebakaran dipercayai berpunca dari bilik anak lelakinya, Tengku Mohd Hafiz, 15, apabila pendingin hawa di bilik tersebut mengalami kerosakan sehingga mengeluarkan percikan api Kebakaran.

Bersabarlah  Ku Nan dalam bulan ramadan menerima ujian dan musibah dari Allah. Semua itu harta dunia.

Harta dunia ini tidak kekal. Kerana dunia ini tempat tumpangan untuk sementara waktu. Akhirat jualah tempat yang kekal buat selama-lamanya.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat