TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, June 18, 2013

Sekolah satu aliran jamin survival bangsa


Hakikat bahawa semakin banyak desakan termasuk dariapda kalangan cendikiawan Cina sendiri supaya sistem persekolahan satu aliran diperkenalkan, menunjukkan kebimbangan terhadap tahap perpecahan kaum di negara ini sekarang, dikongsi oleh majoriti rakyat.
 
Kecuali pertubuhan pendidikan cauvinis Cina dan parti politik yang menjadikan isu perkauman sebagai talian hayat perjuangan mereka, semua pihak mengakui dasar yang membenar dan menggalakkan kehadiran sekolah jenis kebangsaan menjadi penghalang utama perpaduan kaum.

Dulu, istilah perpaduan nasional jadi ungkapan penting dan dilihat mahu diperjuangkan oleh setiap parti politik, keadaan sebaliknya berlaku sekarang”

Terbaru ialah Timbalan Pengarah, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Teo Kok Seong, yang berkata kewujudan 61 sekolah vernakular swasta dan 78 sekolah jenis kebangsaan (SJK) menjadi punca kepada rakyat berbilang kaum gagal mengenali dan menghormati antara satu sama lain.

Bagaimanapun, kenyataan Dr Teo itu bukan yang pertama daripada tokoh pendidikan Cina. Pelbagai kajian dan buku mengenai perpaduan kaum atau pembentukan bangsa Malaysia, sepakat mengaku sistem pendidikan adalah alat utama ke arah mencapai perpaduan nasional.

Perpaduan kaum

Seorang lagi tokoh akademik Cina, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim lima tahun lalu pernah menyarankan kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan perpaduan antara kaum tercapai.
 
Malah, saranannya ketika itu turut dibahaskan di Dewan Rakyat dan mendapat sokongan beberapa ahli Parlimen pembangkang, termasuk Tony Pua dari DAP.
Bagaimanapun, saranan itu hilang begitu saja sehingga keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini yang menunjukkan tahap semangat perkauman di negara ini sekarang.

Walaupun sekolah dan bahasa kebangsaan dikenal pasti seawal Penyata Razak pada 1959, sebagai alat utama perpaduan kaum dan pembentukan bangsa, ternyata pertimbangan politik sejak itu sehinggalah sekarang menyukarkannya daripada kenyataan.

Kesannya bukan saja semangat perkauman semakin menebal, tetapi bahasa kebangsaan yang menjadi faktor perpaduan di negara majmuk lain, menjadi terpinggir di negara sendiri. Lebih malang, dasar pendidikan yang bercelaru kerana sering berubah atas pertimbangan politik, memberi ruang lebih luas kepada kaum tertentu untuk menuntut yang kononnya ‘hak’ mereka.

Kalau dulu, istilah perpaduan nasional menjadi ungkapan penting dan dilihat mahu diperjuangkan oleh setiap parti politik, keadaan sebaliknya berlaku sekarang. Hari ini, mereka yang memperkatakan perkara sebenar dan menganjur perpaduan nasional, bukan saja dianggap kolot, malah perkauman seperti berlaku ke atas bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah.

Pembentukan satu bangsa

Mohd Noor hanya menterjemahkan Perlembagaan Negara yang tidak mengiktiraf sekolah jenis kebangsaan dan menyaran agar ia dihapuskan. Kenyataannya itu menimbulkan kemarahan puak pelampau Cina sedangkan saranan itu sama dengan desakan supaya persekolahan satu aliran diperkenalkan.

Kita tidak tahu bagaimana berakhirnya isu desakan supaya sistem persekolahan ini berakhir. Apa yang pasti, soal perpaduan nasional dan pembentukan satu bangsa, walaupun apa pun istilahnya, mustahil menjadi kenyataan jika kita terus tunduk terhadap desakan dan bantahan bercorak perkauman.

Bagaimanapun jika selama ini pertimbangan politik menjadi kekangan utama dalam mengorak langkah sebenar ke arah perpaduan nasional, inilah ketikanya untuk memperbetulkan keadaan. Keputusan PRU-13 jelas membuktikan pendekatan berhubung isu ini, melebarkan lagi jurang perkauman.

Sudah tiba ketikanya pendekatan lain diambil tanpa terlalu bergantung kepada pertimbangan politik jangka pendek. Apa yang penting sekarang ialah generasi masa depan dan survival bangsa, bukan kelompok perkauman sempit yang semua orang tahu agenda politik mereka.

ANWAR KE INDONESIA TERUNGKAI ?

 PEMBOHONGAN ANWAR KE INDONESIA TERUNGKAI::
AIDC News-18 June 20q3-Media Indonesi, GATR news menulis berita dgn memetik twitternya,@anwaribrahim yg berbunyi,"Saya di Bali bersama Presiden SBY"
SBY merujuk kpd Presiden Republik Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono yg menghadiri pertemuan puncak Forum Pemimpin Redaksi(Forum Pemred) 2013 yg telah diadakan di Nusa Dua, Bali.
Dlm kicauan mikro blog(twitter) tersebut, Anwar juga menyatakan akan menyinggung masalah PRU Malaysia Ke-13, Mei lalu.
Maklum saja, Kebijakan politik Anwar Ibrahim memang menjadi sorotan internasional saat ini.Media masa nasional Malaysia saat ini juga ramai memperbincangkan arah pertemuan Anwar Ibrahim-SBY, GATRA news.
Anwar turut mengadakan sidang media di hadapan wartawan Indonesia pd 16 June 2013 dgn berkata, beliau sudah bertemu Presiden SBY dan mantan Wakil Presiden Jusuf Kalla(JK).
Dgn Presiden SBY, Anwar mendakwa telah bertemu di Bali.Selain membicarakan masalah regional Indonesia-Malaysia, Anwar Ibrahim juga mengadu "kecurangan-kecurangan" yg di laku kan PM Malaysia, Datuk Sri Najib kpd Presiden SBY berkaitan PRU Malaysia Ke-13.
Saya beritahu Presiden SBY bahawa isu kecurangan belum selesai, tidak dibiarkan begitu saja, kata Anwar Ibrahim..di laporkan VIVA news.
Anwar Ibrahim menjelaskan Presiden SBY berterima kasih kpd nya krn sanggup menceritakan PRU13 di Malaysia namun Presiden SBY berkata,"beliau tidak blh campur tangan dlm urusan Malaysia".
Selanjutnya Anwar Ibrahim juga menceritakan pertemuan dgn Jusuf Kalla.Saya beritahu kpd Jusuf Kalla, saya hormati nasihat beliau(Jusuf Kalla), tapi urusan penipuan PRU13 belum selesai.
Saya tidak akan "mengalah krn pd PRU13 saya menang".Saya menang 50 persen lebih dan Najib kalah."Kenapa Najib yg angkat sumpah sebagai PM?
Maknanya saya beritahu Jusuf Kalla, saya ambil jalan damai tapi tetap kami protes," terang Anwar Ibrahim kpd VIVA news.
Satu lagi media Indonesia, Waspada Online meletakkan tajuk "Kecurigaan tentang kenyataan Anwar Ibrahim dgn meletakkan tanda soal""Presiden SBY undang Anwar Ibrahim".Anwar Ibrahim beralasan kedatanganya ke Indonesia adalalah krn undangan Presiden SBY.Selain bertemu Presiden SBY, Anwar Ibrahim juga mengaku bertemu dgn mantan Wakil Presiden, Jusuf Kalla..lapor Waspada Online.
Anwar berkata demikian ketika ditanya kedatangannya ke Indonesia utk mencari sokongan negara jiran satelah tewas dlm PRU13 di Malaysia.
KECURIGAAN waspada Online berasas krn semua kumpulan media tahu keadaan Anwar ke Indonesia bukan "dijemput Presiden SBY sebaliknya Anwar Ibrahim di jemput oleh salah seorang sahabat beliau, Wahyu Muryadi, Kegua Forum Pemred.
Wahyu Muryadi adalah Pemimpin Redaksi Majalah Tempo majalah yv dimiliki oleh kawan Anwar Ibrahim, Goenawan Mohamad.
SIAPA YG MENAJA TEMPO DANGOENAWAN????? 


AIDC News-18 June 20q3-Media Indonesi, GATR news menulis berita dgn memetik twitternya,@anwaribrahim yg berbunyi,"Saya di Bali bersama Presiden SBY"
 
SBY merujuk kpd Presiden Republik Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono yg menghadiri pertemuan puncak Forum Pemimpin Redaksi(Forum Pemred) 2013 yg telah diadakan di Nusa Dua, Bali.

Sultan Mizan Zainal Abidin, mahu umat Islam bermuhasabah dan terus berpegang kepada ajaran al-Quran dan Sunnah bagi menangani isu mencabar yang menyentuh sensitiviti agama.

Seru umat Islam muhasabah
Sultan Mizan melakukan pemeriksaan barisan kawalan kehormat ketika merasmikan pembukaan penggal pertama Dewan Undangan Negeri Ke-13 di Wisma Darul Iman, semalam.
Kuala Terengganu: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, mahu umat Islam bermuhasabah dan terus berpegang kepada ajaran al-Quran dan Sunnah bagi menangani isu mencabar yang menyentuh sensitiviti agama serta nilai budaya masyarakat setempat.

Berbelanja kepada keluarga sendiri adalah lebih baik.

Daripada Abu Abdullah (dikatakan Abu Abdul Rahman) Tsauban bin Bujdad, hamba yang dimerdekakan Rasulullah SAW katanya, sabda Rasulullah SAW: “Sebaik-baik wang yang dibelanjakan oleh seseorang ialah wang yang dibelanjakan untuk menyara keluarganya, wang yang dibelanjakan untuk binatang tunggangan pada jalan Allah dan wang yang dibelanjakan untuk kawan-kawannya di jalan Allah.” (Riwayat Muslim) Islam menggariskan kelebihan berbelanja kepada tiga peringkat iaitu perbelanjaan kerana kaum keluarga, untuk binatang tunggangan pada jalan Allah dan kawan-kawan kerana menegakkan agama Islam.

Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia [ PDRM]

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

Halimah di buru.

Halimah Hussein


KUALA LUMPUR 17 Jun - Polis bertindak menyerbu tujuh lokasi secara serentak di ibu negara, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor awal pagi ini bagi mengesan seorang suri rumah, Halimah Hussein yang disyaki menganggotai kumpulan pengganas Tanzim Al- Qaeda Malaysia.

Serbuan itu bagaimanapun gagal menemukan Halimah, 52, yang menghilangkan diri setelah dilepas serta dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 20 Mei lalu.

Wanita terbabit sebelum ini pernah ditahan dan didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas Tanzim Al-Qaeda Malaysia bersama bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat dan pembantu kafeteria, Muhammad Hilmi Hasim.

Mahkamah Rayuan Putrajaya telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Halimah kerana gagal menghadirkan diri bagi mendengar kes rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur untuk melepaskan dan membebaskannya pada 20 Mei lalu dalam permohonannya untuk membatalkan pertuduhan di bawah Seksyen 130G (a) Kanun Keseksaan.

Pengarah Jabatan Petugas Khas (Operasi dan Anti Pengganas), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, dua individu yang dilepaskan dan dibebaskan bersama Halimah iaitu Yazid, 49, dan Muhammad Hilmi, 33, telah ditangkap semula pada 27 Mei lalu dan dituduh di bawah Seksyen 130 Kanun Keseksaan iaitu menjadi ahli kumpulan pengganas.

"Halimah juga dikehendaki ditangkap semula atas kesalahan sama namun dia masih menghilangkan diri sehingga kini.

"Sehubungan itu, sepasukan polis dari Jabatan Petugas Khas (Operasi/Anti Pengganas) menyerbu tujuh lokasi serentak yang disyaki menjadi tempat persembunyian Halimah awal pagi ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui hari ini.

Mohamad Fuzi berkata, lokasi diserbu adalah empat di Selangor iaitu Gombak, Kajang dan Ampang serta masing-masing satu di Pandan Indah, Kuala Lumpur dan Masai, Johor Bharu di Johor.

Beliau berkata, kesemua lokasi yang diserbu itu merupakan kediaman ahli keluarga kepada wanita berkenaan tetapi gagal menemukan Halimah, malah anggota keluarga mendakwa sudah lama tidak bertemu suspek memandangkan hubungan mereka yang tidak rapat.

Menurutnya, polis bagaimanapun percaya Halimah masih bersembunyi di negara ini dan merayu orang ramai mempunyai maklumat mengenai wanita itu agar menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Hasimah Ismail di talian 03-22667026 bagi membantu siasatan dan mengesan suspek.

"Saya juga ingin mengingatkan orang awam bahawa sesiapa yang memberi perlindungan kepada Halimah adalah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 130K Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun atau dengan denda atau penjara seumur hidup.

"Manakala sesiapa yang sengaja tidak memberi maklumat mengenai Halimah adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sampai tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali," ujarnya.

Halimah merupakan seorang janda tanpa anak dan memiliki ijazah dalam Jurusan Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditahan bersama Yazid dan Muhammad Hilmi pada Februari lalu, kerana dipercayai terlibat merekrut rakyat tempatan dalam kegiatan militan sebelum dihantar ke luar negara bagi menjalankan misi keganasan.

Wanita itu asalnya merupakan seorang kerani namun melanjutkan pengajiannya sehingga memiliki ijazah.

Di Mahkamah Tinggi sebelum ini, Yazid didakwa menggalakkan keganasan dengan niat mengugut orang awam di Syria, tahun lalu manakala Muhammad Hilmi dan Halimah didakwa bersubahat dengan Yazid.

Ketiga-tiga mereka juga disyaki ahli kumpulan sama dengan dua rakyat Malaysia yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas al-Qaeda masih ditahan di Beirut, Lebanon iaitu Razif Mohd. Arif, 30, dan Muhamad Razin Sharhan Mustafa, 21.

Mohamad Fuzi berkata, Razif dan Muhamad Razin yang ditangkap oleh pihak berkuasa Lebanon pada 18 Oktober tahun lalu di sebuah hotel di Beirut kerana disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas akan dihadapkan untuk pertuduhan di mahkamah pada 8 November ini.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Khabar angin Lahad Datu pencerobohan semula tentera kesultanan suluk?

Khabar angin pencerobohan di Lahad Datu tidak benar

SUBANG JAYA – Berita yang tersebar mengenai pencerobohan semula di Kampung Tudou, Lahad Datu oleh tentera kesultanan Suluk hanya khabar angin dan salah faham pihak tertentu di media sosial.

Berdasarkan sumber terbaru yang diterima dari Kementerian Dalam Negeri (KDN), berita sebenar ialah mengenai kehilangan seorang budak perempuan di Kampung Tangian, Lahad Datu yang didakwa diculik oleh sekumpulan 12 individu.

Kumpulan berkenaan disahkan bukan penceroboh tentera Suluk seperti yang didakwa.

Adik Nurul Zulaikha Abdullah, 14 Tahun didakwa diculik di Kampung Tanagian dalam zon Tanjung Labian, Lahad Datu petang tadi.

Dia bagaimanapun berjaya ditemui anggota keselamatan dalam kawasan kebun kelapa sawit berhampiran.

Khabar angin mengenai pencerobohan semula tentera Suluk tersebar di media sosial petang tadi.

Ada yang mengatakan terdapat pencerobohan semula tentera Kesultanan Suluk ke Lahad Datu.

Namun berita itu telah dinafikan oleh sumber KDN.
SUBANG JAYA – Berita yang tersebar mengenai pencerobohan semula di Kampung Tudou, Lahad Datu oleh tentera kesultanan Suluk hanya khabar angin dan salah faham pihak tertentu di media sosial.


Berdasarkan sumber terbaru yang diterima dari Kementerian Dalam Negeri (KDN), berita sebenar ialah mengenai kehilangan seorang budak perempuan di Kampung Tangian, Lahad Datu yang didakwa diculik oleh sekumpulan 12 individu.

Mesir bertindak memutuskan semua hubungan diplomatik dengan Syria.

KAHERAH 16 Jun - Mesir bertindak memutuskan semua hubungan diplomatik dengan Syria dan menggesa supaya zon larangan terbang dikenakan terhadap negara itu.

Ini sekali gus menjadi pendirian paling tegas dari negara Arab ke atas Presiden, Bashar al-Assad.
Presiden Mesir, Mohammed Mursi yang menghadiri perhimpunan anjuran oleh ulama Sunah di Kaherah berkata, Mesir memutuskan sepenuhnya hubungan dengan Syria dan kerajaan negara itu ketika ini.

Tun M menyokong dua jawatan tertinggi UMNO tidak di pertandingkan.

PUTRAJAYA 17 Jun - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyokong jika dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang bagi mengelakkan perpecahan dalam parti.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat