Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Friday, October 31, 2014

Terkini: Isteri mangsa culik rayu pembebasan suami

Isteri pengusaha ikan dalam sangkar yang diculik di Kampung Sapang Air, Kunak sejak lima bulan lepas merayu pihak berkuasa dan pihak berkaitan supaya mengusahakan segera pembebasan suami setelah kumpulan penculik itu memberi tempoh sehingga November.
    
"Saya tidak boleh tunggu (lagi)...masa sudah tidak cukup (suntuk)," katanya.
    
Chin Pek Nyen, 42, dari Ipoh, Perak berkata panggilan terakhir daripada kumpulan penculik itu pada Julai lepas, mendesaknya supaya wang tebusan dibayar dan memberi tempoh sehingga November.
    
Kumpulan penculik itu menuntut wang tebusan RM3 juta bagi pembebasan suaminya, Chan Sai Chiun, 32. Jika gagal kepala suaminya akan dipenggal, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
    
Chin berkata kumpulan penculik itu menghubunginya lebih 200 kali sejak suaminya diculik pada 16 Jun lepas dan panggilan terakhir pada Julai.
    
"Mereka sudah marah-marah hari-hari telefon bertanyakan berapa wang yang sudah saya kumpul. Saya tidak tahu mahu cakap apa,kerana saya tiada wang. Wang yang dikumpul hasil pinjaman daripada sanak-saudara tidak cukup dan tidak akan cukup untuk membawa pulang suami saya," kata Chin.
    
Katanya mereka sudah muktamad mahu RM3 juta sehingga November ini sambil menambah sebelum ini kumpulan penculik menuntut tebusan RM15 juta.
    
"Saya memang susah hati tidak cukup tidur dan tidak lalu makan memikirkan keadaan suami...apa yang dia makan. Apa yang dia minum... mungkin dia sudah kurus sekarang," kata Chin.
    
Ditanya butir perbualan terakhir dengan suaminya, beliau berkata suaminya banyak mendiamkan diri dan tidak memberitahu sama ada sihat atau dipukul, sebaliknya menggesa beliau mengumpul wang dan mendakwa sering berpindah lokasi persembunyian.
    
Chin berkata ibu pejabat Polis Kunak turut membantu berunding dengan kumpulan penculik dipercayai dari selatan Filipina itu.

Katanya beliau nekad untuk ke Filipina jika cukup wang untuk mengetahui keadaan suaminya setelah panggilan terakhir itu.
    
Beliau dan suami memulakan perniagaan ikan dalam sangkar di Kunak Mac lepas setelah tujuh tahun tinggal di Sandakan. Mereka tiada anak.

Dalam kejadian pada kira-kira 12.40 tengah malam itu, Chan dan seorang pekerja yang hanya dikenali sebagai Mazlan berumur sekitar 20-an diculik oleh dua lelaki bersenjata di pusat ternakan ikan itu.
    
Seorang anggota polis marin Konstabel Zakia Aliep pula diculik sekumpulan penceroboh di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, Semporna pada 12 Julai.
    
Zakia menjadi mangsa culik keempat selepas insiden penculikan di Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna, Pulau Baik, Lahad Datu dan di Kampung Sapang, barat Pulau Timbun Mata, Kunak.

Mutakhir: Dua lelaki dipercayai pemberontak Sulu ditembak mati

Polis menembak mati dua lelaki, yang dipercayai anggota pemberontak tentera Sulu dan menjadi antara penggerak utama merekrut anggota baru, di kawasan rumah kedai, Penampang Baru, Sabah, hari ini.
  
Dalam kejadian pukul 5 petang itu, sepasukan anggota polis telah mengepung kenderaan dinaiki kedua-dua lelaki tersebut sebelum kedua-dua mereka cuba melepaskan tembakan dan pihak polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.

Thursday, October 30, 2014

Mutakhir : Ketua Peguambela Anuwar Ibrahim masih gagal buktikan.


Tuesday, 28 October 2014

KETUA PEGUAMBELA Anwar Ibrahim
Masih Gagal Buktikan Air Mani
Bertakung Dalam Jubur Saiful Bukan
Milik Anwar Ibrahim

Gopal Sri Ram telah dipilih menggantikan Sulaiman
Abdullah yang sekali lagi menarik diri
daripada menjadi Ketua Peguambela Anwar Ibrahim.

Gopal
Sri Ram adalah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan yang
kini kembali terlibat dalam perundangan sebagai peguam.
Dalam hujahnya hari ini, Gopal Sri Ram yang
sepatutnya membuktikan yang zakar Anwar Ibrahim
tidak melakukan penetrasi ke dalam dubur Saiful Bukhari
Azlan dan DNA yang disahkan sebagai DNA dari air mani
dari kedalaman 4 sentimenter dalam dubur Saiful Bukhari
Azlan, bukannya milik Anwar Ibrahim,
mempamerkan hujah-hujah yang langsung tidak setaraf
dengan kredibilitinya selaku bekas Hakim Mahkamah
Persekutuan. Malahan hujah-hujah Gopal Sri Ram masih
lagi berlegar-legar pada taraf Mahkamah Tinggi.

Dalam perbicaraan pagi tadi, Gopal Sri Ram cuba kaitkan
Rodhwan dengan Ketua Polis Negara untuk menolak liwat
berlaku. Gopal Sri Ram juga cuba mengaitkan insiden-
insiden sebelum itu sedangkan pendakwaan berdasarkan
kepada insiden yang berlaku pada hari di mana air
mani Anwar Ibrahim bertakung dalam dubur Saiful Bukhari
Azlan.

Gopal sebaliknya cuba mewujudkan persepsi bahawa
insiden tersebut adalah satu perangkap kepada Anwar
Ibrahim menerusi persekongkolan dan konspirasi.
Hakikatnya, Saiful Bukhari Azlan dan bapanya
adalah penyokong kuat Anwar Ibrahim. Malahan
sebelum isu ini terbongkar, bapa Saiful begitu bangga
memberitahu rakan-rakannya
bahawa anak lelakinya itu bekerja dengan Anwar Ibrahim.
Begitu juga apabila Gopal Sri Ram mempertikaikan
mengapa Dr. Osman dari Pusrawi tidak dipanggil memberi
keterangan. Sedangkan Dr. Osman
adalah penyokong Anwar Ibrahim namun tidak dapat
mengesahkan liwat berlaku tanpa laporan patologi. Dan
hospital swasta seperti Pusrawi tidak boleh terlibat dalam
kes-kes jenayah. Pusrawi juga tidak pernah
menghantar sebarang spesimen kerana tidak
boleh mengambil sebarang eviden atau bukti dalam kes-
kes jenayah. Sebab itulah, Saiful dirujuk ke hospital
kerajaan.
KETUA PEGUAMBELA Anwar Ibrahim Masih Gagal Buktikan Air Mani Bertakung Dalam Jubur Saiful Bukan Milik Anwar Ibrahim. Gopal Sri Ram telah dipilih menggantikan Sulaiman Abdullah yang sekali lagi menarik diri daripada menjadi Ketua Peguambela Anwar Ibrahim.

Gopal Sri Ram adalah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan yang kini kembali terlibat dalam  perundangan sebagai peguam.

Terkini : Pemimpin UMNO kena sedarkan diri dan baca sejarah.

DAP, MCA, Gerakan termasuk MIC sering mengatakan Melayu/Bumiputera sahaja yang mendapat keistimewaan di Negara ini walaupun mereka sedar ini adalah Tanah Melayu dan hak milik orang melayu.

Pemimpin UMNO pula seakan beku otak untuk berhujah dengan mereka betapa banyak keistimewaan yang mereka telah dapat walaupun mereka berasal sebagai pendatang ke negara ini.

Pemimpin UMNO harus sedarkan mereka dan sering bangkitkan kepada mereka keistimewaan2 yang mereka telah dapat seperti mereka mendapat hak kerakyatan sama taraf dengan orang Melayu/bumiputera, mereka mendapat sekolah keb ikut bangsa mereka, mereka bebas beragama ikut agama nenek moyang mereka, mereka bebas mengunakan nama ikut bangsa asal mereka, mereka mendapat tempat dalam perkhidmatan awam yang setaraf dengan orang Melayu, mereka bebas mengamalkan budaya dan adat mereka walaupun mereka berasal dari pendatang.

Ini bukan soal resis ini lah kenyataan yang bangsa asing wajib telan! Kenapa pemimpin UMNO sukar sangat nak memberitau mereka bahawa keistimewaan seperti yang mereka dapat ini tidak terdapat di negara lain.

Ini lah perjuangan yang harus senantiasa pemimpin UMNO lakukan dan ingatkan kepada generasi muda berbangsa cina dan india supaya mereka tidak besar kepala!

Wednesday, October 29, 2014

Mutakhir: Pesawat Singapura di Pintas oleh SUKOI Indonesia.

Kes pencerobohan ruang angkasa Malaysia oleh Singapura bukan perkara baru bagi Malaysia.

Malaysia adalah negara sahabat yang sentiasa menghormati sahabat.

Untuk menjadi sahabat hendaklah menjadi sahabat yang baik, jujur dan tidak mengkhianati sahabat.

Adalah menjadi tanggungjawab sesebuah negara untuk menjaga kedaulatan negaranya.

Tahniah kepada Pasukan Tentera Indonesia kerana berjaya memintas dan memaksa pesawat tentera Singapura untuk mendarat.

Indonesia di katakan mempunyai radar buatan sendiri hasil dari kajian oleh pelajar di Universiti tempatan. Kajian demi kajian penambah baikan sentiasa di lakukan untuk kegunaan TNI.

Tuesday, October 28, 2014

Terkini: Datuk Sri Anuwar Ibrahim yakin beliau akan bebas.

Dia cakap yakin akan di bebaskan jika tiada campurtanggan Politik. Semasa di tanya oleh wartawan.

Aku pulak selaku rakyat Malaysia yang di lindungi oleh perlembagaan negara Malaysia. Sama dengan pendapat beliau. Jika beliau di bebaskan bermakna ada campurtangan Politik untuk membebaskan beliau.

Rayuan bukan untuk membuktikan bersalah atau tidak? Bukan sebutan semula kes!!!

Mahkamah telah memberi ruang yang cukup masa untuk perbicaraan.

Pehak Pendakwaan seharusnya mohon untuk beri hukuman mengikut peruntukkan undang-undang lebih berat.

Kerana pelakunya adalah ketua Masyarakat yang sepatutnya menjadi contoh dan tauladan kepada rakyat merehan yang di pimpinnya.

Mutakhir: 377B juga memperuntukan rotan dan penjara 20tahun.

Aku tertarik dan sangat setuju dengan kenyataan ini. 377B juga memperuntukkan hukuman rotan.

Barulah Masyarakat mendapat pengajaran dan dapat mendidik Masyarakat. Suka hati jaa nak liwat.

Malaysia ada undang-undang untuk di patuhi. Kalau tidak apa gunanya ada Mahkamah yang adil, hakim yang bijak sana.

#rakyathakimnegara adalah fahaman komunis untuk menghancurkan negara dan menghuruharakan negara.

Terkini- Anwar Sengaja Sensasi Berita Masuk Penjara -Yuktes Vijay

AIDCNews – 27/10/14 – “Letupan bom di sekitar Universiti Malaya…Mungkin juga di Putrajaya…”
Itu lah kata-kata Yuktes Vijay, bekas pembantu khas Anwar Ibrahim apabila dihubungi AIDC untuk dapat ulasan beliau mengenai Kes Liwat 2 sebentar tadi.

Ia seputar berita sensasi gegak gempita yang sengaja direkayasa untuk mengambarkan ‘kehebatan’ Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim persis 16 tahun silam.

Mutakhir : PENDUDUK MALAYSIA SUDAH MENCECAH 30 JUTA


KUALA LUMPUR: Jumlah penduduk di Malaysia kini mencatatkan rekod baharu apabila mencecah angka 30 juta orang kelmarin.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Dr. Abdul Rahman Hasan berkata, sehingga pukul 5 petang semalam, jumlah rakyat Malaysia telah mencecah angka 30,001,710 orang berbanding 29,999,530 pada Rabu lalu.

Mutakhir : Bukti Kesalahan yang di lakukan oleh Rakyat Malaysia - #RakyatHakimNegara

Ribuan mahasiswa dan penyokong PKR merempuh pintu pagar Universiti Malaya membolehkan mereka memasuki kampus itu bagi mengikuti pidato Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka merempuh pintu pagar Kuala Lumpur yang berkunci dan dirantai oleh pihak keselamatan sambil melaungkan "buka, buka" dan kemudiannya memasuki kawasan kampus.

Kemudian, mereka berarak kira-kira 200 meter dari pintu pagar sebelum berhenti seketika bagi menunggu ketibaan Anwar untuk bergerak ke Dewan Tunku Canselor.

Sementara itu, kira-kira jam 9.40 malam Anwar bersama keluarganya tiba di UM dengan menaiki sebuah pacuan empat roda dan mereka mula berarak bersama-sama ke Dewan Tunku Canselor.

Menyampaikan ucapan atas pacuan empat roda itu di depan dewan itu, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Fahmi Zainol mencerita sejarah perjuangan mahasiswa UM untuk rakyat.

Monday, October 27, 2014

Mutakhir : Sejarah yang tak pernah di dendang.


Ini Hak Malaysia. Apabila kumpulan pertama seramai 11 orang anggota Paskal,mendarat dan menduduki Terumbu Layang Layang (TLL) secara tetap pada awal Mei 1983 dari KD MUTIARA, tidak terdapat sebarang infrastruktur di sana. Ponco digunakan sebagai khemah untuk tempat tinggal. Semasa air pasang, kawasan kering yang terdapat di TLL berukuran lebih kurang 40 kaki panjang dan 5 ke 10 kaki lebar. Jadi, khemah-khemah perlu didirikan di atas kawasan kering ini. Sering terjadi apabila cuaca buruk, air laut akan masuk ke dalam khemah semasa anggota sedang tidur dan mebasahi pakaian dan peralatan yang ada di dalam khemah! Kerana kepenatan, ada juga anggota Paskal yang terus tidur walaupun pakaian mereka telah basah!

Sunday, October 26, 2014

Mutakhir: Bendera Negeri Johor di pijak merupakan tindakkan biadap dan tidak bertamadun.

TINDAKAN memijak bendera Johor dikutuk sekeras-kerasnya selepas sekeping gambar memaparkan sekumpulan remaja memijak bendera negeri itu tersebar luas di laman sosial semalam.

Dalam gambar itu, remaja terbabit memegang mafla dan jersi Pahang sambil menutup wajah mereka dan memijak bendera Johor.

Bagi Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, persatuan itu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kurang bertamadun itu.

Menurutnya beliau bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ),  Tunku Ismail Sultan Ibrahim sangat kesal dengan tindakan seumpama itu yang boleh menjejaskan semangat kesukanan.

“Kita kini sedang menyiasat sama ada perbuatan ini dilakukan penyokong Pahang atau tidak dan amat kesal dengan insiden ini yang tidak membawa faedah kepada mana-mana pihak.

“Perbuatan sebegini pastinya boleh menjejaskan imej pasukan dan penyokong malah negeri ini sendiri,” katanya semalam.

Terkini: Adakah Subsidi itu keperluan Rakyat Malaysia?

Untuk jadi orang politik kena cakap semua ia. Walaupun pada hakikatnya tidak!!!

Contoh adakah TPPA sudah di tandatanggani kita jawab tidak?

Contoh adakah 0,20 membebankan rakyat? Kena jawab tidak?

Contoh adakah barangan makanan di kenakan subsidi? Kita jawab tidak?

Contoh adakah minyak di kenakan subsidi? Kita jawab bulan Jun 2015 subsidi tidak di tanggung oleh kerajaan Malaysia kepada golongan yang berpendapatan tinggi.

Kita lakukan semua ini kerana mahu membantu golongan sasaran!!!

#ThinkWithoutBox

Mutakhir: Tahanan Kes Amok Putrajaya melarikan diri dari Hospital Sultanah Aminah.

JOHOR BAHRU - Muhdalena Ahmad, yang melarikan diri daripada tahanan polis di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, semalam telah ditahan semula di Kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh, Melaka pada 3.05 minit pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata kejayaan dalam tempoh 24 jam itu adalah hasil tindakan pantas polis dan maklumat yang diterima daripada orang awam.

"Suspek kini ditahan di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja lari daripada tahanan yang sah. Suspek ditahan reman sehingga 25 Oktober 2014," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bagaimana wanita itu boleh sampai ke kawasan rehat dan rawat berkenaan.

Sementara beliau berkata, tiga anggota polis iaitu dua lelaki dan seorang wanita turut ditahan untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan kerana dengan cuai membiarkan seseorang lari daripada pengurungan.

Mereka juga ditahan reman dua hari sehingga esok, katanya.

Muhdalena, 30, wanita yang terlibat dengan kejaBuk di depan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya dua tahun lepas dimasukkan ke HSA pada  Ahad lalu kerana bersalin, namun didapati hilang dari hospital itu pada kira-kira 9 pagi.

Beliau sebelum ini merupakan tahanan di Hospital Permai, Tampoi.

Suspek pernah dituduh di Mahkamah Putrajaya, Kuala Lumpur mengikut kesalahan Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya.

Pada akhir perbicaraan, suspek dimasukkan ke Hospital Permai atas perintah Mahkamah Putrajaya mengikut Seksyen 348 Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) demi penjagaan selamat orang yang dibebaskan. 

Friday, October 24, 2014

KISAH PELAJAR UIA MIMPI BERTEMURASULULLLAH S.A.W

Yang dipilih oleh ayah
beliau adalah Syamimi yg bermaksud
‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri
kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf
memilih Nama itu, ayah beliau mengharapkan
mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan
menjadi salah seorang mutiara kesayangan
Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul
selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya
daripada 8 adik-beradik.
Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam
hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk
menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di
negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk
memenuhi harapan ibu ayah yang
mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka
menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai
anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab
ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap
hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan
tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang
beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang
Syariah di universiti ini.
Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu
apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya
rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di
bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula
kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun
lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika,
selepas makan, beliau muntah bersama
segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri
yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke
kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak
dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera
makannya hingga badannya susut hampir 13 kg.
Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi
berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu
dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang
hari.
Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca
Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding
daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri.
Diceritakan makhluk2 halus itu akan
mengganggunya terutama pada waktu sebelum
Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak
berubat di merata tempat, berjumpa doktor2
pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu
perubatan islam serta akhir sekali bertemu
sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya
mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali
beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah
sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas.
Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat.
Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan,
beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah
dinding dan segala apa yg mampu membantu
beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau
jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak
keras dari belakang.
Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri,
justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja
di bilik,beliau ketuk pintu dan rebah di depan
bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah
tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan,
“Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku
redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus
hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat
drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”
Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik
mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di
baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya
telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain
agar dibacakan surah Yasin kerana beliau
nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia
dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi
kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah.
Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn
tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi.
Beliau sedang terbaring dalam keadaan
memakai telekung dgn tangannya diqiam
seperti dalam solat di suatu tempat asing yang
sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah
mimbar dan kelihatan banyak tiang di
sekitarnya.
Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn
wajah yang bercahaya dari arah depan dan
berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau.
Wajahnya Subhanallah...
Indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau
tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali
kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang
dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh
kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap
begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu
mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah..
Subhanallah... baginda Nabi rupanya! Nabi
memakai jubah putih dan kain serban berwarna
hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn
jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda,
rambut Baginda, kain serban di atas bahu
Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi
katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada
di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!
Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata:
QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’
assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2
yg sabar).
Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan
Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi
di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-
baik kejadian dan diciptakan dgn penuh
kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl
arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi,
dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti
tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran
yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah
bukakan hijab utk enti nampak ana..”
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di
hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya
Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan
baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu
besar buat dirinya.
Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan
salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam.
InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..”
Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati..
ummati.. ummati. ..” dan beliau nampak jelas
Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan air
mata Baginda yg suci mengalir utk ummat
Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah
pergi.
Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ”
tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah,
walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg
mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan
ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah
Baginda menangis kerana rindu kepada
ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih
dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam...
Sedar daripada tidur yg amat indah
pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh
rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam
tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau
kemudian menceritakan kpd para sahabat
tentang mimpinya sekaligus menyampaikan
salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua
yg mendengar menangis lantaran rindu pada
Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2
ingat pada Baginda sedangkan kita amat
terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar
bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di
akhirat kelak.
Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi
drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan
pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah
berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya
menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit
berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh
Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi
dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat
Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum
dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa
sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini
dia bertekad tidak akan menangis lagi utk
kesakitan ini.
Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung
makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit
yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan
dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap
penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis
dalam menghadapi kesakitan, namun pada
waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis.
“Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini
berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk
melihat Baginda Nabi s.a.w..”
Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan
berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir
sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau
katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau
berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu
sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn
izin Allah, datang empat orang yg berpakaian
serba hijau. Salah seorang daripadanya
mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..
Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu.
Kami utusan Rasululah.. Nahnu khulafa’ ar-
rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab,
Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah..
Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan
ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak
sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut
perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah
tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan
Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya. Para
Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh
baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian
keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah
Al-Baqarah yg bermaksud:
“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh
syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman.
Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan
itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada
manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat
di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.
Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu
kepada seseorang sebelum mengatakan
’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu)
sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka
mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa
yang (dapat) memisahkan antara seorang
(suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan
dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya
kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari
sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi
manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka
sudah tahu, barang siapa membeli
(menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan
mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh,
sangatlah buruk perbuatan mereka yang
menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka
tahu..”
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi
menghembus pada makhluk2 yang sedang
mengganggu beliau dan mereka semua hancur
terbakar.
Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2
tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah
s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala
kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau
dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;
“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-
orang yang sabar..” Kemudian, para sahabat
Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun
dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik,
kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn
mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh
beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah.. dgn
mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d
sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah
sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ
bergembira dan menangis. Kemudian beliau
segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan
tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada
Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh
sujud 100 tahun pun belum dapat diriku
menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat
yg telah Engkau berikan..”
Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik,
wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup
mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang
diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5
minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya.
Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk
beribadah pada Allah dan mengenang wajah
Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi
taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi
Allah ini, maka hidup mesti diteruskan.
Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau
boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau
hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan
betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin
kan, mungkin ini bahagian akak, bahagian
kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu.
Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita
bersabar…”
Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran
katanya ‘Aisyah ra.
Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya
hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia
berkehidupan di muka bumi ini melalui
baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala.
Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil
hingga yang tua, dari hamba hingga ke
bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga
ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang
zaman.
Mencintainya suatu kemuliaan…
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul di
dalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-
tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para
sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidak
mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila
ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda
mengatakan bahawa terlalu merindui
ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi
bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini
ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu
semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah
umatku yang belum pernah melihat aku tetapi
mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku
sangat rindu bertemu dengan mereka..”
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya
bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang
beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan
ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-
Ahzab:56)
"Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu
Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku
dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah
melihat yang benar (al-Haqq). Hadis riwayat al-
Bukhari dan Muslim

Mutakhir: Mengaku buat - Azhar Idros. Mu Tunggu Aku datang !!! Panas beb

Kita sedang menunggu pengakuan beliau. Aksi gambar korang dah tengok kan. Tak payahlah aku nak keluarkan lagi. Ke nak kita kongsikan di sini.

Bila akhir zaman nanti Fitnah itu berluas-luasa. Fitnah itu seperti tiada apa-apa perasaan takut kepada peringatan dari Allah. Maka kita nantikan akibat seterusnya.

Thursday, October 23, 2014

Akhirnya Orang Melayu pegang Anjing makan babi akibat mahu mansuhkan semua undang-undang negara.

Dah malas nak cakap. Nak pegang Anjing ke nak makan Babi ke aku cakap jangan. Sebab kita orang Islam. Kita kena tahu mana hukum haram, halal. Ada belajar dan di ajar di sekolah agama kan. Sekolah kebangsaan pun ada ajar.

Sebab itu jika hendak melakukan aktiviti mesti mendapat permit atau kebenaran dari jabatan tertentu.
Kalau hendak mengajar juga perlu mendapat pengesahan atau pengitirafan dari jabatan tertentu. Supaya tidak mendatangkan masaalah kepada masyarakat.

Terlajak perahu boleh di undur. Terlajak kata atau perbuatan buruk padahnya.

#HapuskanISAHapuskanPolitik

Wednesday, October 22, 2014

Mutakhir: Pokok rebah ke bumi menutup jalan .

Taman Rinting akibat hujan lebat Pokok tombang menghalang jalan raya. Harap ada usaha-usaha untuk membersihkan bagi melancarkan penguna jalan raya tersebut.

Keadaan seperti ini boleh mengundang bahaya kemalangan kepada penguna jalan raya. Kawasan ini walaupun berlaku di kawasan sebelah dalam  tetapi jalan tersebut menjadi jalan utama penduduk Taman Rinting.

Kejadian Pokok tombang pukul berapa tidak dapat di pastikan. Tetapi sehingga jam 1700 belum ada usaha-usaha untuk pembersihan.
 

Monday, October 20, 2014

Terkini: TMJ kahwini Cik Khaleeda Jumaat ini

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30, bakal menamatkan zaman bujangnya Jumaat ini apabila melangsungkan pernikahan dengan Cik Khaleeda Bustamam, 21.
    
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata istiadat pertunangan dan pernikahan baginda dengan wanita pilihannya itu akan berlangsung di Istana Bukit Serene pukul 10 pagi pada hari itu.
    
"Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan menghadiahkan tujuh barangan kepada pihak perempuan, manakala pihak keluarga perempuan pula akan membalasnya dengan sembilan barangan," katanya pada sidang media di Bukit Timbalan, di Johor Bahru hari ini.
    
Istiadat pernikahan dikendalikan Mufti Johor Datuk Tahrir Samsuddin.
    
Hanya kerabat dan keluarga terdekat kedua-dua pasangan dijemput menghadiri istiadat pertunangan dan pernikahan itu.

Cik Khaleeda akan dikurniakan gelaran Che Puan, isteri kepada Tunku Mahkota Johor selepas istiadat pernikahan itu, menurut Abdul Rahim.
    
Katanya, istiadat merisik telah pun berlangsung pada 27 September lepas dengan rombongan diraja diketuai Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.
    
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor itu juga mengumumkan istiadat persandingan Tunku Mahkota Johor dengan Cik Khaleeda akan diadakan di Istana Besar, Johor Baharu pada 7.30 malam, 8 Nov depan.
    
Istiadat persandingan itu bakal berlangsung secara sederhana tetapi penuh dengan adat istiadat diraja Johor dan ketenteraan, dijangka dihadiri oleh kira-kira 1,200 jemputan dari dalam dan luar negara.
    
Antara tetamu kehormat yang akan menghadiri istiadat itu termasuk Sultan Brunei, Sultan Pahang, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Perdana Menteri Singapura serta barisan exco dan anggota Dewan Undangan Negeri Johor.
    
Menurut Abdul Rahim tiada liputan media bagi istiadat berkenaan.

Tunku Mahkota Johor diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Baharu dan merupakan putera sulung daripada enam adik-beradik kepada Sultan Johor dan Raja Zarith Sofia.
    
Baginda mendapat pendidikan awal persekolahan di Johor Baharu sebelum melanjutkan pendidikannya di Australian International School, Singapura pada 1999 dan Hale School di Perth, Australia.
    
Bermula 17 Julai 2003 hingga 11 Dis 2004, Tunku Ismail menjalani latihan ketenteraan di India Military College di Dehradun, India dan ditauliahkan pangkat Leftenan.
    
Baginda menempa sejarah apabila menjadi rakyat asing pertama mengetuai Rejimen Berkuda Tentera India memberi tabik hormat kepada Presiden India, APJ Abdul Kalam sempena sambutan Hari Kebangsaan India ke-58 pada 20 Jan 2007.
    
Cik Khaleeda dilahirkan pada 16 Julai 1993 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu kepada lima adik-beradik kepada pasangan Bustamam Daud dan Aziyah Abdul Aziz.
    
Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak daripada 2000 hingga 2003, sebelum meneruskan pendidikan awalnya di Sekolah St. George's Hanover Square, London pada 2003 hingga 2004.
    
Cik Khaleeda melanjutkan persekolahan menengahnya di Westminster Academy London pada September 2004 hingga Julai 2008 dan di Sekolah Sri Utama, Kuala Lumpur sekembalinya ke Malaysia pada 2010.
    
-Bernama

Sunday, October 19, 2014

TERKINI : KEDAULATAN TANAH MELAYU LAWAN SIHIR

1. Maaf kerana sudah lama tidak update, saya menulis kali ini kerana mahu menjawab pertanyaan beberapa pembaca yang bertanya mengenai sihir mason, sihir illuminati, sihir kabalah serta apa sumpahan yang dikatakan menyelubungi Tanah Melayu ini yang telah mencecah ratusan tahun sehingga gagal dipulihkan.

2. Saya cuma tersenyum sahaja apabila membaca serba sedikit mengenai sihir-sihir ini yang dikatakan masih  berkuasa sehingga sekarang, hebat iluminati atau pengikut-pengikut Dajal ini seolah-olah terlalu berkuasa sehingga satu negara atau satu Tanah Melayu masih dibelenggu sihir yang berusia beratus-ratus tahun sehingga sekarang.

Terkini: Melentur buluh biarlah dari rebungnya-Yb Hajah Normala Abdul Samad

Merasmikan Majlis Graduasi Anak Permata Negara Parlimen Pasir Gudang. Anak-anak ini begitu bersemangat membuat persembahan walaupun baru berumur 2-4 tahun. Syabas & tahniah diucapkan kepada semua warga pendidik Anak Permata Negara.
Merasmikan Majlis Graduasi Anak Permata Negara Parlimen Pasir Gudang. Anak-anak ini begitu bersemangat membuat persembahan walaupun baru berumur 2-4 tahun. Syabas & tahniah diucapkan kepada semua warga pendidik Anak Permata Negara.

Saturday, October 18, 2014

Terkini: Felda menang saman Wan Azizah?

Fitnah merupakan satu perkara yang di benci oleh Agama. Sehinggakan neraka jahaman tempatnya kepada yang membuat fitnah.

Sebelum ini Harakah juga memfitnah Felda jual minyak ke Israel. Kita saman dan Felda menang. Dibayar gantirugi RM200 ribu.

Rakyat Malaysia juga tidak di benarkan masuk ke Israel. Tetapi masih ada rakyat malaysia yang sengajakan membuat onar dengan memburukkan negara Malaysia.

Mereka bercerita di luar negara seoalah-oleh mereka ini bukan rakyat Malaysia. Seorang rakyat Malaysia yang sayangkan negara tidak akan memburukkan negara sendiri. Negara kita umpama keluarga kita. Adakah kita sanggup memburukkan keluarga kita kepada orang lain.

Felda hari ini menang saman malu atas tuduhan Suara Keadilan Sebutan Kes tahun 2010 yang sebut Felda Bangkrap. Taksiran kerugian sedang dikira  saman Wan Azizah dll pemilik sebanyak rm200 juta. Mereka fitnah kita saman.

Begitulah dua suratkhabar pemfitnah yang berjaya kita saman. Semoga perkara ini menjadi ikhtibar kepada yang lain. Suratkhabar Pemfitnah sengaja membuat pembohongan demi pembohongan dengan menabur fitnah kepada rakyat supaya membenci kerajaan yang menguruskan Felda.

Begitulah puak-puak pembangkang sentiasa memfitnah FELDA yang selama ini membantu rakyat di Fitnah. Akhirnya Fitnah itu makan diri satu persatu kebenaran itu timbul dan kebenaran itu terserlah.

MTMR hanya nak sebut "ALLHAMDULILLAH" Allahuakhbar.

Thursday, October 16, 2014

Terkini: Kesatuan sekerja dan majikan sektor swasta patut bincang COLA ???

Kerajaan belum bercadang mewajibkan bayaran Elaun Sara Hidup (COLA) kepada majikan sektor swasta buat masa ini.

Kementerian sentiasa menggalakkan perbincangan di antara pekerja dan majikan, jadi serahkan kepada majikan untuk memberikan kebajikan sewajarnya kepada pekerja mereka.

Mutakhir: Indonesia menurut jejak langkah Malaysia naik Minyak?

Terkini tidak semua negara dapat menampung subsidi minyak. Kita lihat contoh Indonesia juga telah menaikkan harga minyak bagi menampung bebanan negara.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang berfikiran matang haruslah berfikir secara waras demi kesinambungan dan kelancaran negara.

Wednesday, October 15, 2014

PERMATA lapor polis berhubung artikel portal

PERMATA, sebuah agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri, hari ini membuat laporan polis berhubung artikel dalam sebuah portal yang didakwa menjejaskan imej dan kredibiliti agensi itu.

MUTAKHIR: PEMBENTANGAN BAJET 2015

Pelbagai berita gembira kepada rakyat Malaysia telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia semasa Pembentangan Bajet 2015 yang telah diadakan pada 10 Oktober 2014 di Dewan Persidangan, Parlimen Malaysia. Bersesuaian dengan tema kali ini iaitu Bajet 2015 : Ekonomi Keperluan Rakyat, pembentangan kali ini adalah berdasarkan tujuh strategi utama iaitu :

Rangkuman gambar sekitar Pembentangan Bajet 2015

1. Memperkukuh Pertumbuhan Ekonomi
2. Memantap Tadbir Urus Fiskal
3. Mengupaya Modal Insan dan Keusahawanan
4. Memperkasa Agenda Bumiputera
5. Memartabat Peranan Wanita
6. Membangun Program Transformasi Belia Negara
7. Mensejahtera Rakyat

Selain itu, pembentangan bajet kali ini juga adalah bersifat lebih menyeluruh kerana ia memberi fokus kepada golongan berpendapatan rendah, sederhana dan juga golongan pertengahan. Ini dapat dilihat melalui penambahbaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pengecualian barangan keperluan harian seperti makanan, ubatan dan petrol daripada cukai barangan dan perkhidmatan.

Di samping itu, tumpuan juga turut di berikan kepada golongan belia melalui Pelan Transformasi Belia Negara juga bantuan perumahan untuk belia. Bantuan kewangan untuk keluarga miskin dan juga kenaikan elaun utk golongan OKU juga turut dimasukkan di dalam pembentangan bajet 2015.Selain itu, pelbagai inisiatif lain turut diberi perhatian sama ada dari segi projek-projek infrastuktur, bantuan kepada usahawan Bumiputera, khidmat kesihatan, pendidikan juga pembangunan luar bandar.

Pembentangan bajet kali ini diharap dapat menjadi langkah terbaik yang diambil oleh pihak kerajaan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Tuesday, October 14, 2014

Mutakhir: Bujang Taha jaguh bina badan negara meninggal dunia.

Jaguh bina badan negara Bujang Taha, 77, meninggal dunia pada pukul 10.47 malam ini di Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana komplikasi kanser mulut, kanser paru-paru serta asma.

Menurut menantu perempuan beliau, Suzana Ibrahim, Allahyarham yang mendapatkan rawatan di HUS sejak seminggu lalu akibat asma, meninggal di sisi anak dan cucunya.

"Esok, bekas jaguh bina badan Datuk Malek Noor sudah beritahu hendak datang tengok bapa, tapi apakan daya bapa pergi dulu," katanya kepada Bernama di HUS.

Pada kemuncak kariernya, Bujang memenangi gelaran Mr Asia sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1980, 1982, 1983 dan 1986 selain memenangi dua pingat emas pada Sukan SEA di Kuala Lumpur pada 1977 dan di Jakarta pada 1979.

Beliau pernah bertanding Mr Universe di Belgium pada 1982.

Terkini:Tentera laut Rusia bakal mempunyai komplek pengintip moden untuk mendapat Informasi intelijen.

Kapal-kapal Tentera Laut Rusia tak lama lagi akan diperkuatkan oleh sebuah kompleks pengintai moden yang terintegrasi dalam mendapatkan maklumat perisikan, yakni sistem penyiaran luar angkasa pelbagai fungsi Liana. Hal tersebut disampaikan oleh seorang narasumber dari dunia industri tentera pada RIA Novosti. Selain mengukuhkan kapal perang Tentera Laut, Liana rencananya juga dirancang untuk melayani sistem pertahanan pinggir pantai yang mempunyai persenjataan roket.

Monday, October 13, 2014

Akhirnya di tangkap buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali.

Akhirnya kena tangkap juga.
alamat Blok 08-00-11, PPR Sri Alam, Sg Besi, KL dan telah tahan 1 L India. Butir2 diri :-
Nama : Krishnan A/L Mookan
No. KP : 581008-10-5383

Seterusnya telah rampas barang2 seperti berikut:-
1) Sepasang selipar
2) Sekeping banner tertera gambar Perdana Menteri Malaysia
3) Sehelai baju warna kuning

Hasil soal siasat awal oleh phk CID mendapati L India tersebut mengaku memegang gambar Perdana Menteri seperti yg tertera dlm facebook. Semakan Kompol mendapati suspek mempunyai 3 rekod lampau tetapi tidak d Suspek tlh diberi jamin & dijangka akan dituduh pd 15 OKT 2014.

Malaysia menuju wawasan 2020 rakyat di dahulukan.

Kerajaan membentangkan bajet 2015. Mesra rakyat. Kerajaan kepimpinan PM Datuk @NajibRazak membentangkannya pada 10/10/2014.

YB Hajah Normala Abdul Samad menekankan kerajaan perihatin dengan keadaan peningkatan kos hidup rakyat Malaysia.

Golongan sasaran yang layak mendapat perhatian dan di bantu menjadi keutamaan kerajaan.

Kerajaan memperuntukkan dana tertentu untuk rakyat golongan sasaran bagi meringankan bebanan mereka. Sebagai contoh Nelayan di beri bantuan RM250.00 sebulan dan banyak lagi yang akan di terima oleh rakyat.

Adalah menjadi keutamaan kerajaan untuk memastikan rakyat berpendapatan tinggi menjelang wawasan 2020.

Menjadi tanggungjawab rakyat juga untuk mengekal dan memberikan sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional untuk kekal mengapai WAWASAN 2020.

Adalah menjadi keutamaan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional untuk membantu rakyat. Rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan.

Friday, October 10, 2014

Kemalangan Maut Lebuhraya Pasir Gudang.

PASIR GUDANG: Lima orang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Taman Rinting, di sini, sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari, kereta yang dinaiki semua mangsa dipercayai terbabas sebelum merempuh pokok.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Abdul Samad Salleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan identiti semua mayat sedang dikenal pasti.

Semua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk bedah siasat

TRAVERS REPORT 008226/2014 ZULKIFLI BIN NOORDIN

Saya telah menerima maklumat bahawa IRF (Islamic Renaissance Front) dengan kerjasama GMM (Global Movement of Moderates) akan mengadakan satu program dipanggil "Diskusi Meja Bulat" membawa tajuk "Tantangan Fundamentalisma Agama Abad Ini".

Program dijadualkan pada 18 Oktober 2014 dari jam 11 am hingga 1 pm di Bilik Persidangan GMM, Tingkat 15, Menara Manulife, Bukit Damansara Kuala Lumpur.

Menurut risalah dan aturcara yang disebarkan, majlis akan dirasmikan oleh Datuk Saifudin Abdullah, Pengerusi GMM dan ucap-utama oleh Dr Ulil Abshar Abdalla dengan intervenor Dr Ahmad Farouk Musa & Prof Tajudin Rasdi.

Mengikut maklumat yg diperolehi daripada pejabat Mufti WP di laman http://www.muftiwp.gov.my/doc/GERAKAN_ISLAM_LIBERAL.pdf, Ulil Abshar Abdalla adalah "pengasas dan koordinator Jaringan Islam Liberal Indonesia (JIL) yang telah membuat kenyataan berikut dalam beberapa media massa yang menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W., antaranya:

"1. Menurut Ulil, tidak ada yang disebut hukum Tuhan dalam pengertian seperti yang di fahami kebanyakan orang Islam, misalnya hukum Tuhan tentang pencurian, jual beli, pernikahan, pemerintahan dan lain-lain “ (Kompas, 18 November, 2002).

2. “Rasul Muhammad adalah tokoh historis yang harus dikaji dengan kritis sehingga tidak hanya menjadi mitos yang dikagumi saja, tanpa memandang aspek-aspek beliau sebagai manusia yang juga banyak kekurangannya”.  (Kompas : 18 November 2002)

3. “Islam – seperti pernah dikemukakan cek Nur dan sejumlah pemikir-pemikir lain – adalah ‘nilai generis’ yang bisa ada di Kristen, Hindu, Budha, Konghucu, Troisme..... bisa jadi kebenaran ‘Islam’ ada dalam filsafat marxisme”.  Kompas, 18 November 2002);

4. Semua agama sama.  Semuanya menuju jalan kebenaran. Jadi Islam bukan yang paling benar”.  (Gatra, 21 Disember 2002);

5. “Larangan Kawin beda agama bersifat kontekstual.... Pada zaman Nabi, Umat Islam sedang brsaing untuk memperbanyak umat.  Nah saat ini, Islam sudah semiliar lebih. Kenapa harus takut kawin dengan yang di luar Islam “.  (Gatra, 21 Disember 2002)

Saya difahamkan bahawa Dr. Ulil Abshar Abdalla telah disenaraikan sebagai salah seorang individu yang merupakan pengasas dan pemimpin Jaringan Islam Liberal di Indonesia yang menganut dan menyebarkan fahaman liberalisme, pluralisme dan sekularisme agama.

Saya difahamkan bahawa fatwa telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa membuat ketetapan fahaman liberalisma dan pluralisma adalah suatu ajaran sesat dan bertentangan dengan Islam. Sila rujuk http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/aliran-pemikiran-liberal-hukum-dan-implikasinya-kepada-islam-di-malaysia

Oleh itu saya meminta agar pihak berkuasa termasuk PDRM, Jabatan Agama Islam WP dan Jabatan Imigresen mengambil tindakan berikut:

1. Menyiasat IRF, GMM, Datuk Saifudin Abdullah, Dr Ahmad Farouk Musa, Prof Tajudin Rasdi berkaitan penganjuran program ini menurut Seksyen 298A Kanun Kesiksaan dibaca bersama Seksyen 34 KK dan juga dibawah Seksyen 4, 5 & 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (WP) 1997 dan/atau mana-mana peruntukkan berkaitan;

2. Melarang dan/ atau menghentikan dengan serta merta penganjuran majlis "Diskusi Meja Bulat - Tengangan Fundamentalisma Agama Abad Ini" saperti yang dijadualkan;

3. Mengeluarkan perintah "persona non-grata" terhadap Dr. Ulil Abshar Abdalla dan melarang beliau daripada memasuki negara ini bagi tujuan itu;

4. Mengambil tindakan pendakwaan dan/ atau apa-apa prosiding berkaitan terhadap mereka yang terlibat dalam penganjuran majlis ini.

5. Menyiasat dalang dan/atau penyumbang dana dan kewangan yang membiayai program ini.

Sekian lapuran saya.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
14 Zulhijjah 1435
09 Okt 2014

Terkini: Bajet 2015 -Najib Razak.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada 4 petang ini, bajet terakhir dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).

Seperti pelan tindakan kewangan yang lain, Najib yang juga Menteri Kewangan semalam membayangkan bahawa Bajet 2015 adalah belanjawan 'pro-rakyat' dan meliputi pelbagai langkah mengurangkan beban kos hidup.

Antara lain, Bajet 2015 akan membantu meningkatkan peluang pekerjaan, pendidikan dan mewujudkan lebih banyak rumah mampu milik, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Perdana Menteri juga menggariskan mengenai pentingnya program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"BR1M akan diteruskan kerana ia adalah sebahagian daripada manifesto. Ia adalah sebahagian daripada rasionalisasi subsidi.

"Dengan mengalihkan subsidi menyeluruh kepada sokongan lebih bersasar, kami akan memperoleh nilai wang yang lebih baik," katanya.

Najib juga menegaskan mengenai pentingnya meneruskan langkah mengurangkan defisit kerajaan bagi memastikan bajet seimbang dicapai pada 2020.

Beliau menambah bahawa kerajaan kini dalam kedudukan yang baik untuk memenuhi sasaran defisit fiskal, yang meliputi pengurangan defisit kepada 3.5 peratus menjelang akhir tahun dan tiga peratus pada akhir 2015. - BERNAMA

Terkini: Dua Pesawat MAS Berlanggar Di Landasan KLIA

Tragedi masih mengekori MAS. Kali ini ianya tidaklah seteruk MH370 dan MH17. Kejadian dilaporkan berlaku pada jam lebih kurang 6.30pm tadi.

Berlaku satu perlanggaran diantara 2 buah kapal terbang milik MAS di Bay 5 ( no pendaftaran 9M-MSF) dan Bay 7 (no pendaftaran 9M-MLS)

Kejadian ini dipercayai berpunca dari kecuaian staf yang bertugas untuk towing kapal MH1158 di Bay 5 (KUL-PEN etd 1820hrs) berlepas sehingga terlanggar sayap pesawat yang berhampiran kapal MH1276 (KUL-KUA etd 1835hrs).

Penumpang kedua-dua destinasi diarahkan untuk bertukar kapal untuk ke destinasi masing-masing.

Mutakhir : ROS telah meluluskan Pertubuhan Melayu Murtad-Adalah satu penipuan.

As Salam Sahabt semua, saya baru sahaja selesai diskusi dengan orang yamg bertanggungjawab berkaitan kelulusan ROS.

Isu yang dibangkitkan oleh setengah pihak yang mengatakan PIHAK ROS telah MELULUSKAN -"PERTUBUHAN MELAYU MURTAD"

Setelah memperkenalkan diri dari Pertubuhan Sahabat Alam Maya Malaysia (SAM) dan menceritakan kekalutan  yang sedang berlaku di Alam Maya (FB) berkaitan kelulusan PERTUBUHAN MELAYU MURTAD oleh pihak ROS.

Saya menegaskan pada pihak ROS, perkara ini menimbulkan keresahan rakyat terutamanya kepada orang Islam apa sesuatu tindakan lambat diambil kerana ini melibatkan bab sensitivitif Agama dan pihak saya bagi pihak SAM,  juga menegaskan pihak ROS perlu mengambil tindakan segera bagi mengelak kekeliruan dengan lebih serius pada rakyat dan ini akan memberi kesan yang buruk kepada kerajaan sekarang.

Sehubungan dari pihak ROS telah memaklumkan bahawa, pihak mereka telah pun mengambil tindakan untuk membuat penjelasan di media media pada hari petang ini atau esok.

SEKALI LAGI PIHAKNYA MENEGAAKAN BAHAWA PIHAK ROS TIDAK PERNAH MELULUSKAN APA APA PERMOHONAN DARI

"PERTUBUHAN MELAYU MURTAD"

ALHAMDULILLAH.

DENGAN RAHMATNYA MALAYSIA MASIH TERHAKAIS DARI ANASIR ANASIR JAHAT OLEH PIHAK YAHUDI.

Dan saya juga memaklumkan pada pihak ROS, sekiranya penjelasan dibuat, mohon dimaklumkan kepada pihak SAM

SILA VIRALKAN PADA GROUP GROUP LAIN 

Thursday, October 9, 2014

TERKINI ! MOTIF & PUNCA LETUPAN BOM TANGAN DI BUKIT BINTANG !

Kita tentu terkejut dengan insiden yang berlaku Bukit Bintang pagi ini : 

Seorang parah manakala 14 lagi dilaporkan cedera dalam kejadian letupan di sebuah kompleks di Bukit Bintang, pagi ini.

Sekarang : Untuk membantu rakyat tidak perlu berjawatan tinggi dalam Politik,

Mutakhir: Tips Menjadi Pemimpin Yang Dihormati, Disegani Lagi Disenangi

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Setiap kamu adalah pemimpin. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji/pembantu adalah pemimpin kepada harta benda majikan yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu”.
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)

Wednesday, October 8, 2014

Mutakhir: Save Rimba Kenong Warisan Anak cucu untuk zaman berzaman.


Masjid Asal Kuala Kenong (tapak masjid pada masa dahulunya digunakan Pahlawan Pahlawan  Melayu Dahulu berbincang melawan British).

Saya tidak dapat tidak; merasa bangga bercampur terharu semasa menghadiri Upacara Penyerahan Memorandum Bantahan daripada 4 JKKK kawasan sekitar Kuala Kenong di mana Rimba Kuala Kenong.

Terkini: Persoalan Rakyat KOS SARA HIDUP tidak seimbang dengan pendapatan.

Assalamualaikum -

Persoalan pokok atau subjek utama yang membimbangkan rakyat jelata rasa terbeban adalah KOS SARA HIDUP yang tidak seimbang dengan jumlah pendapatan mereka.

- harga petrol.
- harga ikan,ayam,daging.
- Sayur Sayuran.
- tepung,gula,dan barang- barang keperluan dapur.
- tol 
- Kos rawatan perubatan
- kos perkhidmatan awam seperti public transport dll
- kos Utiliti

Tuesday, October 7, 2014

15 Perkara Penyembelihan Korban Yang Perlu Anda Ketahui

1. Korban boleh dilakukan selepas solat hari raya aidiladha dan tiga hari selepas itu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah iaitu hari-hari tasyrik. [HR. al-Bukhori 5225, Muslim 1961, Ibnu Hibban 1008]

2. Menajamkan alat sembelihan sebelum menyembelih. [HR. Muslim 1967]

3. Merebahkan haiwan dan meletakkan kaki pada rusuk haiwan ketika menyembelih. [HR. Al-Bukhari 5565, Muslim 1966]

4. Jika unta, disembelih ketika ia berdiri. [HR. al-Bukhari 1713, Muslim 1320/358]

5. Sunnah mengadap kiblat. [HR. Malik al-Muwatha’ 1405]

6. Membaca 'bismillah' dan 'bertakbir' sebelum menyembelih. [al-An’am 6:121, HR. al-Bukhari 5565, Muslim 1966]

7. Memutus al-wadjan, iaitu dua urat tebal di leher haiwan sembelihan. Tidak sah korban jika hanya putus satu urat. [Syarh Bulugh 6/52-53]

8. Jika terdapat janin (anak) di dalam perut haiwan, cukup dengan hanya menyembelih ibunya. [Irwa`ul Ghalil 8/172 2539]

9. Sunnah menyembelih haiwan korban dengan tangan sendiri. [HR. al-Bukhari 5565, Muslim 1966]

10. Dianjurkan berdoa supaya korban diterima selepas menyembelih. Tiada doa khusus disyariatkan. Contoh doa: "Ya Allah, terimalah sembelihan / korban ini dariku dan keluargaku". [HR. Muslim 1967]

11. Disyariatkan makan sebahagian dari haiwan korban. [al-Hajj:28]

12. Boleh simpan daging korban lebih dari tiga hari. [HR. Muslim 1977]

13. Disyariatkan memberi sebahagian haiwan korban kepada fakir miskin. [al-Hajj:28]

14. Boleh memberi daging korban kepada orang kaya sebagai hadiah untuk mewujudkan kasih sayang sesama muslim.

Boleh memberi daging korban kepada orang kafir sebagai hadiah untuk melembutkan hatinya selagi bukan kafir harbi. [Fatwa Al-Lajnah Ad-Da`imah 11/424-425 1997]

15. Tidak boleh memberi upah kepada penyembelih dengan upah daging korban. Upahnya berasingan, tidak kira apa bentuk upah asalkan bukan daging korban. Namun boleh memberi daging korban sebagai sedekah atau hadiah kepada penyembelih. [Shahih Fiqih Sunnah II/379]

Video korban: http://goo.gl/Wjn9Ue

Monday, October 6, 2014

Terkini:Bot hilang TLDM akhirnya dikesan

Sebuah bot tempur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dikhuatiri hilang semasa cuaca buruk di perairan Pulau Mengalum, Sabah sudah berjaya dikesan kedudukannya.

“Bot CB204: (Kapal pencari) KD Ganas terima panggilan distress daripada bot jam1500. Bot hadapi masalah enjin dan steering gear.

“Bot berada 30nm SE Stn Uniform,” tulis Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar di Twitter sebentar tadi.

Bernama awal pagi tadi melaporkan bot tempur jenis CB90 itu terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah.

Dalam kenyataannya, Aziz dilapor berkata, bot itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada pukul 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring pada pukul 11.15 pagi.

Bot tempur itu ditugaskan untuk beroperasi di stesen berkenaan.

Operasi mencari dijalankan oleh aset-aset TLDM, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Tujuh orang krew yang diketuai Leftenan Azri Bakar berada di atas bot tempur itu.

Saturday, October 4, 2014

Mutakhir:ROS kata CEC DAP belum diiktiraf.

Pendaftar Pertubuhan (ROS) menjelaskan bahawa Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP belum lagi diiktiraf walaupun DAP mendakwa sebaliknya.

Laporan Utusan Malaysia menyebut, Timbalan Ketua Pengarah ROS, Mohd Norzam Mustapa berkata badan tersebut masih belum mendapat apa-apa makluman dari mahkamah berhubung status sebenar jawatankuasa berkenaan.

"Kita tidak tahu bagaimana mereka boleh mengisytiharkan sebegitu (CEC DAP) sah kerana kita pun tidak dapat sebarang maklumat begitu daripada mana-mana pihak terutama mahkamah.

"Pada ketika ini, ROS sedang menyiasat perkara ini dan berharap dapat memperoleh jawapan terhadap persoalan-persoalan melibatkan CEC DAP tersebut," katanya seperti dipetik dalam laporan akhbar milik Umno itu.

Dalam satu lagi laporan, akhbar berkenaan memetik kenyataan bekas penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari yang membangkitkan mengenai status 120 cawangan DAP.

Beliau mendakwa cawangan berkenaan tidak berdaftar dan mengaitkan status mesyuarat pemilihan semula CEC itu dan kedudukan setiausaha agung parti, Lim Guan Eng.

"Ternyata kehadiran 120 cawangan yang belum berdaftar membuatkan mesyuarat pemilihan semula CEC DAP tidak sah.

"Maka keputusan pun tidak sah dan kedudukan Guan Eng sebagai setiausaha agung DAP juga tidak sah," beliau dipetik sebagai berkata.

DAP membuat permohonan semakan kehakiman terhadap ROS kerana enggan mengiktiraf CEC parti itu selepas mereka mengadakan pemilihan semula Disember tahun lepas.

Namun, permohonan itu ditarik semula dalam satu penyelesaian pada 23 September selepas satu penjelasan ROS di mahkamah.

Sehari selepas itu, setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke menggesa ROS agar meluluskan pendaftaran 120 cawangan baru DAP yang tertangguh akibat siasatan ROS pada awal tahun ini.

Terkini : Sultan Perak ingatkan Puterajaya kemiskinan boleh menyebabkan kegiatan rasuah.

Photo: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini mengingatkan Putrajaya supaya berhenti menafikan kewujudan kekayaan tidak sama rata di negara ini dan sedar kesusahan hidup dan kemiskinan juga boleh menyebabkan kegiatan rasuah.

Dalam ucapannya, baginda memetik angka menunjukkan pendapatan rendah di kalangan majoriti isi rumah di Malaysia, sambil berkata mereka yang bertungkus lumus memenuhi keperluan hidup terdedah dengan rasuah pada skala kecil.

Baginda berucap pada majlis ulangtahun ke-47 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini, di sebalik perbahasan mengenai pengumuman Putrajaya baru-baru ini mendakwa purata pendapatan isi rumah rakyat melebihi RM5,900.

Sementara mengambil maklum yang rasuah juga wujud di kalangan pegawai berpangkat tinggi di sektor awam dan swasta akibat sifat tamak mereka, Sultan Nazrin berkata rakyat golongan bawahan ada yang melakukan kerja kedua bagi menampung keperluan keluarga demi mengelak terjebak dalam rasuah.
Ini akhirnya akan menjejaskan produktiviti mereka di tempat kerja, titahnya.

"Inilah hakikat senario semasa di dalam negara. Bilangan yang tergolong dalam kategori ini akan semakin bertambah jika formula berkesan tidak diperkenalkan terutama memberikan fokus kepada aspek-aspek perumahan, makanan, pengangkutan serta khidmat kesihatan dan rawatan perubatan yang kosnya semakin hari semakin meningkat.

"Negara tidak boleh berada dalam minda penafian akan realiti sebenar yang sedang berlaku," titahnya.

Baginda memetik laporan Model Ekonomi Baru yang menunjukkan 80% isi rumah di negara ini berpendapatan kurang RM5,000 sebulan dan 40% berpendapatan kurang RM2,000 sebulan.

Ia juga menunjukkan 78.6% pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.  

Sementara itu, titahnya, tahap keupayaan pelaburan di kalangan majoriti bumiputera boleh dimanifestasikan melalui simpanan Amanah Saham Bumiputera di mana 75% daripada penabungnya memiliki purata tabungan hanya RM611 seorang.  

Sultan Nazrin bertitah, data itu sangat membimbangkan dalam usaha negara mencapai taraf negara maju dengan sasaran pendapatan per kapita RM48,000 setahun pada tahun 2020.

Katanya, keadaan itu umpama penyakit yang memerlukan rawatan serius.

"Ia bukan sakit tekak yang bersifat sementara, boleh diubati dengan gula-gula strepsil. Ia penyakit sosial yang serius, memerlukan rawatan intensif daripada doktor dan pakar bedah sosial, memerlukan formula perubatan dari farmasi sosial yang berupaya merangka dasar sosial yang komprehensif lagi holistik untuk dilaksanakan," katanya.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini mengingatkan Putrajaya supaya berhenti menafikan kewujudan kekayaan tidak sama rata di negara ini dan sedar kesusahan hidup dan kemiskinan juga boleh menyebabkan kegiatan rasuah.


Dalam ucapannya, b...aginda memetik angka menunjukkan pendapatan rendah di kalangan majoriti isi rumah di Malaysia, sambil berkata mereka yang bertungkus lumus memenuhi keperluan hidup terdedah dengan rasuah pada skala kecil.

Minyak naik lagi Part 2

Bila ada kejutan maka semua melatahlah, bila ada tidak sependapat dengan kita maka kira tidak setujulah. Nilai apakah yang hendak di sampaikan oleh seseorang. Bila kita berkuasa maka kuasa itulah yang kita gunakan untuk memenuhi kehendak kita.

Isu terkini minyak naik lagi 0.20 sen. Perkara ini terjadi tanpa di sedari oleh rakyat. Perkara mengejut ini telah di lakukan olih kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak. Apakah resonalnya kerajaan menaikkan minyak?

MINYAK NAIK LAGI RAKYAT DIPAKSA TELAN TANPA PILIHAN?

Jika saya tinggal di London, New York atau paling terukpun di Guangzhao, Melbourne jika minyak naik saya tak terasa pun. Alternatif disediakan untuk saya sampai dari sejauh zon 6 Kota London ke tengah bandar ataupun ke zon 6 arah berlainan dalam masa kurang 1 jam sekalipun semasa penyuraian waktu puncak. Apa nak risau jika Tuan Mayor Kota London juga naik train ke tempat kerja, untuk mesyuarat dengan pelanggan di mana-mana sahaja juga boleh naik train. Belanja pun tak banyak, guna sahaja kad bulanan mereka itu boleh sahaja melacak ke seluruh London. Untuk ke Manchester, Nottingham (seperti kita nak ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu) boleh guna train juga dengan kekerapan tinggi dan HARGA YANG MURAH (jika nak banding dengan pendapatan mereka, harga itu memang murah).

Thursday, October 2, 2014

Terkini: Kerana 20 sen jaa pun???

Kita bising minyak naik Rm0.20
bukan kerana kita benci Malaysia.
Kita bising minyak naik bukan
kerana kita tak mampu bayar.
Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa
bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat
marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.
Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.
Ada yang bekerja teruk
terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun
kwsp.Kerjanya keluar pagi balik
dinihari.
Dan kalian pula berbicara indah
persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?
Ya...
Sembang kalian sembang mereka
yang berharta.
Sembang kalian sembang orang
yang penuh wibawa.
Sedangkan ada mereka yang
facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat dari si sarjana
muda.
Kerja lebih ikhlas dari si phd
mahupun master.
Hanya untuk mulut mereka
sekeluarga.
Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak
berusaha di zaman muda.
Tapi adakah kita berilmu untuk
menjadi penindas mereka?
Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari
kalian.Kerana aku taknak hilang
perikemanusiaan.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat