Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Wednesday, October 15, 2014

PERMATA lapor polis berhubung artikel portal

PERMATA, sebuah agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri, hari ini membuat laporan polis berhubung artikel dalam sebuah portal yang didakwa menjejaskan imej dan kredibiliti agensi itu.
  
Menurut PERMATA, laporan itu dibuat seorang pegawainya di Balai Polis Presint 7 di Putrajaya hari ini.
  
Agensi itu mendakwa artikel bertajuk ‘Subsidi dipotong demi Permata Rosmah RM711 juta' yang dimuat naik portal itu pada Ahad lepas, telah memburukkan nama baik pegawai PERMATA yang bertanggungjawab menguruskan peruntukan agensi itu.
  
Selain itu, PERMATA mendakwa ia juga memburukkan nama penaung program PERMATA yang juga isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
  
Agensi itu berharap polis melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak bertanggungjawab memuat naik artikel itu.

- Bernama
 

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat