Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Wednesday, June 11, 2014

Rafizi Ramli berikral akan mendedahkan lebih banyak lagi isu geran RM100juta setelah Parlimen menolak soalannya.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berikrar akan mendedahkan lebih banyak lagi berhubung isu geran RM100 juta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) setelah Parlimen menolak soalannya.

Anggota Parlimen Pandan itu bertanya menteri bertanggungjawab Datuk Ewon Ebin dan perdana menteri sama ada mereka berdua sedia menandatangani akuan berkanun yang menyatakan dokumen yang didedahkan Rafizi adalah palsu.

Antara dokumen itu adalah surat didakwa daripada Pejabat Perdana Menteri kepada Ewon dengan lampiran minit mesyuarat perdana menteri dengan pegawai daripada sebuah syarikat NSE Resources Sdn Bhd.

Kedua-dua soalan ditolak oleh setiausaha parlimen Roosme Hamzah yang berkata soalan itu mengandungi hasil fikiran sendiri dan tidak berdasarkan fakta.

Rafizi justeru berkata, beliau menganggap dokumen itu asli kerana perdana menteri tetap berdiam diri berhubung perkara itu dan enggan menjawabnya di parlimen.

Obama kecewa berlaku tembakkan rambang.

WASHINGTON: Presiden Barack Obama mengakui bahawa kekecewaan paling besarnya sejak memegang jawatan adalah ketidakmampuan Washington untuk merangka langkah pengawalan senjata berikutan beberapa kejadian tembakan di sekitar Amerika Syarikat.

“Kita kena fikir sedalam-dalamnya mengenai kejadian seperti ini. Ia sudah menjadi satu kebiasaan, seolah-olah kita tidak peduli dan sebagai bapa, saya begitu takut,” katanya dalam sesi soal jawab tajaan Tumblr di Rumah Putih semalam.

Kenyataannya dibuat berikutan kejadian tembakan rambang yang begitu kerap berlaku di sekitar Amerika, yang terbaru berlaku di Oregon High School semalam. Minggu lalu, seorang lelaki melepaskan tembakan di Universti Seattle Pacific.

Pada awal tahun lalu, Obama berusaha untuk mendapatkan kelulusan Kongres berikutan kejadian di sebuah sekolah di Newtown, Connecticut di mana 20 kanak-kanak terkorban.

Sejak itu, terdapat 74 lagi kejadian tembakan di sekolah dan kampus, menurut kumpulan Everytown for Gun Safety, yang mahukan undang-undang lebih ketat.

Bulan lalu, enam pelajar di Universiti California, Santa Barbara terbunuh dalam kejadian sama.

Obama mengakui bahawa salah satu kekecewaannya sebagai presiden ialah kegagalan untuk merangka peraturan mengenai pistol, dan menyatakan hanya Amerika Syarikat sahaja negara maju di dunia yang membiarkannya berlaku.
“Saya sanggup bekerja dengan sesiapa sahaja termasuk ahli sukan dan pemilik senjata untuk merangka sesuatu langkah tetapi sekarang untuk mendapatkan peraturan ringan melalui Kongres pun begitu susah dan kita patut berasa malu,” katanya. - Agensi

Pandangan Prof. Jangan Komen Isu Johor kalau Jahil.

Isu Sultan Johor: Jangan komen kalau jahil-Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam

Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam meminta mereka yang kurang arif mengenai undang-undang negeri dan institusi beraja menghentikan komen kerana ia akan menimbulkan kontroversi.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berhak menentukan Rang Undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ).

Menurut Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam, kuasa berkenaan diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor (UUTKJ) 1895.

“Apabila ia merujuk kepada negeri Johor pula, tindakan Sultan Ibrahim mengikut peruntukan UUTKJ. Sebagai Ketua Negeri Johor, baginda mempunyai kuasa mutlak untuk menasihati, melantik dan menentukan lembaga pengarah kerajaan Johor. Sultan juga ada kuasa melantik pengurusan tanah dan memberi pandangan bukan mentabdir, kerana tugas itu dilakukan menteri besar bukannya Sultan,” katanya kepada The Rakyat Post.

Jelasnya, dengan bidang kuasa yang diperuntukkan kepada baginda, Sultan Ibrahim mempunyai alasan untuk bertindak bagi melindungi kepentingan rakyat dan negeri.

Ramlah turut memaklumkan, dalam pentadbiran negeri, menteri besar boleh menasihati sultan, tetapi sultan sebagai pemerintah, berkuasa mutlak dalam menentukan apa juga rang undang-undang yang bakal digubal.

“Semua undang-undang yang ditubuhkan perlulah dirujuk kepada sultan terlebih dahulu, contohnya isu pemberian tanah hak milik kekal selama 999 tahun di negeri Perak, dilakukan tanpa pengetahuan Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan tanpa menunggu keputusan Majlis Tanah Negara (MTN) dan masalah ini tidak pernah berlaku dalam sejarah kita.

“Tanah terletak di bawah hak negeri, bukannya persekutuan, dan kini Sultan Ibrahim sedar, selepas Pulau Batu Puteh diberikan kepada Singapura. Itu salah siapa?” katanya.

Menurutnya, selaku pelindung rakyat, Sultan Ibrahim berhak mencampuri urusan pentadbiran negeri.
“Saya rasa bukan niat Sultan Ibrahim nak campur tangan dala
m urusan pentadbiran negeri, tetapi baginda nak mengawal harga perumahan, sekaligus membantu rakyat di negerinya berpeluang membeli rumah, kerana rata-rata rakyat Johor berpendapatan rendah dan tidak mampu membeli rumah,” katanya.

Jelasnya, sebagai Sultan Johor, baginda sendiri melihat tanah di negerinya dibeli rakyat Singapura dan menyebabkan rakyat tempatan terpinggir.

“Bila ada kuasa sultan, perkara itu boleh dilakukan. Sultan memang tidak mentadbir, tetapi baginda berkuasa untuk menentukan lembaga pengarah sebagai penyelaras negeri dan pelindung rakyat. Buat apa baginda nak mentadbir, kerana baginda merupakan ketua negeri Johor,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai komen pelbagai pihak berhubung isu berkenaan, Ramlah khuatir ia akan menimbulkan kontroversi.

“Kebanyakan tokoh politik, tokoh akademik, penganalisis perundangan, politikus hinggalah negarawan, tidak mempunyai kepakaran untuk menyentuh isu ini, kerana walaupun mereka pakar dalam bidang masing-masing, mereka bukanlah pakar dalam bidang Perlembagaan Negeri.

“Sultan memerintah mengikut peruntukan perlembagaan negeri masing-masing, tetapi kenapa isu ini masih lagi timbul? Apakah akta yang ingin diusulkan Isnin hadapan dalam sidang DUN bertentangan dengan akta Persekutuan dan Negeri? Saya rasa ia tidak bertentangan sama sekali.

“Apa yang Sultan Ibrahim cuba lakukan adalah untuk memberi penjelasan lebih tepat dalam pelantikan lembaga pengarah dan LPHJ bukanlah pejabat tanah, tetapi lembaga ini berada di atas pejabat tanah bagi memantau Majlis Mesyuarat Negeri,” katanya.

Sehubungan itu, Ramlah menasihati orang Melayu di Johor supaya tidak bergaduh dengan sultan sendiri, kerana akibatnya orang lain yang bakal bertepuk tangan.

Sebenarnya MTMR perhati tidak ada perselisihan pun antara rakyat Johor dan Sultan. Hanya perlaksanaan Pemaju perumahan yang ingkar terhadap kepentingan rakyat Johor. Tindakkan tegas termasuk menyenaraikan hitam kepada pemaju yang gagal mengikut syarat yang di tetapkan.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat