Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Wednesday, June 18, 2014

MP mahu rujuk Jamil Khir ke JK hak Parlimen

Dua MP pembangkang berkata mereka akan merujuk Datuk Seri Jamil Khir Baharim ke jawatankuasa hak dan kebebasan atas kenyataan bercanggah yang dikeluarkan menteri tersebut di Dewan Rakyat.

Oscar Ling (DAP-Sibu) mengemukakan usul tersebut semalam, ekoran kenyataan Jamil Khir bahawa Malaysia bukan negara sekular, manakala usul oleh Ng Wei Aik (DAP-Tanjong) pula atas kenyataan Jamil Khir berhubung undang-undang hudud di Malaysia.

Ng berkata beliau tidak berpuas hati kerana Jamil Khir tidak menyatakan dengan jelas pendirian kerajaan berhubung hudud, yang menurutnya boleh mengelirukan Dewan.

Speaker Tan Seri Pandikar Amin Mulia bagaimanapun berkata perkara itu tidak akan dibincangkan pada hari ini.

MTMR memang yakin bahawa Malaysia adalah negara Islam. Mana-mana yang nak tunjuk handal dalam berhujah silakan.

Ingat  pesanan MTMR sarang tabuan jangan di " JOLOK " Ruginya orang Melayu dahulukala bila membenarkan kontrak sosial di persetujui. Mereka telah terlajak SEJARAH TANAH MELAYU.

Baca balik Perlembagaan Negara.

YTL Power tarik diri daripada projek loji janakuasa di Johor

KUALA LUMPUR: YTL Power International Bhd memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam pelaksanaan projek membangunkan loji tenaga kitaran bersepadu 1,000 MV hingga 1,400 MV di Pasir Gudang, Johor.

Menurut syarikat itu, meskipun Suruhanjaya Tenaga telus dalam menyediakan syarat pemberian projek itu, namun bagi meredakan salah faham yang berlaku, ia memutuskan untuk menarik diri.

"Memandangkan salah faham ke atas projek itu, YTL Power telah memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam projek ini di bawah pengaturan semasa.

"Ia untuk menghilangkan sebarang keraguan ke atas komitmen kerajaan untuk ketelusan dan tadbir urus yang baik," menurut syarikat itu dalam satu pengumuman kepada Bursa Malaysia, sebentar tadi.

Sultan Johor pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-235, di Istana Negara di sini.

Mesyuarat dua hari itu bermula hari ini dan dihadiri oleh semua Raja Melayu kecuali Pahang.

Yang turut hadir ialah semua Yang Dipertua Negeri.

Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Melaka diiringi oleh Ketua Menteri mereka.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah dijadual berangkat menghadiri majlis santapan malam ini bersempena mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu itu.

Seri Paduka juga dijadual berangkat ke mesyuarat majlis itu esok.

- BERNAMA

DAP Jangan Bagi Isyarat PR Tidak Mesra Islam? Ramai Islam dalam PR ???

1. Tindakan berkali-kali pimpinan tertinggi DAP mengeluarkan kenyataan menentang pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan yang telah diluluskan pada tahun 1992 sebelum kelahiran PR telah merosakkan perpaduan rakyat pelbagai kaum yang menentang hegemoni pemerintahan UMNO.

2. Ia juga satu khidmat tidak langsung DAP dalam memanjangkan jangka hayat UMNO apabila orang-orang Melayu dalam PAS atau yang sudah mula cenderong dan bersimpati dengan perjuangan PAS mula bimbang dengan pendirian DAP. 

3. Kenapa tidak disokong pelaksanaan Hudud di Kelantan atas nama demokrasi yang boleh juga menyumbang kelangsungan sokongan Melayu terhadap PAS? Hudud di Kelantan telah diluluskan sebelum PR. Analogi mudah yang boleh dibuat ialah "anak yang PAS lahirkan di DUN Kelantan sebelum perkahwinan dengan DAP adakah patut dibuang hanya kerana berkahwin? Kenapa tidak dikendong bersama anak tersebut?"

Harta Pulau Nangka: Tempoh cari hingga 1 Ogos

JASIN - Syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd yang menjalankan kerja-kerja pencarian harta peninggalan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka di Pulau Nangka di sini diberi tempoh sehingga 1 Ogos depan bagi menyelesaikan kerja-kerja pencarian berkenaan.

Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-pulau Melaka Datuk Ghazale Muhamad berkata pencarian tersebut perlu dihentikan serta-merta sekiranya ia tidak membuahkan sebarang hasil.
Beliau berkata langkah itu perlu bagi memelihara ekosistem dan alam semula jadi Pulau Nangka yang dikhuatiri terjejas ekoran kerja penggalian lubang di beberapa kawasan di pulau berkenaan.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat