Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Tuesday, June 10, 2014

Korea Namakan PM Ketua risikan baru.

Jurucakap presiden, Min Kyung- wook berkata, bekas wartawan akhbar konservatif JoongAng Ilbo, Moon Chang-keuk dipilih bagi menggantikan penyandang Perdana Menteri, Chung Hong-won yang meletak jawatan selepas kejadian berkenaan.

Feri Sewol yang terbalik dan karam di barat daya perairan negara berkenaan pada 16 April lalu menyebabkan lebih 300 orang kebanyakannya pelajar sekolah tinggi sama ada mati atau hilang.

Chung menawarkan diri untuk meletak jawatan sebagai bertanggungjawab atas nahas maritim paling berdarah negara itu.

Pentadbiran Park Geun-hye dikritik hebat kerana kelemahan operasi menyelamat pada peringkat awal dan tahap keselamatan yang longgar menyebabkan rating kelulusan Park merosot di bawah 50 peratus buat kali pertama sejak dilantik pada Februari tahun lalu.

Sementara itu, Duta Korea Selatan ke Jepun, Lee Byung-ki dilantik sebagai Ketua baharu Perkhidmatan Risikan Negara (NIS), iaitu agensi risikan negara berkenaan.

Lee berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Agensi Perancangan Keselamatan Negara (NSPA) dan penyelidik di Akademi Diplomatik Korea. - Agensi

Kes Buli Pelajar bogel Sudah Selesai.

Laporan berita disiarkan sebuah blog mengenai tujuh pelajar junior UPM yang mendakwa mereka dipaksa melakukan perkara tidak senonoh oleh pelajar senior Khamis lalu

SERDANG: Kes buli membabitkan 10 pelajar senior dan tujuh pelajar junior Universiti Putra Malaysia (UPM) Khamis lalu dianggap selesai selepas kedua-dua pihak bertemu dan memohon maaf atas kesalahan dilakukan.

Difahamkan, pelajar junior berkenaan membuat laporan di Balai Polis Serdang mendakwa mereka dipaksa berbogel dan menghisap rokok jika tidak mahu diapa-apakan.

Insiden itu dilapor turut dirakam pelajar senior menggunakan telefon bimbit masing-masing.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, kesemua pelajar yang terbabit sudah berbincang dan bersetuju memaafkan satu sama lain.

Ibu bapa pelajar juga sudah dipanggil dan dijelaskan mengenai apa yang berlaku. Satu perjumpaan lagi akan diadakan hari ini antara Persatuan Hindu UPM dengan ibu bapa pelajar terlibat.

Beliau menafikan wujud kejadian ‘ragging’ memaksa pelajar junior berbogel dan menghisap rokok. Ketika mengulas kejadian itu, beliau turut menafikan pembabitan pelajar wanita dalam insiden yang didakwa sengaja menjatuhkan maruah mangsa.

Menurutnya, pelajar senior yang terbabit dalam kejadian itu diberi surat amaran kerana melanggar peraturan ditetapkan universiti.

UPM membuat ketetapan tidak membenarkan mana-mana pelajar senior untuk dekati pelajar junior sebagai langkah pencegahan mengelak kes seperti itu berlaku.

Mohammad Shatar berkata, pihaknya memberi jaminan perkara itu tidak akan berlaku di bawah pengawasan pihaknya.

“Jika ada terima laporan, perkara itu akan dirujuk kepada jawatankuasa tatatertib, tindakan kemudian diambil mengikut prosedur,” katanya.

Beliau berkata, jawatankuasa akan bersidang, menilai dan menyiasat kes, jika ada bukti kesemua pihak akan dipanggil.

Tindakan diambil bergantung kepada keadaan dan maklumat diperoleh, pelajar yang lakukan kesalahan mungkin diberi surat peringatan, amaran, digantung atau dibuang terus daripada universiti.

“Namun dalam kes ini kedua-dua pihak dah selesaikan di peringkat awal, mangsa tidak membuat aduan kepada pihak universiti malah mangsa juga memberitahu apa yang dilapor dalam sebuah akhbar berbahasa Tamil itu banyak yang tidak benar,” katanya.

Laporan terperinci mengenai kejadian itu jelasnya sudah diserahkan kepada kementerian untuk tindakan selanjutnya.

“UPM tidak terima laporan daripada mangsa sebelum ini, hanya tahu mengenainya daripada pihak luar dan berdasarkan laporan polis dibuat tapi kita sudah temui semua yang terlibat untuk dapat gambaran jelas mengenainya,” katanya.

Kelmarin, umum gempar apabila sebuah akhbar Tamil melaporkan tujuh pelajar UPM mendakwa mereka dibuli pelajar senior melakukan perkara tidak senonoh sehingga menjatuhkan maruah di sebuah bilik di asrama universiti itu Khamis lalu.

Pelajar itu mendakwa mereka hanya dibenar memakai seluar dalam, memegang kemaluan sambil menari mengikut rentak muzik.

Tujuh pelajar malang tersebut mendakwa trauma bertemu pelajar senior selepas turut dipaksa menghisap rokok jika tidak mahu dipengapa-apakan.

Sumber: Sinar Online

Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menghentikan upacara pengebumian Wanita berusia 38 tahun.

Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menghentikan satu upacara pengebumian seorang wanita berusia 38 tahun mengikut adat Cina kerana si mati didakwa memeluk Islam, 17 tahun lalu.

Laporan The Star Online menyebut, Teoh Cheng Cheng merupakan seorang Islam dan namanya sudah ditukar menjadi Nora Teoh Abdullah.

Pihak berkuasa tersebut membawa mayat Teoh pada kira-kira jam 3.50 petang selepas berunding dengan anggota keluarga berkenaan sejak tengahari.

Teoh meninggal dunia akibat terjatuh pada hari Sabtu lalu dan dikatakan mempunyai seorang teman lelaki beragama Islam.

Perkembangan itu berlaku hanya seminggu selepas pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Selangor menghentikan satu upacara perkahwainan Hindu.

Dalam kejadian di Petaling Jaya itu, JAIS turun menahan pengantin perempuan, Zarina Abdullah Majid, yang didakwa sebagai seorang penganut Islam.

Sementara itu, laporan Bernama menyebut, wanita didakwa mualaf itu memeluk Islam tanpa pengetahuan keluarganya dan tinggal di Pangsapuri Pelangi, Lintang Macallum bersama teman lelakinya dan empat anak mereka.

Pengarah JAIPP Datuk Sazali Hussein berkata menurut rekod jabatan berkenaan, wanita itu memeluk Islam pada 1997 dan menukar namanya kepada Nora Teoh Abdullah. 

"Kita sedang dalam proses mendapatkan perintah Mahkamah Syariah untuk menguruskan jenazah wanita itu mengikut hukum Islam dan Allahyarham kini dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk sementara waktu," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata JHEAIPP telah melakukan yang terbaik dalam rundingan dan memberi penjelasan kepada ahli keluarga wanita berkenaan. 

"Memang ada bantahan...kita sedang melakukan yang terbaik kerana kita ada semua bukti dan rekod mengatakan bahawa wanita itu adalah seorang Islam," katanya.

Berikutan perkara itu upacara pengebumian Teoh mengikut adat Cina yang dijadual selesai lewat petang semalam di perkarangan pangsapuri berkenaan tergendala apabila pegawai JHEAIPP tiba dan menuntut mayatnya pada pukul 2.30 petang.

Selepas berunding hampir tiga jam keluarga Teoh akhirnya membenarkan keranda wanita itu dibawa ke HPP untuk tindakan lanjut. 

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat