TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, June 20, 2013

Assalamualaikum kepada semua sahabat Wartawan di Malukan ?



Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut.

Berikut adalah perbualan mereka,

Demo Di Pejabat PKR, DAP Dulu Sebelum Demo Desak Pengerusi SPR

POLIS PERLU AMBIL TINDAKAN TEGAS

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, (PKR) Tian Chua, dicadangkan agar membuat demonstrasi di ibu pejabat partinya sendiri dan ibu pejabat parti DAP sebelum menyuruh rakyat membuat demonstrasi bagi mendesak pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf meletakkan jawatan.

Pancainderaseni Silat Lintau. Warisan Zaman berzaman.

Makna L,I,N,T,A,U.

Langkah/Latihan: bermaksud dalam silat lintau mementingkan langkah iaitu gaya atas, setengah tiang dan permainan bawah. selain itu sesiapa yang ingin belajar lintau mestilah turun berlatih di gelanggang untu memahami makna disebalik gerak langkahnya.

I-Islam: silat lintau hanya boleh dipelajari oleh pelajar beragama Islam sahaja kerana setiap permainan dan gerak langkahnya bermaksud serta banyak unsur spiritual berkaitan islam di dalamnya.

N-Nabi: setiap pelajar silat lintau mestilah mentaati rukun iman dan islam serta mentaati ajaran sunah Nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi ikutan umat Islam.

T-Turunkan: turunkan berpecah kepada dua maksud iaitu:

1-setiap pelajar yang mahu belajar silat lintau mestilah turun ke gelanggang.
2-setiap guru silat mestilah menurunkan semua ilmunya tanpa menyembunyikan satupun gerak, buah dan permainannya untuk mengelakkan kepupusan silat lintau.

A-Atas: setiap pesilat mestilah berpegang diatas paksi akidah islam dan berusaha atas insiatif yang baik untuk berjaya. selain itu pelajar silat pula mestilah menghormati orang yang lebih atasan dari mereka.

U-Umatnya: silat lintau bertujuan untuk menyatukan umat manusia, bukan menyebabkan perpecahan dan pertelingkahan. silat lintau untuk kedamaian bukan kehancuran umat manusia.

TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BAGI MENGURANGKAN IMPAK JEREBU KEPADA KESIHATAN MASYARAKAT

Gambar Hiasan Jerebu melanda seluruh negara.

KENYATAAN AKHBAR
 
1. Kementerian Kesihatan Malaysia sedang memantau keadaan jerebu dan jika keadaan jerebu bertambah buruk iaitu Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi bacaan 200, bilik gerakan akan dibuka.

2. Kementerian Kesihatan Malaysia juga memantau keadaan penyakit berkaitan dengan jerebu seperti upper respiratory tract infection (URTI), asma dan conjunctivitis di 52 buah klinik-klinik “sentinel” Kementerian Kesihatan Malaysia secara bulanan.

3. Dalam keadaan berjerebu, Kementerian Kesihatan Malaysia akan memantau secara harian dan pemantauan harian telah dimulakan pada hari Isnin 17 Jun 2013 yang lalu. Negeri-negeri yang dipantau adalah Pahang, Johor dan Melaka. Bagi tempoh 2 hari yang lalu, tidak terdapat peningkatan yang ketara dalam kedatangan pesakit bagi penyakit berkait jerebu.

4. Sebagai persediaan awal, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memaklumkan kepada kakitangan kesihatan supaya sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya peningkatan kes penyakit berkaitan jerebu.

5. Aktiviti pendidikan kesihatan kepada golongan berisiko tinggi di peringkat klinik-klinik kesihatan akan dipergiatkan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu sekiranya ia terjadi dan berpanjangan.

6. Ubat-ubatan yang mencukupi akan dipastikan supaya semua pesakit mendapat rawatan yang sempurna.

7. Kerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar di semua peringkat bagi mendapatkan Index Kualiti Udara yang terkini akan dijalinkan terutama daerah yang mempunyai stesen pemantauan JAS.

8. Kementerian Kesihatan Malaysia telah menghasilkan sebuah buku Pelan Tindakan Pengurusan Jerebu - Garispanduan Kesan Kesihatan Akibat Jerebu yang komprehensif dalam mengendalikan masalah atau situasi berkaitan jerebu di semua peringkat.

9. Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu termasuk:

- mengurangkan aktiviti fizikal di luar rumah,
- sentiasa cuba berada di dalam bangunan (indoor) dan
- jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (mask) yang sesuai.

10. Selain dari itu, sila pastikan udara di dalam rumah/bangunan sentiasa bersih dengan mengurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok. Apabila memandu, gunakan penghawa dingin dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman. Banyakkan minum air kosong (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari). Basuhlah tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan/menghadiri aktiviti luar.

11. Bagi mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik, mereka hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk. Orang awam boleh mendapatkan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu boleh diperolehi dari laman web KKM:  

http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/Jerebu.php .

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat