POLIS PERLU AMBIL TINDAKAN TEGAS
KUALA LUMPUR, 19 Jun – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, (PKR) Tian
Chua, dicadangkan agar membuat demonstrasi di ibu pejabat partinya
sendiri dan ibu pejabat parti DAP sebelum menyuruh rakyat membuat
demonstrasi bagi mendesak pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, Tan Sri
Abdul Aziz Mohd Yusuf meletakkan jawatan.
Ketua UMNO Bahagian
Kuantan, Datuk Wan Adnan Wan Mamat berkata, ini memandangkan isu
pemilihan partinya sendiri, PKR yang penuh dengan kontroversi dan
unsur-unsur penipuan serta penyelewengan terus didiamkan begitu saja
oleh kepimpinan tertinggi PKR.
“Buat demo juga pada DAP. Hingga
hari ini, kontroversi pemilihan jawatankuasa tertinggi DAP pusat senyap
tanpa sebarang komen dari kepimpinan tertinggi DAP biarpun didesak
lebih 700 ahli DAP yang dinafikan hak mengundi mereka.
“Saya
kira itu yang perlu Tian Chua perbetulkan dulu. Kalau nak buat demo,
buatlah demo di hadapan pejabat PKR dan DAP dulu. Minta PKR dan DAP
jelaskan penyelewengan yang berlaku dalam pemilhan parti mereka. Itu
baru betul. Itu baru adil,” tegasnya kepada UMNO-Online merujuk kepada
kenyataan Tian Chua di dalam sebuah laman portal berita hari ini.
Tambahnya lagi, tindakan pembangkang menyalahkan SPR terutama berhubung
dakwat kekal setakat ini adalah hanya sekadar cakap-cakap kosong tanpa
sebarang bukti.
“Kita sudah ulang beberapa kali tentang hal
dakwat kekal ini. Dakwat kekal merupakan elemen tambahan saja. Banyak
lagi elemen keselamatan yang digunakan semasa mengundi untuk memastikan
pengundian dijalankan dengan telus.
“Jika dakwat tersebut tidak
kekal dijari lebih dari dua atau tiga hari, ia tidak bermakna ada
berlakunya rakyat mengundi sebanyak dua kali. Jika ada bawakan bukti.
Jangan hasut rakyat sana sini, sedangkan bila kita minta kemukakan
bukti, dalih sana dalih sini,” ujarnya.
Tindakan pembangkang
mendesak dan mewujudkan pelbagai tohmahan terhadap SPR dan kerajaan
hanyalah kerana mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa majoriti
rakyat di negara ini menolak kepimpinan mereka.
“Bagaimana
mereka boleh katakan SPR atau BN menipu sedangkan perbezaan kerusi
antara pembangkang dan BN jauh begitu ketara. Jika benar pembangkang itu
kuat, ketiga-tiga parti yang bergabung itu hanya memperolehi sebanyak
89 kerusi sahaja.
“Kita tak payah ambil jumlah kerusi rakan
komponen BN, tetapi cukup kita bandingkan jumlah kerusi yang dimenangi
tiga parti bergabung itu dengan UMNO saja. Kerusi yang dimiliki oleh
UMNO adalah 88 kerusi, hanya kurang satu kerusi daripada gabungan tiga
parti tersebut,”
Berdasarkan itu, ini bermakna pembangkang
tidaklah sekuat mana pun di mana untuk mencabar UMNO saja pun mereka
mereka dilihat gagal.
“Jadi bagi saya, apa yang dibisingkan
oleh pembangkang tentang penyelewengan dan penipuan yang berlaku ketika
hari pengundian hanyalah gimik politik murahan yang diamalkan oleh
pembangkang di seluruh dunia.
“Tetapi pembangkang di negara
lain, menerima kekalahan dengan cara yang gentleman dan meneruskan
khidmat mereka kepada masyarakat. Berbeza dengan pembangkang di negara
kita yang lebih suka berpolitik sepanjang masa dan mengabaikan harapan
rakyat yang memilih mereka,” akhirinya. -MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Silat Melayu
DOA DOHA
WALI SONGO
Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.
WAJIB TONTON
Top Blogges
A. Blog Warta Pasir Gudang
-
-
-
Sedang mencuba Dan mencari.10 years ago
-
-
-
Bersolatlah.11 years ago
-
10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak11 years ago
B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.
-
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berasa sedih apabila Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara meletakkan tanggungjawab berhubung kel...
-
100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-me reka yang dikehen...
-
Secara Ringkas... Nota Penulis : Ancaman terhadap negara datang dari luar dan dalam. Untuk memudahkan perancangan musuh Islam, agenda...
-
* Bot Komando Sg.Udang Hilang Dilaut, mungkin ini yg sedang mereka lakukan . Motto Rejimen - Cepat Dan Cergas ... Lambang Rejimen - ...
-
ARTIKEL TULISAN SAHABAT SHAHPASKAL, MUSIBAH DEMI MUSIBAH, PLEASELAHHH..INI BALA BEB, BUKAN UJIAN UNTUK UMAT TERPILIH Bila dah banji...
-
Gambar di atas merupakan kompleks pertahanan bawah tanah Malaysia, lokasi rahsia. 1. Malaysia melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ...
-
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) boleh menyebabkan negara sekali lagi terjerumus dalam krisis ekonomi Asia seperti yang berl...
-
Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim membuat laporan polis kedua terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamed ...
-
Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak ...
-
Ya Allah permudahkanlah urusan sahabat-sahabat sukarelawan PPBM. Rahmatilah mereka dan selamatkanlah mereka dalam kerja amal yang dilakukan....
C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat
-
Sah! Kes Najib Razak Cacat22 hours ago
-
-
-
-
-
Kempen "Buy Muslim First"5 years ago
-
-
TIGA WATAK DIAKHIR ZAMAN5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sedang mencuba Dan mencari.10 years ago
-
Moral Anwar Menyesatkan Umat Islam10 years ago
-
-
-
Bersolatlah.11 years ago
-
10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak11 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.