Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Friday, January 1, 2016

UCAPAN TAHUN BAHARU 2016 YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Sempena sambutan tahun baharu 2016, marilah kita menghimbau sejenak beberapa peristiwa penting yang kita lalui sepanjang tahun 2015. Bagi saya, tahun 2015 bermula dengan cabaran yang agak getir. Menangani tekanan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat dan bermulanya pelaksanaan GST adalah antara perkara utama yang menjadi perhatian rakyat.

Tidak dinafikan pemberian BRIM dapat mengurangkan sedikit sebanyak bebanan kewangan bagi keluarga berpendapatan rendah. Namun demikian, dengan kenaikan harga barangan keperluan yang meningkat secara mendadak, kenaikan kadar tol, tambang pengangkutan awam dan penghapusan sebahagian subsidi kerajaan menyebabkan beban sara hidup yang ditanggung oleh rakyat semakin meningkat.

Sehingga penghujung tahun 2015, isu kos sara hidup masih menghantui rakyat, terutamanya bagi mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah. Rata-rata rakyat ingin melihat kerajaan melakukan sesuatu yang lebih bermakna dan berkesan untuk meringankan beban rakyat yang kian terhimpit dengan masalah ekonomi.

Tahun 2015 juga merupakan tahun yang malap bagi Malaysia dari segi integriti dan ketelusan tadbirurus negara. Skandal 1MDB, misteri derma politik RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri, pemecatan Peguam Negara, pelantikan beberapa ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara yang sedang mendengar kes 1MDB sebagai anggota pentadbiran, pertukaran serta merta beberapa pegawai kanan SPRM yang terlibat dalam siasatan skandal 1MDB dan keengganan Peguam Negara mendakwa pihak-pihak tertentu berdasarkan hasil siasatan Bank Negara mengenai dakwaan salah laku urusniaga 1MDB menimbulkan banyak persoalan dan keraguan mengenai ketelusan dan integriti dalam tadbir urus negara.

Sehingga kini penjelasan kerajaan mengenai skandal 1MDB masih gagal meyakinkan rakyat. Mereka ingin melihat pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kehilangan wang dan harta negara dalam nilai yang besar dibawa ke muka pengadilan. Nampaknya, tirai 2015 dilabuh dengan krisis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan masih belum pulih.

Tahun 2016 pastinya menanti kita dengan cabaran yang lebih getir. Iklim ekonomi dunia masih tidak menentu. Harga minyak dunia dijangka jatuh ke paras yang lebih rendah dan Malaysia sebagai sebuah negara yang sebahagian hasilnya bergantung kepada sumber minyak akan terjejas. Sumber kewangan kerajaan semakin merosot dan kemampuan kerajaan untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat semakin terhad. Selain itu, kesan pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ke atas ekonomi negara dan kebajikan rakyat juga masih belum menentu.

Dalam keadaan yang semakin sukar ini,  isu integriti dan akauntabiliti  pemimpin kerajaan dalam mentadbir negara menjadi semakin penting. Sementara rakyat diminta supaya berjimat cermat dan bekerja lebih masa untuk menambah pendapatan, pemimpin kerajaan juga bertanggungjawab untuk mencegah ketirisan, pembaziran dan pemborosan dalam  perbelanjaan kerajaan.

Pastikan setiap sen wang yang dibelanjakan oleh kerajaan sampai kepada rakyat. Setiap sen cukai yang dikutip daripada rakyat mesti dikembalikan semula kepada rakyat melalui peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan awam, kemudahan awam, pendidikan, pengangkutan, kesihatan dan program-program kebajikan yang benar-benar memanfaatkan golongan sasar.

Malang sekali sekiranya dalam keadaan rakyat sedang menanggung beban kos sara hidup yang kian meningkat, peruntukan kewangan kepada kementerian-kementerian dikurangkan dan sebahagian subsidi kerajaan dihapuskan untuk mengurangkan tanggungan kewangan kerajaan, masih berlaku ketirisan, pembaziran dan pemborosan dalam pengagihan kontrak dan konsesi kerajaan yang hanya menguntungkan sekalangan kecil individu.

Selain itu, sempena sambutan tahun baharu 2016 marilah kita perkukuhkan perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Jangan kita biarkan pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja mengapi-apikan sentimen kaum dan agama semata-mata untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu tadbirurus negara yg semakin meruncing. Ingatlah, mengekalkan perpaduan kaum, mewujudkan keharmonian agama dan memelihara keamanan negara adalah tanggungjawab kita bersama.

Umat Islam yang merupakan majoriti rakyat negara ini bertanggungjawab untuk memastikan ajaran Islam yang sebenar yang mementingkan nilai-nilai amanah, kejujuran, kebenaran dan keadilan tertegak di dalam pemerintahan dan kehidupan seharian. Kerjasama dan perpaduan dalam kalangan umat Islam perlu dibina di atas prinsip dan nilai murni ini, bukan atas asas yang lain.

Saya percaya perpaduan dalam kalangan umat Islam yang bertunjangkan prinsip dan nilai murni ini akan menjadikan umat Islam sebagai umat yang lebih bermaruah, lebih dihormati oleh masyarakat bukan Islam dan beroleh keredhaan Allah s.w.t. Nilai keadilan dan kejujuran yang diamalkan oleh umat Islam juga akan mewujudkan keharmonian dalam hubungan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara kita.

Saya mendoakan semoga kita sentiasa cekal dan bersedia utk menghadapi cabaran getir yang menanti kita di hadapan. InsyaAlllah, berkat kesabaran dan kecekalan kita semua sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanah air, setiap cabaran yang mendatang pasti dapat kita hadapi dengan jayanya. Mudah-mudahan tahun 2016 menjanjikan sinar bahagia buat kita semua.

Selamat menyambut tahun baharu 2016!

Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Presiden Umno/
Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih belum menunaikan janjinya untuk menyelesaikan masalah kewangan 1MDB yang sarat hutang itu, kata bekas ahli Umno Langkawi Anina Saadudin.

Sambil mengira detik berkenaan, bekas pemimpin akar umbi Umno yang lantang itu berkata enam bulan hampir berlalu sejak Najib berjanji bahawa masalah 1MDB akan diselesaikan.

“Rakyat negara ini tidak menantikan bunga api sambutan tahun baru, sebaliknya mereka menunggu janji-janji Najib bahawa 1MDB akan berjaya mengatasi masalah kewangannya menjelang 31 Disember 2015, yakni genap 6 bulan dari tarikh janji tersebut diucapkan.

“Sekiranya 1MDB gagal menyelesaikan masalah kewangannya esok bermakna Najib telah menipu rakyat Malaysia sekali lagi,” tulisnya di Facebook.

Anina sebelum ini mengemukakan saman terhadap Najib berhubung wang RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi presiden Umno itu yang didakwanya adalah sumbangan derma Arab kepada parti.

Beliau memfailkan saman itu pada 28 Ogos dalam usaha supaya wang itu dikembalikan kepada parti.

Katanya, beliau mahu Najib menyedari bahawa ahli Umno dan rakyat Malaysia memiliki azam tahun baru yang mungkin tidak pernah berlaku kepada penduduk lain di seluruh dunia,

“Mereka mahu perdana menteri yang telah kencing 3 juta ahli Umno dan 30 juta rakyat Malaysia meletakkan jawatan pada 1 Januari 2016.

“Tiada peluang kedua untuk membina Malaysia yang berhadapan kehancuran ekonomi dan demokrasi sekiranya Najib terus menerajui negara ini,” katanya.

Menurut Anina, sekiranya Najib terus cuba menutup kegagalan dan penipuannya dengan melakukan penipuan-penipuan lain, ia akan menghancurkan negara dan masa depan terlalu banyak jiwa manusia.

Sambil menyoal apa lagi yang perdana menteri mahu dalam hidupnya, Anina mengingatkan Najib supaya tidak menjadi sebagai mayat hidup tidak berjiwa.

“Persoalannya, apa lagi yang Najib mahu dalam hidup?

“Najib memiliki isteri yang sungguh cantik, anak-anak yang berjaya, kesenangan hidup dan pernah berkhidmat berpuluh tahun dalam kabinet sehingga menjadi perdana menteri. Segalanya telah di kecapi dalam hidup.

“Nikmatilah sisa-sisa kehidupan dengan tenang. Allah SWT itu sifatNya maha pengampun, maha pengasih lagi maha menyayangi,” katanya lagi.

Malaysia telah dinamakan sebagai antara enam negara yang mempunyai "skandal rasuah paling teruk" di dunia bagi tahun 2015.

‘Anugerah’ itu diberikan oleh foreignpolicy.com - sebuah bahagian di bawah Washington Post Company - dalam laporannya dua hari lalu.

Laporan itu, antara lain menyatakan bagaimana pemimpin-pemimpin terpalit dalam skandal rasuah besar-besaran, hakim mahkamah tinggi dan juga mereka yang mengendalilakn industri bola sepak dunia.

Bagi skandal rasuah, Malaysia berada di tangga ketiga, di belakang Federation Internationale de Football Association (FIFA) dan Nigeria.

Honduras dan Guatemala mengambil tempat keempat, manakala hakim-hakim di Ghana dan Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu berada di tangga kelima dan keenam.

Menurut laporan itu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berada dalam kedudukan yang janggal apabila beliau melawat Malaysia bulan lalu.

Ini kerana empat bulan sebelum itu, akhbar The Wall Street Journal melaporkan bahawa AS$700 juta (kira-kira RM3 bilion) dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dana AS$700 juta yang didakwa datangnya dari wang pelaburan negara itu mengaitkan Najib secara langsung dengan firma yang dicetusan ilhamnya - 1MDB.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat