TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, October 4, 2014

Mutakhir:ROS kata CEC DAP belum diiktiraf.

Pendaftar Pertubuhan (ROS) menjelaskan bahawa Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP belum lagi diiktiraf walaupun DAP mendakwa sebaliknya.

Laporan Utusan Malaysia menyebut, Timbalan Ketua Pengarah ROS, Mohd Norzam Mustapa berkata badan tersebut masih belum mendapat apa-apa makluman dari mahkamah berhubung status sebenar jawatankuasa berkenaan.

"Kita tidak tahu bagaimana mereka boleh mengisytiharkan sebegitu (CEC DAP) sah kerana kita pun tidak dapat sebarang maklumat begitu daripada mana-mana pihak terutama mahkamah.

"Pada ketika ini, ROS sedang menyiasat perkara ini dan berharap dapat memperoleh jawapan terhadap persoalan-persoalan melibatkan CEC DAP tersebut," katanya seperti dipetik dalam laporan akhbar milik Umno itu.

Dalam satu lagi laporan, akhbar berkenaan memetik kenyataan bekas penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari yang membangkitkan mengenai status 120 cawangan DAP.

Beliau mendakwa cawangan berkenaan tidak berdaftar dan mengaitkan status mesyuarat pemilihan semula CEC itu dan kedudukan setiausaha agung parti, Lim Guan Eng.

"Ternyata kehadiran 120 cawangan yang belum berdaftar membuatkan mesyuarat pemilihan semula CEC DAP tidak sah.

"Maka keputusan pun tidak sah dan kedudukan Guan Eng sebagai setiausaha agung DAP juga tidak sah," beliau dipetik sebagai berkata.

DAP membuat permohonan semakan kehakiman terhadap ROS kerana enggan mengiktiraf CEC parti itu selepas mereka mengadakan pemilihan semula Disember tahun lepas.

Namun, permohonan itu ditarik semula dalam satu penyelesaian pada 23 September selepas satu penjelasan ROS di mahkamah.

Sehari selepas itu, setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke menggesa ROS agar meluluskan pendaftaran 120 cawangan baru DAP yang tertangguh akibat siasatan ROS pada awal tahun ini.

Terkini : Sultan Perak ingatkan Puterajaya kemiskinan boleh menyebabkan kegiatan rasuah.

Photo: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini mengingatkan Putrajaya supaya berhenti menafikan kewujudan kekayaan tidak sama rata di negara ini dan sedar kesusahan hidup dan kemiskinan juga boleh menyebabkan kegiatan rasuah.

Dalam ucapannya, baginda memetik angka menunjukkan pendapatan rendah di kalangan majoriti isi rumah di Malaysia, sambil berkata mereka yang bertungkus lumus memenuhi keperluan hidup terdedah dengan rasuah pada skala kecil.

Baginda berucap pada majlis ulangtahun ke-47 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini, di sebalik perbahasan mengenai pengumuman Putrajaya baru-baru ini mendakwa purata pendapatan isi rumah rakyat melebihi RM5,900.

Sementara mengambil maklum yang rasuah juga wujud di kalangan pegawai berpangkat tinggi di sektor awam dan swasta akibat sifat tamak mereka, Sultan Nazrin berkata rakyat golongan bawahan ada yang melakukan kerja kedua bagi menampung keperluan keluarga demi mengelak terjebak dalam rasuah.
Ini akhirnya akan menjejaskan produktiviti mereka di tempat kerja, titahnya.

"Inilah hakikat senario semasa di dalam negara. Bilangan yang tergolong dalam kategori ini akan semakin bertambah jika formula berkesan tidak diperkenalkan terutama memberikan fokus kepada aspek-aspek perumahan, makanan, pengangkutan serta khidmat kesihatan dan rawatan perubatan yang kosnya semakin hari semakin meningkat.

"Negara tidak boleh berada dalam minda penafian akan realiti sebenar yang sedang berlaku," titahnya.

Baginda memetik laporan Model Ekonomi Baru yang menunjukkan 80% isi rumah di negara ini berpendapatan kurang RM5,000 sebulan dan 40% berpendapatan kurang RM2,000 sebulan.

Ia juga menunjukkan 78.6% pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.  

Sementara itu, titahnya, tahap keupayaan pelaburan di kalangan majoriti bumiputera boleh dimanifestasikan melalui simpanan Amanah Saham Bumiputera di mana 75% daripada penabungnya memiliki purata tabungan hanya RM611 seorang.  

Sultan Nazrin bertitah, data itu sangat membimbangkan dalam usaha negara mencapai taraf negara maju dengan sasaran pendapatan per kapita RM48,000 setahun pada tahun 2020.

Katanya, keadaan itu umpama penyakit yang memerlukan rawatan serius.

"Ia bukan sakit tekak yang bersifat sementara, boleh diubati dengan gula-gula strepsil. Ia penyakit sosial yang serius, memerlukan rawatan intensif daripada doktor dan pakar bedah sosial, memerlukan formula perubatan dari farmasi sosial yang berupaya merangka dasar sosial yang komprehensif lagi holistik untuk dilaksanakan," katanya.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini mengingatkan Putrajaya supaya berhenti menafikan kewujudan kekayaan tidak sama rata di negara ini dan sedar kesusahan hidup dan kemiskinan juga boleh menyebabkan kegiatan rasuah.


Dalam ucapannya, b...aginda memetik angka menunjukkan pendapatan rendah di kalangan majoriti isi rumah di Malaysia, sambil berkata mereka yang bertungkus lumus memenuhi keperluan hidup terdedah dengan rasuah pada skala kecil.

Minyak naik lagi Part 2

Bila ada kejutan maka semua melatahlah, bila ada tidak sependapat dengan kita maka kira tidak setujulah. Nilai apakah yang hendak di sampaikan oleh seseorang. Bila kita berkuasa maka kuasa itulah yang kita gunakan untuk memenuhi kehendak kita.

Isu terkini minyak naik lagi 0.20 sen. Perkara ini terjadi tanpa di sedari oleh rakyat. Perkara mengejut ini telah di lakukan olih kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak. Apakah resonalnya kerajaan menaikkan minyak?

MINYAK NAIK LAGI RAKYAT DIPAKSA TELAN TANPA PILIHAN?

Jika saya tinggal di London, New York atau paling terukpun di Guangzhao, Melbourne jika minyak naik saya tak terasa pun. Alternatif disediakan untuk saya sampai dari sejauh zon 6 Kota London ke tengah bandar ataupun ke zon 6 arah berlainan dalam masa kurang 1 jam sekalipun semasa penyuraian waktu puncak. Apa nak risau jika Tuan Mayor Kota London juga naik train ke tempat kerja, untuk mesyuarat dengan pelanggan di mana-mana sahaja juga boleh naik train. Belanja pun tak banyak, guna sahaja kad bulanan mereka itu boleh sahaja melacak ke seluruh London. Untuk ke Manchester, Nottingham (seperti kita nak ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu) boleh guna train juga dengan kekerapan tinggi dan HARGA YANG MURAH (jika nak banding dengan pendapatan mereka, harga itu memang murah).

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat