TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, July 12, 2016

1MDB: LAPURAN AUDIT NEGARA DI TUKAR MENJADI AKTA RAHSIA RASMI 1972 MERUPAKAN PENGKHIANATAN TERHADAP PERLEMBAGAAN NEGARA DAN RAKYAT MALAYSIA?

KENYATAAN YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Saya bersama dengan seluruh rakyat yang menuntut kebenaran dalam isu 1MDB mendesak kerajaan supaya mengubah (declassify) status rahsia rasmi Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dengan segera supaya rakyat dapat mengetahui kedudukan sebenar dakwaan penyelewengan wang puluhan billion ringgit dalam urusniaga syarikat berkenaan.

Beberapa petikan yang dikatakan bersumber daripada laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB seperti yang didedahkan oleh portal Sarawak Report beberapa hari lalu mengandungi maklumat-maklumat penting berkaitan penyelewengan syarikat berkenaan. Ini termasuk kehilangan wang berjumlah USD7 billion (RM28 billion) yang dibayar kepada beberapa buah syarikat palsu yang tiada kaitan dengan urusniaga 1MDB.

Ketika kemelut 1MDB mula dipersoalkan oleh rakyat pada awal tahun lalu, saya telah menyuarakan kebimbangan saya di dalam kabinet dan menyarankan supaya Ketua Audit Negara menyiasat akaun 1MDB, termasuk melakukan audit forensik. Siasatan Ketua Audit Negara adalah penting untuk menentukan kedudukan sebenar akaun 1MDB dan menjawab segala tuduhan penyelewengan yang dilemparkan terhadap syarikat berkenaan, termasuk yang melibatkan Perdana Menteri.

Perdana Menteri sendiri berjanji bahawa Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB akan diumumkan dan beliau memberi jaminan bahawa individu atau pihak yang terlibat dalam penyalahgunaan dan penyelewengan 1MDB akan dibawa ke muka pengadilan. Bagi yang mungkin terlupa akan janji Perdana Menteri ini, saya ingin memetik tulisan beliau dalam portal NajibRazak.com yang disiarkan pada bulan Mei 2015.

Beliau berkata, “adalah tidak adil bagi sesetengah ahli politik mensabitkan kerajaan dalam mahkamah pendapat awam sebelum fakta sebenar dikemukakan oleh pihak berkuasa yang sah iaitu Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang bersifat dwipartisan...sementara itu, tolonglah, jangan buat spekulasi dan kesimpulan, tanpa menggunakan maklumat yang akan dibentangkan oleh Ketua Audit Negara, yang mengandungi laporan terperinci tentang kewangan 1MDB”.

Kata Najib lagi, “Jika kita bersikap ikhlas untuk mencari kebenaran di sebalik dakwaan itu, kita perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah (seperti Ketua Audit Negara) dan bukan daripada portal berita pihak ketiga atau blog dalam talian yang mungkin mempunyai agenda tersembunyi”.

Itu kenyataan Najib lebih setahun yang lalu.

Jabatan Audit Negara telah memulakan siasatan ke atas akaun 1MDB pada bulan Mac 2015. Laporan Interim Terhadap Pengauditan 1MDB telah disiapkan pada bulan Jun 2015 dan laporan akhir Ketua Audit Negara telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara pada bulan Mac 2016.

Malangnya, Najib telah memungkiri janjinya kepada rakyat. Bukan sahaja Laporan Ketua Audit Negara tidak didedahkan kepada umum, malah telah diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972. Tindakan mengklasifikasikan Laporan Ketua Audit Negara sebagai dokumen rahsia rasmi adalah aneh memandangkan Ketua Audit Negara mempunyai tanggungjawab di bawah Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan untuk menyerahkan laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Laporan ini kemudiannya hendaklah dibentangkan di Dewan Rakyat. Adakah kerajaan mempunyai kuasa melebihi kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan  untuk menutup hasil siasatan Ketua Audit Negara daripada pengetahuan rakyat?

Lebih malang, ada Menteri kabinet yang melabelkan pihak yang membocorkan kandungan laporan Ketua Audit Negara sebagai pengkhianat negara. Siapakah pengkhianat sebenarnya? Orang yang mendedahkan salahlaku 1MDB atau orang yang merompak wang negara menerusi transaksi 1MDB dan kemudian menutup kesalahan mereka daripada diketahui oleh rakyat? Sudah tentulah merompak wang negara dan menutup perbuatan jenayah adalah suatu pengkhianatan yang amat jijik kepada negara.

Seluruh kabinet bertanggungjawab terhadap rakyat. Mereka tidak mempunyai kuasa mutlak untuk melakukan apa sahaja semata-mata untuk melindungi keselamatan seorang individu. Kepentingan majoriti rakyat adalah jauh lebih utama daripada keselamatan seorang individu.

Rakyat berhak untuk mengetahui kebenaran. Najib telah dikaitkan secara langsung dalam skandal 1MDB dan dia harus tampil menjawab pertanyaan rakyat. Tindakan berselindung di sebalik Akta Rahsia Rasmi akan menambah syak wasangka rakyat terhadap kredibiliti dan integriti Najib sebagai Perdana Menteri.

Jika dia seorang yang benar-benar ikhlas, budiman dan berani mencari kebenaran, ubah (declassify) segera status rahsia rasmi Laporan Akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dan dedahkan hasil siasatan untuk tatapan rakyat. Usah berdolak dalih lagi.

Jangan berterusan menyalahkan portal berita atas talian atau media asing kerana menyebarkan maklumat mengenai penyelewengan 1MDB. Anda mempunyai satu laporan penting yang sah mengenai 1MDB. Dedahkan isi kandungannya supaya rakyat dapat mengetahui fakta sebenar daripada sumber yang sahih. Ini adalah peluang terbaik untuk Najib dan kerajaan pimpinannya membersihkan nama daripada pelbagai dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa.

Jika Najib gagal berbuat demikian, dan berterusan menyembunyikan kebenaran daripada pengetahuan rakyat, maka dia mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas skandal 1MDB dan mengambil langkah terhormat dengan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.


TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
12 Julai 2016

LEBIH RAMAI AHLI PERNIAGAAN BERBANDING JURULATIH DAN ORANG-ORANG BOLASEPAK DALAM FAM.

Saya dapati kebanyakan pemain JDT yang baru pulang dari tugasan skuad kebangsaan telah mengalami kecederaan. Seramai 5 pemain mengalami kecederan sewaktu pulang ke pusat latihan JDT. Laporan yang saya terima daripada pemain dan jurulatih kecergasan pasukan kami, sepanjang tempoh 30 hari pemain bersama dalam skuad kebangsaan, hanya empat hari sahaja mereka menjalani sesi latihan. Itulah sebabnya pemain mengalami kecederaan!

Ini terjadi kerana pasukan kebangsaan tidak mengikut momentum dan tidak menjalani 'high intensity' kecergasan yang sepatutnya. Apabila saya bersuara, mula semua melatah. Jadi, sampai bila harus begini? Sekarang saya bertanya dengan ikhlas kepada anda semua yang berada di dalam organisasi pasukan kebangsaan iaitu anda berada di organisasi ini hanya untuk makan gaji sahaja atau masing-masing ada matlamat  tertentu atau sekadar mahu menjaga poket sendiri? Masalah organisasi ini adalah terlalu ramai ahli perniagaan berbanding jurulatih dan orang-orang bolasepak.

Inilah masalahnya dalam negara ini semenjak dari dulu lagi sehingga hari ini apabila rasuah menjadi budaya

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

------

MORE ENTREPRENEURS COMPARED TO COACHES AND KNOWLEDGEABLE FOOTBALL PERSONNEL IN FAM.

It has come to knowledge that most of the JDT players that have returned from their national duties have suffered injuries. As many as 5 players were injured when they came back and resumed training with the team at the JDT training centre. According to the report that I've received from our players and fitness coach, the players only had 4 days of training throughout their 30 day tour with the national team. That is the reason why they are injury prone.

This happens because the national team does not maintain and follow the proper momentum and 'high intensity' fitness training that is necessary. When I voice out, everyone makes noise. Why must it be so? Now let me sincerely ask all of you in national team organisation. Are you all there with a specific goal? Or are you there just to receive your monthly remuneration and cater to your own personal interest? The problem with this organisation is that there are too many entrepreneurs compared to coaches and knowledgeable football personnel. 

This is the problem plaguing the country. A problem we are facing from before till this very day. It's when bribery has become customary.

DYAM Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat