Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Tuesday, August 19, 2014

Mutakhir : Kereta Perisai Milik ATM terbalik di Sandakan.

SANDAKAN: Dua anggota tentera maut manakala dua lagi parah selepas sebuah kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbalik di Jalan Sungai Tiram, Batu 19, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 11.40 pagi itu, dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua yang parah dihantar ke Hospital Duchess of Kent, di sini, untuk rawatan lanjut.

Terkini: Polis rampas dadah bernilai RM3.8 juta di Ulu Tiram

JOHOR BAHRU: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah di bandar raya ini selepas menahan seorang lelaki dan merampas dadah bernilai RM3.8 juta di sebuah rumah di Taman Bukit Jaya, Ulu Tiram, di sini, dua hari lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata lelaki berumur 42 tahun itu ditahan pada 7.20 malam selepas polis bertindak daripada maklumat awam dan risikan.

"Polis menemui pil ecstacy seberat 2.2kg, serbuk ekstasi (21kg) dan kafein (22kg) di dalam rumah sewa yang dijadikan makmal memproses dadah itu.

Ini adalah kejayaan pertama polis kontinjen Johor tahun ini dalam pembongkaran makmal dadah," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Mohd Mokhtar berkata polis turut merampas sejumlah bahan kimia dan peralatan memproses dadah termasuk mesin yang mampu memproses 7,000 pil ecstacy dalam tempoh sejam.

Beliau berkata siasatan mempercayai pil berkenaan disasarkan kepada pengunjung pusat hiburan tempatan dan mampu digunakan seramai 40,000 orang.

Mohd Mokhtar berkata maklumat awal mendedahkan aktiviti pengedaran terbabit dilakukan sejak empat bulan lalu dan polis juga sudah mengesan beberapa individu lain yang dipercayai terlibat dengan kegiatan itu.

"Lelaki yang ditahan itu mempunyai dua rekod kesalahan lampau dan ujian air kencing mendapati dia terlibat dalam penyalahgunaan dadah," katanya.

Menurutnya suspek direman sehingga 24 Ogos ini untuk siasatan.

- BERNAMA

Mutakhir: Kuantan tiga anggota tentera maut seorang cedera parah.

KUANTAN: Tiga anggota tentera maut manakala seorang lagi parah selepas kereta yang mereka naiki terbabas dalam kemalangan di Jalan Tanah Putih, Batu 3 di sini tengah malam tadi.

Menurut Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang, DSP Mohd Noor Yusof Ali, mangsa yang terbunuh ialah Mohd Fahmi Jap, 25, Mohd Ilias Abu Seman, 23, dan Mohd Faizal Zainol, 26.

Rakan mereka yang cedera parah pula ialah Shamzuri Awang, 23, yang kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Beliau berkata, semua mereka adalah anggota tentera daripada Rejimen Pertama Kor Amor Diraja (1 KAD) dari Kem Batu 10 di sini.

"Kemalangan berlaku kira-kira 11.55 malam tadi, mereka dalam perjalanan ke arah Gambang dari Kuantan.

"Siasatan awal mendapati, sebaik tiba di tempat kejadian kereta jenis Honda yang dipandu Mohd Fahmi terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh sebatang pokok lalu termasuk ke dalam longkang di situ," katanya kepada dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Noor berkata, akibat kejadian itu tiga mangsa mati di tempat kejadian dan seorang mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Mayat semua mangsa kemudian dihantar ke HTAA untuk bedah siasat.

"Semasa kejadian hujan lebat," katanya.

- BERNAMA

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat