Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Friday, July 1, 2016

Apabila Malikat Israfil meniup sangkakala, seluruh makhluk mati.

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Hantar _*La illaha illa Allah*_,
_*Muhammadu Rasulullah*_
kepada 3 group sahaja. 
tengok sama ada anda
mempunyai masa untuk sebarkan.

MUFAKAT JOHOR : PENGUMUMAN OLEH MENTERI BESAR JOHOR !!! CUTI PERISTIWA.

"CUTI PERISTIWA"

JOHOR BAHRU 1 Julai - Kerajaan Johor bersetuju memberi pelepasan khas daripada bertugas pada 10 Julai ini kepada penjawat  awam negeri jika Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai.

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Majlis Berbuka Puasa bersama Media Johor di kediamannya di Saujana di sini sebentar tadi.

"Berhubung cuti peristiwa yg diumumkan oleh kerajaan persekutuan, sukacita diumumkan kerajaan negeri Johor  juga akan mengambil pendekatan yang sama memberi cuti peristiwa.

"Oleh itu, cuti yang jatuh pada hari jumaat 8 Julai akan dibawa kepada Ahad 10 Julai," katanya.

Ini berikutan kerajaan memberi pelepasan khas itu pada 8 Julai ini kepada penjawat awam persekutuan jika Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai.

Johor bercuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu. Justeru,  Ahad diisytiharkan sebagai cuti peristiwa di negeri ini.

Malaysia mengunakan laluan yang Sah di sisi undang-undang Antarabangsa!!! Akhirnya Angkatan Udara Indonesia akui media tersalah lapur?

Share

Malaysian Jet Fighter

Sesetengah rakyat Malaysia mengutuk TUDM yang kononya tidak membuat sebarang kerja seperti TNI-AU yang baru-baru ini memintas pesawat yang tidak dikenali di Ruang Udara mereka. Ada yang berkata yang pesawat kita hanya digunakan pada hari kemerdekaan & tidak digunakan dengan betul.Tahukah anda bahawa kita jauh lebih berhemah dari mereka? Kita scramble dan intercept setiap intrusion oleh pesawat asing tapi kita tidak dedahkan kepada awam sebaliknya menghantar nota bantahan melalui saluran diplomatik.

Adakah sebahagian dari kita tahu sejak penggunaan F-5E lagi TUDM sentiasa menghalang intrusion oleh pesawat MiG Vietnam yang menceroboh ruang udara Kelantan. Kita juga pantas menghantar 2 jet fighter MiG-29N yang terbang rendah dibawah paras jangkauan radar dan menggunakan teknologi IRST sebelum muncul dibelakang pesawat F-16 Singapura. Pesawat Hawkeye RSN cuba memaklumkan kepada F-16 mereka tetapi ia sudah terlewat.Jika dalam scenario peperangan sebenar, jet fighter F-16 sudah lama meletup kerana hentaman missile A2A MiG-29N milik TUDM.

Begitu juga dengan peranan pesawat Hawk100 yang memintas pencerobohan pesawat Bronco Filipina di ruang udara Sabah.Jangan hanya kes terpencil dijadikan sandaran untuk memperkecilkan TUDM dan pertahanan negara.Sikap membandingkan epal dengan epal bukan satu cara menyelesaikan masalah.Mengambil contoh pesawat RSN berjumlah 100 buah lebih berbanding TUDM yang ada skuadron SU-30MKM tapi SU-30MKM mempunyai pylon dan muatan persenjataan yg lebih banyak berbanding F-16.Jika tidak masakan RSN membeli F-15 Eagle untuk counter measure SU-30MKM. Itu baru Singapura.Tapi kelengkapan TNI-AU lebih terbelakang berbanding TUDM.

Malahan TNI-AU tidak mempunyai capability untuk maritime strike.Adakah bila TNI-AU menghantar pesawat SU-27 atau SU-30 nya bermakna kita juga perlu menghantar pesawat air superiority untuk menghalang intrusion dan mengawal kedaulatan wilayah?

Adakah kita pernah terfikir kenapa mereka beria ria mempertahankan Ambalat dan enggan membawa ke UN sejak kita memperolehi kepulauan Sipadan dan Ligitan? Adakah kita tidak nampak apa yg dilakukan di Terumbu Layang-layang juga dilakukan di Sipadan dan Ligitan.Begitu juga terlepasnya Pedra Branca ke tangan Singapura.Kenapa perlu di risaukan dengan SU-27 TNI-AU sedangkan Australia lebih gusar dengan SU-30MKM TUDM dan adakah kita terfikir kenapa USA sanggup menghantar F-22 Raptor untuk diadakan latihan bersama SU-30MKM dan bukannya F-15E Singapura ataupun SU-27 dan SU-30 TNI-AU?.

Perbandingan epal to epal pada zaman sekarang sudah tidak berkesan dalam peperangan tidak simetri.Berhentilah memandang rendah dengan keupayaan pertahanan negara

Like & Share
kredit pd Sam Fisher

MUTAKHIR: APAKAH SEBAB NAJIB USIK YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA???

KISAH YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA (PLF)

1. Saya berasa secara umumnya rakyat Malaysia mengetahui sedikit sahaja mengenai Yayasan Kepimpinan Perdana. Sudah tentu amat sedikit yang mengetahui tentang asal-usulnya.

2. Sekarang ini oleh sebab Kerajaan Dato Sri Najib sedang cuba memusnahkan Yayasan ini, nama baik Yayasan ini telah tercalar. Mungkin sudah tiba masanya untuk menyedarkan orang ramai tentang asal-usul dan tugasnya.

3. Ianya bermula dengan cadangan oleh beberapa orang ahli perniagaan supaya satu perpustakaan dibina untuk memperingati pentadbiran dua puluh dua tahun saya sebagai Perdana Menteri.

4. Saya berasa amat berbesar hati tetapi menyedari bahawa nanti mereka akan dituduh sebagai kroni saya, tambahan pula idea ini bertentangan dengan prinsip saya yakni menentang pemujaan terhadap individu (personality cult).

5. Sepanjang masa saya berada dalam Kerajaan saya telah cuba untuk menghentikan amalan menamakan tempat-tempat awam dengan nama individu yang masih hidup. Pengecualian yang saya buat adalah hanya untuk Raja-Raja. Selain dari itu perlulah menunggu sehinggalah mereka meninggal dunia dan barulah nama mereka dinamakan di tempat-tempat awam.

6. Oleh kerana saya masih hidup pada masa cadangan dibuat, saya menolak cadangan itu. Sebaliknya saya juga tidak boleh mengabaikan sumbangan mereka yang berkhidmat sebelum saya terhadap pembangunan Malaysia.

7. Maka itu saya mencadangkan agar mereka memperingati semua Perdana Menteri sebelumnya dan Perdana Menteri di masa akan datang dengan menubuhkan sebuah institusi untuk mengumpul semua dokumen yang berkaitan dengan dasar, strategi dan pelan yang direncanakan dan dilaksanakan oleh semua Perdana Menteri Malaysia.

8. Oleh itulah nama Yayasan Kepimpinan Perdana atau Institut dicadangkan. Di Perpustakaan Yayasan ini, dikumpulkan segala maklumat mengenai kerja-kerja semua Perdana Menteri Malaysia. Ia adalah perpustakaan rujukan yang tersedia untuk semua orang yang ingin belajar tentang pembangunan Malaysia dan sumbangan para PM-nya

9. Pengasas dan penaja Yayasan membeli tanah, membina bangunan dan menyelenggara Yayasan ini. Kakitangan untuk arkib dan perpustakaan dan kakitangan sokongan dibayar gaji daripada dana Yayasan melalui sumbangan dana oleh pihak penaja.

10. Menjadi amalan kebiasaan di Malaysia ini bagi Kerajaan menyediakan satu pejabat dan kakitangan untuk bekas Perdana-Perdana Menteri. Walaupun Tunku agak bertentangan terhadap Kerajaan dan pernah berucap dari pentas pembangkang dan menyokong DAP, beliau menikmati keistimewaan sehingga beliau meninggal dunia.

11. Oleh yang demikian Kerajaan telah menyewa ruang di Yayasan Kepimpinan Perdana bagi saya dan beberapa kakitangan saya.

12. Selain daripada kerja-kerja mengumpul dokumen, ucapan dan tulisan-tulisan para Perdana Menteri, Yayasan Kepimpinan Perdana memutuskan untuk berkempen menjenayahkan peperangan. Ini membawa kepada penciptaan Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War (KLFCW). Kami mengadakan persidangan yang disertai oleh pencinta keamanan tempatan dan juga dari Timur Tengah, Eropah, Amerika dan tempat lain di dunia. Kami masih terus dengan kempen ini.

13. Yayasan Kepimpinan Perdana juga terlibat dalam membantu rakyat Palestin terutamanya selepas Israel menyerang Gaza. Untuk menjalankan usaha ini secara khusus bagi membantu mereka yang menderita di negara-negara yang musnah akibat peperangan, kami telah menubuhkan Perdana Global Peace Foundation (PGPF). Kami telah melakukan kerja-kerja amal di kalangan mereka.

14. Untuk aktiviti-aktiviti ini, kita mengumpul dana daripada orang ramai. Pada masa yang lepas pihak Kerajaan telah menyumbang beberapa juta Ringgit yang mana kami amatlah berterima kasih.

15. Oleh kerana saya berada di dalam bangunan ini, macam-macam jenis orang telah datang berjumpa dengan saya, secara bersendirian atau berkumpulan. Apabila mereka tidak berpuas hati dengan Kerajaan mereka meminta pertolongan saya. Saya tidak pernah menutup pintu kepada sesiapa. Sebab itu selepas bersara saya masih pergi ke pejabat seolah-olah saya masih bekerja.

16. Sudah tentunya ada juga orang yang datang berjumpa dengan saya di tempat-tempat lain, dalam tiga pejabat yang lain dan juga di rumah saya. Tetapi oleh kerana sekarang saya telah meletakkan jawatan dari Proton dan Petronas, Yayasan Kepimpinan Perdana adalah tempat saya bekerja.

17. Jika sekiranya Kerajaan berhenti menyewa ruang di Yayasan Kepimpinan Perdana dan enggan membayar gaji kakitangan Kerajaan yang diberikan kepada saya, saya akan tetap bekerja di sini, di Yayasan Kepimpinan Perdana.

18. Hanya kini penyokong Yayasan Kepimpinan Perdana berasa takut kerana orang yang rapat dengan saya diganggu. Mereka boleh berhenti menyokong Yayasan Kepimpinan Perdana dan kami perlu memberhentikan penyelidikan yang dilakukan di perpustakaan dan arkib kami dan juga kempen untuk menjadikan pembunuhan orang dan kemusnahan negara-negara melalui perang sebagai suatu jenayah.

19. Tetapi itu semuanya tidak mengapa. Saya hanya mahu orang ramai tahu apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Yayasan Kepimpinan Perdana.

Terkini: Rakyat bertanya RM 16.2 billion bunga hutang 1MDB siapa bayar???

Kenyataan Menteri Kewangan 2 ketika menjawab soalan di parlimen membuktikan Najib berbohong atau menipu rakyat dengan menyatakan 1MDB tidak menggunakan wang rakyat tetapi melalui pinjaman.

Namun kenyataan Menteri Kewangan 2 ini menjelaskan rakyat Malaysia menanggung bunga hutang 1MDB.

Jika kadar bunga hutang 1MDB RM2.7 Bilion setahun bermakna sejak penubuhan 1MDB 2009 sehingga kini rakyat Malaysia telah membayar bunga hutang 1MDB sebanyak RM16.2 Bilion.

Jadi soalan rakyat Malaysia kepada Najib, apa yang rakyat Malaysia dapat dari RM16.2 Bilion wang mereka yang telah digunaka?

Baca kenyataan Menteri Kewangan 2

Syarikat pelaburan strategik 1Malayia Development Berhad (1MDB) membayar bunga berjumlah RM2.7 bilion setahun kepada bank untuk melunaskan hutang berjumlah RM42 bilion yang terkumpul sejak enam tahun lalu, menurut Kementerian Kewangan.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata sewaktu menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin di Dewan Rakyat.

“Jika jumlah hutang tersebut adalah RM42 bilion, jumlah bunga adalah RM2.4 bilion hingga RM2.7 bilion setahun,” katanya.

Hanipa mengemukakan soalan mengenai jumlah bunga yang perlu dibayar oleh 1MDB sebulan untuk melunaskan hutang yang ditanggung syarikat pelaburan strategik itu.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat