Sunday, July 6, 2014
MH370: Malaysia hantar KD Mutiara sertai kajian pemetaan dasar laut
MUTAKHIR: Najib umum dividen FGV sebanyak RM72.9 juta
Kuala Terengganu: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembayaran dividen akhir FELDA Global Venture Holding Berhad (FGV) berjumlah RM72.9 juta.
Sehubungan itu Perdana Menteri, berkata semua peneroka FELDA seramai 112,635 orang di seluruh negara akan menerima imbuhan sebanyak RM647.78 seorang.
Beliau berkata, pembayaran dividen akhir ini yang membabitkan jumlah 10 sen sesaham dijangka mula dibayar pada 11 Julai ini menerusi Tabung Amanah Peneroka.
Beliau mengumumkan apa yang disifatkan durian runtuh itu kepada peneroka untuk menyambut Aidilfitri ketika berucap pada majlis berbuka puasa sempena Ihya RaPmat Ramadan Warga FELDA peringkat Kebangsaan 2014 di Pejabat FELDA Terengganu di sini, petang ini.
Perdana Menteri juga turut menyampaikan duit raya kepada peneroka berjumlah RM30.5 juta bagi meringankan beban kewangan peneroka dan keluarga mereka dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri akhir bulan ini. Najib juga turut menyerahkan zakat perniagaan bagi pihak Kumpulan FELDA, berjumlah RM22.02 juta.
Najib berkata, zakat itu dibayar kepada 14 Pusat Zakat negeri.
Tangkapan individu terbabit militan bukti kerajaan peka kegiatan pelampau
KUALA LUMPUR: Usaha menangkap individu yang disyaki terbabit dalam kegiatan militan di negara ini bukan sesuatu yang baharu malah ia merupakan bukti betapa kerajaan peka dengan kegiatan pelampau, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Bagaimanapun, katanya, sejak pendedahan mengenai tangkapan individu disyaki terbabit kegiatan militan dilaporkan media, ia seolah-olah menggambarkan kegiatan itu baharu sahaja dapat dibongkar.
"Adalah tidak benar bahawa kerajaan hanya bertindak sekarang, kerajaan memang ada mengambil langkah risikan, tindakan dan tangkapan dari dahulu lagi (yang merupakan) bukti kerajaan peka dengan aktiviti pelampau ini", katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Katanya, dakwaan sesetengah pihak kononnya keupayaan risikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) lemah juga tidak benar apabila menyatakan mereka yang terbabit baharu sahaja ditangkap.
"KDN dan khususnya PDRM mempunyai keupayaan membuat risikan...Sekarang risikan dari Cawangan Khas telah dipertingkatkan untuk menjaring kerjasama serantau dan badan risikan negara-negara antarabangsa," katanya.
Beliau berkata pendedahan yang berlaku sekarang disebabkan keadaan semasa dan minat media kepada perkara berkenaan yang menjadi perbincangan umum.
Wan Junaidi menjelaskan berdasarkan undang-undang sedia ada polis tidak boleh membuat penahanan untuk pencegahan sebaliknya perlu mengumpul bukti mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk dituduh di mahkamah.
Katanya kegiatan militan dan keganasan seperti ini mampu memberi ancaman kepada negara sekiranya tiada tindakan tegas, pemantauan rapi dan kerjasama rakyat keseluruhannya.
"Ini bukan lagi masalah KDN dan polis semata-mata tetapi ia merupakan masalah negara yang perlu penglibatan semua pihak sama ada dalam Kerajaan atau tidak.
"Aktiviti pelajar-pelajar sama ada di sekolah atau di universiti mestilah di pantau... sebarang aktiviti yang mencurigakan hendaklah dimaklumkan kepada pihak berkuasa," katanya.
Ditanya mengenai pembabitan rakyat Malaysia dalam kegiatan militan, Junaidi berkata kumpulan itu sebenarnya tidak membuat penilaian terperinci berhubung perjuangan pihak mana yang mendapat bantuan dan sokongan mereka dan sama ada ia akan mendatangkan kebaikan kepada ummah keseluruhannya.
Menurut Junaidi, apa yang menjadi kebimbangan adalah individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan militan ini telah mendapat latihan berperang dan pengetahuan ini akan dibawa ke negara ini.
"Kita risau kerana pemikiran mereka ini boleh membawa satu ancaman terbesar kepada negara, ini termasuk mempengaruhi belia-belia kita.
"Jadi apa yang penting sekarang kita pantau bukan sahaja yang kita syaki tetapi melalui risikan-risikan daripada agensi keselamatan luar negara sendiri," katanya.
Sambil melahirkan rasa hairan berhubung tindakan individu terpelajar terbabit dalam kegiatan militan, Junaidi berkata: "Ini apa yang kita panggil sebagai kecenderungan, di mana mereka cenderung dan mudah terpengaruh dengan apa yang mereka mahu".
Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pada tahun ini, polis menahan 19 rakyat tempatan yang dipercayai terbabit dalam kumpulan militan yang mempunyai hubungan dengan militan di Selatan Filipina dan negara Timur Tengah.
Terbaru, lima individu diburu disyaki terbabit kegiatan militan iaitu Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Dr Mahmud Ahmad, 35, pemilik kedai photostat dan alat tulis yang dikatakan beroperasi di UM, Mohd Najib Husen, Muhammad Joraimee Awang Raimee, 39, dan dua penduduk Tawau, Sabah, iaitu Mohd Amin Baco, 30, dan Jeknal Adil.
Usaha membanteras militan kian mencabar bagi polis setelah pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang memberi kesan kepada pihak penguat kuasa membanteras kegiatan itu di negara ini.
Ini kerana di bawah SOSMA, individu hanya boleh ditahan selama 28 hari dan perlu dituduh di mahkamah selepas tempoh itu. - BERNAMA
Silat Melayu
DOA DOHA
WALI SONGO
Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.
WAJIB TONTON
Top Blogges
A. Blog Warta Pasir Gudang
-
-
-
Sedang mencuba Dan mencari.10 years ago
-
-
-
Bersolatlah.11 years ago
-
10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak11 years ago
B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.
-
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berasa sedih apabila Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara meletakkan tanggungjawab berhubung kel...
-
100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-me reka yang dikehen...
-
Secara Ringkas... Nota Penulis : Ancaman terhadap negara datang dari luar dan dalam. Untuk memudahkan perancangan musuh Islam, agenda...
-
* Bot Komando Sg.Udang Hilang Dilaut, mungkin ini yg sedang mereka lakukan . Motto Rejimen - Cepat Dan Cergas ... Lambang Rejimen - ...
-
ARTIKEL TULISAN SAHABAT SHAHPASKAL, MUSIBAH DEMI MUSIBAH, PLEASELAHHH..INI BALA BEB, BUKAN UJIAN UNTUK UMAT TERPILIH Bila dah banji...
-
Gambar di atas merupakan kompleks pertahanan bawah tanah Malaysia, lokasi rahsia. 1. Malaysia melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ...
-
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) boleh menyebabkan negara sekali lagi terjerumus dalam krisis ekonomi Asia seperti yang berl...
-
Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim membuat laporan polis kedua terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamed ...
-
Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak ...
-
Ya Allah permudahkanlah urusan sahabat-sahabat sukarelawan PPBM. Rahmatilah mereka dan selamatkanlah mereka dalam kerja amal yang dilakukan....
C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat
-
Sah! Kes Najib Razak Cacat21 hours ago
-
-
-
-
-
Kempen "Buy Muslim First"5 years ago
-
-
TIGA WATAK DIAKHIR ZAMAN5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sedang mencuba Dan mencari.10 years ago
-
Moral Anwar Menyesatkan Umat Islam10 years ago
-
-
-
Bersolatlah.11 years ago
-
10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak11 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-