TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, June 9, 2016

KES SAMUN BERSENJATA API TUMPAS DI SERI ALAM DAN KOTA TINGGI.

KEJAYAAN POLIS JOHOR MENUMPASKAN KUMPULAN KES-KES SAMUN BERSENJATAPI YANG AKTIF DI KAWASAN SERI ALAM DAN KOTA TINGGI

1. Pada 08/06/2016 jam lebih kurang 5.20 petang bertempat di sebuah kedai di kawasan Kota Masai, Scientex, Seri Alam telah berlaku satu kejadian samun bersenjatapi melibatkan mangsa merupakan penjaga kedai iaitu seorang lelaki berumur 19 tahun.  Suspek adalah 3 lelaki yang bersenjata sepucuk pistol menaiki sebuah kereta jenis Proton Gen-2 warna hitam.  Dalam kejadian tersebut suspek telah menunjukkan sepucuk pistol kepada mangsa dan melarikan sebuah beg pinggang berisi wang tunai lebih kurang RM2,000.00.  Semasa mangsa dan orang awam lain mengejar semula suspek sewaktu suspek keluar dari kedai tersebut untuk kembali semula ke kenderaannya yang diparkir berhampiran kedai, suspek telah melepaskan 1 das tembakan ke udara untuk menakutkan mangsa dan orang awam yang cuba mengejar dan kemudiannya suspek telah melarikan diri dengan kenderaan mereka dari tempat kejadian.

2. Bertindak di atas maklumat, pada 09/06/2016 jam lebih kurang 1.00 pagi, semasa sebuah kereta peronda polis MPV terdiri daripada 2 orang anggota melakukan rondaan berhampiran Plaza Tol Cahaya Baru, Lebuhraya E22 Senai – Desaru telah terserempak dengan kenderaan jenis Proton Gen-2 warna hitam yang dinaiki oleh 3 orang suspek dan kemudiannya berlaku kejar mengejar sehingga ke Kampung Nelayan Kong Kong.  Anggota MPV tersebut bersama pasukan bantuan dari Balai Polis Taman Scientex telah berjaya menahan ketiga-tiga suspek lelaki berumur 28 tahun berkenaan di satu kawasan parkir kenderaan di Kampung Nelayan Kong Kong.

3. Turut berjaya ditemui dan dirampas ialah sepucuk pistol jenis semi-auto model CZ 75 Compact kaliber 9mm dan 17 butir peluru 9mm yang dipercayai digunakan semasa kejadian.

4. Dengan tertangkapnya kumpulan ini yang dipercayai mulai bergiat aktif lebih kurang sebulan lepas di kawasan Kota Tinggi dan Seri Alam, pihak polis telah berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 3 kes samun bersenjatapi, 1 kes cubaan samun dan 1 kes cubaan bunuh dalam tempoh 48 jam lepas.  Usaha untuk mengesan saki baki rakan sejanayah sedang giat dijalankan.  Kesemua tangkapan akan direman mengikut Seksyen 117 KPJ untuk siasatan lanjut.

5. 2 orang suspek memiliki rekod jenayah lampau kesemuanya berkaitan kesalahan dadah di mana salah seorang terdapat 2 rekod dan seorang lagi terdapat 5 rekod.

6. Siasatan polis mengikut Seksyen 3 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana melepaskan tembakan semasa melakukan samun di mana sabit kesalahan boleh dihukum bunuh, Seksyen 8 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memiliki senjatapi dengan menyalahi undang-undang di mana sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan juga disebat tidak kurang 6 kali sebatan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 kerana memiliki peluru di mana sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 7 tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya sekali. Kesemua suspek akan dipohon reman dibawah Seksyen 117 KTJ untuk siasatan lanjut dan mengesan rakan-rakan sejenayah yang masih bebas.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat