TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, April 30, 2015

1 Mei Harga TopUp masih dalam kajian. Perlaksanaan seperti SST ditangguhkan.

Keputusan mengenai harga kad tambah nilai prabayar telefon bimbit yang akan dijual semula pada harga asal seperti sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), ditangguhkan.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Khazali Ahmad, berkata ia selaras dengan pengumuman Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang memaklumkan bahawa kajian mengenai layanan cukai GST ke atas perkhidmatan kad prabayar masih dijalankan syarikat telekomunikasi.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

PRK Terkini Rompin dan Permatang Pauh UMNO menang.

Rompin dan Permatang PAUH. UMNO menang.

Malam tadi aku mimpi BN kalah. Hanya mimpi, Mimpi itu mainan tidur.

Oleh kerana GST tidak terkesan kepada TopUP bermula 1 mei, sokongan anak-anak muda meningkat kepada UMNO. Aku fikir macam itulah?

Perjuangan aku belum selesai. Aku harap kerajaan dapat laksanakan tuntutan rakyat kalau nak BN terus releven di Malaysia.

PM tidak mahu berundur dan batalkan GST walaupun pendayung patah, walaupun sampan karam di pukul ombak dan badai. Bermakna kuat perjuangan PM Najib Razak dalam mempertahankan GST.

Aku hanya mampu berdoa semoga bukan UMNO yang karam. Biarlah pemimpin yang karam. Kerana pemimpin boleh bersilih ganti. Tetapi UMNO hanya satu di dunia.

Cadangan menambah baik perlaksanaan GST:-

1. Pelancung asing boleh membuat tuntutan GST bila meninggalkan Malaysia.

2. Benarkan rakyat Malaysia membuat tuntutan GST dengan menunjukkan bukti resit yang di kenakan GST.

Rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan. MTMR juga mendoakan Malaysia aman damai.

#rakyatmenjerit
#beratbahurakyat

Wednesday, April 29, 2015

Gara-gara tak ada kerja Pomen jadi Doktor!!!

Ada sorang pomen hat xdak reja. Xdak pasai, dia p bukak klinik. Nak suruh orang mai, dia buh iklan 'Mai berubat sini, bayaq 30 ringgit saja, kalau xbuleh nak berubat, jangan segan mai kelim 100 ringgit'.

Si pomen dapat pekerja sorang misi cun. Nak jadi cerita, ada la sorang doktor terbaca. Doktor apa lagi, nak cuba la pekena si pomen, kot2 buleh kelim 100 ringgit.

Pomen: Ya tuan, ca cerita mai sakit apa ni?
Doktor: Tawaq mulut, xberasa langsung waktu makan.
Pomen: Misi, bok mai sat ubat nombot 69. Boh 3 titik dalam mulut pesakit ni.
Doktor: Wei! Minyak petrol ni!!
Pomen: Ha, buleh rasa dah? Alhamdulillah, satgi p bayaq 30 ringgit kat misi.
Doktor xpuas ati. Selang seminggu, dia p pulak jumpa si pomen.
Pomen: Sakit pa, tuan?
Doktor: Saya hilang ingatan.
Pomen: Ok! Misi, ambik sat ubat nombot 69. Boh 3 titik dalam mulut pesakit ni.
Doktor: Aik, bukan ka tu minyak petrol?
Pomen: Ha, ingat dah? Alhamdulillah, satgi p bayaq 30 ringgit kat misi.
Doktor mula serabut kepala. Lepaih seminggu, dia p lagi.
Pomen: Tuan sakit pa pulak ni?
Doktor: Mata rabun. Xnampak pa langsung.
Pomen: Ya ka? Maaf la, hat ni saya xbuleh nak berubat. Nah ambik 100 ringgit ni.
Doktor: Aik? Ni 50 ringgit ja?
Pomen: La, nampak jelas dah ka? Alhamdulillah, mai balik 50 ringgit ni. Satgi p bayaq 30 ringgit kat misi.
Nak duit sangatkan?

Jangan buat main dengan si pomen.....

Sambut baik Pembinaan jambatan bengkok Johor.

KUALA LUMPUR 27 Jun - Beberapa pemimpin negara menyambut baik titah Sultan Johor agar Kerajaan Pusat mengkaji semula rancangan asal membina jambatan baru menggantikan Tambak Johor.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau menyambut baik hasrat kerajaan untuk mengkaji semula rancangan asal pembinaan jambatan itu.

"Bagus, terserah kepada kerajaan kerana ini projek besar. Kerajaan sendiri tahu apa nak buat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Puteri UMNO Bahagian Kepala Batas di Pulau Pinang, hari ini.

Semalam, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu Kerajaan Persekutuan menimbangkan semula rancangan asal pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor yang dibatalkan pembinaannya sebelum ini.

Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan mengkaji semula rancangan asal pembinaan jambatan berkenaan.

Pembinaan jambatan bengkok yang menghubungkan Tanjung Puteri di Johor dan Woodlands di Singapura merupakan cetusan idea bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bernilai RM600 juta bagi menggantikan Tambak Johor yang dibina pada 1924.

Sementara itu, UMNO Bahagian Pasir Gudang pula menyatakan bahagian itu akan membawa usul menyokong penuh titah Sultan Johor untuk mengkaji pembinaan jambatan itu ke Perhimpunan Agung UMNO akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, usul tersebut diluluskan untuk dibawa ke peringkat ibu pejabat pada mesyuarat perwakilan UMNO bahagian itu hari ini.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata, kerajaan negeri menyifatkan pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor itu sebagai satu keperluan bagi memenuhi hasrat rakyat.

Abdul Ghani berkata, dari sudut perdagangan antarabangsa, kapal-kapal kargo dari Selat Melaka tidak perlu lagi mengelilingi Singapura sebaliknya mempunyai pilihan untuk terus melalui Selat Tebrau untuk ke arah laut China Selatan.

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula berpendapat, pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor tidak akan memberi sebarang implikasi negatif terhadap tahap keselamatan Malaysia dan Singapura.

Malah, katanya, pembinaan jambatan itu bakal membawa kemakmuran ekonomi dan persefahaman yang erat di antara kedua-dua negara serta kawasan perairan sekitar.

Kongsi Konten di :

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0628&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm#ixzz3YepXD7Kn
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tuesday, April 28, 2015

Jangan menangis baca cerita ni.

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter Pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan ibadah fardhu haji pada tahun ini.

“Tapi pak cik kena bayar segera bahagian mak cik yang masih tak cukup tiga ribu ringgit lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,” beritahu pegawai itu lagi.

“Insya’Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera,” janji Pak Uwei. Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya. 

Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji, dia terus balik ke rumah. “Pah….. Ooo….. Pah!” teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya. “Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?” tanya Mak Pah.

“Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ni akan tertunai. Insya’Allah, dua bulan lagi kita akan ke sana. Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai,” cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-seri.

“Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai.” 

“Betullah Pah oii…… saya ni baru je balik dari Pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak tu kena bayar segera selewat-lewatnya minggu depan.” “Mana kita nak cari duit banyak tu bang? 

Tiga ribu tu bukan sikit, itupun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu.” Mak Pah merenung gusar wajah suaminya. 

“Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja.”

Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak-anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya. “Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik, boleh kita berunding,” cadang Pak Uwei.

“Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti, nak ke Mekah minta duit anak-anak.”

Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan Pak Uwei. “Pah…. Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh, lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali ni.” 

Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya. “Tapi bang………..” “Dahlah…… pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala. Saya nak telefon budak-budak tu,” pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya. 

Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang, kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.

“Insya’Allah, Kis balik nanti Abah. Ermm! Abah nak Kis suruh Intan balik sama?” tanya Balkis. “Ikut suka kaulah, bagi Abah yang pentingnya kau dan Muaz. 

Intan tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya….,” balas Pak Uwei. Bukan dia membeza-bezakan anak-anaknya, tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan denga Intan. 

Sikap degil dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia geram. Sudahlah malas belajar, tidak seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah.

Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab. Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang, mereka bertengkar besar tiga tahun lalu.

Kini hubungan mereka seperti orang asing. “Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung belajar lagi.” Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak bekerja kilang. “Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. 

Kerja kilang pun bukannya haram.” Bantah Intan menaikkan darah Pak Uwei. “Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang.

Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan.

Kau nak bebas macam tu?” “Itulah Abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat Abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya hati.

Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh Abah.” Intan cuba membuat Abahnya faham. “Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau.

Cuba kau tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap macam kau ni!” “Intan memang tak sama dengan Kak Balkis, Abah. Intan suka berterus-terang, kalau tak kena Intan cakap depan-depan, bukan membebel kat belakang,” balas Intan selamba menyemarakkan bara dalam dada Abahnya. “Anak tak mendengar kata, ikut suka kaulah. 

Kalau kau nak pergi, pergi….. aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke, telangkup ke, gasak kaulah.” “Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!” Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak mempedulikan langsung apa yang Intan nak buat. 

Namun begitu, Intan tetap pulang setiap kali cuti. Dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak mempedulikannya. Intan selalu menghulur duit, tapi hanya kepada maknya sahaja. Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. 

Malam itu, selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isyak, mereka duduk berborak di ruang tamu. “Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni ada hajat sikit,” Pak Uwei memulakan bicara. “Hajat apa pula Abah?” tanya Muaz yang duduk di sebelahnya. “Abah dan Mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. 

Memandangkan bahagian Mak kau masih belum cukup lagi, abah nak minta kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah,” Pak Uwei mengutarakan hasratnya. “Boleh tu boleh Abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru je keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. 

Sebulan dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan,” ujar Muaz. “Tapi…… Pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat-lewatnya minggu depan.” “Kalau dalam seminggu dua ni Abah, memang rasanya tak dapat. 

Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan,” jawab Muaz serba salah. “Kau beli rumah lagi, rumah yang ada tu kau nak buat apa?” tanya Pak Uwei melindungi kekecewaannya. “Rumah baru tu besar sikit Abah. Selesalah buat kami sebab budak-budak tu pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri. 

Lagipun beli rumah tak rugi Abah, pelaburan masa depan juga,” sampuk Mira isteri Muaz. Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis. “Kamu macam mana Kis, boleh tolong Abah? Nanti Abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki berbuah durian kat dusun kita tu nanti,” Pak Uwei berpaling pada Balkis. “Kis pun rasanya tak dapat nak tolong Abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan Abang Man. 

Tengah gawat ni faham ajelah…… ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi.” Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis. “Man bukan tak nak tolong Abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. 

Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman.” “Betul kata Man tu Abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok,” sokong Muaz. 

Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya. “Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah Abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki, Mak pula pergi,” Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan. “Kalau nak pergi sendiri dah lama saya pergi Pah. 

Tak payah saya tunggu lama-lama. Kalau Awak tak pergi, biarlah kita sama-sama tak pergi….. dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?” Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal. 

Intan tahu Abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya, tapi Intan faham kecewa Abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannya begitu. “Anak awak tu tak balik ke?” tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama dengan abang dan kakaknya.

“Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti,” balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya. “Nak ke mana pulak tu?” tanya Pak Uwei melihat Mak Pah bersiap-siap. “Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya kuih lepat ubi kegemarannya.” Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebutnya anaknya. 

Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak. Pagi Isnin itu selepas bersarapan, Intan bersiap-siap hendak keluar. “Nak ke mana Intan pagi-pagi dah bersiap ni?” “Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye.”

“Kalau nak ke bandar suruhlah Abah kau tu hantarkan,” suruh Mak Pah. “Tak payah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula Abah tu. Intan pergi dulu.” Mak Pah menggeleng memerhatikan Intan berlalu. 

Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati membuat anaknya itu menyisihkan diri. Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu, mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari. “Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu?

Mari makan sama. Ni Abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api.” “Ingat lagi Abah lauk kegemaran Intan rupanya,” usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan. “Mak Bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak,” jawap Pak Uwei sinis. Intan tersenyum pahit. 

Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor, kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedan membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain. “Mak, Abah….. Intan ada hal sikit nak cakap ni….,” ujar Intan menghampiri mereka.

Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya., kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca. “Apa hal….. kamu nak kahwin ke?” soal Pak Uwei merenung Intan. 

Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya. Melihat Intan tergelak besar, Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu. “Abah ni…… ke situ pulak….” “Habis tu?” “Ini….. kad Tabung Haji Mak. 

Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ini resit memasukkan duit ke akaun Mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek Mak dan Abah.

Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti.” Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei. “Apa???” Pak Uwei terkejut. Matanya merenung Intan dan duit ditangannya bagai tidak percaya. “Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal Abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan Abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati Abah. 

Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada Abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu Abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat Abah.” “Dah banyak kali Abah tangguhkan hasrat nak naik haji. 

Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pulak tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap Abah sudi terima pemberian Intan,” tutur Intan perlahan memerhatikan air mata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia. “Terima kasih Intan. 

Malu rasanya Abah nak ambil duit kamu…… dulu Abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi, tapi akhirnya anak Abah yang kerja kilang yang membantu Abah,” luah Pak Uwei sambil mengesat air mata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya. “Sudahlah Abah. 

Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira Abah sudi terima pemberian Intan.” “Pemberian kau ni terlalu terlerai bagi Abah dan Mak kau Intan….,” ujar Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat. “Hah……tulah, jangan suka memperkecil-kecilkan anak saya ni,” Mak Pah mengusik Pak Uwei sambil mengesat air mata penuh kesyukuran. 

“Mak ni…..,” gelak Intan memandang abahnya yang tersengih. Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembira bercampur hiba. “Semua dah siap ke Mak?” tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah. 

“Dah rasanya…… ada apa-apa yang Intan nak pesan Mak belikan di sana nanti?” “Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli Mak. Yang penting Mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna.” “Hah! Awak dengan tu…. Kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak membeli-belah,” tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua beranak itu. 

“Intan tak nak Mak dan Abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat,” pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu. Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. 

Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutamanya Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di Tanah Suci. 

Intan tidak berkata sepatah pun, tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh. “Kenapa resah aje ni Bang?” Mak Pah terjaga. “Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita.” “Sabarlah, dah nak sampai dah ni,” pujuk Mak Pah. Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka. 

“Mak….. Abah…..,” Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan air mata menitis laju. “Mana yang lain ni, kamu berdua aje?” Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan. “Mereka menanti di rumah, Abah,” beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei. “Intan pun tak datang juga ke?” tanya Pak Uwei terasa hampa. 

“Awak ni….. kan Man dah kata mereka menunggu di rumah.” Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ni nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena. 

“Dua tiga malam sebelum balik, Abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati.” cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz mengerling Azman yang sedang memandu. “Tentulah Abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit,” balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.

“Tapi Abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi Abah tu, Abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap pun, hanya renung Abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?” “Err….. tak ada Abah. Kita berhenti minum dulu Abah, tentu Mak haus,” ajak Azman. “Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik,” tolak Pak Uwei. 

Azman dan Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata. “Mak dengan Abah sihat ke?” tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mentuanya. “Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. 

Intan mana, dia tak balik ke?” Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan. “Naik dulu Ngahnya…….,” suruh Long Semah. “Intan mana?” Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tangga menuju ke bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas baru yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas. 

Dadanya bergetar. “Az….. mana Intan? Mana adik kau Az?” tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu. “Sabar Abah….,” Muaz menggosok belakang abahnya. “Kenapa Az…….. kenapa?”

Mak Pah menurunkan Syazwan, cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan. “Mak…. Intan dah tak ada Mak,” Balkis tersedu memeluk emaknya yang terduduk lemah. Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. 

Mak Pah terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu menglilinginya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya. “Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergi pun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai,” pujuk Long Semah yang masih belum pulang. “Intan ada tinggalkan surat untuk kita. 

Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia,” Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah yang tersedu.

“Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?” tanya Mak Pah. “Kami semua ada Mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya Mak. Sebenarnya dia ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah.

Mak dan Abah nak balik. Masa sampai tu dia sihat lagi, tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isyak dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital, tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal Subuh hari Jumaat Mak... tiga hari lepas. 

Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak,” cerita Muaz. Mak Pah menggenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. 

Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan, “Intan tak nak Mak dan Abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu. yang Intan mahu, Mak dan Abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat…..
Sekian....moga kita smua dpt pengajaran/iktibar dari cerita
ini..😭😭😭😭..sebak gasanya...😩😩

GST bakal menghukum??? " Bertndak sebelum parah, beringat sebelum kena"!!!

Masai: GST bakal menghukum? "bertindak sebelum parah, beringat sebelum kena".

Jangan ingat orang Melayu bodoh!!!

Orang Melayu ada yang sudah naik ke bulan.

Pasal GST jangan nak bodohkan orang Melayu.

PMNajib Razak. Nak boikot peniaga. Sekarang sudah nampak peniaga terkesan dengan tindakkan orang ramai yang mulà belanja berhemah.

Ramai peniaga yang sampai masa dan ketikanya akan gulung tikar. Sudah mula kelihatan peniaga-peniaga menutup kedai.

Jualan berkurangan. Beli barangan mahal. Peniaga mahu bayar hutang bank,mahu bayar hutang Abang Long. Mahu bayar sewa kedai.

Itulah kesan dan akibat jika rakyat di susahkan. Tunggu satu ketika masaalah rakyat dan negara akan bertambah parah.

MTMR melihat perkara ini adalah kerana kelemahan pihak kerajaan dalam menangani masaalah System perlaksanaan GST tersebut.

Kerajaan juga sepatutnya menghapuskan Zakat kepada orang Islam. Kerana tiada Istilah Zakat+Cukai. Istilah SST 10-15 peratus + GST 6 peratus ikut perkiraan kerajaan barang turun. Tetapi kenyataan apa yang berlaku barang naik!!!

Sepatutnya kerajaan kena hentikan GST dan buat kajian semula mengapa perkara ini boleh berlaku. Bukan biarkan terus berlaku. Rakyat tersepit dengan perlaksanaan GST tersebut.

Sekiranya kerajaan berhasrat meneruskan GST. Beri peluang rakyat untuk membuat tuntutan semula kepada kerajaan.

Alasan mengapa rakyat patut menuntut semula GST kepada kerajaan ialah:-

1. Peniaga di benarkan membuat tuntutan GST kepada kerajaan.

2. Pelancung di benarkan membuat tuntutan GST apabila meninggalkan negara.

MTMR harap Kerajaan dapat memikirkan pandangan MTMR bagi kebaikkan dan kesejahteraan rakyat dan negara.

#rakyatmenjerit
#beratbahurakyat

Sunday, April 26, 2015

1MDB Part 1!!! Dokumen membuktikan USD$300 juta didepositkan ke akaun Low Taek Jho?

Laman pendedah maklumat Sarawak Report semalam mendakwa memiliki dokumen yang membuktikan sejumlah USD$330 juta untuk syarikat PetroSaudi International didepositkan ke akaun ahli perniagaan Low Taek Jho.

Dalam satu artikel yang dimuat naik laman itu semalam, Sarawak Report melaporkan pihaknya mempunyai dokumen permohonan syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membuat permohonan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memindahkan amaun tersebut kepada PetroSaudi.

Menurut Sarawak Report, bagaimanapun, pihaknya mempunyai rekod yang menunjukkan wang berkenaan sebaliknya dipindahkan kepada akaun syarikat milik Low yang dikenali sebagai Good Star Limited.

Sarawak Report turut melaporkan, Bank Negara meluluskan 1MDB menggunakan dana berkenaan untuk syarikat usahasama mereka, 1MDB PetroSaudi Limited untuk membiayai pelaburan yang sedang berjalan di luar negara dalam sektor minyak dan gas.
"Sekarang, penyiasat mendapati sejumlah USD$330 juta lagi, di mana 1MDB menerima kebenaran untuk digunakan oleh PetroSaudi pada Mei 2011 juga terus diberikan kepada Good Star Limited," kata Sarawak Report dalam laporan itu.

Good Star Limited merupakan sebuah syarikat yang berpangkalan di Seychelles, namun menjalankan aktiviti korporatnya di Pulau Cayman dan mempunyai akaun bank di Zurich, Switzerland.

Low sebelum ini berulangkali menafikan dirinya mempunyai peranan dalam 1MDB.

"Sarawak Report bagaimanapun sebelum ini sudah pun mendedahkan pengarah PetroSaudi bersetuju 'bertindak bagi pihak' Jho Low dan sejumlah USD1.5 billion sudah dilaburkan kepada PetroSaudi antara September 2009 dan September 2010 dan dipindahkan secara rahsia ke akaun Good Star RBS Coutts di Zurich," kata Sarawak Report.

Laman tersebut berkata BNM memberikan kebenaran selepas ia bertujuan mendapatkan perkongsian global dan strategik dalam sektor tenaga dan mempromosikan pelaburan langsung asing Malaysia.

"Bagaimanapun tidak dinamakan syarikat Good Star dalam permohonan 1MDB, dan juga kebenaran diberikan untuk wang berkenaan disalurkan kepada Good Star," kata Sarawak Report.

Semalam Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi kenyataannya tidak akan memaafkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana bertanggungjawab menghilangkan RM42 bilion wang melalui syarikat pelaburan strategik negara, 1MDB.

Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata jumlah wang yang hilang itu bukan kecil, malah memberi bayangan ia akan berterusan jika Najib tidak meletakkan jawatan.

"Kita tidak boleh lagi maafkan, kita mesti tumpukan kepada perkara (1MDB) ini.

"Kalau kita tidak hentikan, ia akan terus berlaku," kata Dr Mahathir semasa forum Bicara Negarawan di Kelab K, Taman Melawati, Selangor semalam.

Dr Mahathir berkata tidak mempunyai niat untuk masuk campur dalam pentadbiran Najib, bagaimanapun keadaan memaksanya untuk mengkritik.

"Orang akan kata saya tidak boleh bersetuju dengan sesiapa pun, kata saya mahu jadi perdana menteri selama-lamanya.

"Tetapi isu ini melibatkan berbilion, jadi saya tanya diri sendiri bukan isteri saya tentang hal ini dan saya kata kepada diri saya ini tidak boleh diteruskan. Jadi saya soal mana wang itu, tetapi tidak pernah dijawab. RM1 bilion atau RM2 bilion ok lah, tetapi ini RM42 bilion," katanya.

Turut dipersoalkan Dr Mahathir peranan ahli perniagaan kontroversi, Low yang diberikan sejumlah wang yang besar daripada 1MDB.

"Saya tidak kenal Low ini, tetapi beliau menafikan terlibat dengan 1MDB.

"Tetapi rekod mahkamah di London menunjukkan beliau mempunyai sokongan kerajaan dan 1MDB. Beliau diberikan wang sebanyak RM42 bilion untuk diuruskan, perkara ini tidak boleh berterusan," kata Dr Mahathir.

Saturday, April 25, 2015

GST baik untuk negara-Najib Razak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa pengguna agar memulaukan peniaga tidak beretika yang mengeksploitasi pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) demi kepentingan mereka.

"Masalah dengan GST bukanlah konsepnya, tetapi sikap tidak beretika sesetengah peniaga yang mengambil kesempatan darinya.

"Saya menyeru semua pengguna, mainkan peranan. Kenakan tekanan ke atas mereka. Malah jangan beli dari mereka jika mereka mengeksploitasi pengenalan GST," katanya sewaktu berucap pada majlis makan malam Asean Business Awards Malaysia 2015 di ibu negara.

GST sebanyak 6% diperkenalkan bermula 1 April lalu dan diumumkan pada 25 Oktober 2013 sewaktu Najib membentangkan Belanjawan 2014.

Sebelum itu, Najib menegaskan, ramai pihak ragu-ragu dengan pelaksanaan GST namun beliau tetap melaksanakannya demi manfaat negara.

"Ramai menjangka pengenalan GST akan menjadi satu malapetaka politik.

"Namun kita ada keyakinan moral yang pelaksanaannya adalah bagus untuk Malaysia.

"Kita lakukan pengiraan dan dalam jangka masa yang munasabah, GST akan mengukuhkan asas pendapatan negara kita," katanya. 

Friday, April 24, 2015

Rakyat kata SST lebih baik dari GST??? Menteri cakap GST baik untuk Negara??? Barang Naik peniaga juga nak untung!!!

Macai-macai sekolah mana pun aku tak faham?

Isu TopUp dulu ekau beli RM10.00 sekarang ekau beli RM10.60. Itu barang turun ke?

Kalau GST kata naik sikit rakyat bising,Kata naik sikit atau kata barang tak naik buat apa kerajaan nak buat GST?

Buat ajalah SST hanya daftar jaa ONLINE terus kepada KDRM. Ada masaalah ke? Masaalahnya sebab ambil lewa dalam menjaga kebajikan rakyat.

Kalau kata rakyat baru naik sikit pun bising. Apa sebab sikit jaa pun kerajaan nak ambil dari rakyat?

Kerajaan ambillah cukai GST dari pengilang,pengusaha dan peniaga.

Harap PM Najib Razak ambil perhatian lebih isu GST ini. Sebab sayanglah rakyat menegur.

Kami tak pedulilah macai nak cakap apa pun!!!

Kalau kata kita bagi subsidi bersasaran. Barangan makan beras,gula, barangan pertanian, ikan dan sebagainya tidak di kenakan GST.

Warga asing yang duduk di Malaysia tak makan beras di Malaysia ke?

Pelancung yang keluar dari Malaysia boleh tuntut semula GST bila meninggalkan negara.
Mengapa kita rakyat Malaysia tidak boleh menuntut kembali bayaran GST tersebut?

Harap pemikir kerajaan dapat fikirkan untuk kebaikkan kerajaan dan rakyat Malaysia.

Saya cadangkan jalan terbaik rakyat Malaysia boleh buat tuntutan semula dengan menunjukkan bukti resit GST kepada mana-mana KASTAM berhampiran atau mana-mana ajensi yang di fikirkan sesuai, sama seperti pelancung asing boleh buat tuntutan.

Pandangan saya ini jika YAB Perdana Menteri Malaysia terima. Saya percaya PM boleh tidur lena. Jika sebaliknya. Maka sebaliknyalah bertambah sakit PM memikirkan keluhan rakyat.

MTMR hanya mendoakan penambahbaikan perlu di lakukan bagi kesejahteraan rakyat. Seperti selogan rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan.

#beratbahurakyat

Rakyat Menjerit!!! PM YAB Datuk Seri Najib Razak???

Aku tak cakap pandangan aku jaa betul. Kalau dah buat kajiaan contoh miskin luar bandar, miskin bandar. Kalau sudah di bantu buat apa nak bagi BR1M lagi?

Kata KWSP dah bincang pencarum dah setuju had pengeluaran 55 lanjut kepada 60?

Akhirnya pencarum menjerit. YAB Perdana Menteri Najib Razak terpaksa campur tanggan dengan buat pengumuman umur keluar caruman KWSP kekal 55 tahun.

Hanya satu lagi yang YAB Perdana Menteri Malaysia belum uruskan keluhan rakyat iaitu GST.

Adakah sesuai PM nak tengok rakyat mengeluh dengan perlaksanaan GST dari enam bulan ke dua tahun baru di katakan system GST boleh stabil.

Dalam masa enam bulan sahaja berapa banyak wang rakyat terpaksa keluar untuk menampung kehidupan apatah lagi nak tunggu dua tahun baru system GST stabil.

Untuk keberhasilan negara dengarlah rintihan rakyat kebanyakkan ini wahai YAB Datuk Seri Najib Razak.

Apa guna kita memerintah negara dengan keperitan rakyat. Akhirnya rakyat akan membalas keperitan pemimpin dengan menolak pemimpin satu masa nanti.

Rakyat menilai sedangkan Isu sekecil TopUp tidak dapat di atasi apatah lagi isu jambatan bengkok?

#rakyatmenjerit
#beratbahurakyat

Akta Hasutan!!! Penjelasan dan mendidik rakyat perlu jelas???

Oleh kerana seseorang warga negara antah berantah tidak suka kepada pemerintahnya.

Warga tersebut berkata" lebih baik undur diri dari memerintah, kerana sudah tidak cekap menguruskan rakyat dan negara"

Adakah ungkapan itu di bawah akta hasutan???

Ada sesiapa boleh bagi penjelasanan.

PM Najib Razak mohon penjelasan. Rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan. Selogan UMNO.

1.YAB Perdana Menteri ada berkata "saya terima teguran,saya bertanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat Malaysia". Akhirnya saya akan buat keputusan-Najib Razak.

2. Akta Hasutan. Jika kita cakap kita hendak gulingkan kerajaan melalui jalànan itu salah. Tetapi jika kita cakap kita hendak gulingkan kerajaan melalui peti undi itu tidak salah-NajibRazak.

Berhati-hatilah kita sebagai rakyat Malaysia bila bercakap!!!??

MTMR berpendapat GST baik untuk negara. Perlaksanaan membebankan rakyat?

#beratbahurakyat

Thursday, April 23, 2015

KWSP PM Najib Razak bertindak berani!!! Harap GST lebih berani demi rakyat???

PM Najib Razak warga  Masai warga pekerja Industry mengucapkan terima kasih di atas pengumuman YAB PM bahawa KWSP kekalkan had umur pengeluaran 55 tahun.

Bersyukurlah kepada Allah di atas pengumuman tersebut.

Rakyat mahukan YAB PM bertindak lebih berani lagi berkenaan GST yang membebankan rakyat.

#beratbahurakyat

PM Najib Razak lakukan sesuatu GST??? Rakyat Menjerit!!! Angkara Siapa?

PM Najib Razak rakyat menjerit sana sini barang mahal angkara GST.

Khabarnya GST akan stabil dalam dua tahun lagi. Kalau cepat dalam masa enam bulan. Apakah gerangan kaedah yang di gunakan ini?

Semasa minyak naik rakyat menjerit, Barang mahal rakyat menjerit.

Minyak turun rakyat menjerit kenapa barang tak turun.

Rakyat mula mendiamkan diri. Penyokong kerajaan tidak kiralah dari penjawat awam ataupun NGO memberi berbagai pandangan kebaikàn GST kepada negara dan rakyat.

Semasa rakyat menjerit siapa peduli. Jangan sampai satu ketika nanti ahli Politik menjerit tiada siapa pun peduli.

Masih teringat lagi pesanan guru agama semasa belajar di sebuah sekolah agama di Batu Pahat. " Doa orang teraniaya Allah terima " Al-Fatihah buat guruku semoga di cucuri rahmat oleh Allah SWT.

#beratbahurakyat

Wednesday, April 22, 2015

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan mencadangkan PM mengambil jalan singkat bubarkan Parlimen mengadakan pilihan raya untuk mendapat mandat baru.

Perdana Menteri boleh "membersihkan" tanggapan negatif terhadap diri, keluarga dan pentabdirannya dengan mengadakan pilihan raya lebih awal, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Katanya, Datuk Seri Najib Razak boleh mengambil jalan singkat membubarkan parlimen dan mengadakan pilihan raya bagi mendapatkan mandat baru.

"Persoalan yang timbul ialah, sama ada hayat pemerintahan BN dan Umno boleh dipastikan bagi melanjutkan pemerintahan demi kepentingan parti terus terjamin," katanya dalam blog beliau.

Dalam tulisannya yang agak panjang, Ahli Parlimen Pulai itu juga berkata, ahli Umno perlu memilih sama ada mahu memperjuangkan parti atau pemimpin mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, ancaman terbesar Umno ialah faktor dalaman parti sendiri bukannya Pakatan Rakyat.

"Pemimpin atau parti, yang mana perlu dipertahankan? Dan ketika ini, kedua-duanya tidak boleh datang bersama-sama dan pilihan perlu dibuat dengan segera memandangkan rakyat Malaysia terus memerhati dengan teliti," katanya.

Sementara itu ditemui media petang ini, Nur Jazlan menafikan beliau mahu Najib meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Sebaliknya, kata Nur Jazlan ketua bahagian Umno perlu mendapatkan penjelasan memuaskan rakyat terhadap pelbagai isu yang dikaitkan dengan Najib.

"Perdana menteri perlu menjawab banyak perkara, mematikan semua spekulasi.

"JIka enggan parti akan terjejas," katanya.

Terkini: Rakyat Faham GST!!! Kerajaan. Pengilang, Pemborong dan Peniaga tidak faham cara perlaksanaan GST?

Masai: Isu GST hampir setiap hari di perkatakan dan di persoalkan di media maya atau mana-mana wadah media.

Warga Industri dan warga pekerja merasakan bebanan GST mula dirasai dengan kepelbagaian kenaikan harga barang.

Semasa GST di terangkan oleh KDRM mengatakan GST 6% SST 10%.

Rakyat faham bermakna GST sememangnya lebih baik dari SST.

Tetapi selepas perlaksanaannya bermula 1/4/2015. Perkara sebaliknya berlaku. Sebagai contoh mudah;

1. ToUp dahulunya RM10.00 selepas GST jadi RM10.60

2. Mangkuk pakai buang dahulunya RM4.40 selepas GST jadi RM7.50.

3. Takaful Amal dahulunya bayar RM100.00 selepas GST RM 106.00

4. TNB juga kenakan GST 6%

Itu beberapa contoh yang sempat di ingati semasa menulis. Sebenarnya banyak lagi.

Apa yang MTMR nak sampaikan bahawa rakyat faham apa itu GST dan cara perlaksanaannya.

Yang tidak faham adalah Pengilang, Pemborong dan Peniaga. Bagaimana cara perlaksanaan GST tersebut.

Untuk melaksanakan GST sepatutnya Pengilang, Pemborong dan Peniaga turunkan dahulu SST 5,10,15% harga barang barulah campur GST 6%.

Itu pun susah ke kerajaan nak terangkan kepada Pengilang,Pemborong dan Peniaga. Kerajaan keluarkanlah arahan bertulis dan jadikan akta.

Apa yang mengecewakan rakyat Malaysia hari ini. Rakyat Malaysia di minta bersabar sehingga system GST stabil. Mengikut sumber system akan stabil dalam 2 tahun lagi bermakna pada tahun 2016.

Adakah rakyat harus menanggung bebanan kerana kerajaan tidak cekap dalam melaksanakan GST?

Sepatutnya kerajaan nampak perkara baik buruk kepada rakyat bila GST tersebut di laksanakan. Bukan buat dulu baru kaji. Sebelum ini apa yang di buat kajian!!!

Nampak kelemahan yang jelas dan terang bahawa kita tidak membuat kajian yang lengkap tentang GST.

Jangan salahkan rakyat!!! Kata rakyat tidak menyokong GST bagi membangunkan negara. Kena kaji juga mengapa bila ada GST peniaga kutip 6% serah kepada kerajaan. Peniaga boleh tuntut 6% kepada kerajaan. Pengguna nak tuntut 6% kepada siapa?

Pemberian BR1M rakyat tidak mengharap jika menjadi bebanan kepada negara. Apa guna beri BR1M kepada rakyat jika hutang negara meningkat setiap tahun.

Rakyat tidak persoalkan haram halal dalam perlaksanaan GST. Rakyat mahu nasib rakyat terbela. Bukan menambah bebanan kepada rakyat.

Pak Tam
Hp : 22/04/2015

Tun M senaraikan kegagalan Najib Razak.

1. Sesetengah pihak percaya saya sangat marah kerana pembinaan jambatan bengkok gagal sehingga mahukan Najib letak jawatan. Ya, saya kecewa terutama apabila Najib merayu kepada Singapura untuk membina jambatan dan ia ditolak. Ia memalukan kerana kita tidak berani bina jambatan di negara sendiri tanpa kebenaran Singapura.

2. Episod memalukan ini tidak cukup untuk saya menggesa Najib letak jawatan. Najib anak kepada (Allahyarham) Tun Abdul Razak, orang yang bertanggungjawab dalam kenaikan saya sebagai Perdana Menteri.

3. Itu sebahagian alasan dan alasan lain sebab Najib menunjukkan prestasi yang baik ketika saya menjadi Perdana Menteri, saya mahu Najib menjadi Perdana Menteri dan orang tahu saya bekerja keras menekan Abdullah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) untuk mengangkat Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri supaya Najib boleh menjadi Perdana Menteri selepas Abdullah.

4. Tapi Najib gagal dalam banyak perkara selepas menjadi Perdana Menteri. Selain jambatan, dia juga tidak meneruskan landasan kereta api berkembar yang telah dipersetujui namun dibatalkan Abdullah.

5. Dengan RM 14 bilion, kita sepatutnya telah siapkan projek ini pada 2010. Sebaliknya atas desakan permintaan, dia benar penyambungan trek kereta api itu untuk RM12 bilion. Kita habis banyak duit.

6. Kemudian, dia mula merekrut empat tingkat pegawai ditambah dengan pegawai British untuk menasihatkannya bagaimana untuk mentadbir negara. Mereka juga menggunakan konsultan asing yang menelan kos lebih RM7 bilion. Kita capai kemerdekaan pada 1957 dan hapuskan penasihat British. Kita lakukan lebih baik tanpa mereka. Najib nampaknya tak percaya kebolehan rakyat Malaysia untuk membangunkan negara,

7. Mengabaikan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan jabatan kerajaan yang lain, dia mewujudkan agensi baru untuk merancang pembangunan negara ini. Agensi itu diketuai oleh bukan kakitangan awam dan gajinya jauh lebih tinggi daripada kakitangan awam.

8. Kakitangan awam sangat tidak gembira. Sebelum ini mereka ubah negara ini daripada negara membangun kepada negara berpendapatan pertengahan. Sekarang, khidmat, kepakaran dan pengalaman mereka tidak lagi diperlukan. Dulu mereka setia dengan kerajaan, sekarang ramai yang tidak lagi menyokong kerajaan. Malah ada sebahagian yang menyertai pembangkang selepas bersara dan menjadi calon dalam pilihan raya,

9. Kemudian, dia mula beri duit kepada rakyat bukan setakat kepada individu berpendapatan kurang RM3,000 sebulan tetapi juga kepada pertubuhan dan sektor korporat. Berbilion ringgit dihabiskan di sini. Kemudian himpunan dianjurkan dalam setiap majlis.

10. Penganjur diarahkan untuk mengumpul 10,000 orang. Mereka diberi makan dan elaun serta pengangkutan. Mereka diberikan plakad untuk dipegang dengan tulis ‘I Love PM’ malah lagu 1M4U turut dihasilkan dan dinyanyikan di perarakan hari kebangsaan,

11. Orang Melayu undi BN sebab mereka takut Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan mengangkat Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri. Selepas semua ini, saya teruskan sokong Najib. Dalam beberapa majlis saya berjumpa beliau dan memberitahu bahawa strateginya silap tapi pandangan saya diabaikan.

12. Saya katakan sebelum PRU13 bahawa jika prestasinya lebih buruk daripada Abdullah, dia patut letak jawatan. Saya menaruh harapan tinggi untuk dia buat lebih baik daripada Abdullah. Apabila dia gagal, saya beritahu rakyat bahawa mereka patut terus sokong dia.

13. Tapi sekarang, dengan kontroversi yang mengekorinya, saya pasti BN akan kalah jika dia terus memimpin dalam pilihan raya akan datang. Banyak tingkah lakunya yang saya fikir tidak betul tapi saya sudah bersedia untuk mengabaikannya termasuk gaya hidup dia dan isterinya yang mewah.

14. Tapi apabila dia gagal menjelaskan ke mana hilangnya berbilion ringgit dan penglibatannya dalam orang-orang yang dipersoalkan dalam pengurusan 1MDB, saya merasakan bahawa dia tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri negara ini. Saya akan jelaskan soal kehilangan berbilion ringgit ini dalam catatan akan datang.

Blog Chedet- http://chedet.cc

Monday, April 13, 2015

Mutakhir: Kebaikan GST kepada Malaysia dan Rakyat???

Awak!!! Awak nak duduk belakang PM Najib Razak atau belakang siapa pun aku tak kisah.

Aku akan berdiri dihadapan rakyat, bersama rakyat bagi menegakkan kebenaran dan mohon keadilan cara GST di laksanakan di negaraku Malaysia.

Ingatan untuk barisan kepimpinan kerajaan. GST itu memeritkan rakyat. Ramai rakyat tidak kiralah sokong kerajaan atau membangkang kerajaan terkesan dengan perlaksanaan GST.

Hanya kerajaan yang lemah dan pengurusan yang tidak cekap berfikir GST itu baik?

Jika rakyat berpendapatan rendah juga dikenakan GST mana sifat kebertanggungjawaban selaku Perdana Menteri Malaysia kepada rakyat kebanyakkan.

Perdana Menteri ada menyataka beliau bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia. Saya selaku rakyat Malaysia mohon Perdana Menteri Malaysia bertanggungjawab agar rakyat berpendapatan rendah tidak dikenakan GST?

Saya juga selaku rakyat Malaysia yang menjadi Ahli UMNO bertanggungjawab untuk mengingatkan ketua kami supaya tidak berlaku teraniaya rakyat.

Saya tidaklah berniat untuk mengajar pucuk pimpinan yang ada, kerana saya rakyat biasa yang tidak punya apa-apa kepandaian perihal Politik dan pentadbiran. Kami tidak pandai dan tidak suka memandai-mandai. Kami juga tidak suka untuk berandai-andai.

Apa kata kami rakyat Malaysia mohon kerajaan berikan semua penjawat awam dan Swasta kenaikkan gaji 30% bagi mengimbangi GST yang kerajaan kenakan kepada rakyat.

Kami rakyat Malaysia juga bersetuju kenaikkan gaji 30% kepada semua pemimpin-pemimpin Politik baik dari kerajaan atau pembangkang.

Kami mohon Perdana Menteri Malaysia sekarang bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia seperti yang di lafaskan baru-baru ini.

#rakyattidakakanlupakannajib

Pak Tam
Hp-12/04/2015.

Mutakhir: BN menang jika Najib tiada.

Menurut Tun M Barisan Nasional akan kalah jika Najib tidak undur diri.

Malaysia tidak memerlukan GST. Ramai rakyat marah bila GST di laksanakan. Rata-rata rakyat dari peniaga pembeli merungut dan marah bila sana-sini di kenakan cukai.

Tun Dr. Mahathir melihat 'barah' ini sudah sangat membahaya dan perlu di'ubati' segera.

Malangnya ada pemimpin yang tak bertanggungjawab yang hanya memikirkan temolok sendiri tidak mahu 'barah' ini diubati.

Sedarlah bahawa kalau terlalu syok sangat membela segala kesalahan, kegagalan Najib sebagai mulia dan betul belaka serta sebagai cemerlang tahap super saiya.

Maka selepas UMNO dan Barisan Nasional tumbang dalam PRU 14, segala perhatian dan ampu bodek kepada Najib sudah tidak berguna lagi kepada para pemimpin pengampu Najib itu.

Maaf.....

Secara rasionalnya tidak ada sebab utk pihak lain mendesak atau mengadakan apa jua demonstrasi utk menolak teguran dan kritikan oleh Tun M kpd DSN.

Haruslah kita mengkaji sejarah dan peranan yg dibuat oleh Tun M.Ianya bukan hanya kpd Negara malahan perancangan Tun M yg berkehendakkan DSN diangkat sbg Perdana Menteri Malaysia.

Fikirlah....

Tun M bukan hanya menegur DSN malahan TS Muhyidin dan ramai dikalangan Menteri.Jelas teguran Tun M ini bukan utk menjatuhkan DSN tetapi Tun M amat berkeyakinan bahawa jika pelbagai isu timbul dan tidak terjawab beserta dgn faktor peranan menteri kabinet maka jelaslah bahawa PRU 14 Barisan Nasional akan tewas ini bermakna kuasa UMNO akan hilang dan orang melayu akan merempat atau mengemis dinegara sendiri.

Jika difikirkan secara dalamnya amat efektif teguran Tun M itu adalah untuk menaikkan kembali sokongan rakyat utk bersama menyatakan sokongan kpd DSN dan merapatkan saf bermula dari akar umbi sehingga peringkat atasan.

Tun M amat yakin rakyat akan bangkit menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kpd DSN.Sejajar itu pemuafakatan yg terbentuk ini mampu utk kembali memantapkan Barisan Nasional.

Tun M juga amat arif dgn gerak kerja DSN.Tun M juga faham realiti DSN adalah Perdana Menteri yg berkuasa dan mempunyai hak eksekutif utk mentadbir negara mengikut acuan DSN sendiri.

Namun disebabkan faktor spt yg dijelaskan diatas tadi,Tun M tiada kepentingan peribadi tetapi demi sayangkan DSN yg diibaratkan spt anak itu tersilap langkah menjelang PRU14 maka Tun M bangkitkan kembali semarak sokongan kpd DSN.

Bermaksud Tun M sanggup dipersoalkan demi Agama Bangsa dan Negara.Kerana itulah sehingga hari ini Tun M dlm faktor usia yg sdg berehat masih terus memikirkan usaha utk pemerkasaan agenda negara.Biarpun beliau hanyalah Mantan PM.

Tuesday, April 7, 2015

Mutakhir: APA ITU POTA 2015 !!!!

KUALA LUMPUR:  Penularan elemen keganasan yang semakin merebak dan mengancam keselamatan negara mendorong kerajaan untuk mengemukakan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan 2015 atau POTA 2015 bagi menangani aktiviti militan di negara ini.

Berikut ialah intipati rang undang-undang itu yang diluluskan di Dewan Rakyat pada awal pagi Selasa selepas perdebatan hangat lebih 12 jam oleh anggota Dewan Rakyat:

TUJUAN:

* Suatu undang-undang untuk mencegah perlakuan atau sokongan bagi perbuatan keganasan yang melibatkan organisasi pengganas dari sesuatu negara asing serta bagi kawalan terhadap orang yang terlibat dengan perbuatan sedemikian.

* Memastikan tiada individu terlepas daripada sebarang tindakan perundangan sekiranya mereka melibatkan diri dalam kegiatan keganasan.

* Akta memastikan rakyat dan keamanan negara tidak diganggu gugat oleh pihak yang terlibat dalam aktiviti militan.

LATAR BELAKANG:

* Pada 26 Nov 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan kertas putih bertajuk "Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State (IS)" di Parlimen sebagai memperakui ancaman keganasan berterusan di dalam dan luar negara.

* Kertas putih itu menegaskan komitmen kerajaan dalam membanteras ancaman yang ditimbulkan IS bersama masyarakat antarabangsa.

* Berdasarkan syor dalam perenggan 59 kertas putih itu, suatu undang-undang baru akan diperbuat untuk menangani secara khusus ancaman IS.

ELEMEN KUASA DALAM POTA:

* Seseorang pegawai polis boleh tanpa waran menangkap mana-mana orang jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai terdapat alasan yang menjustifikasikan siasatan diadakan mengenai kes orang itu.

* Apabila seseorang ditangkap, kes hendaklah dirujuk oleh pegawai polis kepada Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan tidak lewat daripada tujuh hari dari tarikh penangkapan.

* Mana-mana orang yang ditangkap hendaklah, melainkan jika dilepaskan terlebih dahulu, dibawa di hadapan seorang Majistret dalam tempoh 24 jam.

* Tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan semata-mata atas kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya.

PERBEZAAN POTA DAN ISA:

* Kuasa-kuasa eksekutif menteri di dalam ISA akan diambil alih oleh Lembaga Pencegahan Keganasan yang anggotanya dilantik Yang di-Pertuan Agong.

* Orang yang ditahan boleh menemui waris serta mendapat khidmat peguam pilihan masing-masing.

Terkini: POTA di luluskan Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan 2015.

KUALA LUMPUR:  Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 diluluskan tanpa pindaan di Dewan Rakyat pada 2.25 pagi ini, selepas  dibahaskan lebih 12 jam.

POTA diluluskan selepas undian belah bahagian kesembilan dilakukan dengan undian terakhir memihak kepada kerajaan dengan kiraan 79 bersetuju dan 60 tidak bersetuju (untuk meluluskan).

Sebelum itu, rang undang-undang yang dibahaskan lancar di peringkat dasar, namun melalui waktu sukar di peringkat jawatankuasa apabila pelbagai pindaan dicadangkan oleh anggota Parlimen pembangkang sehingga sesi perbahasan dan penggulungan di peringkat itu berlarutan sehingga awal pagi ini.

Lebih menyukarkan apabila pembangkang berkeras untuk meminda hampir kesemua 35 Fasal, memaksa lapan undi belah bahagian dilakukan bagi setiap usul pindaan yang dikemukakan sepanjang perbahasan di peringkat jawatankuasa, sebelum undian terakhir dibuat bagi meluluskan rang undang-undang itu.

Bagaimanapun, semua undi belah bahagian berakhir dengan undian memihak kepada kerajaan, sekali gus menolak usul-usul pindaan dibawa pembangkang.

Antaranya, cadangan pindaan termasuk supaya pangkat pegawai polis dalam penangkapan suspek hendaklah tidak rendah daripada Superitendan, selain berhubung tempoh tahanan reman yang digesa tidak melebihi 14 hari berbanding cadangan rang undang-undang itu yang membolehkan suspek ditahan sehingga 21 hari.

Anggota Parlimen pembangkang turut mengusulkan supaya beberapa peruntukan termasuk di bawah Perkara 13 hingga 28 yang menyentuh mengenai perintah tahanan dan sekatan dibatalkan kerana disifatkan berniat jahat.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu di peringkat jawatankuasa, berkata kerajaan tidak melihat pindaan yang diusulkan itu perlu dibuat pada masa ini.

Katanya POTA harus dilihat dengan 'mata hati' untuk memahami tujuan sebenar kerajaan memperkenalkan undang-undang itu, selain tidak harus dibandingkan dengan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

Terdahulu, Ahmad Zahid ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu di peringkat dasar, berkata elemen pemulihan menjadi keutamaan dalam pelaksanaan POTA.

Tegas Ahmad Zahid, ini kerana POTA tidak boleh dilihat hanya dari sudut perundangan semata-mata sebaliknya ia bersifat pencegahan.

"Elemen pemulihan terhadap tahanan menjadi keutamaan. Rekod tahanan ISA setakat sehingga undang-undang itu ditiadakan iaitu daripada seramai 10,800 tahanan ISA, 90 peratus berjaya dipulihkan," katanya.

Ahmad Zahid juga memberi jaminan POTA tidak akan disalah guna dan tiada sesiapa pun yang mempunyai perbezaan politik atau pendapat, akan ditahan di bawah undang-undang itu.

MTMR mengucapkan Tahniah kepada AP Malaysia. Terima Kasih juga kepada Ahli Parlimen Pasir Gudang P159- Yb Hajah Normala kerana Update Info POTA kepada kami.

Monday, April 6, 2015

Mutakhir : KPDNKK Tangkap Peniaga Tipu Resit GST???

KPDNKK tangkap peniaga  tipu resit GST tulis tangan untuk penjualan telefon bimbit dan jual topup RM10.60, denda RM200 ribu. Lokasi Sentosa Plaza, Alor Star. Negeri Kedah.

 '"Saya hanya perkerja"'

Harap kejayaan ini dapat menjadi contoh kepada KPDNKK di tempat-tempat lain menjalankan tugasan mereka. Tahniah kepada KPDNKK yang telah berjaya dengan tugasan mereka.
 
'Percubaan kawtim tak lepas'

Sunday, April 5, 2015

Mutakhir: Tun M nyanyuk??? atau siapa siapakah nyanyuk!!!

Nak kata aku tak sokong Najib Razak dalam segala keputusan taklah semua.

Tidak di nafikan kalau nak tegur, tegurlah cara berhemah.

Aku percaya Tun M tegur ikhlas. Aku percaya jika perkara yang di tegurkan itu di anggap peluru untuk musuh teruskan dengan tanggapan itu.

Perkara yang kita rasa manis, belum tentu memberi kebaikkan untuk kita. Rakyat merasakan seperti di gula-gulakan oleh kerajaan.

Apa yang kita rasakan pahit itu adalah kebenaran ubat yang kita akan sedar mungkin tiga tahun lagi mungkin enam tahun lagi mungkin tujuh tahun lagi.

Hakikatnya mati itu pasti. Walaupun usia menjangkau 90 tahun bukanlah nyanyuk menjadi kemestian. Kerana insan terpilih mendapat rahmat dan hidayah Allah.

Kerana sayangkan negaralah beliau berani bercakap dengan faktanya.

Aku bukanlah sokong sangat dangat Tun M. Tetapi taklah tolak sangat semua pandangannya. Sebab fikiran aku tak terjangkau dengan keputusan tindakkan dan hasil dari idea beliau.

Salam kasih sayang bangsa Malaysia.

Pak Tam

Hp 05042015

Saturday, April 4, 2015

Harga Top up@Prabayar kekal tiada caj tambahan.

Cukai SST bertukar nama menjadi GST. Maka malaysia mencatatkan satu lagi sejarah dengan melancarkan GST pada 1/4/2015.

Terdapat pelbagai pendapat dan pandangan berkenaan GST. Kebaikkan GST di sandarkan kepada banyaknya negara telah melaksanakan GST tersebut.

Tetapi apa yang berlaku di negara kita Malaysia kekalutan berlaku kerana peniaga dan pembekal tidak benar-benar faham cara perlaksanaan GST tersebut.

Pengguna lebih faham hak mereka dari peniaga.

Pemborong dan peniaga menaikkan harga dari SST di tambah dengan GST. Peniaga kecil-kecilan tertekan dan tiada pilihan untuk terus bersaing.

Terdapat kelemahan dari pihak kementerian dan penguatkuasaan dalam memantau perlaksanaan GST tersebut.

Sebagai contoh jika aduan di kumpul sebanyak 80 ribu kes. Kes yang sebenar lebih kurang 800 kes. Rakyat Malaysia minta di dedahkan berapa jumlah denda yang penguatkuasaan kutip. Senarai peniaga yang di denda juga hendaklah di dedahkan di akhbar-akhbar dan media tempatan bertujuan mendidik dan mengelakkan melanggani kedai yang suka mengambil kesempatan mengaut keuntungan di atas keperitan orang ramai.

Wednesday, April 1, 2015

Terkini: GST Sesungguhnya Allah jua yang melapangkan dan Allah jua yang menyempitkan rezeki. Peringatan kepada orang-orang yang beriman.

Hakikatnya krisis kenaikan harga barang telah berlaku ke atas manusia sejak pada zaman Rasulullah SAW lagi, dan ia telah direkodkan dalam hadis sahih.

Dari Anas bin Malik ra. dia berkata, “Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, harga telah menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.’” (Riwayat Abu Dawud)

Peristiwa ini berlaku apabila harga barang di pasar di Madinah naik, maka para sahabat bertemu Rasulullah meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang-orang miskin dapat membeli barang dengan harga yang mereka mampu. Lalu apa jawab Rasulullah?

Baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” (Sahih. Riwayat Abu Daud)

Kenaikan harga barang tidak mengubah rezeki seseorang. Nabi menyatakan bahawa Allah-lah yang melapangkan rezeki seseorang hamba dan Dia juga yang menyempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendakiNya.

Ini selari dengan firman Allah SWT, “Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Ra’d: 26)

“Jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya tentulah mereka melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakiNya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat.” (As-Syura: 27)

Usah khuatir kerana rezeki setiap manusia pasti dicukupkan dan tidak dikurangkan sedikit pun. Kenaikan harga sama sekali tidak mempengaruhi rezeki yang ditetapkan. Ini seperti mana sabda Nabi SAW, “Wahai manusia, sesungguhnya salah seorang kamu tidak akan mati sehingga dia mendapat seluruh rezekinya secara sempurna. Maka janganlah kamu tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Bertakwalah kepada Allah, wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram.” (Sahih. Riwayat Al-Hakim)

“Ajaibnya urusan orang Mukmin, seluruh urusannya adalah kebaikan dan ini tidak terdapat kecuali pada seorang Mukmin. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur dan ini baik baginya, jika ditimpa musibah dia bersabar dan ini juga baik baginya.” (Riwayat Muslim)

JANGAN RISAU DENGAN GST....Allah S.W.T yg beri rezeki bkn makhluk...

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat