Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Thursday, March 13, 2014

Juruterbang dilapor aktifkan kod tango

Seorang juruterbang berpengalaman mendakwa juruterbang MH370, Kapten Zaharie Shah telah mengaktifkan isyarat 'tango' 40 minit selepas pesawat itu dikesan hilang dari radar menara kawalan.
Katanya, kod rahsia 'tango' atau 'charlie' hanya diaktifkan apabila berlaku kecemasan seperti rampasan pesawat di udara, lapor Sinar Harian.

Mutakhir: MH370 APMM di hantar ke lokasi penemuan Objek besar.

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pesawat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(APMM) sudah dihantar ke lokasi penemuan objek besar yang dikesan satelit China di Laut China Selatan.

Tun M percaya Anuwar liwat.

Anwar Ibrahim telah mengemukakan saman fitnah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menuduhnya seorang homoseksual dalam persidangan yang dianjurkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

MH370: Kita masih mengharap dan berharap.

Malaysia terkejut dengan berita kehilangan MH370. Kita mahu mengatakan hal ini tidak mungkin berlaku. Sebuah pesawat Boeing 777-200ER, yang dianggap tercanggih di dunia tidak mungkin hilang begitu sahaja. Kita juga tidak mahu mempercayai bahawa pesawat itu berdepan dengan masalah teknikal, dirampas atau meletup di udara. Semua pandangan negatif itu mahu kita hakiskan daripada fikiran kita.

Satelit China kesan 'tiga objek' disyaki pesawat Malaysia yang hilang

BEIJING: China berkata satelit miliknya mengesan tiga objek besar terapung di kawasan terakhir pesawat MAS 370 dilaporkan terputus hubungan.

Pentadbiran Sains dan Teknologi China pada lewat semalam berkata, satelitnya melihat objek yang disyaki kawasan di mana pesawat hilang' di Laut China Selatan pada 9 Mac lalu dengan imej satelit sedang dianalisis.

Objek yang disyaki dari pesawat itu dikesan di 105.63 darjah longitude Timur dan 6.7 darjah latitude Utara, demikian menurut pusat pentadbiran itu dalam laman webnya.

Ia menambah objek itu bertaburan di kawasan lingkungan 20 kilometre dengan bersaiz 13 x 18 meter, 14 x 19 meter dan 24 x 22 meter. - AFP

Penyelamat Cina jumpa benda terapung.

Pasukan penyelamat China menemui objek terapung di permukaan laut, yang disyaki dari pesawat Malaysia Airlines penerbangan MB370.

Laporan agensi berita Xinhua menyebut, ditemui di satu kedudukan mungkin menjadi lokasi kehilangan pesawat tersebut, pada Sabtu.

Xinhua pagi ini menyiarkan gambar pasukan penyelamat sedang memungut satu objek berwarna oren dari permukaan laut.

Setakat ini belum disahkan sekiranya objek berkenaan dari MH370.

Sejak beberapa hari lalu, beberapa objek yang ditemui didapati bukan dari pesawat tersebut.

Ujian dari satu tompokan minyak yang dijumpai juga mendapati ia bukan dari bahan bakar jet pesawat terbang.

Lapan kakitangan bank disyaki lesap RM300,000


Georgetown: Lapan kakitangan sebuah institusi kewangan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan wang RM300,000 dari sebuah bilik pemprosesan wang di Bank Negara Malaysia (BNM) Pejabat Wilayah Pulau Pinang, di sini.

Mereka yang berusia antara 26 hingga 34 tahun termasuk seorang wanita ditahan secara berperingkat di negeri ini sejak kelmarin hingga semalam.

Perbuatan sejak September Sumber memberitahu, mereka dipercayai melakukan perbuatan itu sejak September lalu sebelum kegiatan terbabit disedari pengurus BNM berkenaan.

Berikutan itu, pengurus BNM berkenaan memaklumkan kepada pengurus institusi kewangan tempat suspek bekerja sebelum membuat laporan polis, kelmarin.

“Susulan itu, BNM membuat siasatan dalaman dan lapan pekerja institusi kewangan itu ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes berkenaan,” kata sumber berkenaan.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat