Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Thursday, March 13, 2014

Tun M percaya Anuwar liwat.

Anwar Ibrahim telah mengemukakan saman fitnah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menuduhnya seorang homoseksual dalam persidangan yang dianjurkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).


Pada 9 September 2005, beliau bercakap sedemikian ketika menjawab soalan daripada wartawan . Pada 26 Januari 2006, Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Dr Mahathir dengan mendakwa kata-kata Dr Mahathir itu bersifat fitnah. 

Pada 4 Julai 2007, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Tengku Maimon Tuan Mat membuat keputusan bahawa saman Anwar terhadap Dr Mahathir itu tidak dapat diterima. Dr Mahathir Mohamad menggunakan imuniti 'Tun' dan bergantung kepada hak keistimewaan sebagai bekas Perdana Menteri ketika membuat kenyataan itu.

Saman ini serupa dengan saman fitnah pada 1999 berhubung kes yang sama. Dengan ini, perbicaraan penuh ditolak bulat-bulat di peringkat awal lagi. Peguam Datuk V.K.Lingam yang mewakili Dr Mahathir. Peguam S.N. Nair mewakili Anwar Ibrahim.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Anwar masih disabitkan dengan meliwat Azizan Abu Bakar. Sabitan terhadap Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dan bekas penulis ucapan Anwar, Munawar Anees telah diketepikan .

Pada 21 Oktober 2009, Peguam Datuk V.K. Lingam yang mewakili Dr. Mahathir berhujah bahawa Anwar tidak mematuhi peruntukan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 apabila memorandum rayuannya dibuat dalam bahasa Inggeris dan bukannya dalam bahasa Melayu. Memorandum Anwar Ibrahim itu tidak ditandatangani oleh peguam cara perayu, tidak mempunyai tarikh spesifik, tidak mengandungi kronologi peristiwa kes serta gagal melampirkan indeks rekod rayuan dengan teratur.

Dengan demikian, saman fitnah RM100 juta terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dibatalkan. Malahan Anwar diperintah membayar kos kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sumber Kelab Che Det

Kes saman ini tidak diulas oleh Dato Sri Anwar Ibrahim, kes ini didiamkan oleh beliau kepada para penyokong beliau sehingga ke hari ini/ Tuduhan Tun Dr Mahathir bahawa Anwar Ibrahim seorang homoseksual sememangnya ada asas yang kukuh dan atas sebab tersebut Dato Sri Anwar Ibrahim bertindak mendiamkan diri dan cuba melarikan diri daripada persoalan ini.

Kes liwat Dato Sri Anwar Ibrahim ke atas Saiful Bukhari telah membuktikan bahawa seks luar tabii telah berlaku yang mana berlaku penetrasi ke atas dubur Saiful Bukhari. Sperma milik Dato Sri Anwar Ibrahim juga telah di temui dalam dubur Saiful Bukhari dan ianya tidak dapat dijawap oleh peguam Anwar Ibrahim YB Karpal Singh dalam pembelaannya.

Dengan kenyataan dan fakta fakta yang dinyatakan ini maka sememangnya ada asas yang kukuh untuk kita seluruh rakyat Malaysia mempercayai bahawa Dato Sri Anwar Ibrahim adalah seorang pengamal homoseksual.

Perlukah kita mengangkat pengamal homoseksual Dato Sri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin negara?

- Sir Azri

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat